Wednesday, September 5, 2012

Ancaman pembakaran rumah mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid





Sebahagian syiah menolak kesahihan ancaman pembakaran kepada mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid yang disebutkan dalam kitab mereka.

InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini, akan dibahaskan penghujahan mereka


 
Ancaman pembakaran dalam kitab sunni

Dalam Sahih Bukhari disebutkan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya sungguh aku berkeinginan kiranya aku memerintahkan orang-orang mengumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan mereka shalat yang telah dikumandangkan azannya kemudian aku memerintahkan salah seorang menjadi imam lalu aku menuju orang-orang yang tidak shalat berjama’ah kemudian aku bakar rumah-rumah mereka

Rujukan: Shahih Bukhari 1/131 hadith no 644, Maktabah Shamela

Perbahasan berkenaan hadith ini bolehlah dirujuk ke link berikut

Hadith ini dipetik sebagai salah satu hujah menjelaskan kewajipan solat jemaah. Ancaman yang dilakukan menurut sebahagian ulama adalah bukti kewajipan solat jemaah di masjid.

Namun, bukanlah bermaksud baginda sallahu a’laihi wassalam benar-benar ingin membakar mereka


Hadith ini dibawa bagi menjawab hujah syiah berkenaan ancaman pembakaran Umar r.a kepada rumah Fatimah r.a di link berikut



Ancaman pembakaran dalam kitab syiah 

Ancaman yang serupa juga terdapat dalam kitab syiah seperti yang disebutkan dalam link yang diberikan
Syiah telah membantah riwayat tersebut dengan berkata

a) Sanad yang dibawakan tidak lengkap
b) Penilaian Yusuf Bahrani tidak diterima syiah usuli kerana dia adalah syiah akhbari

Secara peribadi, saya tidak menjumpai sanad yang lengkap bagi riwayat ini. Namun, riwayat semakna yang lebih sahih dengan sanad yang lengkap termaktub dalam kitab at-Tusi iaitu Tahzib al-Ahkam.

Berikut ialah riwayatnya

(87) * 6 - وعنه عن النضر عن ابن سنان عن أبي عبدالله عليه السلام قال سمعته يقول: ان اناسا كانوا على عهد رسول الله صلى الله عليه وآله ابطئوا عن الصلاة في المسجد فقال رسول الله صلى الله عليه واله: ليوشك قوم يدعون الصلاة في المسجد أن نأمر بحطب فيوضع على أبوابهم فتوقد عليهم نار فتحرق عليهم بيوتهم  

Terjemahan: Dari Ibn Sinan dari Abu Abdullah a.s, dia mendengar katanya, “Sekumpulan manusia di zaman nabi melewatkan solat di masjid lalu nabi bersabda: kalau boleh ada satu kaum yg menyeru manusia agar ke masjid, lalu kita perintahkan agar mereka letakkan kayu di pintu mereka (yg melewatkan solat) lalu mereka menyalakan api lalu ia membakar mereka dan rumah mereka

Rujukan: Tahzib al-Ahkam, Bab kelebihan Jamaah, hadith no 87

Riwayat ini telah disahihkan oleh Al-Majlisi dalam kitabnya Miladh al-Akhyar 4/692

Maka jelas ancaman pembakaran juga disebutkan dalam kitab syiah. Sebahagian syiah cuba membantah dengan berkata

“isu Tak shalat jemaah & keengganan Ahlul Bayt a.s membaiah Abu Bakar adalah dua hal yg berbeza. Tambahan, figur Ahlul Bayt a.s adalah selaku Ahli Kisa', keputusan mereka sentiasa dlm kebenaran, mereka selaku sandingannya Al-Quran, mengikuti mereka adalah jaminan keselamatan. Daripada mana Nasibi itu dapat idea utk menyamakan posisi dan keutamaan yg dimiliki oleh Ahlul Bayt a.s dgn orang yg tak shalat jemaah? yg pasti, idea mereka bukan datang drpd dalil Al-Quran dan Hadith, melainkan waham dan khayalan belaka”

Syiah ini sebenarnya tidak faham isu yang dibahaskan. Siapa yang dibakar dan apa yang dibakar bukan isu yang dibincangkan. 

 Isu yang dibincangkan ialah kenapa ancaman dibuat dan apa tujuannya? Jika sebab ancaman pembakaran mereka yang tidak berjemaah diterima pakai kerana kewajipannya solat jemaah, maka sebab yang sama juga kepada tindakan Umar r.a.apabila beliau beranggapan menangguhkan bai’ah adalah perkara yang haram. 

Dari sudut siapa yang diberi ancaman, maka kita bersetuju orang yang tidak bersolat jemaah tidak disamakan kedudukannya dengan mereka yang berlindung di rumah Fatimah r.a

Namun dari sudut tindakan, pada pandangan Umar r.a, mereka yang menangguhkan ba’iah kesalahannya sama dengan mereka yang meninggalkan solat jemaah di masjid.

Sudah tentu Umar r.a tidak tergamak untuk benar-benar membakar rumah tersebut kerana mereka adalah ahlul bait, apatah lagi Umar r.a sendiri mengahwini anak Ali r.a dan Ali r.a sendiri mendoakan Umar r.a pada saat kematiannya

Kesimpulan

Artikel ini sekadar ingin membuktikan riwayat pembakaran orang yang tidak mengerjakan solat jemaah di masjid adalah sahih disisi ahlu sunnah dan juga disisi syiah

Adapun isu-isu yang berkaitan ancaman tersebut telahpun disebutkan dalam link di atas.

WaAllahu a’lam


No comments: