Thursday, February 2, 2012

Kencing berdiri menjejaskan kemaksuman Rasulullah sallahu a'alaihi wassalam?



Laman-laman web syiah menyiarkan video Ayatollah mereka yang menghentam perbuatan kencing berdiri oleh Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam

Mereka katakan ia perbuatan yang tidak beradab dan menjejaskan kemaksuman baginda

InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibentang jawapan kepada persoalan-persoalan mereka

Kencing berdiri disisi pandangan disisi ahlu sunnah

Dalam hadith-hadith yang sahih, disebutkan bahawa baginda sallahu a’alaihi wassalam pernah kencing berdiri di kawasan pembuangan sampah

عَنْ حُذَيْفَةَ، قَالَ: «كُنْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْتَهَى إِلَى سُبَاطَةِ قَوْمٍ، فَبَالَ قَائِمًا» فَتَنَحَّيْتُ فَقَالَ: «ادْنُهْ» فَدَنَوْتُ حَتَّى قُمْتُ عِنْدَ عَقِبَيْهِ «فَتَوَضَّأَ فَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ»

Terjemahan: Dari Huzaifah r.a.katanya; Aku bersama Nabi sallahu a’alaihi wassalam ketika beliau sampai tempat pembuangan sampah, baginda kecing berdiri. Aku pun berpaling menjauhi baginda. Baginda berkata kepadaku; ‘Hampirilah’. Aku pun menghampiri baginda hingga aku berdiri hampir dengan dua tumitnya. Nabi mengambil wudhuk dengan menyapu dua khufnya 1

Manakala dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, beliau menafikan baginda pernah kencing berdiri

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: «مَنْ حَدَّثَكُمْ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُولُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوهُ، مَا كَانَ يَبُولُ إِلَّا قَاعِدًا»

Terjemahan: Sesiapa menceritakan kepada kamu bahawa Nabi s.a.w. kencing berdiri, maka jangan kamu membenarkannya. Tidaklah baginda kencing melainkan dalam keadaan duduk 2

Para ulama telah memberikan banyak pandangan untuk mengkompromikan antara kedua-dua hadith ini. Pandangan yang terpilih ialah kencing berdiri dibolehkan dan kencing duduk lebih diutamakan.  Penafian Aisya r.a hanyalah berdasarkan kepada pengamatan peribadi beliau dan beliau tidak menyertai baginda pada setiap masa dan tempat.  Boleh saja apa yang diketahui oleh Huzaifa r.a tidak diketahui oleh Aisya r.a


Persoalan 1: Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam menunjukkan kemaluan baginda??

Sebahagian syiah yang jelik aqalnya mengkritik hadith Huzaifa r.a di atas dengan mengatakan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam menunjukkan kemaluan baginda kepada Huzaifah ataupun Huzaifah melihat kepada kemaluan baginda

Padahal dalam teks tersebut langsung tidak disebutkan demikian. Apa yang disebutkan ialah Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam memanggilnya supaya hampir kepada baginda. Apakah tujuan baginda memanggil Huzaifah r.a?? 

Tujuannya seperti yang disebutkan oleh an-Nawawi 

وَأَقَامَ حُذَيْفَةُ بِقُرْبِهِ لِيَسْتُرَهُ عَنِ النَّاسِ وَهَذَا الَّذِي قَالَهُ الْقَاضِي حَسَنٌ ظَاهِرٌ وَاللَّهُ أَعْلَمُ
Terjemahan: Huzaifah berdiri dekat dengannya (Baginda) untuk menutupi dari pandangan manusia dan inilah yang disebutkan oleh al-Qadi Hasan Zahir, Allah lebih mengetahui 3

Tidak langsung tujuan baginda untuk menunjukkan kemaluan beliau kepada sahabah. Na’uzubilla. Tujuan baginda sekadar untuk menghalang pandangan manusia kepada beliau. Selain itu difahami selepas membuang air kecil, sunnah menyapu khuf juga dapat diperhatikan Huzaifa r.a

Bagaimana seorang digambarkan begitu pemalu dalam masa yang sama tidak segan menunjukkan kemaluannya?

Tidak ada dalam teks menyatakan Huzaifah r.a melihat kemaluan baginda. Sudah tentu dengan aqal yang sihat, Huzaifah akan memalingkan pandangan beliau kepada nabi sehingga baginda selesai buang air kecil

Persoalan 2: Kencing berdiri tidak beradab?


Sebahagian syiah menganggap kencing berdiri tidak beradab dan menjejaskan kemaksuman. Kita katakan bahawa perbuatan baginda kencing berdiri bukanlah bermaksud untuk mengajar sahabah untuk tidak beradab
Ini kerana baginda sendiri menggalakkan para sahabah untuk kencing duduk seperti yang disebutkan dalam hadith berikut

“Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri”4

Perbuatan baginda sekadar menunjukkan umatnya akan boleh kencing berdiri dalam situasi tertentu lebih-lebih lagi dikawasan pembuangan sampah dimana terdapat kesusahan untuk duduk

Inilah rukhsah yang dibenarkan kepada umat Islam

Rasulullah sallahu a'alaihi wassalam bukanlah kencing dikhayalak ramai dan menjemput penonton untuk menyaksikannya. Jika demikian, hatta kencing duduk juga dianggap tidak beradab


 Persoalan 3: Penduduk Harah kecing berdiri dan menganggapnya sunnah?


Ayatollah syiah memetik nukilan dari Majmu’ Syarah al-Muhazzab kitab an-Nawawi yang menyebutkan

قَالَ الْقَاضِي حُسَيْنٌ فِي تَعْلِيقِهِ وَصَارَ هَذَا عَادَةً لِأَهْلِ هَرَاةَ يَبُولُونَ قِيَامًا فِي كُلِّ سَنَةٍ مَرَّةً إحْيَاءً لِتِلْكَ السُّنَّةِ:

Terjemahan: Berkata al-Qadhi Husin dalam ulasannya, penduduk Harah melakukan perbuatan kencing berdiri sekali setiap tahun untuk menghidupkan sunnah 5
 
Ayatollah syiah menghentam an-Nawawi kerana membawa nukilan ini. Imam an-Nawawi membawakan nukilan ini sekadar menunjukkan ada sebahagian sunni menjadikan amalan kencing berdiri itu satu sunnah.

Beliau sendiri tidak menyeru untuk melakukan seperti itu atau menganggapnya satu sunnah yang perlu diikuti

 
Bahkan dalam rujukan yang sama, beliau menyatakan kencing berdiri itu sebagai makruh jika tiada ‘uzur dan itulah pandangan mazhab Syafie’
أَمَّا حُكْمُ الْمَسْأَلَةِ فَقَالَ أَصْحَابُنَا يُكْرَهُ الْبَوْلُ قَائِمًا بِلَا عُذْرٍ كَرَاهَةَ تَنْزِيهٍ وَلَا يُكْرَهُ لِلْعُذْرِ وَهَذَا مَذْهَبُنَا

Terjemahan: Adapun hukum masalah maka berkata para sahabat kami (ulama syafi’yyah) makruh untuk kencing berdiri dengan tanpa ‘uzur dengan makruh tanzih dan tidak dibenci jika keuzuran, inilah mazhab kami

Hanya kerana beliau meriwayatkan perlakuan sebahagian manusia di satu tempat, bukanlah itu bermaksud beliau menyokongnya atau menggalakkannya

Jika ulama syiah menyatakan terdapat sebahagian syiah merangkak di kubur Husein r.a, apakah itu bermaksud ulama syiah itu setuju dengannya??


Kencing berdiri menurut kitab dan ulama syiah imamiyah


Dikala Ayatollah syiah menghentam riwayat-riwayat sahih sunni tentang isu ini, kitab-kitab mereka sendiri menyebutkan perbuatan kencing berdiri dibolehkan dan ia hanyalah makruh semata-mata

Dalam kitab Wasail as-Syiah, terdapat sebuah bab khas yang bertajuk

باب كراهة البول قائما من غير علة، إلا أن يطلى بالنورة، وكراهة أن يطمح الرجل ببوله في الهواء من مرتفع

Tejemahan: Bab makruhnya kencing berdiri tanpa sebab, kecuali jika seseorang membasuh dengan Nawrah (sejenis bahan) dan makruhnya seorang lelaki memancutkan kencingnya ke udara dari tempat tinggi

Kita lihat disini ulama syiah tidak mengharamkan kencing berdiri, bahkan seperti mazhab Syafie. mereka hanya memakruhkannya. Jika ia perbuatan tidak beradab, maka kenapa tidak diharamkan serta merta?? 

Dalam kitab-kitab syiah disebutkan

علي بن إبراهيم، عن أبيه، عن ابن أبي عمير، عن رجل، عن أبي عبدالله عليه السلام قال: سألته عن الرجل يطلي فيبول وهو قائم؟ قال: لا بأس به.

Terjemahan: Ali bin Ibrahim meriwayatkan dari ayahnya dari Ibnu Abi ‘Umair dari seorang lelaki dari Abi Abdillah ‘Alaihisalam, katanya: Aku bertanya kepadanya (imam) tentang seseorang yang kencing dalam keadaan berdiri: Beliau menjawab : Tidak mengapa dengannya 6


Hadith ini berstatus hasan disisi al-Majlisi seperti yang disebutkan dalam Mira’atul Uqul 22/402

Sebahagian syiah cuba melemahkan hadith di atas kerana tampak terdapat orang tidak dikenali dalam sanadnya yakni Ibnu Abi ‘Umair meriwayatkan dari seorang lelaki.

Ini dipanggil sebagai Marasil Ibnu Abi Umair dimana dia meriwayatkan dari seorang yang tidak dikenali.  Ulama-ulama hadith syiah menerima marasil Ibnu Abi Umair sebagai hujah kerana diyakini dia hanya meriwayatkan dari orang-orang yang terpercaya

Antara ulama yang menerima marasil Ibnu Abi ‘Umair sebagai sahih ialah Muhaqiq Sabzuwari dalam Zahiratul Maad (2/373),  Allama al-Hilli dalam  Muntahi  al- Muttalib (1/90), al-Majlisi dalam Mira’atul ‘Uqul (11/179),  Shahid ath-Thani dalam “Masail Al Afham” 7/343 dan Ja’far as-Subhani dalam Kulliyat fi Ilmul Rijal ms 21 7

Jikapun hadith ini ditolak oleh syiah, masih terdapat hadith-hadith lain yang membenarkannya. Atas dasar itulah Ayatollah syiah sendiri membolehkannya dalam fatwa mereka.


Fatwa Ayatollah Udzma Sayyid Ali as-Sistani, ketua Hauzah Najaf


Ayatollah Udzma Sayyid Ali as-Sistani, ketua Hauzah Najaf, ulama terkemuka syiah Iraq memberikan fatwa akan keharusannya atau penghalalan kencing berdiri

26 السؤال:
هل يجوز التبول واقفاً في حال ضمان عدم وصول النجاسة الى الجسم او الملابس ؟
الفتوى:
يجوز

Terjemahan: Soalan 26

Apakah dibolehkan kencing berdiri dengan jaminan tidak sampai menajiskan badan atau pakaian?

Fatwa:  Boleh 8

Dalam fatwa yang lain beliau mengatakan 
 
عده الفقهاء من المكروهات

Terjemahan: Para fuqaha mengiranya termasuk dalam perkara-perkara yang makruh 9

Bahkan apabila ditanya apakah haram kencing berdiri, dia menafikannya sambil mengatakan

يجوز ـ على كراهة ـ .

Terjemahan: Dibolehkan dengan kadar makruh 10

Pandangan ini juga adalah pandangan Ayatollah Muhammad Ishaq al-Fayyad, marja kedua tertinggi di Iraq selepas as-Sistani dan Ayatollah asl-Udzma Sadiq Hussaini Shirazi
Kesimpulan

Tindakan Rasulullah sallahu a’alaihiwasallam kencing berdiri bukanlah tidak beradab yang menjejaskan kemaksuman baginda sebaliknya ia satu rukhsah kepada umat Islam. Rasululllah sallahu a’laihi wassalam tidak sama sekali menyeru umatnya kencing berdiri ataupun dengan biadap kencing di khalayak ramai dengan tanpa hijab.
Amat malang apabila syiah memainkan isu ini sedangkan kitab-kitab mereka menukilkan riwayat dari imam syiah akan perkara kebolehan kencing berdiri. Bahkan fatwa marja’ ikutan mereka juga membolehkannya

Apakah maraji’ mereka menghalalkan perbuatan yang tidak beradab?  Apakah imam-imam syiah membenarkan perbuatan tidak beradab??
 
Jika jawapannya tidak, maka berhentilah dari mengutuk ahlu sunnah dengan isu seperti ini

waAllahu a’alam

Notakaki

1. Sahih Muslim, Bab Sapuan atas Dua Khuf, hadith no 273, Maktabah Shamela
2. Sunan Tirmidzi, Bab Tegahan dari kencing berdiri, hadith 12, Maktabah Shamela
3  Syarah Sahih Muslim, Bab Sapuan atas Dua Khuf, 3/166, Maktabah Shamela
4. al-Mu’jam al-Ausath –no: 5998, dinukil dari
5. Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/84, Maktabah Shamela
6. al-Kafi al-Kulaini, Bab al-Hamam, 6/712, Wasail Syiah hadith no 933
9. Istiftaat as-Sayyid as-Sistani, muka surat 386
10. Laman web rasmi Ayatollah Udzma Sayyid Ali as-Sistani, http://www.sistani.o...perpage=17#7271


No comments: