Sunday, June 10, 2012

Jaminan syurga kepada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiya dan para sahabah


Hati yang bersih dan suci pasti akan melihat kebenaran yang jelas didepan mata. Peperangan Tabuk menjadi bukti yang jelas jaminan syurga Allah kepada sahabah-sahabah yang utama iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali hatta Muawiya (radiyaAllahu ‘anhum). 
InsyaAllah, kita akan menganalisa dengan mentadabbur ayat-ayat al-Quran yang berkaitan  dengan peperangan ini. 

Kita akan buktikan bahawa Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiya dan para sahabah dijamin syurga dan mereka bukanlah dari kalangan munafik


Peperangan Tabuk

Ini adalah peperangan terakhir disertai baginda Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam bersama para sahabatnya.  Peperangan ini berlaku pada tahun ke-9 hijrah pada bulan rejab dengan kapasiti sahabah berjumlah 30 ribu orang. 

Kedudukan Tabuk yang berada di utara madinah serta kepanasan yang mengancam pada bulan tersebut menyebabkan sahabah yang lemah imannya merasa susah untuk berperang

Tindakan para sahabah yang lemah imannya itu telah diberi peringatan keras oleh Allah

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ (38) إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (39)

Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? 

Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit. Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Golongan syiah imamiyah mengambil peluang dengan mencaci sahabah menggunakan ayat ini. Mereka menukilkan pernyataan Ibnu ‘Abbas bahawa sebahagian sahabah telah dihukum Allah dimana air hujan telah tertahan bagi mereka. 

Kita jawab, sebahagian sahabah memang ada yang lemah imannya, lebih-lebih lagi keadaan ketika itu sangat panas untuk berperang. Namun itu tidak mengkafirkan mereka kerana Allah sendiri telah memanggil pada awalnya dengan ‘Hai orang-orang yang beriman’

Kemudian terbukti akhirnya mereka turut serta bersama-sama nabi ke medan tabuk dan Allah telah mengampunkan mereka

Bahkan Allah s.w.t telah mengampunkan mereka semua dalam surah at-Taubah ayat 117

لَقَدْ تَابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ مِنْ بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (117)

Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang anshar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka

Apakah wajar syiah menghentam golongan sahabah yang jelas diampunkan oleh Allah s.w.t ??

Keduanya, pernyataan Ibnu Abbas merujuk kepada sebahagian kabilah arab dan ia tidak memasukkan sahabah-sahabah yang utama iaitu Abu Bakar r.a,  Umar r.a, Uthman r.a, Ali r,a  hatta Muawiya r.a.

 Sahabat-sahabat yang turut serta dalam peperangan ini

Sahabah-sahabah utama seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, AbdurRahman bin ‘Auf, Muawiya dan lain-lain telah menyertai peperangan ini. Keberadaan Muawiya dalam peperangan ini tidak dapat disangkal kerana dia sendiri telah menyertai peperangan Hunain dan pengepungan di Taif sebelumnya 1.

Setakat yang diketahui, tidak wujud apa-apa riwayat sunni yang mengeluarkan Muawiya serta sahabah-sahabah yang besar di atas dari peperangan ini. Bahkan dalam riwayat shia yang diteliti, tidak dijumpai apa-apa riwayat yang mengeluarkan mereka dari peperangan ini.


Lebih dari itu, Uthman r.a telah menginfakkan harta yang banyak dalam peperangan ini. Hal ini disebutkan dalam pelbagai kitab sejarah sunni yang sanadnya saling menguatkan satu sama lain. Beliau telah memberikan 900 unta, 100 kuda dan 1000 dinar 2

Situs syiah sendiri telah mengakui perkara ini menukilkan dari karya al-Majlisi 3


 Golongan sahabah yang tidak turut serta

Sebahagian sahabah tidak turut serta dalam perang tabuk.  Sahabat-sahabat tersebut ialah

1. Ali r.a tidak ikut serta kerana mentaati perintah Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam. Baginda memerintahkan Ali r.a untuk menjaga ahli keluarga beliau. Golongan munafik mengambil kesempatan menyakiti Ali r.a dan merendahkan-rendahkan kedudukan beliau. 

