Sunday, December 25, 2011

Umat Islam & Sambutan Hari Natal: Satu Kupasan

Bila tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan oleh mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti berikut:

 Kalau benar umat Islam beriman kepada Isa, mengapa mereka tidak berserta bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana mereka memperingati Maulid Nabi?

Bagi kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa umat Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh penganut beragama Kristian.

Tiada bukti kukuh Isa a.s lahir pada 25 Disember

Hari Natal atau Krismas tidak ada kaitannya dengan Isa a.s. Perkara ini mungkin memeranjatkan bagi kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak ada sebarang bukti atau dalil kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau mana-mana buku sejarah yang mengatakan bahawa Yesus lahir pada 25 Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.

It is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early church fathers believed it to have been December 25th, but the Bible does not say when Jesus was born.  The Bible does not even really tell us what season he was born.  The early church declared December 25th to be Jesus’ birthday in order to replace a pagan Roman holiday.” (John Benza, Power to Change)

“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopedia of Early Christianity)

“Was Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then, who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The early Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until A.D. 440 that the church officially proclaimed December 25 as the birth of Christ. This was not based on any religious evidence but on a pagan feast. Saturnalia was a tradition inherited by the Roman pagans from an earlier Babylonian priesthood. December 25 was used as a celebration of the birthday of the sun god. It was observed near the winter solstice.”                     
(dari laman web allaboutjesuschrist.org)

 Ini diakui oleh John W.Schoenheit dari Spirit & Truth Fellowship International. Dia menyatakan bulan kelahiran Isa a.s adalah pada September. Namun, dia sendiri menyakini tiada bukti yang jelas akan  tarikh kelahiran baginda  dan perayaan kelahiran Isa a.s hanyalah satu kesyukuran kepada Tuhan



25 Disember tarikh kelahiran dewa matahari

Menurut bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari kelahiran dewa matahari di zaman empayar Rom. Ketika empayar Rom yang dahulunya mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama rasmi, perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan menyambut hari kelahiran Isa a.s sebagai anak Tuhan.

Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:

“In 274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show an increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D., the church in Rome was adapting this festival, spiritualizing its significance as a reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of the Nativity of the Sun of Righteousness.’ Attempting to Christianize and incorporate the pagan traditions of antiquity, the church in Rome adopted this midwinter holiday celebrating the birth of the sun god as one of its own observances, somewhat changing its significance, but retaining many customs of the pagan festival. As the Roman church spread its influence religiously and militarily, this holiday of December 25 became the most popular date in Christendom to celebrate the birth of Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the name, ‘Christmass,’ abbreviated ‘Christmas.’”

One widespread explanation of the origin of this date is that December 25 was the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth of the unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that celebrated the winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun, the casting away of winter and the heralding of the rebirth of spring and summer.” (Encylopaedia Britannica)

Pendek kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari kelahiran Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan kelahiran dewa matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu. Oleh kerana Islam menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu menjauhi diri dari menyertai sambutan Hari Natal.


Kelahiran Isa a.s bukan di musim sejuk

Menurut gambaran tentang kelahiran Isa yang diberikan dalam bab 2, ayat 8 dalam Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab Indonesia Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala kambing berada di kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama dengan haiwan ternakan mereka.

Kalau peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada setiap bulan tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah. Sudah tentu ia bukannya masa yang sesuai untuk menternak haiwan di kawasan terbuka kerana kemungkinan besar si pengembala dan haiwan ternakkannya akan mati kesejukan bersama.

Jadi, berkemungkinan besar Isa a.s lahir lebih awal dari bulan Disember, iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan untuk berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam. Hanya cuaca musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.


Isa a.s dan pengikutnya tidak menyambut kelahiran baginda

Dalam kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Isa a.s menyambut hari lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh kelahiran beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut Isa yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran beliau. Lebih memeranjatkan ialah ada segelintir penganut Kristian yang menganggap sambutan Hari Natal sebagai satu bidaah dalam agama mereka yang patut ditentang keras.

Sebagai contoh, pada kurun ke-17 pengikut bermazhab Puritan di England berjaya mendesak Parlimen di negara itu untuk mengharamkan perayaan Krismas pada tahun 1647. Sambutan itu digantikan dengan hari untuk berpuasa. Pengharaman itu hanya berakhir pada tahun 1660 bila Raja Charles II menaiki takhta. Pada masa yang sama, gereja Presbyterian juga tidak mengalakkan sambutan perayaan itu di negara Scotland. Fakta sejarah ini jelas menunjukkan bukan semua penganut Kristian yang teruja dengan sambutan Krismas, walaupun mereka merupakan komuniti yang kecil dalam dunia Kristian.

Meraikan kelahiran para nabi-nabi bukan tuntutan agama

Tidak ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang mewajibkan atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.

Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban. Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu bidaah kerana ia tidak pernah diajar oleh baginda dan tidak disambut oleh para sahabat baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini. Kalau sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah, apatah lagi menyambut Hari Natal yang tidak ada kaitannya dengan kelahiran Isa putera Maryam (as).

Perayaan maulid nabi tidak boleh dianggap sebagai satu ibadah khusus kerana setiap dalil yang khusus memerlukan dalil-dalil yang spesifik dari Allah dan RasulNYA. Adapun kuliah-kuliah ilmu berkenaan dengan sirah Muhammad sallahu a’alaihi wassalam bukanlah bid’ah kerana ia dilakukan sepanjang tahun. Ia menjadi bid’ah jika ia dikhususkan pada tarikh tertentu dengan niat menjadikannya sebagai perayaan.

Maka marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Rasulullah SAW dan ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut serta merayakan sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan dan kesyirikannya. Perlu kita ingat, bila penganut Kristian merayakan Hari Natal mereka bukan sekadar memperingati tarikh lahir seorang nabi berketurunan Bani Israel tapi seorang manusia yang mereka anggap sebagai Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari syurga untuk mati di tiang salib sebagai menebus dosa manusia.

Pegangan ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan dan pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa mereka kembali kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan Allah Yang Tunggal.

Begitulah antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam apa jua cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Bidasan kristian

Sebahagian golongan kristian membidas dengan mengatakan pilihan tarikh ini bukanlah satu yang penting. Yang penting, umat kristian bersatu dalam meraikan anak Tuhan yang datang menebus dosa manusia. Maka isu bila Isa a.s dilahirkan tidak penting. Sebab itulah ada mazhab kristian yang tidak menyambut tarikh ini tapi pada bulan Januari 6

Bidasan mereka ini sama seperti golongan yang mensyariatkan perayaan Maulid nabi dan menjadikannya satu ibadah yang khusus

Ulasan kepada bidasan kristian

Jika itu pegangan umat kristian, maka tidak perlulah mereka menyuruh umat Islam mengikutinya. Umat Islam beribadah berdasarkan fakta dan dalil. Kami mencontohi apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabah. Kami tidak menambah ibadah khusus sesuka hati mengikut hawa nafsu
Jika golongan kristian dengan mudah melakukan ritual yang menyanggahi ajaran Isa a.s dan pengikutnya, maka tak perlulah di’ajak’ umat Islam menyertainya
Jika mereka tidak segan silu mengubah ajaran Isa a.s, masakan pula mereka mampu menjaga ketulenan kitab pegangan mereka

Lebih-lebih lagi intipati perayaan tidaklah sama. Golongan kristian meraikannya dengan kepercayaan bahawa Isa a.s adalah Tuhan, anak Tuhan dan sebahagian dari trinity.

Sedangkan umat Islam yang telah menyakini al-Quran, telah sebenarnya ‘merayakan’  kebenaran berkaitan dengan Isa a.s walaupun kami tidak meraikan kelahiran baginda


Kesimpulan

Tarikh 25 Disember bukanlah tarikh kelahiran Isa a.s dan umat Islam tidak dituntut meraikannya bersama golongan kristian. Alasan yang diberikan kristian tidak menjadikan umat Islam perlu menyambut bersama mereka. Umat Islam telahpun memuliakan para nabi walaupun kita tidak meraikan tarikh lahir mereka

Umat Islam telahpun beriman kepada Isa a.s sebagai salah satu rasul agung pilihan Allah

Penghargaan 

Artikel ini ditulis oleh Mohamed Sirajudin (Bendahari, IPSI)  ( siraj_07@yahoo.co.uk) dengan

sedikit ubahsuai dan tambahan dari pencari kebenaran

Sunday, December 4, 2011

Qama Zani: Percanggahan ulama-ulama syiah imamiyah





Pada bahagian sebelumnya, telah ditunjukkan percanggahan ulama-ulama syiah dalam penerimaan sumber hukum.  Sepatutnya pada bahagian ini, akan dibongkarkan pula percanggahan dalam bidang fiqh



Namun sempena dengan 10 Muharram 1433H, kita akan beralih dulu kepada isu utama yang sering diulang-ulang pengikut syiah saban tahun iaitu Qama Zani. 

Apabila tiba 10 Muharram, dunia umat syiah pasti bergema dengan pukulan-pukulan badan hingga melukakan jasad mereka.



Sunday, November 20, 2011

Percanggahan syiah imamiyah dalam penerimaan sumber agama- Bahagian ketiga



Dalam bahagian kedua sebelum ini, kita telah paparkan percanggahan aqidah dikalangan ulama syiah imamiyah dan pertikaian dikalangan ulama mereka

http://titian-sebenar.blogspot.com/2011/11/perbezaan-mazhab-menjawab-kekeliruan.html

Kini, kita akan dedahkan pula perbezaan besar dikalangan ulama mereka dalam menerima sumber agama. Sumber agama yang dimaksudkan ialah hadith-hadith Rasulullah sallahu a’alaihiwassalam

Secara umumnya, golongan syiah telah menohmah para khalifah ar-Rasyidin kerana tidak memelihara hadith dan melarang penulisannya. 

Tohmahan tersebut telah dijawab dalam artikel sebelumnya. InsyaAllah isu-isu yang lain berkenaan dengan penulisan hadith dan perbezaan kaedah hadith disisi ahlu sunnah akan dibincangkan dalam artikel yang lain
 
Persoalannya, kenapa imam-imam syiah sendiri tidak membukukan hadith-hadith ucapan mereka?? Jika benar ahlu bait penafsir al-Quran, maka kenapa mereka tidak membukukan kitab khas menafsirkannya dan memberikannya kepada imam seterusnya?? Apakah akan ditohmah lagi sahabah nabi sedangkan para sahabah tiada kaitan dalam masalah ini? Apakah kitab-kitab hadith syiah yang awal seperti kitab Sulaim bin Qais itu sahih??Bukankah syiah sendiri mengajukan 1001 soalan kononnya merungkaikan kelemahan pembukuan hadith-hadith nabi tapi dalam masa yang sama tidak pula mengajukan soalan yang sama kepada imam-imam syiah??

Syiah menohmah ulama ahlu sunnah sentiasa bercelaru dalam menerima dan menolak hadith, apakah syiah tidak melihat sendiri kepada percanggahan ulama mereka dalam hal yang sama?

Hakikatnya, penerimaan riwayat-riwayat dalam kitab syiah sendiri membawa kepada percanggahan yang besar dikalangan ulama mereka

Walaupun riwayat-riwayat ini ada dalam kitab mereka yang utama, seperti al-Kafi, al-Ibtisbsar, Tahzib al-Ahkam, Man La Yahdhuru al-Faqih, Bihar al-Anwar dan sebagainya, ulama-ulama syiah sendiri tidak bersepakat dan bercakaran terhadap statusnya



 Akhbariyyun vs Usulliyun

Dari sudut penerimaan riwayat-riwayat dalam kitab syiah, ulama-ulama mereka dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu akhbariyyun dan usulliyun

Golongan akhabariyyun menyakini 100%  riwayat-riwayat yang ada dalam kitab-kitab utama mereka. Mereka menolak usaha-usaha menapis riwayat-riwayat tersebut kerana mereka yakin ia datang dari para imam yang maksum

Golongan usulliyun pula tidak menerima 100% periwayatan dalam kitab-kitab utama mereka sebaliknya mereka menapis periwayatan tersebut berdasarkan al-Quran, logik dan kajian kepada perawi-perawi hadith
Dr Abd Hadi al-Fadhli menerangkan dalam kitabnya Usul al-Hadith,

يراد بالتصحيح هنا اعتداد جميع ما في الكتب الأربعة من أحاديث رويت عن أهل البيت عليهم السلام معتبرة ومقطوعا بصدورها عن الأئمة والمسألة هذه وقعت موقع الخلاف بين علمائنا وطال البحث 
فيها وطال معه النقاش حولها

Terjemahan: Apa yang dimaksudkan dengan pentashihan disini ialah melibatkan keseluruhan riwayat yang terdapat dalam kitab yang empat (al-Kafi, al-Istibsar, Man La Yahdhuru al-Faqih dan Tahzib al-Ahkam) dari ahlul bait ‘alaihisalam sama ada yang mu’tabar ataupun yang maqtu' sumbernya dari para imam. Hal ini terdapat percanggahan dikalangan ulama kita dan panjang perbahasannya dan  perbincangannya berkenaannya

Rujukan: Usul al-Hadtth, `Abd al-Hadi al-Fadli, ms 210 [Beirut]

al-Sayyid Muhyiddin al-Musawi al-Ghurayfi (m. 1412) menjelaskan dalam Qawa’id al-Hadith,

وقد شجب الأخباريون تنويع الحديث وعدوه من البدع التي يحرم العمل بها وبسطوا البحث في إبطاله وإثبات صحة جميع أخبار كتبنا الأربعة بل جميع الأخبار التي نقلوها عن الكتب المعتبرة لأنها محفوفة بقرائن تفيد الوثوق بصدورها عن المعصوم عليه السلام

Terjemahan:  Golongan akhabariyyun menolak pembahagian hadith dan mengiranya sebagai bid’ah yang diharamkan untuk diamalkan, mereka meluaskan perbincangan terhadap kebatilannya dan menetapkan kesahihan kesemua riwayat-riwayat yang termaktub dalam kitab-kitab yang empat bahkan kesemua riwayat yang disebut dalam kitab-kitagb mu’tabar kerana ia disalin dari kitab-kitab yang mu’tabar dan ia mempunyai petunjuk-petunjuk yang menunjukkan ia sahih dari imam yang maksum ‘alaihisalam

Rujukan: Qawa`id al-Hadith, ms 16-17 [Najaf]. Kitab beliau ini diperakui oleh Ayatollah al-‘Uzdma Abul Qasim al-Khoie 

Antara ulama syiah lain yang mengakui bahawa ulama-ulama akhabariyyun syiah menerima kesemua riwayat-riwayat dalam kitab yang empat sahih kesemuanya ialah Ayatollah Murtadha Mutahhari (m. 1407) dalam karyanya al-Tajdid wa al-Ijtihad fi al-Islam m.s 86, Ayatollah al-Udzma al-Sayyid Muhsin al-Amin al-`Amili (m. 1371) dalam A’yan al-Syiah 3/223, Ayatollah Muhammad Baqir al-Irawani dalam Durus Tamhidiyya fi al-Qawa`id al-Rijaliyya ms 49 dan selainnya.


Ulama-ulama akhabariyyun syiah imamiyah

Ramai ulama syiah imamiyah terkenal dengan aliran akhabriyyun. Antaranya ialah

1. Muhammad Amin al-Astarabadi (m. 1036). Penentang tegar kepada pembahagian hadith-hadith dalam kitab yang empat dan menyakini kesemuanya sebagai sahih. Dia merupakan ulama syiah imamiyah yang terkenal dan menulis syarah kepada al-Istibsar dan at-Tahzib serta kitab-kitab fiqh.

2.  Al-Khalil ibn al-Ghazi al-Qazwini (m. 1089). Ulama hadith dan fiqh syiah imamiyah. Beliau menulis antara syarahan terhebat bagi kitab Usul al-Kafi dalam bahasa parsi iaitu al-Safi. Beliau menentang pembahagian status dalam kitab al-Kafi bahkan menganggap imam yang terakhir telah mensahihkan kesemua riwayat-riwayat dalamnya

3.  Al-Sayyid Hashim al-Bahrani (m. 1107). Beliau merupakan pakar dalam bidang periwayatn, ahli fiqh dan ahli tafsir al-Quran. Beliau menulis karya berjilid-jilid seperti Ghayat al-Maram wa Hujjatul Khisam fi Ta’yin al-Imam min Tariq al-Khass wa al-‘Amm dan juga tafsir al-Burhan.

Nukilan ulama-ulama ini cukup membuktikan aliran akhabairyyun tidak boleh sewenang-wenangnya dihukum sesat oleh sebahagian syiah. Hakikatnya mereka menghukum sesat kerana mahu menutup percanggahan ulama mereka

 Penolakan ulama akhbariyyun kepada kaedah ulama usulliyun

Seperti yang disebutkan sebelumnya, golongan akhbariyyun menganggap pembahagian hadith-hadith dalam kitab yang empat sebagai suatu yang tercela dan bid’ah.

Al-Hurr al-‘Amili (m.1104) salah seorang ulama akhabariyyun yang terkenal dalam kitabnya Wasail Syiah, menjelaskan hujah-hujah kesahihan kesemua riwayat dalam kitab-kitab utama syiah.  Beliau membawakan 22 hujah dalam kitabnya untuk membuktikan kebenaran aliran akhbariyyun.

Salah satu hujah penolakan beliau kepada kaedah ulama Usulliyun adalah kerana metod mereka meniru kaedah ulama ahlu sunnah

الثاني عشر: أن طريقة المتقدمين مباينة لطريقة العامة، والاصطلاح الجديد موافق لاعتقاد العامة واصطلاحهم، بل هو مأخوذ من كتبهم كما هو ظاهر بالتتبع، وكما يفهم من كلام الشيخ حسن وغيره. وقد أمرنا الأئمة عليهم السلام باجتناب طريقة العامة. وقد تقدم بعض ما يدل على ذلك في القضاء في 
أحاديث ترجيح الحديثين المختلفين وغيرها

Terjemahan: Keduabelas: Sesungguhnya jalan mutaqaddimun (kaedah ulama awal syiah) berbeza dengan kaedah ‘amah (kaedah ulama sunni), dan istilah baru (usulliyun) selari dengan kepercayaan dan istilah mereka (kaedah ulama sunni) bahkan diambil dari kitab-kitab mereka (kitab ulama sunni) seperti mana yang zahir menurut penelitian, dan sepertimana yang difahami dari perkataan Syeikh Hasan dan selainnya.Sesungguhnya Imam ‘alaihissalam telah memerintahkan untuk menjauhi keadah ‘amah (ulama sunni). Dan telah disebutkan sebahagian bukti (penggunaan kaedah ulama sunni) dalam menguatkan hadith-hadith yang bercanggah dan selainnya

Rujukan:  Wasail al-Syiah, 7/255, Maktabah Shamela

Nah! Kini persoalan yang sama boleh diajukan, jika syiah berpegang kepada ahlul bait selaku penafsir al-Quran, maka bagaimana kita boleh tahu bahawa riwayat-riwayat  dalam kitab syiah yang disandarkan kepada mereka itu benar???

Sebahagian ulama syiah menerimanya 100% maka sebahagian yang lain masih menapisnya.

Sebahagian syiah mengambil jalan keluar dengan mengatakan seperti berikut

..Golongan Syiah Imamiyah membuat penapisan sesebuah khabar hadits dengan membandingkannya dengan al-Quran terlebih dahulu sebagai mencari persepakatan antara keduanya. Seterusnya, membandingkannya pula dengan hadits-hadits yang lain dan diikuti pula bandingan dengan fakta-fakta dan kenyataan sejarah. Jika terdapat pertentangan, maka ianya akan dilemparkan ke dinding dan diabaikan. Jika tidak ianya pasti diterima-pakai

Sekalipun kaedah ini benar, ia bukanlah kaedah yang disepakati oleh ulama syiah imamiyah. Bagaimana mungkin sesebuah riwayat dalam kitab syiah dibandingkan dengan kitab-kitab yang lain dimana kesemua kitab-kitab tersebut itu diragui kesahihannya??

Jikapun hanya dinilai dengan al-Quran dah tentu ia masih menimbulkan perbezaan pandangan kerana lafaz al-Quran kekadang membawa pelbagai maksud, konteks serta penafsiran. 

Bagaimana mungkin dinilai dengan peristiwa sejarah yang mana riwayat-riwayat sejarah itu sendiripun dipertikaikan??

Bahkan tidak ada satu pun ayat-ayat al-Quran menyeru untuk berpegang kepada ahlul bait secara jelas. Yang ada cuma tafsiran berdasarkan kepada hadith-hadith yang masih dipertikaikan status dan tafsirannya

Maka jika dipegang dengan ‘jalan keluar’ syiah ini, maka ia sebenarnya meruntuhkan ajaran syiah itu sendiri

Lebih dari itu, Ayatollah Sayyid Ali Khamenie, marja’ terkemuka syiah menjelaskan kitab-kitab rijal syiah (kitab-kitab yang membicarakan perihal perawi) tidak terpelihara dan tidak ada yang sahih sampai ke zaman kita

بناء على ما ذكره الكثير من خبراء هذا الفن ، ان نسخ كتاب الفهرست كأكثر الكتب الرجالية القديمة المعتبرة الاخرى مثل كتاب الكشي والنجاشي والبرقي والغضائري قد ابتليت جميعاً بالتحريف والتصحيف ،ولحقت بها الاضرار الفادحة ، ولم تصل منها لابناء هذا العصر نسخة صحيحة

Terjemahan: Berdasarkan kepada apa yang disebut oleh kebanyakan pakar dalam hal ini, sesungguhnya salinan kitab fihrisat (kitab Abu Ja’afar at-Tusi) sepertimana banyak kitab-kitab rijal awal yang lain seperti Kitab al-Kisyi, an-Najasyi, al-Burqui dan al-Ghadhairi keseluruhannya telah mengalami tahrif dan tashif (perubahan huruf), dan kecacatan berat, serta tidaklah sampai daripadanya satupun salinan yang sahih.

Rujukan:  Usul al-Arba’ fi Ilmi ar-Rijal, ms 50

Biarpun syiah moden secara majoritinya terdiri dari syiah Usulliyun, itu tidak menafikan kewujudan syiah akhabariyyun dan percanggahan ulama mereka dalam menerima sumber agama

Syiah akhabariyyun masih wujud dan memperjuangkan aliran mereka

Rujuk sini untuk laman web mereka


Kesimpulan

Percanggahan penerimaan sumber syiah imamiyah sangat ketara hingga kredibiliti pegangan mereka boleh dipersoalkan. Mereka berpegang kepada slogan ahlul bait menafsirkan al-Quran namun tidak diketahui riwayat yang mana benar-benar boleh dipegang. Sebahagian dari mereka pula cuba meniru kaedah ahlu sunnah dalam hadith tapi dicela pula oleh ulama-ulama mereka yang lain. 

Sebahagian yang lain pula kononnya menilai dengan al-Quran namun akhirnya tersungkur dengan pelbagai tafsiran menyeleweng kerana al-Quran sendiri tidak mampu mendokong tafsiran mereka

Bahkan kitab-kitab rijal mereka sendiri tidak dapat dipastikan kesahihannya dan telah berlaku tahrif dan tashif yang banyak.

Akhirnya kemunculan kelompok akhabariyyun dan usulliyun dikalangan syiah sebenarnya membawa kepada perpecahan dalam penerimaan sumber agama mereka.

Tohmahan mereka terhadap ulama-ulama ahlu sunnah berkenaan dengan hadith sebenarnya memakan diri mereka sendiri. 

InsyaAllah dalam bahagian keempat, akan dibongkarkan pula percanggahan syiah imamiyah dalam bidang fiqh

Rujukan



Penghargaan kepada Mustaqil, Ust Adou dan Fikri az-Zahabi untuk penterjemahan teks

Sunday, November 13, 2011

Benarkah Isa ‘alaihissalam lebih mulia dari Muhammad sallahu’alaihi wassalam?




‘Tahukan anda al-Quran kamu lebih banyak menyebut nama ‘Isa dari nama nabi kamu sendiri?? Bukankah Isa lahir tanpa bapa?? Sedangkan Muhammad mempunyai ibu dan ayah?? Dia juga diangkat ke langit hidup-hidup!! Sedangkan Muhammad telah mati!!

Inilah antara ayat-ayat umpan missionari kristian kepada umat Islam.  Mereka ingin mengangkat darjat Isa a.s melebihi Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. Persoalan di atas dapat disimpulkan kepada 3 persoalan berikut
a) Nama Isa a.s disebut lebih banyak dari Muhammad a.s dalam al-Quran
b) Isa a.s lahir tanpa ayah
c) Isa a.s diangkat ke langit hidup-hidup dan Rasulullah s.a.w telah mati
InsyaAllah, mari kita perhatikan setiap satu dari dakyah yang mereka hujahkan


Friday, November 11, 2011

Perbezaan mazhab : Menjawab kekeliruan syiah- Bahagian 2




Pada bahagian sebelumnya, telah disebutkan punca perbezaan pandangan dikalangan mazhab ahlu sunnah wal jamaah serta kaedah berinteraksi  dan menilai kebenaran dalam perbezaan tersebut

Dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan menyelusuri perbalahan dan percanggahan dikalangan ulama mazhab syiah imamiyah

Syiah mengelirukan umat Islam dengan mengatakan mereka adalah satu mazhab yakni mazhab ahlul bait serta tidak berlaku sebarang percanggahan dan perbalahan di kalangan mereka

Hakikatnya, itu semua dusta dan hanya omongan kosong semata-mata. Golongan syiah yang berslogankan ‘ahlul bait’ sendiri sebenarnya berpecah kepada banyak firqah. 

Ini diakui sendiri dalam web syiah yang berbahasa melayu

Mazhab Syi‘ah pada masa tiga imam pertama Ahlulbait as, yaitu Amirul Mukminin Ali, Hasan bin Ali, dan Husain bin Ali as, tidak pernah mengalami kebercabangan. Akan tetapi, setelah Imam Ketiga syahid,majoriti pengikut mazhab Syi‘ah meyakini Imam Ali bin Husain as sebagai imam dan minoriti mereka—yang akhirnya dikenal dengan nama “Kaisâniyah”—mengakui putra ketiga Imam Ali as, Muhammad bin Hanafiyah adalah imam. Mereka berkeyakinan bahwa Muhammad bin Hanafiyah adalah imam keempat dan Imam Mahdi yang telah dijanjikan yang sekarang sedang gaib di gunung Radhwâ dan akan muncul kembali pada suatu hari kelak.
Setelah Imam as-Sajjâd as, majoriti Syi‘ah meyakini putranya, Muhammad al-Bâqir as sebagai imam dan minoriti mereka lebih condong kepada Zaid asy-Syahîd, putra Imam as-Sajjâd yang lain. Kelompok ini akhirnya dikenal dengan nama Zaidiyah.

Setiap golongan ini mempunyai senarai imam yang wajib diikuti. Ambillah contoh syiah ismailiyah, mereka hanya mempercayai 7 imam berbanding syiah imamiyah yang menyakini 12 imam!! Manakala syiah zaidiyah menamakan Zaid bin Ali sebagai salah seorang imam.

Nah!! Bukankah mereka semuanya berslogankan ahlul bait?? Jika mereka berslogankan ahlul bait, maka mengapa jumlah imam mereka berbeza-beza?? Siapakah yang wajib diikuti??