Salah satu hujah logik yang biasa digunakan golongan kristian untuk menunjukkan ‘diviniti’ Isa a.s ialah kelahiran baginda dengan tanpa ayah.
Seringkali golongan kristian berhujah, ‘Muhammad mempunyai bapa manakala Isa lahir tidak berbapa maka Isa lebih hebat!!’
Lebih dari itu, sebahagian kristian menjadikan hujah ini sebagai bukti Isa a.s adalah Tuhan ataupun anak Tuhan ataupun kedua-duanya sekali
InsyaAllah, dalam artikel ini akan dipaparkan hujah menjawab dakyah golongan kristian dan bidasan kepada jawapan mereka
Kelahiran Isa a.s sama dengan Adam a.s
Hujah kristian ini dengan mudah telah dipatahkan oleh al-Quran dalam surah al-Imran ayat 59
إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (59)
Terjemahan: Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia.
Ibnu Kathir (wafat 774H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Adzhim (2/49)
Ibnu Kathir (wafat 774H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Adzhim (2/49)
يقول تعالى: {إن مثل عيسى عند الله} في قدرة الله تعالى حيث خلقه من غير أب {كمثل آدم} فإن الله تعالى خلقه من غير أب ولا أم، بل {خلقه من تراب ثم قال له كن فيكون} والذي خلق آدم قادر على خلق عيسى بطريق الأولى والأحرى، وإن جاز ادعاء البنوة في عيسى بكونه مخلوقا من غير أب، فجواز ذلك في آدم بالطريق الأولى
Berfirman Allah SWT : [[Sesungguhnya perumpamaan Isa di sisi Allah ]] menunjukkan kekuasaan Allah Taala yang menciptanya (Isa AS) tanpa ayah (seperti perumpamaan Adam), maka sesungguhnya Allah SWT menciptanya (Adam AS) tanpa ibu dan bapa, bahkan [[Dia menciptanya (Adam AS) daripada tanah kemudian dia berkata kepadanya ( Adam AS) “Jadilah” maka jadilah ]]. Dan Dia yang mencipta Adam juga mampu untuk mencipta Isa dengan kaedah yang pertama (Adam diciptakan) dan kaedah lain. Dan jika dibolehkan dakwaan Isa itu anak Allah kerana keadaannya (Isa AS) tanpa bapa, maka dibolehkan juga Adam kerana kaedahnya yang pertama (tanpa ibu dan bapa).
Penjelasan Ibnu Kathir jelas menunjukkan persamaan antara Isa a.s dengan Adam a.s adalah dari sudut penciptaan dimana kedua-duanya lahir dengan tanpa ayah dan lahir dengan kuasa Allah
Jadi, mana-mana penganut kristian yang menggunakan hujah ‘ketiadaan ayah’sebagai hujah ketuhanan maka ia akan terbatal dengan melihat perbandingan pada kelahiran Adam a.s
Bidasan kristian
Golongan kristian telah mengemukakan beberapa bidasan pada penghujahan di atas. Kesemua bidasan dalam web-web mereka tentang ayat ini dapat disimpulkan dalam 4 hujah berikut
Pertama: Kita tidak boleh menyamakan Adam a.s dengan Isa a.s kerana Adam berdosa manakala Isa a.s tidak
Kedua: Penciptaan Adam itu adalah “special case”. Maksudnya Adam a.s adalah manusia pertama maka dah tentu dia tidak mempunyai ayah dan ibu
Ketiga: Berlaku kontradiksi dalam ayat-ayat Al-Quran yakni bagaimana Allah menciptakan Adam a.s.
Keempat: Isa mempunyai banyak perbezaan dengan Adam a.s
Bantahan kepada bidasan kristian
Pertama: Persoalan samada nabi Adam a.s berdosa atau tidak sama sekali tidak mencacatkan persamaan dari sudut lahir dengan tanpa ayah
Alhamdulillah, dalam artikel berikut, dibuktikan Adam a.s tidaklah berdosa
http://titian-sebenar.blogspot.com/2012/01/adam-alaihi-salam-bukan-pendosa.html?utm_source=BP_recent
Kedua: Jika ‘special case’ yang dijadikan hujah, maka kita katakan penciptaan Isa a.s juga adalah “special case”. Maka tepatlah pernyataan bahawa kedua-dua penciptaan Adam a.s dan Isa a.s adalah “special case”. Maka penciptaan unik salah seorang dari mereka tidak menjadikan mereka mempunyai nilai ketuhanan.
Ketiga: InsyaAllah, berkenaan dengan tuduhan berlakunya percanggahan dalam penciptaan Adam a.s akan dijawab dalam artikel yang lain. Tidak ada kontradiksi seperti yang didakwakan.
Keempat: Memang benar terdapat banyak perbezaan antara Adam a.s dan Isa a.s, namun perbezaan itu tidak dapat menafikan kesamaan dari sudut penciptaan yakni kedua-duanya lahir dengan cara yang luar biasa dan tidak mempunyai ayah.
Mari kita berikan satu contoh mudah, jika kita katakan epal dan bangunan berwarna hijau. Kita menyamakan kedua-duanya dari sudut warna. Hanya kerana epal berbentuk bulat dan bangunan bertingkat-tingkat, itu tidak menafikan kedua-duanya berwarna hijau.
Kesimpulan
Penciptaan Adam a.s dan Isa a.s menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t yang mampu menciptakan manusia menurut kehendakNya sendiri. Apabila dia menyatakan ‘jadi’, maka tiada siapa lagi yang boleh membantahnya.
Penciptaan Isa a.s dengan tanpa bapa tidak menjadi hujah untuk membuktikan baginda anak Tuhan ataupun Tuhan itu sendiri apatah lagi dengan penciptaan Adam a.s yang tidak mempunyai ayah dan ibu
No comments:
Post a Comment