 Ali r.a akhirnya keluar dan menemui baginda di jarf, baginda kemudiannya mengatakan kedudukan Ali disisinya adalah sama dengan kedudukan Harun a.s disisi Musa a.s. Perkataan baginda itu telah meredakan kegelisahan Ali r.a 4

2.  Sahabah-sahabah yang lemah, sakit dan tidak berkemampuan serta tidak berkenderaan diampunkan oleh Allah. Al-Quran merakamkan dalam surah at-Taubah ayat 91 dan 92,

لَيْسَ عَلَى الضُّعَفَاءِ وَلَا عَلَى الْمَرْضَى وَلَا عَلَى الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنْفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ مَا عَلَى الْمُحْسِنِينَ مِنْ سَبِيلٍ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (91) وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ (92)

Terjemahan: Tiada dosa (lantaran tidak pergi berjihad) atas orang-orang yang lemah, orang-orang yang sakit dan atas orang-orang yang tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan, apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tidak ada jalan sedikitpun untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik. 

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan tiada (pula) berdosa atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu." lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan. 


3.  Murarah bin Rabi’ Al-Amri, Hilal bin Umayah Al-Waqifi and Kaab bin Malik tidak menyertai peperangan. Ka’ab bin Malik menyertai kesemua peperangan sebelumnya kecuali perang Badar manakala Hilal dan Murarah menyertai perang badar. 

Mereka tidak berkeinginan untuk berpaling dari peperangan ini. Malangnya, sikap lalai akibat bertangguh-tangguh menyebabkan mereka tertinggal.  Perbuatan mereka salah dan mereka telah benar-benar bertaubat dari perbuatan tersebut

Al-Quran merakamkan pengampunan Allah kepada mereka

وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَنْ لَا مَلْجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (118)

Terjemahan: dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa merekapun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang

Golongan munafik tidak ikut serta dalam perang tabuk

Perang tabuk menjadi pemisah jelas antara golongan munafik dan para sahabah nabi. Mereka sama sekali tidak menyertai peperangan ini. Mereka telah meminta izin dari baginda untuk tidak ikut serta dalam peperangan ini. 

Bahkan jika mereka turut serta dalam peperangan ini, ia tidak akan menguntungkan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. Al-Quran menyebutkan dalam surah at-Taubah ayat 45-47

إِنَّمَا يَسْتَأْذِنُكَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَارْتَابَتْ قُلُوبُهُمْ فَهُمْ فِي رَيْبِهِمْ يَتَرَدَّدُونَ (45) وَلَوْ أَرَادُوا الْخُرُوجَ لَأَعَدُّوا لَهُ عُدَّةً وَلَكِنْ كَرِهَ اللَّهُ انْبِعَاثَهُمْ فَثَبَّطَهُمْ وَقِيلَ اقْعُدُوا مَعَ الْقَاعِدِينَ (46) لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ وَفِيكُمْ سَمَّاعُونَ لَهُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ (47)
Terjemahan: Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keraguannya. 

Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka. dan dikatakan kepada mereka: "Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu." 

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antara kamu; sedang di antara kamu ada orang-orang yang amat suka mendengarkan perkataan mereka. Dan Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

Termasuk di kalangan munafik ini ialah sebahagian golongan arab badwi yang diancam keras oleh Allah s.w.t
Al-Quran menyebutkan dalam surah at-Taubah, ayat 90

وَجَاءَ الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ لِيُؤْذَنَ لَهُمْ وَقَعَدَ الَّذِينَ كَذَبُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ سَيُصِيبُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (90)

Terjemahan: Dan datang (kepada Nabi) orang-orang yang mengemukakan 'uzur, yaitu orang-orang Arab Baswi agar diberi izin bagi mereka (untuk tidak berjihad), sedang orang-orang yang mendustakan Allah dan Rasul-Nya, duduk berdiam diri saja. Kelak orang-orang yang kafir di antara mereka itu akan ditimpa azab yang pedih 
.
Dan juga dalam ayat 97 pada surah yang sama

الْأَعْرَابُ أَشَدُّ كُفْرًا وَنِفَاقًا وَأَجْدَرُ أَلَّا يَعْلَمُوا حُدُودَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ (97)

Terjemahan: Orang-orang Arab Badwi itu lebih sangat kekafiran dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Jaminan syurga kepada sahabah nabi

Telah dibuktikan mereka yang bersama dengan nabi adalah para sahabah baginda yang mulia. Golongan munafik sama sekali tidak menyertai peperangan ini. Sahabah-sahabah utama yang berperang termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiya dan juga para sahabah yang lain. Merekalah golongan beriman yang bersama dengan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam dan dijamin dengan syurga secara mutlak

Al-Quran menyebutkan dalam at-Taubah ayat 88-89

لَكِنِ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ جَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ وَأُولَئِكَ لَهُمُ الْخَيْرَاتُ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (88) أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (89) وَجَاءَ الْمُعَذِّرُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ لِيُؤْذَنَ لَهُمْ وَقَعَدَ الَّذِينَ كَذَبُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ سَيُصِيبُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (90)

Terjemahan: Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama dia, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh kebaikan, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. Allah telah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.

