Friday, December 27, 2013

Ketegasan Abu Bakar as-Siddiq radiyaAllahu ‘ahu


Syiah mencela Abu Bakar r.a dengan mengatakan beliau pengecut. Kononnya pemerintahan beliau lemah dan takutkan kepada Umar r.a. InsyaAllah dalam artikel yang ringkas ini kita akan buktikan ketegasan Abu Bakar r.a.

Abu Bakar r.a bertekad mengutus pasukan Usamah bin Zaid r.a

Rasullulah s.a.w telah mengirim 3000 orang tentera terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar diketuai oleh Usamah bin Zaid r.a yang ketika itu berumur 18 tahun untuk memerangi Rom. Ekspedisi ini berlaku kira-kira 3 bulan selepas haji Wida[1]

Keberangkatan pasukan ini terkandas dengan berita kewafatan Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam. Setelah selesai proses perlantikan Abu Bakar r.a, beliau menghantar mengutus semula tentera Usamah seperti mana yang pernah diutuskan baginda. Ini mengundang perbezaan pandangan dikalangan sahabah kerana mereka beranggap ancaman murtad patut diutamakan berbanding pengutusan tentera ke Rom
Abu Bakar r.a dengan sikap berani dan tegas berucap

والذي لا إله غيره لو جرت الكلاب بأرجل أزواج رسول الله صلى الله عليه وسلم ما رددت جيشا وجهه رسول الله صلى الله عليه وسلم ، ولا حللت لواء عقده رسول الله صلى الله عليه وسلم

Terjemahan: Demi yang tiada Tuhan selainNya, sekalipun anjing-anjing menggigit kaki-kaki para isteri Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam, tidaklah aku kembalikan tentera yang dihadapkan Rasululllah sallahu ‘alaihi wasalam. Tidak akan aku leraikan pasukan yang ditetapkan Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam[2]

Ini adalah tamparan pedas kepada syiah yang menomah Abu Bakar r.a kononnya beliau menyelisihi sunnah baginda. Padahal tindakan ini jelas menunjukkan ketegasan dan keinginan untuk menyempurnakan sunnah baginda

Abu Bakar r.a memerangi golongan ingkar zakat

Golongan murtad dan kemunculan nabi palsu berleluasa di tanah arab setelah kewafatan nabi. Ditambah pula keengganan mereka melaksanakan tuntutan membayar zakat. Abu Bakar r.a tampil menyusun saf-saf umat Islam memerangi mereka. Tindakan ini tidak dipersetujui oleh Umar r.a dimana beliau mempersoalkan bagaimana Abu Bakar r.a boleh memerangi mereka yang mengucapkan kalimah syahadah yang mana darah dan harta mereka telah terjaga.

Abu Bakar r.a dengan tegas mengatakan,

وَاللَّهِ لَأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلاَةِ وَالزَّكَاةِ، فَإِنَّ الزَّكَاةَ حَقُّ المَالِ، وَاللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا كَانُوا يُؤَدُّونَهَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَاتَلْتُهُمْ  عَلَى مَنْعِهَا

Terjemahan: Demi Allah, aku benar-benar akan memerangi sesiapa yang memisahkan antara solat dan zakat, sesungguhnya zakat adalah hak harta, demi Allah, jika mereka enggan memberikan ‘anaq[3]  yang mana mereka pernah berikan pada Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam maka akan aku perangi mereka atas apa yang mereka enggankan itu[4]

Ketegasan Abu Bakar r.a akhirnya diakui kebenarannya oleh Umar r.a, kata beliau

فَوَاللَّهِ مَا هُوَ إِلَّا أَنْ قَدْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فَعَرَفْتُ أَنَّهُ الحَقُّ

Terjemahan: Demi Allah, tidaklah ia (keputusan Abu Bakar r.a) kecuali benar-benar Allah melapangkan dada Abu Bakar radiyaAllahu, aku pun sedar bahawa sesungguhnya ia adalah benar[5]

Bidasan syiah

Syiah tidak mampu menafikan hujah ketegasan Abu Bakar r.a di atas, apa yang mampu dilakukan ialah berhujah dengan riwayat percanggahan pandangan antara Abu Bakar r.a dan Umar r.a. Percanggahan ini diperbesar-besarkan seolah-olah Abu Bakar r.a tidak berkuasa sebaliknya Umar r.a

Mereka berhujah dengan riwayat Umar r.a membantah tindakan Umar r.a memberikan tanah kepada Aqra bin Habis r.a dan ‘Uyainah bin Husn.

