Golongan
anti-Islam berhujah, Allah tidak adil, jika seorang muslim membunuh sesuka
hati, berzina dan membuat 1001 kejahatan tapi menyakini Allah dan Rasulnya
tempat akhirnya syurga
Tapi kafir yang membuat kebaikan,melakukan amal kebajikan dan berguna kepada masyarakat, hanya kerana menolak Allah dan RasulNya, dia masuk neraka.
Tapi kafir yang membuat kebaikan,melakukan amal kebajikan dan berguna kepada masyarakat, hanya kerana menolak Allah dan RasulNya, dia masuk neraka.
Dimana
keadilan Allah?
Mengapa
muslim jahat masuk syurga dan kafir baik masuk neraka?
Kebaikan dan
keburukan bergantung kepada kehendak Allah s.w.t
Kekadang,
manusia relatif dalam menilai kebaikan dan keburukan. Sebagai contoh, perbuatan
mencuri dipandang baik oleh pencuri kerana menguntungkan dirinya, tapi di mata
mangsa, ia perbuatan jenayah
Allah
s.w.t selaku pencipta kepada kedua-duanya,
lebih mengetahui samada buruk atau baiknya perbuatan mencuri. DisisiNYa perbuatan
itu ditegah dan dikenakan hukuman
Begitu
juga dengan perbuatan yang dicela Allah s.w.t, kekadang aqal manusia tidak
sampai memikirkan hikmah celaan tersebut.
Jadi, itu bukan alasan sewenang-wenangnya menyalahkanNya
Sebagai
contoh, seorang ayah tahu bahaya api. Ketika mana anak kecilnya ingin bermain
api kerana belum pernah tahu kepanasan dan bahayanya, apakah salah si ayah
melarangnya??
Apakah
si anak akan mempertikaikan tindakan si Ayah yang melarangnya?? Apakah ayah
telah berlaku zalim kepada anaknya?? Sudah tentu tidak
Disisi
Allah, keburukan yang paling utama yang menyebabkan manusia ke neraka ialah
mensyirikkan Allah s.w.t
Allah
s.w.t sebut dalam al-Quran, an-Nisa ayat 48
إِنَّ
اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا (48)
Terjemahan:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala
dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.
Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang
besar.
Aqidah
yang suci dan bebas syirik adalah syarat asas ke syurga. Sesiapa yang berpegang
kepada asas ini akan akhirnya selamat dan siapa yang melanggarnya akan ke
neraka.
Muslim yang berdosa akan dibalas dengan neraka dahulu
Allah
Maha Adil dalam penilaiannya. Biarpun syurga dijanjikan kepada semua muslim,
muslim yang jahatnya melebihi timbangan amalnya akan diazab Allah s.w.t
Al-Quran
sebut dalam surah al-Zalzalah 99:8
وَمَنْ
يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)
Terjemahan:
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan
melihat (balasan)nya pula
Selepas
diazab sesuai dengan kejahatannya, mereka dikembalikan ke syurga Allah dengan
rahmatNya sesuai dengan cebisan keimanan yang dimiliki mereka
Dalam hadith
yang sahih disebutkan,
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه، عن النبي صلى الله
عليه وسلم قال: «يدخل أهل الجنة الجنة، وأهل النار النار» ، ثم يقول الله تعالى: «أخرجوا
من النار من كان في قلبه مثقال حبة من خردل من إيمان. فيخرجون منها قد اسودوا، فيلقون
في نهر الحيا، أو الحياة - شك مالك - فينبتون كما تنبت الحبة في جانب السيل، ألم تر
أنها تخرج صفراء ملتوية» …
Terjemahan: Dari Abi Sa’id al-Khudri r.a, dari Nabi sallahu a’alaihi wassalam katanya, ‘Ahli syurga akan masuk dalam syurga dan ahli neraka akan masuk dalam neraka. Kemudian Allah berkata, kemudian Allah ta’ala berkata, ‘Keluarkan dari neraka sesiapa yang ada dalam hatinya seberat biji sawi iman. Maka mereka dikeluarkan dalam keadaan telah menjadi hitam legam lalu dicampakkan dalam sungai malu atau sungai kehidupan (perawi iaitu Malik syak, tidak pasti yang mana satu), teruslah mereka tumbuh seperti tumbuhnya biji benih selepas banjir. Tidakkah engkau lihat bagaimana biji-biji benih itu keluar dalam keadaan kuning dan berolak naik….