Berdasarkan analisa surah at-Taubah, sangat jelas bahawa para sahabah yang disebutkan di atas telah dijamin syurga dan mereka bukan munafik

Golongan syiah imamiyah telah cuba membidas fakta-fakta di atas. Mereka telah mengemukakan 4 bidasan utama. InsyaAllah, akan dipaparkan bidasan mereka dan jawapan kepada bidasan-bidasan tersebut

Bidasan syiah 1:  Golongan munafik ikut serta dalam peperangan Tabuk

Syiah berhujah ayat al-Quran tidak pernah menyatakan kesemua munafik tidak ikut serta. Ada saja golongan munafik ikut serta dalam peperangan ini. Ulama sejarah sunni sendiri seperti Dr Akram Diya ‘ al-Umari dalam kitabnya Sahih Sirah an-Nabawiyah menyebutkan hal demikian.

Selain itu dalam hadith yang sahih berkenaan dengan ahlul aqabah. Golongan munafik telah cuba membunuh nabi ketika di bukit aqabah setelah selesai peperangan tabuk dengan cara menakut-nakutkan unta baginda. Ini direkodkan dalam Musnad Ahmad 5/453 no 23843. 

Bantahan kepada bidasan syiah 1: Golongan munafik tidak ikut serta

Al-Quran sendiri menyebutkan dengan jelas bahawa golongan munafik telah minta izin untuk tidak ikut serta.

Maka secara logiknya, kesemua mereka tidak ikut serta melainkan terdapat bukti yang jelas menafikannya
Ini dibuktikan pula keberadaan golongan munafik akan merencatkan kemenangan umat Islam.

Al-Quran menyebutkan dalam surah at-Taubah ayat 47

Jika mereka berangkat bersama-sama kamu, niscaya mereka tidak menambah kamu selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisanmu, untuk mengadakan kekacauan di antara kamu’

Maka jelas tidak ada saki baki munafik dalam tentera Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam

Pernyataan Dr Akram Diya al-‘Umari perlu dinilai semula. Alasan yang dikemukakan beliau ialah Rasulullah sallahu ‘alaihi wasalam mengirim sejumlah utusan kepada beberapa kabilah meminta mereka untuk keluar bersama-sama menuju tabuk.   

Beliau menaqalkan ini dari al-Waqidi dan beliau sendiri mengetahui riwayat ini tidak menjadi hujah apabila al-Waqidi berseorangan 5 .Bahkan boleh saja hanya orang beriman dari kalangan kabilah-kabilah ini yang turut serta dan bukannya golongan munafik

Adapun komplot yang ingin membunuh nabi hanya berlaku sesudah peperangan tabuk dan ia berlaku di aqabah. Tidak ada bukti dari lafaz hadith tersebut golongan tersebut berasal dari tentera Rasululllah sallahu a’alaihi wassalam. Boleh saja mereka telah lama berkomplot dan menunggu di bukit aqabah untuk membunuh baginda. 

Tambahan dalam riwayat Musnad Ahmad 5/453 no 23843 menyebutkan hanya Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam serta beberapa sahabah saja yang mengambil jalan ke bukit aqabah. 

Adapun lafaz ‘sekelompok sahabatnya melakukan rencana jahat’ yang disebutkan dalam lafaz riwayat Dala’il An Nubuwwah oleh al- Baihaqi 5/256-257 tidak dijadikan hujah kerana sanadnya terdapat Ibnu Luha’iah. Ibnu Luhai’ah seorang yang shaduq tetapi hafalannya buruk setelah kitabnya terbakar dan riwayat ini juga mursal kerana Urwah bin Zubair tidak menyaksikan kejadian tersebut.
  
Bidasan syiah 2: Apakah Ali r.a tidak dijamin syurga?

Syiah berhujah jika ayat ini menjamin Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiya dengan syurga, apakah itu bermakna Ali r.a tidak dijamin sama?? Bukankah beliau tidak menyertai peperangan ini??