عن عبيدة بن عمرو قال : جاء الأقرع بن حابس وعيينة بن حصن إلى أبي بكر الصديق (ر) فقال : يا خليفة رسول الله إن عندنا أرضاً سبخة ليس فيها كلا ولا منفعة فإن رأيت أن تقطعناها فأجابهما وكتب لهما وإشهد القوم وعمر ليس فيهم ، فإنطلقا إلى عمر ليشهداه فيه فتناول الكتاب وتفل فيه ومحاه فتذمرا له ، وقالا : له مقالة سيئة فقال : أن رسول الله (ص) كان يتألفكما والإسلام يومئذ قليل إن الله : قد أعز الإسلام إذهبا فإجهدا علي جهدكما لا رعى الله عليكما إن رعيتما ، فأقبلا إلى أبي بكر وهما يتذمران فقالا : ما ندري والله أنت الخليفة أو عمر فقال : لا بل هو لو كإن شاء فجاء عمر وهو مغضب حتى وقف على أبي بكر فقال : أخبرني : عن هذا الذي أقطعتهما أرض هي لك خاصة أو للمسلمين عامة قال : بل للمسلمين عامة قال : فما حملك على أن تخص بها هذين قال : إستشرت الذين حولي فأشاروا علي بذلك وقد قلت لك إنك أقوى على هذا مني فغلبتني.

Terjemahan: Dari ‘Ubaidah bin ‘Amru, katanya, ‘Al-‘Aqra bin al-Habis dan ‘Uyainah bin Husun datang kepada Abu Bakar r.a dan berkata, ‘Wahai khalifah ar-Rasul, disisi kami terdapat sebuah tanah paya yang tidak ada padanya manfaat, aku melihat (adalah baik) andaikata engkau membuka tanah itu untuk kami, maka Abu Bakar menjawab serta menulis kepada mereka berdua sambil disaksikan kaum sedangkan Umar r.a tidak bersama mereka. Mereka pergi kepada Umar untuk mendapat kesaksiannya,lalu Umar mengambil penulisan itu dan meludahinya serta memadamnya. Mereke berdua menjadi marah lalu berkata kepada Umar perkataan yang buruk.. Maka Umar berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W berlebih kurang kepada kamu sedangkan (umat) islam pada ketika itu sedikit. Allah telah memuliakan Islam maka pergilah dan berusahalah bersungguh-sungguh. Tidak ada tanah (milik) Allah keatas kamu jika kamu  menjaganya. Maka mereka berdua menemui Abu Bakar sambil mereka dalam keadaan marah lalu berkata: Kami tidak ketahui demi Allah samada engkau adalah khalifah ataupun Umar. Bahkan dia adalah (khalifah) kalau dia mengkehendakinya. Lalu Umar datang dalam keadaan marah sehingga dia berdiri dihadapan Abu Bakar sambil berkata: Sampaikan kepadaku tentang tanah yang engkau bukakan kepada mereka adakah milik persendirian engkau ataupun milik Muslimin keseluruhannya. Kata Abu Bakar: Bahkan ia adalah milik Muslimin keseluruhannya. Umar berkata: Jadi apakah yang menyebabkan engkau mengkhususkan kepada mereka berdua.Kata Abu Bakar: Aku telah bertanya kepada penasihat disampingku lalu mereka menunjukkan kepadaku pandangan itu.  Telah aku katakan kepada engkau bahawa engkau lebih kuat dariku tentang ini maka engkau telah mengalahkan (keputusan) aku[6]

Jawapan kepada bidasan syiah

Perlu diketahui bahawa tindakan Umar meludah dan memadam surat itu adalah kerana mereka berdua datang menemui Umar untuk mendapatkan kesaksiannya. Maka ia adalah sekadar Umar tidak bersaksi sepertimana yang dikehendaki oleh mereka sebaliknya Umar meludah dan memadam surat tersebut dan mereka juga pada ketika itu mengucapkan perkataan yang tidak baik kepada Umar. Jadi zahirnya pertembungan adalah antara Umar dan mereka berdua.

Umar r.a al-Khattab juga marah dengan tindakan Abu Bakar r.a tersebut, itu bukanlah bermaksud Abu Bakar r.a menjadi lemah ataupun pengecut. Sebaliknya Abu Bakar r.a bersikap tawadhu’ dan menerima penghujahan Umar r.a

Perhatikan teks yang bergaris akan pengakuan Abu Bakar r.a

Telah aku katakan kepada engkau bahawa engkau lebih kuat dariku tentang ini maka engkau telah mengalahkan (keputusan) aku”

Dan pada zaman nabi masih hidup, Abu Bakar r.a pernah memarahi Umar r.a hingga Umar r.a datang untuk memohon maaf padanya. Juga diriwayatkan Abu Bakar r.a pernah menarik janggut Umar r.a kerana tidak setuju dengan pandangannya berkaitan tentera Usamah bin Zaid r.a 

Ini semua menunjukkan perselisihan itu sesuatu yang normal dan bukanlah bermaksud Abu Bakar r.a itu pengecut.

Manakala pertanyaan Aqra’ bin Habis dan’Uyainah bukanlah dalam konteks mempertikaikan kekhalifan Abu Bakar r.a tapi ia timbul akibat kemarahan mereka akan sikap Abu Bakar r.a yang menyebelahi Umar r.a.

InsyaAllah, dalam artikel berasingan, akan dijelaskan keakraban antara Abu Bakar r.a dan Umar r.a

Syiah tidak sepatutnya mencela Abu Bakar r.a dengan isu seperti ini apatah lagi disisi mereka  kononnya Ali r.a membiarkan rumahnya diceroboh dan isteri beliau (Fatimah r.a) ditendang Umar r.a hingga keguguran???
Secara logiknya, siapakah yang lebih pengecut?? Sikap Abu Bakar r.a yang menerima kebenaran apabila jelas padanya ataupun sikap Ali r.a yang berdiam diri apabila maruah isterinya dinodai??

Ahlu sunnah berlepas diri dari tuduhan dusta dan jijik ini

Kesimpulan

Abu Bakar r.a tokoh terbilang yang menyatukan umat Islam di masa umat dilanda musibah kemurtadan dan kemunafikan. Sama sekali Abu Bakar r.a bukanlah pengecut. Kegemilangan beliau digalas oleh Umar r.a al-Khattab. Cukuplah kata-kata bonda Aisya r.a menjadi rujukan

قُبِضَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَارْتَدَّتِ الْعَرَبُ، وَاشْرَأَبَّ النِّفَاقُ بِالْمَدِينَةِ، فَلَوْ نَزَلَ بِالْجِبَالِ الرَّوَاسِي مَا نَزَلَ بِأَبِي لَهَاضَهَا، فَوَاللَّهِ مَا اخْتَلَفُوا فِي نُقْطَةٍ إِلَّا طَارَ أَبِي بِحَظِّهَا وَعَنَائِهَا فِي الْإِسْلَامِ، وَكَانَتْ تَقُولُ مَعَ هَذَا: وَمَنْ رَأَى عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ عَرَفَ أَنَّهُ خُلِقَ غَنَاءً لِلْإِسْلَامِ، كَانَ وَاللَّهِ أَحْوَزِيًّا، نَسِيجَ وَحْدَهُ، قَدْ أَعَدَّ لِلْأُمُورِ أَقْرَانَهَا.

Terjemahan: Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam telah wafat maka murtadla bangsa arab serta bangkitlah kemunafikan di madinah. Ayahku ditimpakan kesulitan yang akan menghancurkan gunung jika ditimpakannya, demi Allah, tidaklah manusia berselisih dalam satu perkara hingga akan diselesaikan ayahku dengan karismanya dan ketelitiannya dalam Islam. Begitu jugalah penerusnya, ‘Sesiapa yang melihat’Umar bin al-Khattab akan mengetahui bahawa dia tercipta sebagai penolong bagi Islam, demi Allah dia adalah seorang yang hebat, yang tidak tandingannya, sesungguhnya dia menyiapkan umat Islam akan urusannya[7]

waAllahu 'alam


 Penghargaan kepada ustaz Salman Ali atas semakan kepada artikel ini

Bacaan lanjut
http://alfanarku.wordpress.com/2011/07/27/abu-bakar-ash-shiddiq-sang-penumpas-kemurtadan/














[2] Al-Bidayah wa an-Nihayah, 6/366
[3] Dalam riwayat yang lain disebut ‘iqal(tali yang dipakai untuk mengiringi unta) sedangkan ‘Anaq adalah anak kambing yang masih kecil
[4] Sahih al-Bukhari, Bab Wujub al-Zakah, hadith no 1400 dan selainnya
[5] Ibid
[6] Al-Isabah fi Tamyiz as-Sahabah, 4/640 dan selainnya
[7] Fadail as-Sahabah li Imam Ahmad, 1/98, no 68

No comments: