Saturday, December 22, 2012

Kekuatan seks Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam bersamaan 30 lelaki??



Rasulullah s.a.w digambarkan sebagai gila seks?? Menggauli isteri baginda kesemuanya dalam satu malam??? Inilah antara dakyah yang dimainkan oleh anti-Islam untuk menghentam keperibadian Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibahaskan penghujahan ini dengan teliti

Monday, November 12, 2012

Al-Quran mempunyai 1,027,000 huruf?




Sebahagian anti-Islam seperti golongan kristian dan syiah menggunakan riwayat berikut untuk menghentam keaslian al-Quran

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ بْنِ آدَمَ بْنِ أَبِي إِيَاسٍ الْعَسْقَلَانِيُّ، حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ جَدِّي آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، ثَنَا حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الْقُرْآنُ أَلْفُ أَلْفِ حَرْفٍ، وَسَبْعَةٌ وَعِشْرُونَ أَلْفِ حَرْفٍ، فَمَنْ قَرَأَهُ صَابِرًا مُحْتَسِبًا كَانَ لَهُ بِكُلِّ حَرْفٍ زَوْجَةٌ مِنَ الْحُورِ الْعَيْنِ

Terjemahan: Muhammad bin ‘Ubaid bin Adam bin Abi Iyas al-‘Asqalani telah meriwayatkan kepada kami, katanya, ayahku meriwayatkan kepadaku, dari datukku, Adam bin Abi Iyas, katanya, Hafs bin Maisarah telah meriwayatkan kepada kami, katanya dari Zaid bin Aslam dari ayahnya, dari Umar bin al-Khattab, katanya, ‘Al Qur’an itu adalah terdiri dari sejuta dua puluh tujuh ribu huruf, barang siapa membacanya dengan niat mengharap pahala maka baginya untuk setiap huruf seorang isteri dari bidadari.”
Apakah status riwayat ini? InsyaAllah akan dijelaskan secara ringkas dalam artikel ini

Monday, October 22, 2012

Muslim jahat vs kafir baik




Golongan anti-Islam berhujah, Allah tidak adil, jika seorang muslim membunuh sesuka hati, berzina dan membuat 1001 kejahatan tapi menyakini Allah dan Rasulnya tempat akhirnya syurga

Tapi kafir yang membuat kebaikan,melakukan amal kebajikan dan berguna kepada masyarakat, hanya kerana menolak Allah dan RasulNya, dia masuk neraka.

Dimana keadilan Allah?

Mengapa muslim jahat masuk syurga dan kafir baik masuk neraka?

InsyaAllah, dalam artikel ini, akan cuba dijawab persoalan-persoalan yang dikemukakan.

Wednesday, September 5, 2012

Ancaman pembakaran rumah mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid





Sebahagian syiah menolak kesahihan ancaman pembakaran kepada mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid yang disebutkan dalam kitab mereka.

InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini, akan dibahaskan penghujahan mereka


Monday, August 20, 2012

Rasullulah s.a.w tersenyum kagum ketika Abu Bakar r.a dicela??





Salah satu kesalahan fatal syiah imamiyah adalah menukil teks hadith-hadith sunnah di luar konteks dan difahami dengan cara yang salah

InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini akan dijelaskan isu yang dimaksudkan


Monday, July 30, 2012

Menjawab percanggahan al-Quran : an-Nisa 4:29 vs al-Baqarah 2:54




Al-Quran kitab yang terpelihara, bebas dari sebarang percanggahan dan kontradiksi. InsyaAllah, dalam artikel yang singkat ini, kita akan bawakan jawapan kononnya al-Quran bercanggah dalam penetapan hukum bunuh diri

Hujah anti-Islam: 4:29 bercanggah dengan 2:54

Anti-Islam berhujah bahawa Islam melarang perbuatan membunuh diri seperti yang disebutkan dalam an-Nisa ayat 29. Namun dalam surah al-Baqarah ayat 54, perbuatan itu dibolehkan bahkan diperintahkan oleh Allah s.w.t

Mereka berkata: 




Bukankah ini kontradiksi yang jelas??? Mengapa Allah menyuruh kamu Musa a.s untuk membunuh diri tapi melarang umat Muhammad s.a.w?? 
....................................................................................................................................................................

Terdapat beberapa jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan. InsyaAllah, kita akan membawanya satu persatu

Jawapan 1:  Ayat al-Baqarah 2:54 tidak bermaksud bunuh diri sendiri

Perintah bunuh dalam ayat ini bukanlah bermaksud bunuh diri. Sebaliknya ia adalah perintah kepada mereka yang tidak menyembah berhala untuk membunuh mereka yang melakukan dosa tersebut. Pembunuh dan yang dibunuh berasal dari kaum yang sama seolah-olah mengambarkan ia sebagai bunuh diri. Ibnu Kathir menaqalkan dari Ibnu Jarir dengan sanadnya yang berpangkal kepada Ibnu ‘Abbas berkenaan tafsiran ini.

قال: أمر موسى قومه -من أمر ربه عز وجل -أن يقتلوا أنفسهم قال: واحتبى الذين عبدوا  العجل فجلسوا، وقام الذين لم يعكفوا على العجل، فأخذوا الخناجر بأيديهم، وأصابتهم ظلة  شديدة، فجعل يقتل بعضهم بعضا، فانجلت الظلة  عنهم، وقد أجلوا عن سبعين ألف قتيل، كل من قتل منهم كانت له توبة، وكل من بقي كانت له توبة.

Terjemahan:  Musa a.s memerintahkan kamunya – dari perintah Tuhannya azza wajjal (Allah s.w.t) supaya membunuh diri-diri mereka. Dia menyuruh mereka yang menyembah patung anak lembu untuk duduk dan yang tidak menyembahnya untuk berdiri sambil memegang pisau dengan tangan mereka. Telah menimpa mereka kegelapan yang dashyat dan mereka telah membunuh sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain. Selepas hilangnya kegelapan, didapati telah terbunuh 70 ribu dari mereka. Setiap orang yang terbunuh bagi mereka keampunan dan mereka yang baki juga mendapat keampunan
Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir, 1/262, Maktabah Shamila

Jawapan 2: Perintah umum dan perintah khusus

Jikapun ayat ini merujuk kepada perbuatan bunuh diri, ia merujuk kepada konteks yang berbeza. Secara umumnya, manusia dilarang untuk membunuh diri seperti yang diperintahkan dalam ayat 4:29. Kaum Musa a.s tidak termasuk dalam larangan 4:29 kerana perintah bunuh diri adalah khas kepada perbuatan dosa yang mereka lakukan.

Maka sepatutnya difahami larangan membunuh diri dengan tanpa alasan yang haq adalah umum kepada semua kecuali kepada kaum Musa a.s

Jawapan 3: Perbezaan Syariat Musa a.s dan Syariat Muhammad s.a.w

Syariat para nabi tidaklah sama dan Allah berhak menentukannya sesuai dengan kemampuan dan kondisi umat tersebut

Al-Quran menyebutkan dalam al-Maidah 5:48
 
لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا

Terjemahan:… Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang.

Syariat pada zaman Nabi Musa a.s mewajibkan mereka yang syirik kepada Allah membunuh diri untuk bertaubat. Namun syariat Muhammad s.a.w hanya perlu mengucapkan istighfar untuk bertaubat. 

Contoh lain, umat terdahulu perlu memotong pakaian yang terkena najis berbeza dengan umat Muhammad pula hanya perlu membasuh kain mereka untuk menghilangkan najis.

Maha Suci Allah, Dialah  yang mengetahui kemampuan umat-umatnya dalam beramal dengan syariat yang diturunkanNYa

Kesimpulan

Tidak wujud sebarang kontradiksi dalam al-Quran. Perbezaan perintah Allah perlu difahami dalam konteks dan tafsiran yang betul. Perbezaan perintah bergantung pula kepada kehendak syariat yang berbeza mengikut umat.  Terbunuhnya ramai penyembah berhala anak lembu dari kalangan Bani Israil adalah sebagai pengajaran umat terkemudian agar tidak melanggar perintah Allah. Biarpun ramai yang terbunuh, Allah telah mengampunkan dosa mereka semua

Sunday, June 10, 2012

Jaminan syurga kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiya dan para sahabah


Hati yang bersih dan suci pasti akan melihat kebenaran yang jelas didepan mata. Peperangan Tabuk menjadi bukti yang jelas jaminan syurga Allah kepada sahabah-sahabah yang utama iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali hatta Muawiya (radiyaAllahu ‘anhum). 
InsyaAllah, kita akan menganalisa dengan mentadabbur ayat-ayat al-Quran yang berkaitan  dengan peperangan ini. 

Kita akan buktikan bahawa Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiya dan para sahabah dijamin syurga dan mereka bukanlah dari kalangan munafik

Wednesday, May 16, 2012

Malaikat menyembah Adam alaihisalam?


Islam melarang sembahan selain dari Allah s.w.t. Perbuatan syirik adalah dosa besar yang diberi balasan berat oleh Allah. Persoalannya, jika sembahan selain kepada Allah s.w.t diharamkan, mengapa malaikat menyembah Adam?? InsyaAllah, artikel ini akan mengupas isu tersebut


Monday, April 23, 2012

Ummahatul mukminin sekadar gelaran tanpa kemuliaan?






Kebencian syiah imamiyah kepada isteri-isteri nabi tidak dapat disembunyikan lagi. Salah satu usaha mereka ialah dengan menghilangkan kemuliaan gelaran ‘ibu orang-orang yang beriman. InsyaAllah, artikel ini akan menilai hujah-hujah mereka dan menjawabnya satu persatu

Tuesday, March 20, 2012

Allah mencipta Adam dalam imejNya?



Golongan anti-Islam berusaha menjatuhkan Islam dengan meletakkan syubhah pada hadith-hadith Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. Isu yang sering dimainkan ialah berkenaan hadith Allah mencipta Adam dalam imejnya. InsyaAllah dalam artikel ini akan dijawab penghujahan mereka

Hadith yang dimaksudkan ialah hadith berikut

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ، فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ، فَإِنَّ اللهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ»

Terjemahan: Daripada Nabi Sallahu a’alaihi wassalam, katanya, “Apabila seseorang kamu bergaduh dengan saudaranya, hendaklah dia menjauhi dari memukul muka kerana sesungguhnya Allah mencipta Adam atas imejnya.

Rujukan: Sahih Muslim, Kitab al-Birr…, Bab Larang daripada memukul muka, hadith no no: 2612


Friday, February 24, 2012

Persamaan kelahiran Isa a.s dengan Adam a.s


Salah satu hujah logik yang biasa digunakan golongan kristian untuk menunjukkan ‘diviniti’ Isa a.s ialah kelahiran baginda dengan tanpa ayah.


Seringkali golongan kristian berhujah, ‘Muhammad mempunyai bapa manakala Isa  lahir tidak berbapa maka Isa lebih hebat!!’

Lebih dari itu, sebahagian kristian menjadikan hujah ini sebagai bukti Isa a.s adalah Tuhan ataupun anak Tuhan ataupun kedua-duanya sekali

InsyaAllah, dalam artikel ini akan dipaparkan hujah menjawab dakyah golongan kristian dan bidasan kepada jawapan mereka

Thursday, February 2, 2012

Kencing berdiri menjejaskan kemaksuman Rasulullah sallahu a'alaihi wassalam?



Laman-laman web syiah menyiarkan video Ayatollah mereka yang menghentam perbuatan kencing berdiri oleh Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam

Mereka katakan ia perbuatan yang tidak beradab dan menjejaskan kemaksuman baginda

InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibentang jawapan kepada persoalan-persoalan mereka

Wednesday, January 18, 2012

Siapa pencipta Allah?


Inilah persoalan yang sering dijadikan ‘umpan’ untuk mempertikaikan kewujudan pencipta kepada alam semesta

Setiap kali muslim berjaya membuktikan kewujudan Allah melalui bukti penciptaan alam, maka ternyata golongan anti-Tuhan akan  sewenang-wenangnya berkata, ‘ Kalau semua benda  ada pencipta, maka siapa cipta Allah??

InsyaAllah, dalam artikle ini kita akan membincangkan persoalan ini

Definisi Allah menurut al-Quran

 Sebelum kita menjawab persoalan ini, ada baiknya kita mengetahui definisi asas bagi Allah
Al-Quran telah memberikan penjelasan yang mudah lagi ringkas berkenaan dengan sifat-sifat Allah
Allah  menerangkan sendiri akan diriNYA  dalam surah al-Ikhlas 112:1-4

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ((4

Terjemahan: Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

Dari ayat di atas, Allah mendefinikan diriNYA sebagai Tuhan yang satu, tempat tumpuan hajat bagi makhluk dan sama sekali tidak sama dengan makhlukNYA

Allah juga menyatakan diriNYa sebagai yang awal dan akhir yakni tidak dicipta
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (3)
Terjemahan: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Maka, sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluknya, makhluk dicipta sedangkan Allah tidak tercipta

Bahasa mudahnya, selagi mana sesuatu itu tercipta, ia tidak dikenal sebagai Allah kerana definisi Allah bermaksud tidak tercipta


Pertanyaan yang bercanggah dengan logik dan tidak berkesudahan

Setelah kita faham definisi Allah, maka tidak timbul siapa yang mencipta Allah. Persoalan tersebut jatuh dalam persoalan yang salah kerana bercanggah dengan definisi

Sebagai contoh, kita tidak akan tanya kepada seorang lelaki, ‘berapa hari anda mengalami haidh?? atau sejak bila anda mengalami kanser ovari? 

Soalan-soalan ini tidak relevan kerana secara lazimnya lelaki yang normal tidak mengalami haidh ataupun mempunyai ovari

Ataupun soalan seperti ‘apakah warna bagi muzik rock itu?? Bagaimana mungkin kita menjawab persoalan ini  sedangkan muzik tidak mempunyai warna?

Kegagalan menjawab soalan-soalan ini tidak mengaibkan kita kerana soalan-soalan itu sendiri salah

Tambahan, jika kita cuba juga menjawab persoalan tersebut walaupun ia tidak logik, ia akhirnya akan membawa kepada persoalan yang tidak berkesudahan

Sebagai contoh, katakan kita jawab ‘A’ sebagai pencipta Allah, maka soalan seterusnya yang pasti timbul ialah siapa cipta A? Katakan pula kita jawab “B” yang mencipta ‘A’, maka timbul pula persoalan siapa yang mencipta ‘B”? 

Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat

Bidasan anti-Tuhan

Golongan anti-Tuhan mengemukakan dua bidasan kepada hujah-hujah diatas.

Mereka katakan:

Pertama: penciptaan alam tidak berlaku kerana penciptaan Allah tidak berkesudahan. 

Bayangkan contoh berikut,  A ingin membunuh B, tetapi A perlukan izin dari C, C pula perlukan izin D, D pula perlukan izin E dan seterusnya sampai tidak berkesudahan. Persoalannya, jika jalinan ini berterusan, apakah A akhirnya boleh membunuh B??? Sudah tentu tidak kerana keizinan itu bersifat infiniti
Oleh kerana penciptaan Allah bersifat tidak berkesudahan, maka penciptaan alam ini juga tidak berlaku. Bagaimana Allah boleh mencipta alam sedangkan penciptaan diriNYA sendiri tidak berkesudahan?? Inilah juga bukti Allah tidak wujud kerana penciptaanNYA yang tidak diketahui

Kedua: klaim yang sama boleh diberikan kepada alam itu sendiri
 
Jika golongan yang menyakini Allah mengatakan Dia wujud dengan tanpa dicipta, maka golongan anti-Tuhan juga boleh membuat klaim yang sama. Bahkan dengan mudah kami menggantikannya dengan nama seperti spaghetti monster, unicorn dan sebagainya. Apa bukti ia adalah Allah?


Bantahan kepada hujah anti-Tuhan

Pertama: Kegagalan memahami definisi Allah dan analogi yang rapuh

Penciptaan Allah dan penciptaan makhluk tidak sama dari sudut definisi. Bahkan penciptaan Allah tidak berlaku sama sekali kerana definisi Allah ialah tidak tercipta. Sedangkan penciptaan makhluk memang sesuai dengan definisi makhluk itu sendiri. Mengaitkan penciptaan makhluk dengan penciptaan Allah adalah kesalahan fatal dan kegagalan memahami definisi

Sebagai contoh, bagaimana Allah dianggap tidak tercipta dan tercipta dalam masa yang sama??

Sepatutnya, menggunakan analogi anti-Tuhan itu sendiri membuktikan tiada pencipta bagi Allah dan bukannya Allah tidak wujud!! Yakni kegagalan menerangkan siapa pencipta Tuhan menunjukkan pencipta Tuhan tidak wujud!!

Solusi mudah untuk menyelesaikan soalan yang tidak berkesudahan itu ialah dengan mengatakan Allah adalah pencipta mutlak dan terakhir. Maknanya tiada lagi pencipta kepada Allah. Ia bukan asumsi mentah semata-mata sebaliknya bersesuai dengan definisi yang disebutkan di atas

Kedua: Kewujudan Allah tidak bergantung kepada “PenciptaNYA”

Allah telah menjelaskan bahawanya diriNYa tidak sama dengan makhluk, dia telah ada dan sentiasa ada tanpa perlu kepada pencipta. Dialah pencipta mutlak

Andaikata kita tidak mengetahui siapa pencipta kepada Allah, apakah itu bermaksud DIA tidak wujud??
Bayangkan contoh berikut, anda pergi ke sebuah syarikat multinasional, dalam fikiran anda, dah tentu syarikat ini mempunyai pemilik mutlaknya. Sekiranya anda tidak kenal kepada pemilik mutlaknya, apakah itu bermaksud pemilik mutlak itu tidak wujud??  

Contoh lain, jika anda terlibat dengan penggalian purba di tempat yang bersejarah, anda terjumpa artifak berusia jutaan tahun. Anda dengan pasti menyatakan tempat tersebut pernah diduduki manusia. Persoalannya, hanya anda tidak tahu dengan pasti siapa mereka, apakah itu bermaksud tempat itu tidak pernah diduduki manusia?

Ternyata ketidaktahuan kepada pencipta Allah tidak mencacatkan sifat Allah itu sendiri ataupun menafikan kewujudanNYA

Ketiga: Pernyataan Allah tidak tercipta hanya unik bagiNYA

Mengapa kita tidak boleh mengumumkan sifat ini kepada selain Allah yakni seperti unicorn, flying spaghetti monster dan sebagainya?? Jawapannya mudah, kesemua figure-figur tersebut adalah makhluk dan tercipta sedangkan definisi Allah hanya unik kepada diriNYA.

Alam ini terlingkup dengan masa dan ruang sedangkan Allah tidak terlingkup dengan sifat-sifat makhluk tersebut

Kesimpulan

Pertanyaan ‘Siapa pencipta Allah’ adalah pertanyaan yang tidak logik, bercanggah dengan definisi Allah itu sendiri. Allah wujud tanpa bergantung dan memerlukan kepada sesiapa.

Seharusnya bagi seorang muslim apabila diajukan dengan soalan ini beriman dengan hadith sahih berikut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُونَ حَتَّى يُقَالَ: هَذَا 
خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ، فَمَنْ خَلَقَ اللهَ؟ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا، فَلْيَقُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ "

Terjemahan: Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah sallahu a’laihi wassalam, ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah) 

Rujukan: Sahih Muslim, Bab Penjelasan Was-Was dalam Iman dan apa yang perlu dikatakan apabila mendapatinya, no 212

Dalam riwayat yang lain juga disebutkan tambahan, ‘Aku beriman kepada Allah dan Rasulnya’ dan disarankan untuk berta’awudz.

waAllahu a’alam

Saturday, January 14, 2012

Adam ‘alaihi salam bukan pendosa


Bapa umat manusia, Adam a’laihi salam (a.s) sentiasa dikritik sebagai individu yang berdosa dan menyanggahi perintah Allah s.w.t. 

Golongan kristian mengaibkan kedudukan Adam a.s dan Hawa a.s kerana tindakan ‘dosa’ yang disandarkan kepada mereka. Akibatnya, tidak ditemui satu pun pernyataan taubat mereka berdua dalam kitab Bible pegangan mereka

Persoalannya, benarkah Adam a.s berdosa atau sebenarnya baginda hanya melakukan kesilapan??

Apakah beza antara kesilapan dan dosa??

InsyaAllah dalam artikel ringkas ini , akan dibersihkan kritikan terhadap Adam a.s

Sunday, January 1, 2012

Percanggahan syiah imamiyah dalam fiqh



Sebelum ini, telah dibincangkan percanggahan dalam bidang aqidah, sumber penerimaan hukum dan amalan agama syiah imamiyah

Kini kita beralih pula dengan percanggahan syiah imamiyah dalam bidang fiqh

Rata-rata mereka yang masuk ke mazhab syiah beranggapan mazhab mereka terdiri dari satu pandangan semata-mata yakni ahlul bait

Bahkan ada ‘ustaz-ustaz’ mereka yang dengan mudah mengejek perbezaan fiqh sunni sebagai tak relevan dan bercanggah-canggah. 

Biarpun ulama sunni telah menjelaskan sebab-sebab perbezaan fiqh tersebut dan kaedah berinteraksi dengannya serta panduan melakukan tarjih (memilih pandangan yang kuat).  Mereka masih berkeras  dengan pegangan mereka

Kononnya ia menjadi punca mereka beralih kepada mazhab syiah

Hakikatnya, percanggahan dalam syiah juga lebih parah lagi sehingga mengundang pelbagai kritikan dari ulama moden syiah kepada ulama silam mereka

Dalam artikel yang ringkas ini, cukupla kita menukil pandangan seorang ulama syiah imamiyah yang terkenal, Syeikh at-Tusi (wafat 460H),

Beliau pemilik dua kitab utama pegangan syiah iaitu Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar yang menjadi rujukan utama dalam mazahb syiah imamiyah