Rasulullah s.a.w digambarkan sebagai
gila seks?? Menggauli isteri baginda kesemuanya dalam satu malam??? Inilah antara dakyah yang dimainkan oleh anti-Islam
untuk menghentam keperibadian Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibahaskan
penghujahan ini dengan teliti
Penghinaan anti-Islam kepada peribadi Rasulullah sallahu a’alaihi wasalam
Pelbagai laman web anti-Islam mengambil peluang
untuk menghina dan mencerca Rasulullah s.a.w
Anti-Islam berhujah dengan riwayat berikut
عَنْ قَتَادَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدُورُ عَلَى نِسَائِهِ فِي السَّاعَةِ الْوَاحِدَةِ مِنْ
اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَهُنَّ إِحْدَى عَشْرَةَ قَالَ قُلْتُ لِأَنَسٍ أَوَكَانَ
يُطِيقُهُ قَالَ كُنَّا نَتَحَدَّثُ أَنَّهُ أُعْطِيَ قُوَّةَ ثَلَاثِينَ وَقَالَ سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ إِنَّ
أَنَسًا حَدَّثَهُمْ تِسْعُ نِسْوَةٍ
Terjemahan
: Dari Qatadah berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik
radliallahu 'anhu berkata,: "Adalah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendatangi
isterinya pada waktu yang sama di malam hari atau siang hari, ketika itu jumlah
isteri-isteri beliau sebelas orang". Aku bertanya kepada Anas bin Malik
radliallahu 'anhu: "Apakah beliau mampu?". Jawabnya:
"Beliau diberikan kekuatan setara tiga puluh lelaki". Berkata, Sa'id
dari Qatadah bahwa Anas radliallahu 'anhu menerangkan kepada mereka bahawa
jumlah isteri-isteri beliau shallallahu 'alaihi wasallam ketika itu sembilan
orang".
Rujukan: Sahih Bukhari, Kitab Mandi,
hadith no 260
Hadith ini juga disebutkan beberapa kali dalam Sahih
Bukhari (Kitab Nikah dan Kitab Mandi) , Sahih Muslim (Kitab Haidh), Sunan
at-Tirmidzi (Kitab Taharah), Sunan Abi Daud dan lain-lain
Web kristian menyatakan,
Penghujahan anti-Islam secara asasnya adalah seperti
berikut
1. Bagaimana mungkin Rasulullah s.a.w
bersanggama dengan kesemua isteri-isterinya pada satu malam? Apakah baginda
tidak melakukan ibadah malam? Dan apakah logik masa yang diperuntukkan untuk
itu?
2. Bagaimana Rasulullah sallahu a’alaihi
wassalam mempunyai 9 isteri sedangkan Islam hanya membenarkan 4 isteri saja??
3. Benarkah Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam
bersenggama dengan 15 orang wanita dalam satu malam dan termasuk dalam jumlah
ini adalah wanita-wanita simpanan baginda (concubine) yang merupakan budak
hamba?
4.
Benarkah Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam mempunyai kekuatan seks 30 lelaki
jesteru menunjukkan baginda gila seks?? (Nauzubillah)
Jawapan kepada persoalan-persoalan anti-Islam
Hafiz Firdaus Abdullah dalam bukunya, ‘Kaedah
Memahami Hadith-Hadith Musykil’ telah menjawab persoalan-persoalan 1-3 di atas
Jawapan beliau dapat dibaca di pautan berikut
Manakala sedikit tambahan berkaitan dengan persoalan
2 juga boleh dibaca disini
Manakala artikel ini khusus menanggapi persoalan
keempat yang dilontarkan anti-Islam
Jawapan kepada persoalan keempat dari ditinjau
dari 3 sudut
Sudut pertama: Anas bin Malik memuliakan
Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam
Kekuatan 30 lelaki di
atas bukanlah menunjukkan nabi s.a.w gila seks sebaliknya ia menghilangkan
sebarang keraguan akan kemampuan nabi melaksanakan nafkah batin kepada
isteri-isteri baginda.
Ini difahami ketika
melihat kepada konteks hadith yang disebutkan di atas. Sila fokus kepada
pertanyaan Qatadah kepada Anas bin Malik r.a dicetak tebal berwarna merah iaitu,
‘: "Apakah beliau mampu?".
Jadi sebagai respon
membela kemampuan nabi s.a.w, Anas bin Malik mengatakan kekuatan nabi setara
dengan 30 lelaki
Ini sekaligus
menghilangkan sebarang keraguan kepada mereka ikhlas bertanya seperti Qatadah
ataupun kepada pengkritik yang mungkin beranggapan Rasulullah s.a.w tidak mampu
melayani nafkah seksual isteri-isterinya.
Jawapan Anas bin Malik
di atas mengangkat kedudukan baginda s.a.w dan menghilangkan sebarang tohmahan
kepada kemampuan seksual baginda s.a.w
Sudut kedua: Kekuatan seks belum tentu
menjadi gila seks !!
Jawapan Anas bin Malik r.a jauh sekali mengambarkan
Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang rakus dan bernafsu besar. Bukan semua orang yang berkemampuan seksual pasti
akan menjadi gila seks!!
Sebagai contoh, perhatikan analogi berikut. Apakah
semua orang yang gagah berani tu mesti kaki buli??
Jawapannya tidak. Namun kebiasaannya kaki buli ni memang seorang yang gagah
berani, tapi bukan semua orang yang gagah perkasa tu pasti kaki buli
Aplikasikan logik yang sama, bukan semua orang
berkemampuan seksual tinggi pasti bermaksud gila seks
Sudut ketiga : Rasulullah s.a.w mampu mengawal nafsu seks
Umum diketahui, seorang yang gila seks sukar
mengawal nafsu berahinya. Bahkan ketika puasa sekalipun, nafsu berahi masih
mampu dilunaskan
Sifat ini sangat jauh jika dibandingkan dengan
Rasulullah s.a.w yang sentiasa bertahajud malam dan berpuasa di siang hari. Ditambah lagi dengan pengakuan isteri baginda, Aisya
r.a bahawa tiada yang mampu mengawal nafsu seperti Rasulullah s.a.w.
Aisya r.a
mengatakan demikian ketika menceritakan adab bergaul dengan isteri ketika
haidh. Beliau berkata,
قالت: وأيكم يملك إربه، كما كان النبي صلى الله عليه وسلم يملك
إربه
Terjemahan: Siapakah dikalangan kamu yang mampu
menahan nafsunya sepertimana nabi sallahu a’alaihi wasalam mampu mengawalnya
Rujukan: Sahih Bukhari, Kitab Haidh,
hadith no 302.
Kesimpulan
Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam bukanlah
gila seks seperti yang digambarkan anti-Islam sebaliknya baginda dikurniakan
kemampuan sesuai dengan tanggungjawabnya sebagai suami. Baginda juga mempunyai
kekuatan mengawal nafsu yang tidak disetarai oleh sesiapa pun
Rujukan lanjut
2 comments:
mengapa rasullulah menyetubuhi hambanya maria?
Assalamo alaikum brother
I run letmeturnthetables.com site. I will like to discuss some issues with you. Can you please email me at letmeturnthetables@gmail.com
Sorry couldnt find any contact us section so putting it in a comment.
Jazak'Allahu khair
Post a Comment