Sunday, January 1, 2012

Percanggahan syiah imamiyah dalam fiqh



Sebelum ini, telah dibincangkan percanggahan dalam bidang aqidah, sumber penerimaan hukum dan amalan agama syiah imamiyah

Kini kita beralih pula dengan percanggahan syiah imamiyah dalam bidang fiqh

Rata-rata mereka yang masuk ke mazhab syiah beranggapan mazhab mereka terdiri dari satu pandangan semata-mata yakni ahlul bait

Bahkan ada ‘ustaz-ustaz’ mereka yang dengan mudah mengejek perbezaan fiqh sunni sebagai tak relevan dan bercanggah-canggah. 

Biarpun ulama sunni telah menjelaskan sebab-sebab perbezaan fiqh tersebut dan kaedah berinteraksi dengannya serta panduan melakukan tarjih (memilih pandangan yang kuat).  Mereka masih berkeras  dengan pegangan mereka

Kononnya ia menjadi punca mereka beralih kepada mazhab syiah

Hakikatnya, percanggahan dalam syiah juga lebih parah lagi sehingga mengundang pelbagai kritikan dari ulama moden syiah kepada ulama silam mereka

Dalam artikel yang ringkas ini, cukupla kita menukil pandangan seorang ulama syiah imamiyah yang terkenal, Syeikh at-Tusi (wafat 460H),

Beliau pemilik dua kitab utama pegangan syiah iaitu Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar yang menjadi rujukan utama dalam mazahb syiah imamiyah

Mari kita soroti pernyataan beliau dalam kitabnya yang berjudul  ‘Uddah al-‘Usul , muka surat 136

ومما يدل أيضا على جواز العمل بهذه الاخبار التي أشرنا إليها ما ظهر بين الفرقة المحقة من الاختلاف الصادر عن العمل بها فاني وجدتها مختلفة المذاهب في الاحكام، يفتي أحدهم بما لا يفتي به صاحبه في جميع أبواب الفقه من الطهارة إلى أبواب الديات من العبادات، والاحكام، والمعاملات، والفرائض، وغير ذلك،


Terjemahan: Di antara dalil yang menunjukkan keharusan beramal dengan riwayat-riwayat ini yang telah kami isyaratkan kepadanya ialah perselisihan yang nyata di dalam beramal dengannya (riwayat-riwayat )di antara firqah yang diakui (keabsahannya). Kerana saya telah mendapati percanggahan mazhab-mazhab di dalam hukum hakam. Seorang dari kalangan mereka memfatwakan berbeza dengan fatwa yang diberikan oleh temannya dalam semua bab-bab fiqh yang terdiri dari bab thaharah hingga bab diyat daripada bab2 ibadat, hukum hakam, mu’amalat…….

Contoh percanggahan syiah imamiyah dalam fiqh

Beliau menjelaskan antara contoh percanggahan tersebut ialah katanya pada muka surat 136-137
مثل اختلافهم في العدد والرؤية في الصوم. واختلافهم في أن التلفظ بثلاث تطليقات هل يقع واحدة أم لا؟ ومثل اختلافهم في باب الطهارة وفي مقدار الماء الذي لا ينجسه شئ. ونحو اختلافهم في حد الكر. ونحو اختلافهم في استئناف الماء الجديد لمسح الرأس والرجلين. واختلافهم في اعتبار أقصى مدة النفاس واختلافهم في عدد فصول الأذان والإقامة  وغير ذلك في سائر أبواب الفقه حتى أن بابا منه لا يسلم الا وقد وجدت العلماء من الطائفة مختلفة في مسائل منه أو مسألة متفاوتة الفتاوى!

Terjemahan: Contoh percanggahan mereka ialah berkenaan menentukan bilangan hari dan rukyah (penentuan hari berdasarkan tengok anak bulan) di dalam masalah puasa. Dan perselisihan mereka berkenaan melafazkan tiga talak adakah jatuh satu atau tidak. Dan seperti perselisihan mereka dalam bab thaharah seperti kadar air yg tidak menjadi najis bila dimasuki sesuatu. Dan seperti perselisihan mereka berkenaan hukum had (kerana mencuri) tali yang dibuat dari sabut.dan seumpama perselisihan mereka tentang mengambil air baru utk manyapu kepala dan kaki. Perselisihan mereka tentang berakhir tempoh nifas. Dan perselisihan mereka ttg azan dan iqamah dan lain-lain dalam bab fiqh sehingga tidak ada satupun bab yang selamat dari perselisihan mana-mana golongan ulama. Perselisihan dalam pelbagai masalah atau satu masalah yg mempunyai fatwa yang pelbagai.

Syeikh at-Tusi kemudiannya mengakui percanggahan dalam kitab syiah lebih banyak dari imam-imam mazhab yang empat pegangan ahlu sunnah wa jamaah. Ia melebihi 5000 hadith!!

Beliau menyebutkan dalam muka surat 137-138

وقد ذكرت ما ورد عنهم عليهم السلام من الأحاديث المختلفة التي تختص الفقه يزيد على خمسة آلاف حديث، وذكرت في أكثرها اختلاف الطائفة في العمل بها وذلك أشهر من أن يخفى حتى انك لو تأملت اختلافهم في هذه الأحكام وجدته يزيد على اختلاف أبي حنيفة ، والشافعي، ومالك  ووجدتهم مع هذا الاختلاف العظيم لم يقطع أحد منهم موالاة صاحبه، ولم ينته إلى تضليله وتفسيقه والبراءة من مخالفته

Terjemahan: Sesungguhnya telah disebutkan hadis-hadis yang berselisih dari imam-imam as yang khusus dalam bab fiqh yang melebihi 5000 hadis. Dan disebutkan dalam kebanyakannya perbezaan sesuatu kelompok dalam beramal dengannya. Ianya sangat masyhur dan tidak tersembunyi lagi sehingga jika engkau perhatikan perselisihan pendapat mereka dalam hukum-hukum ini engkau akan dapati ianya melebihi perselisihan antara abu hanifah, syafie dan malik. Dan engkau dapati mereka walaupun sangat berbeza pendapat tetapi salah seorang dr mereka tidak memutuskan hubungan dgn teman mereka dan tidak membawa kepada menyesatkan

Rujukan: Uddah ‘al-Usul, Edisi PDF, tahqiq Muhammad Ridha al-Ansari al-Qummi

 Pengkritik at-Tusi mengakui kebenaran ini

Nukilan di atas juga boleh didapati dalam kitab Mu’jam Rijal al-Hadith (1/73) karya ulama hadith terkenal syiah iaitu Sayyid Abul Qasim al-Musawi al-Khui’. Buktinya dia telah mengkritik nukilan di atas. Kritikan beliau tidak menafikan nukilan ini sebaliknya hanya beliau hanya mempertikaikan samada kesemua riwayat dalam kitab at-Tusi sebagai sahih atau tidak. Beliau menjadikan perkataan at-Tusi sebagai modal untuk menolak kesahihan riwayat-riwayat dalam kitab beliau

Apapun alasan ulama syiah imamiyah, kebenaran yang hakiki ialah syiah imamiyah memang bercanggah dalam bidang fiqh dan ulama moden mereka sentiasa melakukan tarjih kepada pandangan ulama silam

“Alangkah malangnya seseorang berpindah kepada mazhab syiah imamiyah kerana alasan remeh seperti ini. Ternyata mereka sendiri tidak mengetahui dan mengkaji kitab-kitab syiah secara mendalam”

Kesimpulan
Syeikh at-Tusi menyatakan dengan jelas percanggahan dalam fiqh syiah adalah besar bahkan lebih banyak dari perbezaan mazhab ahlu sunnah. Tindakan sesetengah ustaz syiah melayu menjadikan isu ini sebagai modal adalah seperti ‘melontar batu rumah orang, tapi terlupa rumah sendiri diperbuat dari kaca’

 Penghargaan

Moga Allah membalas kebaikan kepada al-Fadhil Ust Ahmad Nasim dari Pondok at-Ta'lim yang telah menyemak artikel ini dan membaiki terjemahan


No comments: