Sunday, November 24, 2013

Isu Tabdil Taurat dan Injil: Ibnu Taimiyah menguatkan fahaman tajsim?



Artikel sebelumnya, pandangan Ibnu Taimiyah telah disebutkan dengan mengkaji teks-teksnya secara objektif


Artikel ini pula akan membahaskan tuduhan kononnya Ibnu Taimiyah menyakini tidak berlaku tahrif pada teks kerana ingin menguatkan fahaman tajsim

InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibincangkan perbahasannya

Tuduhan kesahihan teks kerana menguatkan aqidah tajsim

Ibnu Taimiyah dituduh menguatkan fahaman tajsim kerana kononnya beliau menyakini tahrif tidak berlaku pada teks-teks berkaitan ayat-ayat sifat

Al-Katibi menyebutkan hal ini dengan berkata (nukilan berpisah)

“…berbeda dengan Ibnu taimiyyah yang lebih condong dengan pendapat hanya maknanya saja yang dirubah, dengan bertujuan menguatkan akidah tajsimnya, sebab dalam kitab Taurat dan Injil yang sekarang banyak menyebutkan akidah tajsim dan tasybih pada Allah Ta’aala…”

Tuduhan ini disokong oleh ustazah Sofiyyah an-Nuriyyah dengan katanya (nukilan berpisah)

Al-Katibiy dan sebagian ulama Asy’ariyyah ingin menunjukkan bahwa Ibnu Taimiyyah berpendapat seperti itu karena ingin menguatkan akidah tajsimnya. Sebagaimana al-Katibiy telah buktikan, dan saya akan membuktikan pula sebagai penguat

Maksudnya dalam bab ini, Ibnu Taimiyyah membenarkan teks atau redaksi Taurat yang menyebutkan ayat-ayat mutasyabihat yang lebih mengarah pada tajsim kepada Allah. Padahal jumhur ulama mengatakan bahwa Taurat yang sekarang sudah ditahrif sama ada lafaz atau maknanya


Nukilan al-Katibi dan Sofiyyah an-Nuriyyah

Al-Katibi menaqalkan persetujuan Ibnu Taimiyah kepada sebahagian teks Taurat dan Injil lantas membuat kesimpulan mudah kononnya Ibnu Taimiyah menerima kesahihan lafaz dan hanya menolak makna.

Katanya

Di kitab yang lainnya Ibnu Taimiyyah berkata :


وهو أن يقال ما في القرآن والحديث عن النبي من وصف الله بهذه الصفات التي يسميها بعض الناس تجسيما هو مثل ما في التوراة وسائر كتب الأنبياء وهذا الذي في التوراة وكتب الأنبياء ليس مما أحدثه أهل الكتاب

“ Hendaknya dikatakan bahwa apa yang ada dalam al-Quran dan hadits Nabi berupa mensifati Allah dengan sifat-sifat itu yang dituduh oleh sebagian manusia dengan tajsim, adalah sama seperti yang ada dalam kitab Taurat dan semua kitab-kitab para Nabi. Semua yang ada di dalam Taurat dan kitab-kitab para Nabi bukanlah hal baru yang diada-adakan ahlu kitab “.

Sofiyyah an-Nuriyyah pula berkata

قد علم ان التوراة مملؤة باثبات الصفات التي تسميها النفاة تجسيما ومع هذا فلم ينكر رسول الله صلي الله عليه وسلم واصحابه علي اليهود شيئا من ذلك ولا قالوا : انتم تجسمون بل كان أحبار اليهود اذا ذكروا عند النبي صلي الله عليه وسلم شيئا من الصفات أقرهم رسول الله صلي الله عليه وسلم (وذكر ما يصدقه) كما في حديث الحبر الذي ذكر له إمساك الرب للسموات والارض المذكور في تفسير قوله تعالي (وما قدروا الله حق قدره).


“ Sungguh telah diketahui bahwa Taurat isinya penuh dengan penetapan sifat yang dinamakan oleh para penafinya (yang ia maksud adalah asy’ariyyah dan mu’aththilah) sebagai tajsim. Padahal Rasulullah shallahu ‘alahi wa sallam dan sahabat tidak mengungkiri kepada Yahudi sedikit pun dari hal itu dan tidak pula mengatakan : “ Kalian telah menjisimkan Allah, bahkan para pendeta Yahudi jika menyebutkan dari ayat sifat di hadapan Nabi, maka Nabi pun mengakuinya dan membenarkannya sebagaimana dalam hadits Habr yang menyebutkan penahanan Allah terhadap langit dan bumi yang telah disebutkan dalam tafsir firman Allah Ta’ala : “ Dan tidaklah mereka mampu mengukur Allah dengan sebenar-benarnya pengukuran “. (Minhaj as-Sunnah : 1/251)

Di lain kitab Ibnu Taimiyyah juga mengatakan :


 فلو كان ما في التوراة من الصفات التي تقول النفاة إنها تشبيه وتجسيم فإن فيها من ذلك ما تنكره النفاة وتسميه تشبيهاً وتجسيماً بل فيها إثبات الجهة ، وتكلم الله بالصوت ، وخلق آدم على صورته وأمثال هذه الأمور ، فإن كان هذا مما كذبته اليهود وبدلته ، كان إنكار النبي(صلى الله عليه وآله وسلم) لذلك وبيان ذلك أولى من ذكر ما هو دون ذلك ! فكيف والمنصوص عنه موافقٌ للمنصوص في التوراة ! فإنك تجد عامة ماجاء به الكتاب والأحاديث[في الصفات]موافقاً مطابقاً لما ذكر في التوراة


“ Seandainya apa yang ada dalam taurat dari ayat sifat yang dikatakan oleh para penafinya sebagai tasybih dan tajsim, maka di dalamnya sungguh ada apa yang dingkari oleh mereka dan mereka namakan sebagai tasybih dan tajsim, bahkan ada penetapan arah bagi Allah, berbicaranya Allah dengan suara, penciptaan Adam atas bentuk Allah dan semisalnya. Seandainya hal ini termasuk apa yang didustakan dan dirubah oleh Yahudi, maka pengingkaran dan penejlasan Nabi atas hal itu lebih utama dari penyebutan hal selain itu, bagaimana tidak sedangkan nash darinya sesuai dengan nash dalam taurat. Karena kamu menemukan pada umumnya apa yang datang dari al-Quran dan hadits dalam ayat sifat, telah sesuai dan cocok terhadap apa yang telah disebutkan dalam taurat “. (al-Aqlu fi Fahmil Quran : 88)


Menjawab nukilan al-Katibi

Nukilan yang dibawakan oleh al-Katibi tidak sekali-kali menetapkan tajsim pada Ibnu Taimiyah sebaliknya dia menjelaskan terdapat dalam al-Quran dan hadith-hadith sahih ayat yang dituduh sebagai mujasimmah oleh mereka yang menafikannya

Lihat semula teks yang dinukil oleh al-Katibi

وهو أن يقال ما في القرآن والحديث عن النبي من وصف الله بهذه الصفات التي يسميها بعض الناس تجسيما هو مثل ما في التوراة وسائر كتب الأنبياء وهذا الذي في التوراة وكتب الأنبياء ليس مما أحدثه أهل الكتاب

“ Hendaknya dikatakan bahwa apa yang ada dalam al-Quran dan hadits Nabi berupa mensifati Allah dengan sifat-sifat itu yang dituduh oleh sebagian manusia dengan tajsim, adalah sama seperti yang ada dalam kitab Taurat dan semua kitab-kitab para Nabi. Semua yang ada di dalam Taurat dan kitab-kitab para Nabi bukanlah hal baru yang diada-adakan ahlu kitab “.

Perhatikan pada teks yang bergaris, Ibnu Taimiyah menyatakan terdapat sebahagian manusia yang mendakwa ayat-ayat sifat itu membawa kepada tajsim, persoalannya siapakah mereka?

