Islam
melarang sembahan selain dari Allah s.w.t. Perbuatan syirik
adalah dosa besar yang diberi balasan berat oleh Allah. Persoalannya, jika
sembahan selain kepada Allah s.w.t diharamkan, mengapa malaikat menyembah Adam?? InsyaAllah, artikel ini akan mengupas isu tersebut
Perintah sujud kepada Adam a.s
Allah memerintahkan para malaikat
untuk sujud kepada Adam a.s seperti yang disebutkan dalam dalam al-Baqarah 2:34
إِذْ
قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ
وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ (34)
Terjemahan:
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu
kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur
dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir
Perbuatan
sujud ini bukanlah bertujuan untuk sembahan sebaliknya sebagai tujuan
memuliakan Adam alaihi salam.
Ibnu
Kathir menjelaskan,
وَالسَّجْدَةَ
لِآدَمَ إِكْرَامًا وَإِعْظَامًا وَاحْتِرَامًا وَسَلَامًا، وَهِيَ طَاعَةٌ لِلَّهِ،
عَزَّ وَجَلَّ
Terjemahan:
Sujudnya (malaikat) untuk Adam (sebagai) kemuliaan, keagungan, penghormatan dan
kesejahteraan, ia adalah ketaatan kepada Allah azza wajjal1
Sujud para
malaikat bukan sujud sembahan
Tidak
dinafikan salah satu dari ritual penyembahan melibatkan perbuatan sujud. Tapi
bukan semua sujud diniatkan sebagai sembahan dan bertujuan ibadah.
Al-Qurtubi
menyebutkan dalam tafsirnya,
وَاخْتَلَفَ
النَّاسُ فِي كَيْفِيَّةِ سُجُودِ الْمَلَائِكَةِ لِآدَمَ بَعْدَ اتِّفَاقِهِمْ عَلَى
أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ سُجُودَ عِبَادَةٍ
Terjemahan:
Ulama telah berselisih pandangan akan bagaimana sujudnya malaikat kepada Adam
selepas mereka bersepakat bahawa sujud tersebut bukanlah sujud penyembahan 2
Perbuatan
sujud juga dinisbahkan kepada penghormatan dengan kemuliaan kepada seseorang
Al-Quran merakamkan dalam surah
Yusuf 12:100,
وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ
عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا…
Terjemahan: Dan ia menaikkan kedua
ibu-bapanya ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya
sujud kepadanya…
Nabi
Ya’kub a.s dan adik beradik Yusuf a.s sujud kepadanya bukan bertujuan untuk
menyembah beliau tetapi sebagai tanda memuliakannya. Tindakan ini setelah
mereka sendiri dimuliakan oleh Yusuf a.s pada ayat sebelumnya.
Maka
tindakan sujud para malaikat kepada Adam a.s adalah sama seperti sujudnya nabi
Ya’kub a.s dan anak-anaknya kepada Yusuf a.s. Ia sama sekali bukan atas dasar
sembahan dan bukan sarana untuk melakukan syirik.
Berdasarkan
fakta-fakta di atas, beberapa persoalan penting timbul
Persoalan
1: Sujud penghormatan kepada ulama?
Satu
persoalan penting timbul, apakah boleh seseorang sujud kepada ibu bapanya,
ulama dan tokoh-tokoh agama sebagai penghormatan dan bukannya sembahan???
Jawapannya
adalah haram
Pengharaman
sujud kepada manusia adalah tsabit berdasarkan hadith-hadith yang sahih.
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa
sallam bersabda :
لَوْ
كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ، لَأَمَرْتُ الْمَرْأَةَ أَنْ تَسْجُدَ
لِزَوْجِهَا
Terjemahan:
Seandainya aku diperbolehkan memerintahkan seseorang untuk sujud kepada orang
lain, niscaya akan aku perintahkan seorang wanita untuk sujud kepada suaminya”
[Diriwayatkan oleh At-Tirmidziy no. 1159, Al-Bazzaar dalam Kasyful-Astaar no.
1466, Ibnu Hibbaan no. 4162, Al-Haakim 4/171-172, Al-Baihaqiy 7/291, dan yang
lainnya. Hadits ini mempunyai banyak jalan, dan dishahihkan oleh Al-Albaaniy
dalam Ash-Shahiihah no. 3366].
Dalam riwayat Ibnu Abi Syaibah :
لَا،
إنَّهُ لَا يَسْجُدُ أَحَدٌ لِأَحَدٍ وَلَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا يَسْجُدُ لِأَحَدٍ
؛ لَأَمَرْتُ النِّسَاءَ يَسْجُدْنَ لِأَزْوَاجِهِنَّ
Terjemahan:
Jangan!. Tidak boleh seseorang sujud kepada orang lain. Seandainya aku boleh
memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, niscaya aku akan perintahkan
para wanita untuk sujud kepada suami-suami mereka”.3
Mungkin
ada yang membidas dengan mengatakan sujud di atas adalah sujud sembahan dan
bukannya sujud penghormatan. Penghujahan ini tidak tepat kerana jika dibenarkan
sujud, baginda akan memerintahkan wanita untuk sujud kepada suaminya. Sudah
tentu, sujud ini sebagai arahan kepada wanita untuk memuliakan suaminya dan
bukannya untuk sembahan.
Persoalan 2: Nabi Ya'kub a.s dan para malaikat melakukan perkara haram?
Sebahagian orang yang keliru akan berhujah berikut,
‘Jika sujud penghormatan haram
dilakukan, apakah Nabi Ya’kub dan Adam a.s melakukan perkara haram?”
Jawapannya tidak. Pengharaman sujud
hormat selain pada manusia tidak berkuatkuasa pada zaman mereka. Maka sama
sekali mereka tidak melakukan perkara yang haram. Ia adalah haram kepada umat
Muhammad sallahu a’alaihi wassalam
Perlu diketahui, syariat umat
manusia berbeza-beza dan bergantung kepada kehendak Allah s.w.t.
Al-Quran menyebutkan dalam al-Maidah
5:48
…لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ
شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا...
Terjemahan: … Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan
yang terang…
Lebih dari itu, perbuatan malaikat
itu sendiri adalah atas perintah Allah s.w.t
Ibnu Kathir menjelaskan
وقد كان هذا مشروعا
في الأمم الماضية ولكنه نسخ في ملتنا
Terjemahan:
Adapun perbuatan ini (sujud hormat) disyariatkan pada umat-umat terdahulu
tetapi telah terhapus dalam syariat kita (umat Muhammad sallahu a’alaihi
wassalam)4
Malaikat
menjadikan Adam a.s sebagai kiblat
Sebahagian
ulama tafsir seperti al-Baghawi berpandangan malaikat tidaklah bersujud kepada
Adam ‘alaihisalam tetapi mereka menjadikan dia sebagai kiblat sebagaimana ka’bah.
Hakikatnya sujud mereka adalah kepada Allah s.w.t
Begitu
juga dengan sujudnya nabi Ya’kub a.s dan adik beradik Yusuf a.s adalah kepada
Allah s.w.t dan bukannya kepada Yusuf a.s
Ada
juga ulama yang mentafsirkan sujudnya para malaikat bukan dalam erti kata sujud
yang sebenar tapi sekadar ketundukan dan penghormatan. Pandangan sebahagian
ulama ini dinukilkan oleh al-Qurtubi dalam tafsirnya
Biarpun
ulama-ulama ini berbeza pandangan akan cara sujud tersebut, mereka telah
bersepakat sujudnya Adam a.s bukanlah perbuatan syirik
Pandangan
tersasar Ayatullah Khamenei
Disebutkan
dalam situs syiah, pegangan mereka yang jelas bahawa tidak dibenarkan sujud
selain dari Allah s.w.t
Situs
tersebut menyatakan
‘Karena
itu, dari sudut pandang Islam, sujud tidak dibenarkan untuk selain Allah Swt
dan dalam kitab-kitab riwayat disebutkan satu bab dengan judul “”Adam jawâz
al-Sujud li ghairiLlah.” (Tidak dibenarkannya Sujud untuk selain Allah).
Terdapat
banyak riwayat yang dinukil dari Rasulullah Saw dan para Imam Maksum As terkait
dengan keharaman sujud bagi selain Tuhan”
Alhamdulillah,
moga-moga kenyataan positif ini akan mengembalikan syiah imamiyah kepada tauhid
yang sebenar. Malangnya, dalam web yang sama menyebutkan pandangan Ayatollah
Khamenie
“Sujud untuk selain Allah Swt hukumnya
adalah haram dan tidak ada masalah bagi sebagian orang awam yang meletakkan
dahinya di hadapan pusara para Imam Maksum As apabila hal itu dilakukan untuk
menyatakan syukur kepada Allah Swt namun jika tidak demikian maka hukumnya
adalah haram”
Persoalannya,
bagaimana mungkin meletakkan dahi di maqam para imam dianggap sebagai tanda
kesyukuran??
Bukankah
pada awalnya beliau sendiri mengharamkan perbuatan tersebut??? Apakah para imam
masa hidupnya membolehkan orang bersujud kepada mereka dengan alasan syukur??
Jika
tidak, apa justifikasi melakukannya setelah para imam telah wafat??
Ternyata
kenyataan ini telah tersasar
Kesimpulan
Sujudnya
para malaikat kepada Adam a.s bukan dengan niat sembahan tapi atas niat tujuan
memuliakannya dan ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. Sujudnya Ya’kub a.s dan
anak-anaknya juga dalam kondisi yang sama. Pengharaman sujud kepada selain
manusia tidak ditujukan kepada mereka tapi ditujukan khas kepada umat Muhammad
sallahu a’alaihi wassalam.
Rujukan
1. Tafsir
al-Quran al-Adzhim, 1/232
2. Tafsir al-Qurtubi, 1/293
3.
Dipetik dari http://abul-jauzaa.blogspot.com/2012/03/ini-adalah-satu-kaedah-penting-yang.html
4. Tafsir Ibnu Kathir, 1/34
2 comments:
Salah satu web syiah kepanasan apabila Ayatollah Khamenei dikritik
InsyaAllah, kita akan meneliti kenyataan mereka yang berkaitan
Pada awalnya,
3 soalan yang ditanyakan
1. Bukankah pada awalnya beliau sendiri mengharamkan perbuatan tersebut???
Komentar syiah
Syukur kepada Allah dengan cara yang disebutkan adalah syukur atas nikmat yang telah Allah karuniakan kepada hambaNya lewat para penjaga dan syariat agama Allah iaitu Para Maksumin (a.s).
Sudah tentu meletakkan dahi itu bukanlah bermakna sujud penyembahan (ibadah).
Ini adalah salah satu cara mengungkapkan rasa syukur kepada Allah.
Allah yang memberikan seluruh kedudukan dan kemuliaan kepada Para Maksumin (a.s) yang juga selaku penjaga syariat agama Allah sepeninggal Rasulullah (saw), dan mereka (a.s) jugalah selaku “hadi” (pemberi petunjuk).
Bidasan kepada komentar syiah soalan (1)
Ternyata syiah ini telah keliru.
Tidak pernah disebutkan bahawa Ayatollah Khamenie menyakini boleh sujud sembahan kepada imam. Yang dikritik ialah perbuatan meletakkan dahi ke maqam imam.
Ini adalah perbuatan sujud secara umum dengan tanpa menspesifikkan niat sembahan.
Syiah tersebut juga gagal membawakan apa-apa riwayat dari imam membenarkan sujud kepada mereka dengan niat bersyukur.
2. Apakah para imam masa hidupnya membolehkan orang bersujud kepada mereka dengan alasan syukur??
3. Jika tidak, apa justifikasi melakukannya setelah para imam telah wafat??
Komentar syiah untuk soalan (2) dan (3)
|
Ya, sudah tentu. Pengharaman tersebut adalah haramnya sujud yang bermaksud ibadah. Dan bukan selainnya.
Jika tidak, sudah tentu Nabi Yaakub (a.s) dan Para Malaikat telah termasuk dalam kategori mensyirikkan Allah.
.
Maka soalan yang dicetuskan oleh si Nasibi ini tidak releven lagi kerana ia tercetus daripada kekeliruannya sendiri.
Bidasan kepada komentar (2) dan (3)
Kita masih menantikan bukti dari riwayat syiah mengatakan imam membenarkan sujud kepada mereka dengan niat syukur di atas kuburan.
Dipersilakan syiah membuktikan dari riwayat sahih disisi mereka. Dalam situs syiah yang dipetik sendiri tidak menyebutkan sebarang riwayat secara spesifik boleh sujud kepada imam dengan niat syukur dan di maqam-maqam mereka.
Yang ada hanyalah tafsiran sebahagian ulama mereka kepada ayat-ayat al-Quran yang tiada kena mengena dengan meletakkan dahi di kuburan
Persoalan tentang Ya’kub a.s telahpun dijawab sebelumnya dalam artikel.
Jika tiada riwayat yang dibawa, ternyata syiah ini sebenarnya tiada hujah. Sekadar mengulang pernyataan dan merasa diri sendiri benar
Cemuhan syiah
Sekarang kita dapat saksikan bagaimana warna sebenar Salafi Nasibi ini yang begitu ghairah mencari salah ajaran Keluarga Nabi SAW yang suci dengan cara memesongkan pemahaman Syiah dengan cara bejatnya yang tak ubah sok seperti seorang Munafiq.
Bidasan kepada cemuhan syiah
Seperti biasa sikap dan akhlak syiah tergambar dengan gaya bahasa yang digunakanز Kami sendiri telah memetik ulasan syiah yang bertepatan dan memujinya agar mereka kembali kepada kebenaran.
Malangnya, kebusukan hati dan kebencian yang mendalam menyebabkan mereka memanggil pelbagai gelaran .
Inilah bukti mazhab yang terbina dengan kebencian, cemuhan, laknat dan cacian
Adapun ahlu Sunnah, kami terbina dengan kasih sayang, kecintaan kepada ahlul bait, para sahabah nabi dan seluruh nabi yang diutuskan
Moga Allah memberikan hidayah kepada kita semua
Amin
Tambahan,
Ayatollah Khameini sendiri telah meletakkan dahinya di maqam imam redha
http://www.youtube.com/watch?v=3z4MatHoZwo
Apabila dirujuk dalam bab باب عدم
جواز السجود لغير الله dalam kitab Wasail Syiah
Ternyata, hadith pengharaman sujud jelas dalam riwayat-riwayat syiah. Bahkan pengharaman ini boleh saja diluaskan kepada sujud syukur kerana ada hadith yang sama dengan ahlu sunnah seperti di atas
Dan dalam kitab yang sama, ada bab yang khas bertajuk
باب عدم جواز السجود للنبي والامام ( عليهما
السلام ) في الزيارة ولا غيرها
Tidak disebutkan pengecualian untuk sujud syukur
Post a Comment