Rujukan: Sahih Bukhari, Kitab Iman, Bab Perbezaan
Ahlil Iman Dalam `Amalan, hadith no 22
Jadi tidak benar, seorang muslim yang jahat
akan bebas ke syurga walaupun melakukan 1001 kejahatan dan kezaliman
Perbuatan baik kafir tidak bernilai disisi
Allah s.w.t
Seorang manusia, tidak kira muslim atau
kafir, diberikan pelbagai nikmat oleh Allah di dunia ini.
Namun ke syurga Allah s.w.t, syarat utama
ialah beriman kepada Allah s.w.t dengan sebenarnya dan menyakini kenabian
Muhammad s.a.w
Apa saja amalan baik mereka tidak diterima Allah
s.w.t.
Al-Quran menyebutkan dalam surah al-‘An’am
ayat 88
ذَلِكَ
هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ
عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (88)
Terjemahan:
Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia memberi petunjuk kepada siapa yang
dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Seandainya mereka mempersekutukan
Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan
.
Kita ambil dua contoh
memahami situasi ini.
Contoh pertama, seorang majikan mempunyai 2 orang
pekerja.
Pekerja pertama, Ahmad
(bukan nama sebenar) pekerja yang pemalas, datang lambat ke tempat kerja, muka
masam dengan pelanggan. Tapi, Ahmad di setiap akhir perniagaan akan memasukkan
duit ke akaun majikannya.
Pekerja kedua, Ah
Kai(bukan nama sebenar) pekerja yang rajin. Sentiasa datang awal ke tempat
kerja, mesra pelanggan, selalu membersihkan kedai. Namun, di setiap akhir
pekerjaan dia tidak memasukkan sepenuhnya duit ke akaun majikan. Sebaliknya dia
akan menyedekahkannya kepada orang miskin atau buat perkara lain yang 'baik'
baginya.
Yang mana layak dibayar
gaji? Memang benar, Ahmad pekerja yang tidak baik tapi dia menjalankan tugas
penting yang paling minima. Dia layak dipotong gaji tapi dia tetap layak
mendapat ganjaran kerana melaksanakan tugas yang asas.
Sementara Ah Kai telah melakukan
penyelewengan walaupun niatnya baik. Tindakannya akan membungkuskan perniagaan
kedai tersebut. Bahkan dia layak didakwa di mahkamah.
Contoh kedua, syarat minima
sijil pelajaran Malaysia (SPM) ialah lulus bahasa Melayu (BM). Biarpun sepandai
mana pun seorang pelajar, jika gagal BM, tidak akan mendapat sijil.
Bayangkan terdapat 2
pelajar, A dan B. Pelajar A mendapat markah A dalam semua subjek tapi gagal
dalam bahasa Melayu manakala pelajar B pulak lulus “cukup makan” bahasa melayu
tapi gagal semua subjek.
Yang manakah akan
mendapat sijil SPM?
Maha suci Allah dari
perumpaan-perumpaan di atas. Ia sekadar membantu pemahaman kita
Kesimpulan
Allah s.w.t Maha Adil
dan tidak sekali-kali berlaku zalim dengan ciptaanNya.
Al-Quran menyebutkan
dalam surah an-Nisa 4: 40
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً
يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا
Terjemahan: Sesungguhnya
Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada
kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan
dari sisi-Nya pahala yang besar
Kita yang sebaliknya
zalim jika menderhakai perintah Allah s.w.t dan menolak kebenaran yang jelas
sampai kepada kita
Seorang muslim layak
diganjari syurga kepada Allah s.w.t. Tapi itu bukanlah lesen untuk sesuka hati
berbuat dosa. Pastinya neraka mungkin menjadi persinggahan bagi mereka jika
melakukan demikian.
Golongan kafir yang
baik pula pasti diganjari Allah s.w.t di dunia dengan pelbagai nikmatnya.
Itulah sifat ar-Rahman yang ada padaNya. Namun, di akhirat kelak, natijah
merugikan menanti mereka.
Golongan kafir yang
dimaksudkan dalam artikel ini merujuk kepada mereka yang telah sampai seruan
Islam yang jelas, memahaminya dan kemudian menolaknya
Adapun persoalan
golongan bukan Islam yang tidak sampai seruannya dan persekitaran yang
menjadikannya demikian memerlukan artikel yang berasingan. InsyaAllah
2 comments:
Izin copy and paste :)
thanx atas pencerahan yg jelas :)
Post a Comment