Bantahan bidasan 2: Perang ini mengitbatkan syurga dan bukannya menafikan sahabah lain

Peranan Ali r.a adalah besar hingga disamakan dengan peranan Harun a.s. Sudah tentu beliau dijamin syurga kerana keberadaan beliau di Madinah termasuk dalam strategi Rasulullah sallahu a’alaihi wasalam

Jikapun tidak kerana ayat ini, Ali r.a telah pun dijamin syurga dengan banyak ayat-ayat lain dalam al-Quran. Kemuliaan beliau sama sekali tidak berkurangan kerana tidak ikut serta

Peperangan tabuk sekadar menetapkan kemuliaan yang jelas kepada sahabah-sahabah utama dan membuktikan mereka bukan munafik. Tidak sekali-kali menafikan kemuliaan sahabah lain yang tidak ikut serta

Bidasan syiah 3: Ayat 88-89 at-Taubah hanya merujuk kepada orang-orang beriman

Syiah berhujah ayat ini bukan bukti semua sahabah yang bersama nabi mendapat jaminan syurga sebaliknya hanya mereka yang beriman saja. Sebab itulah lafaz ayat berbunyi, ‘Rasul dan orang-orang yang beriman bersama dia’

Bantahan kepada bidasan 3: Hanya orang beriman yang terlibat dalam perang ini

Hujah syiah ini membawa kepada kesimpulan yang fatal. Telah dibuktikan munafik tidak ikut serta. Maka apakah syiah yakin yang bersama dengan nabi juga meliputi orang-orang kafir sehingga jaminan tersebut hanya kepada yang beriman?? 

Sepatutnya ayat ini difahami, yang bersama dengan nabi itulah orang-orang yang beriman. Allah telah mengiktiraf mereka dengan jelas

Tiada orang kafir atau munafik bersama dengan nabi.  Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam tidak memerlukan orang kafir untuk memerangi kafir yang lainnya.

Bidasan syiah 4: Jaminan syurga bersyarat

Syiah mengatakan jaminan syurga ini hanyalah jaminan semata-mata dan bukannya mutlak. Ia masih tertakluk kepada perbuatan sahabah. Apabila sahabah menyimpang, maka jaminan tersebut tidak layak kepada mereka

Bantahan kepada bidasan 4: Jaminan syurga mutlak

Allah telah menggunakan fi’il madhi yakni past tense dalam ayat 88-89 surah at-Taubah. Allah TELAH menyediakan mereka ganjaran syurga atas perbuatan yang mereka lakukan

Allah bukanlah seperti bos syarikat yang mampu menarik balik bonus pekerjanya akibat kegagalan prestasi pekerja. Sebaliknya Allah s.w.t mengetahui perkara ghaib, yang terdahulu, kini dan selamanya. Dengan pengetahuan Allah yang Maha luas, Allah telah mengurniakan jaminan yang mutlak kepada sahabah nabi

Tidak mungkin bagi Allah telah menjamin syurga kepada sahabah-sahabah utama kemudian menarik semula jaminan mutlak tersebut. Maha Suci Allah dari perbuatan tersebut

Kesimpulan

 Analisis di atas jelas membuktikan para sahabah dijamin syurga dalam peperangan terakhir bersama dengan baginda sallahu a’alaihi wassalam. Mereka juga bukanlah golongan munafik

Kita menyeru kepada syiah agar kembali ke pangkal jalan. Berhentilah menomah para sahabah dan cukuplah memetik kitab-kitab sunni dalam menjustifikasikan tindakan buruk tersebut. Ingatlah, sahabah-sahabah yang syiah cerca ini, telah dijamin syurga dengan jelas oleh Allah

Sangat ditakuti cercaaan ini akhirnya membawa kepada cercaan kepada Allah atas kebencian kepada jaminanNYa. Na’zubillah

Rujukan

1.  Sihatah Muhammad Saqr, Muawiya bin Abi Sufyan Amir Mukminin wa Kaatibul Wahy an-Nabiy al-Amin Sallahu a’alaihi wassalam, 1/147
3. al-Majlisi, Hayat al-Qulub, section 45, Battle of Tabuk – Uqbah – Masjid Zirar
5. Akram Diya’ al-Umari, Sahih Sirah an-Nabawiyah, ms 560, pustaka As-Sunnah

No comments: