Saturday, February 8, 2014

DEBAT SUNNI SYIAH MASJID PERLING 2013: ANALISIS RINGKAS




Tanggal 2 Februari 2013, menyaksikan sejarah terbina apabila debat sunni syiah secara formal telah berjalan di Masjid Perling di Johor Bahru. Debat formal yang julung-julung dilakukan ini telah mendapat pelbagai reaksi samada dari sudut positif ataupun negatif dari kedua-dua pihak. 

Setelah setahun, penulis terpanggil untuk membuat analisa ringkas berkenaan dialog ini.Dalam penulisan ini, akan dituliskan hujah-hujah yang dibincangkan secara ringkas oleh kedua-dua belah pihak. Hanya hujah-hujah yang berkaitan dengan topik saja dibincangkan dan diringkaskan.
WAKIL SUNNI DAN WAKIL SYIAH

Wakil-wakil pihak sunni terdiri dari gabungan ustaz dan juga pengkaji-pengkaji bebas. Ustaz Yusuf Baharuddin (bekas imam masjid Perling) menerajui pihak sunni disamping saudara Mohd Yusof bin Mohamad (calon PHD jurusan bioperubatan UIAM) dan saudara Zulkarnain Azham ( calon PHD computer sains UTM)

Wakil-wakil syiah pula diterajui oleh ustaz Hasan Askari, graduan dari Qum, diapit penulis buku-buku syiah melayu yang terkenal iaitu Syahreen Malik (terkenal dengan gelaran Khair Izzah, ataupun aceglobal13 di laman sesawang). Ayah kepada Syahreen, bekas polis cawangan khas (SB) yang menjadi tonggak kepada syiah johor, Pak Malik Takim menjadi wakil ketiga bagi pihak syiah.

Moderator majlis ialah Muhammad Harith







TAJUK DAN FORMAT DIALOG

Tajuk yang disepakati dalam debat ini ialah Imamah: Antara Sunni dan Syiah. Format dialog adalah seperti berikut

1.      Ucapan pembukaan wakil sunni (30 minit)
2.      Ucapan pembukaan wakil syiah (30 minit)
3.      Jawapan balas dari wakil sunni  (15 minit)
4.      Jawapan balas dari wakil syiah (15 minit)
5.      Soal Jawab dari pihak sunni (30 minit)
6.      Soal Jawab dari pihak syiah (30 minit)
7.      Soalan Jawab dari hadirin (15 minit)
8.      Ucapan penggulungan wakil syiah (15 minit)
9.      Ucapan penggulungan wakil sunni (15 minit)

SYARAT-SYARAT DEBAT

1.      Penggunaan powerpoint slide dibenarkan
2.     Pembentangan boleh lebih dari seorang asalkan dalam tempoh yang ditetapkan dan panel khas untuk soal jawab
3.      Pendebat mesti mematuhi masa yang ditetapkan. Amaran waktu akan diberikan dua minit sebelum masa tamat
4.      Tidak boleh berbicara selepas tamat tempoh masa
5.      Tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina pendebat
6.      Tidak boleh mencelah ketika pendebat sedang berbicara.
7.      Pembentangan mesti berkait dengan topik iaitu Imamah(Khilafah): Antara Hujjah Sunnah dan Syiah
8.      Pembentangan yang diluar topik  tidak dibenarkan.
9.      Mana-mana penonton yang tidak berakhlak, samada sunni atau syiah akan dikeluarkan dari majlis.
10.  Jangan berbuat bising semasa pendebat membuat pembentangan

HUJAH-HUJAH SESI PERTAMA WAKIL SUNNI

1.      Imamah adalah usul yang mengkafirkan disisi syiah disokong dengan nukilan dari as-Saduq , Kasf al-Ghita dan Bihar al-Anwar, lantas membawa kepada kekafiran
2.      Perkataan kafir tidak boleh ditakwil kepada maksud lain melalui nukilan dari Mufid dan Bihar al-Anwar
3.   Mengkafirkan,melaknat dan cercaan kepada sahabat nabi seperti Abu Bakar r.a dan para sahabah kerana menolak imamah.
4.      Khilafah selepas nabi bukankah iradah takwiniyah tetapi iradah tasriyyyah dan bidasan kepada hujah wasiat harta
5.      Jawatan khalifah jika dilantik oleh Allah tidak mampu dirampas manusia
6.      Bidasan kepada alasan ketidakmampuan Ali r.a dengan mengaitkan dengan Harun a.s dan Ya’kub a.s
7.      Surah an-Nisa ayat 59 tidak merujuk kepada imam-imam syiah
8.      Bidasan tuntas kepada hujah syiah berkaitan ayat al-Maidah ayat 55
9.      Penjelasan hadith tsaqalain
10.  Penjelasan kepada hadith 12 khalifah dan bidasan kepadanya
11.  Ali r.a menolak menjadi khalifah

HUJAH-HUJAH SESI PERTAMA OLEH SYIAH

1.   Riwayat-riwayat dalam kitab syiah tidak semua sahih.al-Majlisi tidak mensahihkan kesemua riwayat dalam Bihar al-Anwar
2.      Perkataan kafir tidak membawa kepada kekafiran
3.      Syiah tidak mencela dan mencerca para sahabah, ayat pujian kepada sahabah tidak selama-lamanya
4.      Penjelasan iradah takwiniyah dan tasyriyyah
5.      Penjelasan kepada ulilamri dan maksud wali merujuk pada pemimpin
6.      Ayat 55 al-Maidah  merujuk kepada kepimpinan Ali r.a dan peristiwa ghadir khum
7.      Penjelasan maksud hadith Manzilah
8.      Ali r.a menjadi pembantu kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam
9.      Surah al-Ma’arij ayat 1 dan 2
10.  Penjelasan hadith tsaqalain
11.  Imamah bukan isu furu’
12.  Kata ulama bukan hujah
13.  Perbahasan ayat mawaddah

HUJAH SESI KEDUA WAKIL SUNNI

 1.      Jumlah rujukan bukan hujah tapi kesahihan. Mutawatir dinilai dengan kesahihan
 2.      al-Kulaini mensahihkan riwayat-riwayat dalam Kitab al-Kafi
 3.      Syiah tidak konsisten dalam menggunakan ilmu rijal
 4.      Tidak ada riwayat sahih menetapkan nama para imam 12 secara satu persatu
 5.      Riwayat 13 imam dalam kitab syiah
 6.      Percanggahan besar antara imam 12 sendiri bahkan wujud 12 mahdi selepas 12 imam
 7.      Perkataan kafir tidak boleh ditakwil
 8.    Jawatan yang dilantik oleh Allah tidak mampu dirampas sedangkan syiah mendakwa jawatan Ali r.a dirampas
  9   Bidasan lanjut berkenaan ulilamri
10   Jawatan imam berdasarkan wasiat bukan berdasarkan penetapan
11.  Khilaf berlaku pada setiap zaman membuktikan tidak diketahui siapa imam seterusnya
12.  Penjelasan lanjut berkenaan tsaqalain
13. Kitab Yanabi’ al-Mawaddah bukan riwayat ahlu sunnah
14  Dialog Ali r.a dengan ‘Abbas r.a selepas ghadir khum bukti Ali r.a tidak dilantik.
15. Konteks ghadir khum merujuk kepada masalah di Yaman dan bidasan berkaitan dengannya

HUJAH WAKIL SYIAH

1.      Kata-kata ulama tidak menjadi hujah dan perlu ikut rijal
2.      Imam tidak melaksanakan tanggungjawab kerana keadaan
3.      Imam hanya dilantik Allah
4.      Allah tidak azab seseorang jika tidak sampai hujah maka tidak kufur.
5.      Riwayat-riwayat dalam kitab syiah menyatakan sunni adalah muslim
6.      Riwayat 13 imam ditolak dan berlaku tashif
7.      Ulama ahlu sunnah tidak sepakat dalam menetapkan siapa 12 imam
8.      Riwayat menyebutkan nama imam satu persatu dalam kitab sunni dan syiah

SESI SOAL JAWAB DARI SUNNI

1.      Pertanyaan tentang kesahihan kitab yang ditulis Khair Izzah.
2.      Pertanyaan tentang nukilan dari kitab az-Zahabi iaitu Mizan al-‘Itidal
3.      Pertanyaan tentang nukilan luar konteks ar-Razi berkenaan maksum
4.      Pertanyaan tentang lafaz bani hasyim dalam hadith 12 khalifah dalam kutubussittah
5.      Pertanyaan tentang ulilamri dan kafir
6.      Pertanyaan bagaimana dan siapa yang menjaga agama ketika ketiadaan al-mahdi?
7.      Pertanyaan maksud nasibi disisi syiah
8.      Perbahasan kisah taubat Abu Bakar r.a
9.      Pertanyaan berkenaan kitab syiah

SESI SOAL JAWAB DARI SYIAH

1.      Persoalan berkaitan penolakan bai’ah oleh Fatimah r.a
2.      Persoalan berkaitan Fatimah r.a marah dengan Abu Bakar r.a
3.      Soalan berkenaan kemusykilan Sahih Bukhari
4.      Soalan berkenaan kepentingan pengganti baginda

SESI SOAL JAWAB HADIRIN

1.      Soalan berkaitan dengan al-Quran disisi syiah
2.      Soalan berkenaan isu kemaksuman disisi imam syiah
3.      Soalan berkaitan imamah dalam al-Quran
4.      Soalan berkaitan dengan deklarasi amman

UCAPAN PENGGULUNGAN SYIAH

1.      Buku ditulis dalam konteks ilmiah sedangkan sunni mengkafirkan syiah
2.      Sandaran hujah dari kitab sunni
3.    Ahlubait jalur penyelamat umat menerusi hadith ghadir khum,  hadith tsaqalain, hadith manzilah, ayat mawaddah
4.      Ayat wilayah diturunkan kepada Ali r.a
5.      Ayat tathir berkenaan ahlul bait
6.      Riwayat-riwayat dalam kitab sunni berkenaan khairrul bariyyah, wilayah Ali r.a
7.      Tidak ada dalil pegangan kepada ahlusunnah wal jamaah

UCAPAN PENGGULUNGAN SUNNI

1.      Syiah mencaci sunni dalam buku mereka
2.      Buku ilmiah syiah tidak menjelaskan kelemahan riwayat dan berunsur cacian
3.      Dialog yang dilakukan adalah bersifat terbuka kerana dirakamkan
4.      Buku ilmiah mestilah jujur dalam nukilan dan sahih
5.      Hadith Ghadir Khum tidak merujuk kepada kepimpinan Ali r.a
6.      Ayat 101 merujuk kepada konteks berbeza
7.      Penjelasan konteks hadith manzilah
8.      Tidak ada sanad yang sahih berkenaan asbab an-nuzul ayat wilayah
9.      Percanggahan isu kemaksuman imam dan ayat Tahhir
10.  Tidak ada sanad paling sahih berkenaan khairul bariyyah
11.  Beberapa kitab yang bukan muktabar ahlu sunnah
12.  Penjelasan berkenaan isu mazhab
13.  Perpecahan dalam mazhab syiah, perawi waqifi dan perawi fathiyyah
14.  Tidak ada kesepakatan dalam mazhab syiah berkenaan 12 imam
15.  Penjelasan hadith tsaqalain memasukkan ikutan ahlul bait dan sahabat
16.  Abu Bakar r.a, Umar r.a dan sahabat-sahabat adalah nasibi disisi syiah
17.  Setiap kritikan syiah ada jawapan dalam kitab sunnah
18.  al-Mahdi tidak memberi petunjuk
19.  Penjelasan berkenaan imamah dan nubuwwah
20.  Kesepakatan sunni dan syiah hanya dibolehkan dengan membuang cercaan kepada sahabat-sahabat nabi.

CATATAN PERIBADI

Kedua-dua pihak sunni dan syiah telah mengeluarkan hujah yang banyak. Kebanyakan hujah utama telah dijawab kedua-dua belah pihak. Secara objektifnya, banyak hujah dari pihak sunni tidak disentuh oleh pihak syiah antaranya bagaimana jawatan lantikan Allah dirampas, percanggahan syiah berkenaan imam 12, penolakan khalifah oleh imam syiah sendiri, dialog antara Ali r.a dan ‘Abbas r.a, konteks ghadir khum

Manakala pihak sunni juga ada tidak menyentuh asbab an-nuzul surah al-Maa’rij, riwayat-riwayat berkaitan pengaman bumi dan riwayat kemusliman sunni dalam kitab syiah

Besar kemungkinan faktor masa ataupun kerana faktor tidak mempunyai jawapan yang konkrit bagi masalah tersebut

Penulis tidak akan menanggapi secara khusus berkenaan dialog ini cuma tertarik untuk membuat catatan peribadi secara ringkas pada beberapa tempat yang perlu terutamanya dengan hujah syiah yang pincang, kontradik, salah nukilan dan tidak jujur

1.      Ustaz Hasan Askari gagal membawakan nama imam satu persatu dari mana-mana kitab sunni yang muktabar. Cubaan beliau pada minit 28:53 bahagian 2 tidak menyebutkan nama-nama imam secara satu persatu. Manakala ustaz Khair Izzah samada dia tersasul atau berbohong menamakan kitab Kifayatul Ashar, A'lamul Wara' dan Manaqib sebagai sunni. Kitab-kitab itu adalah kitab syiah. Uts Hasan Askari membantah kembali mengatakan ia kitab Ahmad bin Hanbal padahal ia kitab Manaqib Ali bin Abi Talib karya Ibnu Shahr Aswub

2.      Ustaz Khair Izzah memusing konteks pengkafiran tidak berlaku pada orang yang jahil dan tidak tahu. Sedangkan persoalan yang dibangkitkan sunni adalah berkenaan mereka yang menentang imamah seperti yang mereka dakwakan kepada para sahabat. Rujuk minit 22 bahagian 2

3.      Ustaz Khair Izzah gagal memahami soalan yang diajukan berkenaan al-mahdi. Yang disoal ialah bagaimana al-mahdi memberi petunjuk dalam keghaiban tapi yang dijawab ialah berkenaan riwayat bumi mesti ada pengaman. Rujuk minit 45 bahagian kedua

4.      Ustaz Hasan Askari salah faham tentang isu bagaimana jawatan khalifah mampu dirampas oleh manusia apabila ia dilantik oleh Allah sebaliknya dia memusing kenapa imam tidak mampu menjadi khalifah. Rujuk minit 16 bahagian 2

5.      Ustaz Hasan Askari tidak berani menyatakan para sahabah sebagai nasibi walaupun bersetuju dengan ciri-ciri musuh ahlul bait yang disandarkan kepada mereka. Ini contoh taqiyya terbaik beliau

6.      Ustaz Hasan Askari salah menisbahkan hadith tsaqalain pada al-Bukhari dan tidak membawakan bukti untuk menyokong dakwaan itu.

7.      Ustaz Hasan Askari telah jelas tersangkut ketika ditanya tentang penolakan kepada rasul dan kaitan dengan imam.Rujuk minit 41

8.      Sesi soal jawab sunni sangat jelas mendedahkan bagaimana pihak syiah menaqal kalam ulama secara tidak jujur dalam menegakkan hujah mereka. Rujuk pada minit 30 bahagian 2.

9.      Ustaz Hasan Askari membacakan riwayat as-Suyuti dari Musnad Fatimah az-Zahra tentang penyesalan Abu Bakar r.a. Riwayat tidak sahih kerana sanadnya terdapat Ulwan ibn Daud al-Bajli. Yang dihukum lemah banyak ulama walaupun ditauthiq oleh Ibnu Hibban. Rujuk minit 54 bahagian kedua

10.  Pihak syiah gagal membawakan dalil jelas dengan sahih serta sarih ikutan hanya pada ahlul bait berdasarkan kepada al-Quran sekaligus mencacatkan konteks hadith tsaqalain yang mereka pegangi.

Masih banyak lagi yang perlu dinilai dari dialog ini. Tidak dinafikan ada juga hujah sunni yang berjaya dijawab dengan baik oleh syiah seperti pembuktikan perkataan ‘wali’ merujuk kepada kepimpinan. Namun, itu tidak memberikan impak pada debat ini

Sebaliknya pihak sunni jelas melebarkan fondasi hujah yang mantap dengan jawapan-jawapan yang kemas walaupun ada beberapa isu tidak dijawab. Hanya saja pembentangan Mohd Yusof bin Mohamad perlu diperbaiki kerana tidak mampu mengendalikan mikrofon dengan baik, bercakap laju dan kelihatan agak tidak tenang pada awalnya.

ISU BERKAITAN DENGAN FORMAT

Secara objektif, kelihatan golongan syiah seolah-olah telah kalah dalam perdebatan ini. Antara alasan yang dikemukakan ialah
a) Terlalu banyak isu pada satu masa
b) Format tidak adil kepada mereka

Seperti yang disebutkan oleh Mohd Yusof bin Mohamad, format dialog telahpun diemelkan kepada mereka sebelumnya. Walaupun kelihatan ada tidak ada kesepakatan pada formatnya, akhirnya mereka tetap menerimanya

Berikut dipaparkan bukti emel tersebut.




Emel tersebut telah dibalas oleh pihak moderator sebagai berikut




Jadi pihak syiah sendiri akhirnya telah menerima format dialog tersebut walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan format 30 minit. Buktinya mereka telah menamakan wakil-wakil mereka. Maka tidak timbul soal tidak adil apatah lagi pihak sunni dua kali menjadi pihak pembentang dan syiah menjadi pihak menjawab. Maka seharusnya penggulungan terakhir dilakukan pihak sunni

Ternyata alasan-alasan ini dilakukan bagi menutup kelemahan mereka dalam dialog tersebut.

Bahkan pihak syiah tidak diketahui samada membuat laporan khusus debat ini sepertimana mereka ada membuat laporan khusus berkenaan debat sebelumnya bersama ustaz Yusuf Baharuddin.

Kesimpulan

Masih banyak perlu diperbaiki dalam debat antara sunni dan syiah ini. Apapun ia usaha yang baik dalam menilai hujah kedua-dua belah pihak. Tujuan debat bukanlah semata-mata melihat siapa yang petah bercakap atau hebat gaya bahasanya. Sebaliknya yang dinilai adalah hujah yang dikemukakan. Tindakan menipu rujukan, menaqal separa ilmiah dan bertaqiyyah tidak harus ada dalam dialog antara sunni dan syiah

14 comments:

Anonymous said...

Pengulungan hujah yg mantab oleh pihak Sunnah. Pihak Syiah seperti pincang hujah & tidak jujur. Pengulungan akhir pulak dipertikai.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara.

Satu diskusi yg sangat memberi nilai ilmu dan pemahaman yg tinggi.

Mohon juga saudara dapat menulis artikel menjawab golongan Quranist yg sekarang agak pesat berkembang.

K.Bana.

cucu mat gelap said...

salam,patutkah ulamak sunni yg terken al yusof qardawi mengeluarkan fatwa org sunni halal membunuh org tak kira kan ak2,org tua atau pun wanita,apa kah yusof nak berguru dgn basyar alAsad,bukan kah org sunni memang dah iktikadkan samasekali syiah itu sesat,kafir dan syiah itu bukan islam....apa kah yusof qardawi mengajak dan menyuruh org2 sunni meniru cara org2 syiah yg dah di cop kafir ,sesat dan bukan islam itu perlakukan sesama manusia,bukan nabi muhamad saw sendiri melarang umatnya membunuh wan ita,kanak2 dan org2 tua,apa kah basyar alAsad akan jadi mentor kepada qardawi dan org2 sunni,maaf ye saya sungguh terkejut dan keliru,terim a kasih....wassalam

Admin said...

Wkslm, cucu mat gelap, komen anda tiada kaitan dengan debat di atas. Jadi saya fikir tak perlu ditanggapi dengan terperinci. Cuma sila bawakan bukti berikut fatwa al-qaradhawi menyuruh membunuh orang tua dan wanita

cucu mat gelap said...

salam,takkan anda ketinggalan maklumat kenyataan yusof qardawi akan akan fatwa menghalalkan darah org2 syiah tak kira kanak2,org tua dan wanita kerana marah beliau terhadap basyar al ashad...jgn le buat2 kabur pulak...dunia kan dah tahu fatwa tersebut.....anda kan ke seorang yg bijak....takkan org bijak seperti anda terlepas maklumat yg telah di siarkan oleh media sedunia,wassalam

Admin said...

Wa'alaikumsalam, yelah, anda yang 'serba tahu' takkan tak boleh berikan saya link khusus dimana al-Qaradhawi jelas membenarkan membunuh kanak-kanak, orang tua dan wanita

Tolong bawakan kenyataan dari beliau sendiri bukannya dari web syiah yang tidak percayai

Kemudian, apa kena mengena fatwa al-qaradhawi dengan debat masjid perling?

wahbah said...

kedua dua sunnah dan syiah mengaku Allah sebagai tuhan sekelian alam
Keduanya mengakui kerasulan nabi Muhammad
mempercayai hari kiamat
mempercayai qada` dan qadar
mempercayai kitab alquran .

mengapa mahu pusing tentang satu pihak menyokong ali sebagai pengganti rasulullah dan sunnah menyokong abu bakar .

itulah punca perselisihan. kalau mereka tak mau terima abu bakar pi lantak dialah . kalau dilihat sejarah perlantikan abu bakar pun ada isu yang perlu diberikan pencerahan ...

wahbah said...

kedua duanya meyakini tuhan yang satu , rasul yang sama dan 4 rukun iman yang sama
jadi ngapa mahu pusing tentang siapa yang paling layak selepas Rasulullah menjadi khalifah .
perlantikan Abu bakar pun jika dikaji ada isu yang perlu diperjelaskan

silver cap said...

http://m.youtube.com/watch?v=_qU7borkBuQ
Admin dia ni ke yg ustaz tu..dlm vdeo tu dia ckp ulama'nya lg mulia dri Musa n Nbi kita Muhammad (s) cuba tgk

silver cap said...

http://m.youtube.com/watch?v=_qU7borkBuQ

Anonymous said...

Saya sangat suka debat ini walaupun saya kurang selesa dengan gaya bahasa dan body language pakcik wakil dari Syiaah itu.

Semoga perdebatan akan datang, kedua-dua pihak dipesan membawa rujukan dan sumber masing2 dengan LENGKAP (PIHAK SYIAH BANYAK TAK BAWA SUMBER spt; Mazhab Syiah/ naskah Quran Syiah, tak ingat nama imam, etc.)

Mohon panel dari pihak Sunni tidak emosi, mohon panel ketiga Sunni tidak emosi, mohon panel kedua tidak gelabah. Tenang dan jawab satu persatu. Mungkin boleh tarik nafas dulu sebelum menjawab. Terima kasih.

Generalhoho said...

Salam tuan, bila nak ada lagi debat ini?

Admin said...

Waalaikumsalam, inshaAllah di masa hadapan

Ismail Omar said...

Test