Bapa umat manusia, Adam a’laihi salam (a.s) sentiasa dikritik sebagai individu yang berdosa dan menyanggahi perintah Allah s.w.t.
Golongan kristian mengaibkan kedudukan Adam a.s dan Hawa a.s kerana tindakan ‘dosa’ yang disandarkan kepada mereka. Akibatnya, tidak ditemui satu pun pernyataan taubat mereka berdua dalam kitab Bible pegangan mereka
Persoalannya, benarkah Adam a.s berdosa atau sebenarnya baginda hanya melakukan kesilapan??
Apakah beza antara kesilapan dan dosa??
Perbezaan antara kesilapan dan dosa
Sesuatu perbuatan yang menyanggahi syariat Allah hanya dianggap berdosa apabila ia dilakukan dengan sengaja, dengan sedar, tidak dipaksa serta dengan ilmu bahawa perkara tersebut adalah salah.
Dalam kes Adam a.s, al-Quran merakamkan bahawa baginda terlupa dan termakan pujukan syaitan.
لَقَدْ عَهِدْنَا إِلَى آدَمَ مِنْ قَبْلُ فَنَسِيَ وَلَمْ نَجِدْ لَهُ عَزْمًا (115)
Terjemahan: Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat (al-Taha 20:115)
Ayat diatas jelas menunjukkan Adam a.s tidak memakan buah larangan dengan sengaja, sebaliknya baginda terlupa
Sifat kelupaan tidak menjadikan perbuatan Adam a.s sebagai dosa sebaliknya ia tergolongan dalam kesilapan.
Kelupaan bermaksud tidak sengaja
Sifat kelupaan yang dialami oleh Adam a.s menjadikan perbuatan baginda sebagai tidak sengaja.Perbuatan yang tidak sengaja tidak dihukum oleh Allah bahkan dengan sifat rahmatNYA, Allah mengampunkan kesilapan tersebut
وَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ فِيمَا أَخْطَأْتُمْ بِهِ وَلَكِنْ مَا تَعَمَّدَتْ قُلُوبُكُمْ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (5)
Terjemahan: Dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab 33:5)
Dua bidasan golongan kristian
Golongan kristian membidas hujah-hujah di atas . Mereka membawakan dua bidasan kepada hujah diatas
Bidasan pertama ialah dengan membawakan sepotong riwayat dalam Sahih Muslim yang menunjukkan Musa a.s mencela Adam a.s sebagai pendosa dan meletakkan kesalahan sepenuhnya pada Adam a.s
عَنْ طَاوُسٍ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ احْتَجَّ آدَمُ وَمُوسَى فَقَالَ لَهُ مُوسَى يَا آدَمُ أَنْتَ أَبُونَا خَيَّبْتَنَا وَأَخْرَجْتَنَا مِنْ الْجَنَّةِ قَالَ لَهُ آدَمُ يَا مُوسَى اصْطَفَاكَ اللَّهُ بِكَلَامِهِ وَخَطَّ لَكَ بِيَدِهِ أَتَلُومُنِي عَلَى أَمْرٍ قَدَّرَهُ اللَّهُ عَلَيَّ قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَنِي بِأَرْبَعِينَ سَنَةً فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى فَحَجَّ آدَمُ مُوسَى ثَلَاثًا قَالَ سُفْيَانُ حَدَّثَنَا أَبُو
الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَهُ
Terjemahan: dari 'Amru dari Thawus, aku mendengar Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Adam dan Musa saling berdebat. Musa mengatakan; 'Hai Adam, engkau adalah ayah kami, sungguh engkaulah yang telah menelantarkan kami dan mengusir kami dari surga'. Adam menjawab; 'Hai Musa, Allah telah memilihmu dengan kalam-Nya, dan Allah telah memberi catatan-catatan untukmu dengan tangan-NYA, apakah kamu mencelaku dengan suatu hal yang telah Allah takdirkan empat puluh tahun bagiku sebelum Dia menciptaku? Adam akhirnya mengalahkan Musa (beliau ucapkan tiga kali)." Sufyan mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Az Zanad dari Al A'raj dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam semisalnya.
Rujukan: Sahih al-Bukhari, Bab Adam dan Musa berhujah disisi Allah, 8/126, Maktabah Shamela
Jawapan kepada bidasan pertama kristian
Hadith di atas tidak menunjukkan Musa a.s menuduh Adam a.s sebagai pendosa sebaliknya baginda hanya mempertikaikan Adam a.s atas tindakan beliau yang menyebabkan manusia terkeluar dari syurga
Musa a.s menganggap tindakan keluar dari syurga adalah kesalahan Adam a.s semata-mata. Adam a.s menjelaskan natijah tindakan tersebut termasuk dalam taqdir yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Baginda tidak menyalahkan taqdir bagi perbuatannya sebaliknya taqdir tersebut disandarkan kepada perbuatan turun kepada dunia kerana dimaklumi bahawa Allah s.w.t telah berkehendak menjadikan khalifah dimuka bumi.
Adam a.s sendiri telah memohon ampun bagi kesilapan baginda. Jika baginda semata-mata menyandarkan kepada taqdir, dah tentu baginda tidak akan memohon ampun.
Musa a.s juga tidak berniat untuk mencela Adam a.s sebabnya baginda sendiri memanggil beliau dengan gelaran hormat yakni ‘engkau adalah ayah kami’. Maka perkataan Adam a.s , ‘kamu mencelaku’, adalah anggapan Adam a.s kepada Musa a.s semata-mata akibat kerasnya pernyataan Musa a.s
Golongan kristian membawakan bidasan kedua dengan bertanyakan soalan berikut,
‘Jika Adam tidak berdosa dan hanya melakukan kesilapan, mengapa keturunan manusia dihukum turun ke dunia, bukankah Tuhan tidak adil menghukum perbuatan ‘tersilap’??
Jawapan kepada bidasan kedua
Penghukuman Allah s.w.t terhadap Adam a.s sebenarnya bukanlah pembuktian baginda seorang pendosa. Allah s.w.t sendiri menyatakan untuk menciptakan khalifah dibumi. Kehendak Allah ini berlaku sebelum diciptakan Adam a.s. Maka penurunan ke dunia bukanlah satu hukuman semata-mata seperti yang didakwakan oleh golongan kristian sebaliknya ia termasuk dalam perancangan Allah s.w.t
Jikapun ia dianggap sebagai ‘hukuman’, maka tidak salah untuk dihukum sesuatu kesilapan dengan syarat tidak berlaku kezaliman dan ia menjadi pengajaran kepada orang lain.
Dalam kehidupan kita sehari-hari, perbuatan tersilap juga dihukum sebagai pengajaran kepada orang lain. Sebagai contoh, jika seorang pelajar terlupa untuk menjawab soalan peperiksaan, setelah keluar dari dewan, baru dia teringat akan soalan tersebut, dia tidak boleh kembali ke dewan untuk menjawabnya. Dia dibalas atas kesilapan dirinya dan ia menjadi satu pengajaran kepada pelajar-pelajar lain.
Kesimpulan
Adam a.s, ayah kita semua merupakan insan pilihan Allah s.w.t sebagai khalifah pertama dunia. Kesilapan baginda menjadi pengajaran kepada kita supaya berhati-hati dengan godaan syaitan. Ia tidak boleh dianggap sebagai dosa kerana baginda tidak melakukannya dengan sengaja
Bahkan kesilapan baginda juga mempunyai hikmahnya tersendiri. Bayangkan jika baginda tidak memakan buah tersebut, jaminan untuk kita lahir di syurga hanyalah 50%. Yakni kita mungkin wujud dan mungkin tidak wujud. Mungkin saja kita tidak wujud di syurga
Namun akibat memakan buah tersebut, kita 100% telah wujud yakni kita telahpun lahir di dunia ini dan kita juga 100% mempunyai pilihan untuk kembali ke syurga
Itulah bukan bermaksud kita patut menyanggahi syariat Allah cumanya bagi setiap perbuatan kekadang mempunyai hikmahnya tersendiri
waAllahu a'lam
No comments:
Post a Comment