Salah satu kesalahan fatal syiah
imamiyah adalah menukil teks hadith-hadith sunnah di luar konteks dan difahami
dengan cara yang salah
InsyaAllah, dalam artikel yang
ringkas ini akan dijelaskan isu yang dimaksudkan
Abu Bakar
dicaci dalam Musnad Ahmad?
Web syiah menyebutkan berikut
" Khalifah Abu Bakar telah
dicaci oleh seorang lelaki di hadapan Rasulullah SAWA. Tetapi Nabi SAWA
tidak melarangnya sebaliknya beliau tersenyum pula, Ahmad bin Hanbal meriwayatkan
bahawa seorang lelaki telah mencaci Abu Bakar dan Nabi SAWA sedang duduk,
maka Nabi SAWA kagum dan tersenyum.[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm.436]"
Syiah ingin tonjolkan bahawa
Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam senyum dan kagum dengan tindakan pencela Abu
Bakar r.a
Teks dalam Musnah Ahmad tidak
dipaparkan, sebaliknya dinukil dengan tidak amanah dan diberikan kefahaman
sendiri yang batil
Bahkan mereka memasukkan nukilan
batil di atas sebagai salah satu ijitihad Abu Bakar r.a yang salah???
Teks penuh
Musnad Ahmad
Berikut dipaparkan teks penuh dari
Musnad Ahmad
9624 - حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنِ ابْنِ عَجْلَانَ، قَالَ:
حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَجُلًا شَتَمَ
أَبَا بَكْرٍ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ، فَجَعَلَ النَّبِيُّ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْجَبُ وَيَتَبَسَّمُ، فَلَمَّا أَكْثَرَ رَدَّ
عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، فَغَضِبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَامَ،
فَلَحِقَهُ أَبُو بَكْرٍ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ كَانَ يَشْتُمُنِي وَأَنْتَ جَالِسٌ،
فَلَمَّا رَدَدْتُ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ، غَضِبْتَ وَقُمْتَ، قَالَ: " إِنَّهُ
كَانَ مَعَكَ مَلَكٌ يَرُدُّ عَنْكَ، فَلَمَّا رَدَدْتَ عَلَيْهِ بَعْضَ قَوْلِهِ،
وَقَعَ الشَّيْطَانُ، فَلَمْ أَكُنْ لِأَقْعُدَ مَعَ الشَّيْطَانِ "ثُمَّ قَالَ:
" يَا أَبَا بَكْرٍ ثَلَاثٌ كُلُّهُنَّ حَقٌّ: مَا مِنْ عَبْدٍ ظُلِمَ بِمَظْلَمَةٍ
فَيُغْضِي عَنْهَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ، إِلَّا أَعَزَّ اللهُ بِهَا نَصْرَهُ، وَمَا
فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ عَطِيَّةٍ، يُرِيدُ بِهَا صِلَةً، إِلَّا زَادَهُ اللهُ بِهَا
كَثْرَةً، وَمَا فَتَحَ رَجُلٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ، يُرِيدُ بِهَا كَثْرَةً، إِلَّا زَادَهُ
اللهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا قِلَّةً
Terjemahan:
Diceritakan kepada kami Yahya dari Ibnu Ajlan, katanya: diceritakan kepada kami
Sa’id bin Abi Sa’id dari Abu Huraira, ‘Ada seorang laki-laki yang mencaci Abu
Bakar dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang duduk, maka beliau hairan
dan tersenyum. Ketika Abu Bakar membantahnya, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa
sallam menjadi marah dan berdiri. Abu Bakar mengikutinya kemudian berkata,
“Wahai Rasulallah, dia mencaci diriku dan anda duduk, tapi ketika aku membantah
beberapa perkataannya anda marah dan berdiri”.
Beliau
Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat
yang membantahnya. Tapi, ketika engkau membantah sebahagaian perkataannya, ada
syaithan yang datang, dan tidaklah aku mahu duduk bersama syaitan.”
Kemudian
baginda berkata, ‘Ada tiga perkara yang menjadi hak seorang hamba, tidaklah
seorang hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya
kepada Allah kecuali ia akan berikan pertolongan, tidak seseorang
yang membuka pintu kedermawanannya yang dengannya ia dapat menyambung hubungan
silaturrahim kecuali Allah akan limpahkan hartanya untuknya, dan tidaklah
seseorang membuka pintu permintaan dengannya ia berharap untuk mendapat
limpahan harta kecuali Allah ‘azza wajjala akan jadikan ia kekurangan
Rujukan:
Musnad Ahmad, Musnad Abu Hurairah radiyyAllahu a’nhu, 15/390. hadith no 9624
Syeikh
Syu’aib al-Arnauth, pentahqiq kitab Musnad Ahmad telah menilai hadith di atas
sebagai Hasan lighairihi.
Beliau
juga menyatakan hadith ini telah diriwayatkan al-Qudai’ dalam Musnad Shihab (820),
al-Baihaqi dalam sunannya 10/236, kitab Adab (149/150), Syuabul Iman (6669) Abu
Daud (4896/7), al-Baghawi (3586) dan al-Bukhari dalam tarikhnya (2/102),
Kita
tidak akan membahaskan status sanad periwayatan hadith ini walaupun dalam
statusnya masih boleh dipertikaikan
InsyaAllah,
kita akan menjawab kaedah penghujahan syiah yang batil berkenaan teks hadith
ini
Maksud
senyum dan kagum
Analisis
minda yang bersih dan terang menjelaskan kekaguman dan senyumnya Rasulullah
sallahu a’alaihi wassalam adalah kerana tindakan Abu Bakar r.a.
Abu
bakar r.a pada awalnya telah mendiamkan diri dari menjawab celaan lelaki itu
Sebab
itulah dalam nasihat baginda, perkara pertama yang diucapkan adalah nasihat
supaya bersabar dengan kezaliman
“tidaklah seorang
hamba yang terzalimi dengan satu kezaliman lalu dia serahkan kesemuanya kepada
Allah kecuali ia akan berikan pertolongan”
Dalam konteks ini, lelaki
tersebut telah mencela Abu Bakar r.a, dan dia pada awalnya tidak bertindak
balas sehingga Rasulullah tersenyum dan kagum dengan tindakannya. Ini ditambah
pula dengan kehadiran malaikat disisi Abu Bakar r.a
“Beliau Shallallahu
‘alaihi wa sallam menjawab, “Sesungguhnya ada bersamamu malaikat yang
membantahnya”
Namun apabila Abu Bakar
r.a mula menjawab lelaki tersebut, ketika itulah baginda marah dan lantas
pergi.
Ini sebagai nasihat
kepada Abu Bakar r.a secara khusus dan kepada kita secara umumnya
Ternyata hadith ini jika
ia sahih, ia bukan seperti apa yang disebutkan oleh web-web syiah
Kita nasihatkan agar
web-web syiah amanah dalam menukil dan menganalisa teks hadith dengan benar
Ulasan tambahan dan kesimpulan
Hadith ini masih
memerlukan syarahan lengkap akan bagaimana sikap kita apabila dicaci dan apakah
haram mutlak jika kita membalas cacian tersebut. Namun itu bukanlah fokus utama
artikel ini.
Fokus artikel ringkas ini
adalah untuk membongkar tindakan tidak amanah web-web syiah yang menukil
riwayat Musnad Ahmad, kemudiannya memahaminya dengan cara yang amat dangkal
Bagaimana mungkin
Rasulullah s.a.w kagum dan tersenyum dengan tindakan pencela sedangkan baginda
sendiri mengharamkan perbuatan mencela sahabah???
WaAllahu a’alam
1 comment:
Salam tuan,benar byk dilaman2 sosial fb dan blog2 terdpt para syiee yg mengambil hadis2 sunni namun mereka meragui para sunni dgn dakyah cara mereka yg tersendiri
Post a Comment