Sebenarnya yang menuduh tajsim kepada umat Islam dalam teks ini adalah golongan kristian. Tuduhan al-Katibi adalah persis dengan tuduhan nasara kepada umat Islam yang dijawab oleh Ibnu Taimiyah

Ini dibuktikan apabila kita merujuk teks asalnya terletak dalam fasal berikut

[فَصْلٌ: الْجَوَابُ عَنْ شُبْهَةِ النَّصَارَى فِي إِقْرَارِ الْمُسْلِمِينَ فِي الصِّفَاتِ وَأَنَّهُ لَا يَقْتَضِي التَّشْبِيهَ وَالتَّجْسِيمَ]

Terjemahan: Fasl: Jawapan kepada syubhah Nasara dalam penetapan muslimin dalam sifat Allah bahawa sesungguhnya ia tidak mengandungi kepada tashbih dan tajsim][1]

Ibnu Taimiyah mengatakan golongan nasara menuduh umat Islam sebagai orang yang melakukan tashbih dan tajsim

أَلْزَمْنَاهُمْ أَيْضًا - نَحْنُ - التَّجْسِيمَ وَالتَّشْبِيهَ لِقَوْلِهِمْ: إِنَّ اللَّهَ لَهُ عَيْنَانِ وَيَدَانِ وَوَجْهٌ وَسَاقٌ وَجَنْبٌ، وَأَنَّ ذَاتَهُ تَنْتَقِلُ مِنْ مَكَانٍ إِلَى مَكَانٍ، وَأَنَّهُ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مِنْ بَعْدِ أَنْ لَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ، وَغَيْرَ ذَلِكَ مِمَّا يَقْتَضِي ظَاهِرُهُ التَّجْسِيمَ وَالتَّشْبِيهَ.

Terjemahan: Mereka (an-nasara) mengatakan juga bahawa kita (muslimin) tajsim dan tashbih dengan perkataan mereka, ‘Sesungguhnya Allah baginya dia mata, dua tangan, dua wajah, betis dan sisi. Sesungguhnya zatNYA berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan dia beristiwa atas ‘arash setelah sebelum dari itu Dia tidak berada diatasnya, dan selain itu yang pada zahirnya menunjukkan tajsim dan tashbih

Ibnu Taimiyah merespon dengan tiga jawapan yang panjang lebar kepada tuduhan yang dilontarkan nasara ini

Antara jawapan pertama Ibnu Taimiyah secara ringkasnya ialah menetapkan sifat Allah seadanya dengan tanpa tahrif, ta’atil, tanpa takyif dan tanpa tamshil. Menetapkan apa yang Allah tetapkan dan menafikan apa yang Allah nafikan.

وَالْجَوَابُ مِنْ وُجُوهٍ: أَحَدُهَا: أَنْ يُقَالَ: مَنْ آمَنَ بِمَا جَاءَتْ بِهِ الرُّسُلُ وَقَالَ مَا قَالُوهُ مِنْ غَيْرِ تَحْرِيفٍ لِلَفْظِهِ وَلَا مَعْنَاهُ، فَهَذَا لَا إِنْكَارَ عَلَيْهِ، بِخِلَافِ مَنِ ابْتَدَعَ أَقْوَالًا لَمْ تَقُلْهَا الرُّسُلُ، بَلْ هِيَ تُخَالِفُ مَا قَالُوهُ، وَحَرَّفَ مَا قَالُوهُ، إِمَّا لَفْظًا وَمَعْنًى، وَإِمَّا مَعْنًى فَقَطْ، فَهَذَا يَسْتَحِقُّ الْإِنْكَارَ عَلَيْهِ بِاتِّفَاقِ الطَّوَائِفِ وَأَصْلُ دِينِ الْمُسْلِمِينَ أَنَّهُمْ يَصِفُونَ اللَّهَ بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ فِي كُتُبِهِ، وَبِمَا وَصَفَتْهُ بِهِ رُسُلُهُ، مِنْ غَيْرِ تَحْرِيفٍ وَلَا تَعْطِيلٍ، وَمِنْ غَيْرِ تَكْيِيفٍ وَلَا تَمْثِيلٍ، بَلْ يُثْبِتُونَ لَهُ - تَعَالَى - مَا أَثْبَتَهُ لِنَفْسِهِ، وَيَنْفُونَ عَنْهُ مَا نَفَاهُ عَنْ نَفْسِهِ، وَيَتَّبِعُونَ فِي ذَلِكَ أَقْوَالَ رُسُلِهِ، وَيَجْتَنِبُونَ مَا خَالَفَ أَقْوَالَ الرُّسُلِ

Terjemahan: Jawapan (kepada ini) dari aspek berikut: Salah satu darinya: Bahawa dikatakan: Sesiapa yang beriman dengan apa yang datang dari para rasul dan berkata apa yang dikatakan mereka (para rasul) dengan tanpa tahrif pada lafaznya dan maknanya maka mereka tidaklah diingkari. Ini berbeza dengan sesiapa yang mencipta perkataan yang tidak disebutkan para rasul bahkan bercanggah dengan apa yang disebutkannya, mentahrif perkataan para Rasul samada lafaz atau makna ataupun makna sahaja, ini lebih layak untuk dibantah dengan kesepakatan keseluruhan kelompok. Asal agama umat Islam ialah mensifatkan Allah dengan apa yang disifatkanNya sendiri dalam kitabnya,dan sebagaimana disifatkan oleh Rasul-Nya tanpa mengubah ataupun menafikan, tanpa mempersoalkan bagaimana ataupun menetapkan perumpamaan. Bahkan mereka menetapkan kepada Allah apa yang ditetapkan oleh-Nya keatas diri-Nya serta menafikan  apa yang dinafikanNya keatas diri-Nya,dan mengikuti apa yang dikatakan para rasul dan menjauhi apa yang bercanggah daripadanya[2]

Ibnu Taimiyah melanjutkan dengan menyatakan para Rasul mensifatkan Allah dengan sifat yang sempurna, menafikan keserupaan dengan makhluk, menolak golongan yang menolak sifat-sifat Allah dan menyamakannya dengan makhluk

فَالرُّسُلُ وَصَفُوا اللَّهَ بِصِفَاتِ الْكَمَالِ، وَنَزَّهُوهُ عَنِ النَّقَائِصِ الْمُنَاقِضَةِ لِلْكَمَالِ، وَنَزَّهُوهُ عَنْ أَنْ يَكُونَ لَهُ مِثْلٌ فِي شَيْءٍ مِنْ صِفَاتِ الْكَمَالِ، وَأَثْبَتُوا لَهُ صِفَاتِ الْكَمَالِ عَلَى وَجْهِ التَّفْصِيلِ، وَنَفَوْا عَنْهُ التَّمْثِيلَ، فَأَتَوْا بِإِثْبَاتٍ مُفَصَّلٍ وَنَفْيٍ مُجْمَلٍ. فَمَنْ نَفَى عَنْهُ مَا أَثْبَتَهُ لِنَفْسِهِ مِنَ الصِّفَاتِ، كَانَ مُعَطِّلًا، وَمَنْ جَعَلَهَا مِثْلَ صِفَاتِ الْمَخْلُوقِينَ، كَانَ مُمَثِّلًا، وَالْمُعَطِّلُ يَعْبُدُ عَدَمًا، وَالْمُمَثِّلِ يَعْبُدُ صَنَمًا وَقَدْ قَالَ تَعَالَى: {لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ} [الشورى: 11] وَهُوَ رَدٌّ عَلَى الْمُمَثِّلَةِ، {وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ} [الشورى: 11] وَهُوَ رَدٌّ عَلَى الْمُعَطِّلَةِ.

Terjemahan: Maka para rasul mensifatkan Allah dengan sifat yang sempurna, menyucikan dari kekurangan yang percanggahan dengan kesempurnaan (sifatNya), mensucikanNya daripadanya sebarang perumpaan dalam kesempurnaan sifatNya, mereka menetapkan kepadanya sifat-sifat yang sempurna dengan terperinci, menafikan daripadaNYA perumpaan, menetapkan mufassal dan menafikan mujmal. Sesiapa yang menafikan apa yang ditetapkanNya sendiri dari sifat-sifat maka dia adalah mu’athil, sesiapa yang menjadikannya sebagai sifat-sifat makhluk maka dia adalah mumathilan, (golongan) muatthol menyembah sesuatu yang tiada manakala golongan mumathil menyembah berhala. Sesungguhnya Allah berfirman, ‘ Tiada satu pun yang serupa denganNYa’[as-Syura:11’, dan dan ini membantah golongan mumathilah, ‘Dia maha mendengar dan melihat[ as-Syura 11] dan ini membantah golongan muathilah [3]

Ibnu Taimiyah dalam jawapan pertamanya melanjutkan kepada perbahasan sifat-sifat Allah oleh para rasul, mengkritik aqidah yang dipegang oleh kristian (aqidah triniti). Sila rujuk perbahasannya panjang lebar di teks asalnya. Tidak disebutkan disini kerana memerlukan ruang yang banyak

Kemudian beliau melanjutkan kepada jawapan kedua iaitu apa yang dituduhkan oleh nasara itu adalah dusta dan tidak didapati dalam al-Quran dan as-Sunnah yang sahih, tidak diketahui ulama muslimin mengatakannya. Ia adalah salah faham kepada umat Islam. Tiada dalam al-Quran menyebutkan demikian secara zahir. Beliau menjelaskan maksud ayat al-Maidah ayat 64 dan surah al-Isra’ ayat 29 merujuk kepada sifat pemurah Allah. Kemudiannya beliau menjelaskan hakikat sifat tangan, mata, penciptaan Adam dan beberapa sifat yang lainnya. Juga dijelaskan bagaimana memahami sifat yang disandarkan pada Allah tidak seperti mana yang didakwakan kristian

Setelah itu barulah Ibnu Taimiyah masuk ke jawapan ketiga iaitu seperti yang dinaqalkan al-Katibi.

وَهَذَا يَتَبَيَّنُ بِالْوَجْهِ الثَّالِثِ: وَهُوَ أَنْ يُقَالَ مَا فِي الْقُرْآنِ وَالْحَدِيثِ عَنْ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - مِنْ وَصْفِ اللَّهِ بِهَذِهِ الصِّفَاتِ الَّتِي يُسَمِّيهَا بَعْضُ النَّاسِ تَجْسِيمًا، هُوَ مِثْلُ مَا فِي التَّوْرَاةِ وَسَائِرِ كُتُبِ الْأَنْبِيَاءِ، وَهَذَا الَّذِي فِي التَّوْرَاةِ وَكُتُبِ الْأَنْبِيَاءِ لَيْسَ مِمَّا أَحْدَثَهُ أَهْلُ الْكِتَابِ.

Terjemahan: Ini dijelaskan dalam bahagian yang ketiga: Bahawa apa yang apa yang ada dalam al-Quran dan hadits Nabi berupa mensifati Allah dengan sifat-sifat itu yang dituduh oleh sebagian manusia dengan tajsim, adalah sama seperti yang ada dalam kitab Taurat dan semua kitab para Nabi. Semua yang ada di dalam Taurat dan kitab-kitab para Nabi bukanlah hal baru yang diada-adakan ahlu kitab “.[4]

Perkataan ibn Taimiyah ini jika difahami menerusi pembacaan keseluruhan konteks perbahasan membawa maksud, jika kamu(kristian) ingin katakan orang Islam adalah dari kalangan mujassimah kerana mensifatkan Allah dengan sifat berikut, maka sesungguhnya perkara sama juga disebut dalam kitab taurat disisi kamu dan itu bukanlah perkataan yang kamu ciptakan sendiri. Ertinya kitab kami dan kitab kamu sama-sama menisbahkan seifat-sifat tersebut kepada Allah.

Ibnu Taimiyah menjelaskan jika ayat-ayat dalam Taurat itu (yang disepakati dengan al-Quran dan as-Sunnah)  jelas membawa kepada tajsim maka sudah tentu akan dicela oleh baginda sebagaimana teguran kepada sifat al-Faqir  dan sifat terbelenggu yang dikatakan Yahudi.

ولو كانوا هم ابتدعوا ذلك ووصفوا الخالق بما يمتنع عليه من التجسيم لكان النبي ذمهم على ذلك كما ذمهم على ما وصفوه به من النقائص في مثل قوله تعالى  لقد سمع الله قول الذين قالوا إن الله فقير ونحن أغنياء وقوله  وقالت اليهود يد الله مغلولة غلت أيديهم ولعنوا بما قالوا بل يداه مبسوطتان ينفق كيف يشاء

Terjemahan: Seandainya mereka menciptakan perkataan tersebut lalu mensifatkan Tuhan yang mencipta dengan apa yang terhalang dari-Nya daripada tajsim , maka semestinya Nabi S.A.W mengkritik mereka diatas perbuatan itu seperti mana mengkritik mereka atas apa yang disifatkan kepada Allah daripada sifat-sifat kekurangan sepertimana firman Allah ( Allah telah mendengar kata-kata orang yang mengatakan bahawa Allah faqir sedangkan kami ini kaya) begitu juga firman Allah ( Yahudi berkata tangan Allah terbelenggu , maka terbelenggulah tangan mereka dan dilaknatlah mereka dengan perkataan mereka , sedangkan kedua-dua tangan Allah terbentang, Dia memberi memberikan sebaimana yang dikehendaki-Nya[5])

Penafikan kepada sifat Allah yang tertera dalam Taurat dan Injil

Dalam teks yang sama, Ibnu Taimiyah sendiri menjelaskan wujud penafikan akan sifat yang tertera dalam Taurat iaitu al-Lughub (istirehat). Ibnu Taimiyah menjelaskan perbezaan pandangan ulama yang menolak samada dari sudut lafaznya atau dari sudut takwilan maknanya

وَقَالَ تَعَالَى: {وَلَقَدْ خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ وَمَا مَسَّنَا مِنْ لُغُوبٍ} [ق: 38] فَنَفَى عَنْهُ اللُّغُوبَ الَّذِي يُظَنُّ فِي لَفْظِ الِاسْتِرَاحَةِ الَّذِي فِي التَّوْرَاةِ، فَإِنَّ فِيهَا أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْعَالَمَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ، ثُمَّ اسْتَرَاحَ فِي يَوْمِ السَّبْتِ، فَظَنَّ بَعْضُ النَّاسِ أَنَّهُ تَعِبَ فَاسْتَرَاحَ. ثُمَّ مِنْ عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ مَنْ قَالَ: إِنَّ هَذَا اللَّفْظَ حَرَّفُوا مَعْنَاهُ دُونَ لَفْظِهِ، وَهَذَا لَفْظُ التَّوْرَاةِ الْمُنَزَّلَةِ. قَالَهُ ابْنُ قُتَيْبَةَ وَغَيْرُهُ وَقَالُوا مَعْنَاهُ: ثُمَّ تَرَكَ الْخَلْقَ، فَعُبِّرَ عَنْ ذَلِكَ بِلَفْظِ اسْتَرَاحَ. وَمِنْهُمْ مَنْ قَالَ: بَلْ حَرَّفُوا لَفْظَهُ، كَمَا قَالَ أَبُو بَكْرٍ الْأَنْبَارِيُّ وَغَيْرُهُ وَقَالُوا: لَيْسَ هَذَا لَفْظُ التَّوْرَاةِ الْمُنَزَّلَةِ.

Terjemahan: Berkata (Allah) ta’ala, Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah. Maka Allah Menafikannya daripada--Nya al-Lughub yang disangka dari lafaz istirehat dalam Taurat. Sesungguhnya padanya terdapat (pernyataan) Allah menjadikan alam dalam enam hari kemudian beristirehat pada hari sabtu. Sebahagian manusia menyangka bahawa Dia penat dan beristirehat. Dan sebahagian Ulama muslimin kemudiannya berkata: Sesungguhnya lafaz ini maknanya ditahrif tidak pada teksnya, dan ini adalah lafaz taurat yang diturunkan (Allah). Ini adalah pandangan Ibnu Qutaibah dan selainnya. Mereka mengatakan, ‘maknanya’ kemudian meninggalkan penciptaannya dan itu diibaratkan dengan lafaz istirehat. Diantara mereka mengatakan: Bahkan diubah lafaz-lafaznya seperti yang disebutkan oleh Abu Bakar al-‘Anbari dan selainnya. Mereka berkata lafaz Taurat ini bukanlah yang diturunkan[6]

Ibnu Taimiyah menjelaskan ayat-ayat sifat dalam Taurat diterima apabila ia bertepatan dengan hadith-hadith sahih.

وأما ما في التوراة من إثبات الصفات فلم ينكر النبي شيئا من ذلك بل كان علماء اليهود إذا ذكروا شيئا من ذلك يقرهم عليه ويصدقهم عليه كما في الصحيحين عن عبد الله بن مسعود أن حبرا من اليهود جاء إلى رسول الله فقال يا محمد إن الله عز و جل يوم القيامة يحمل السماوات على إصبع والأرض على إصبع والجبال والشجر على إصبع والماء والثرى على إصبع وسائر الخلق على إصبع ثم يهزهن فيقول أنا املك قال فضحك النبي حتى بدت نواجذه تعجبا وتصديقا لقول الحبر ثم قرأ وما قدروا الله حق قدره والأرض جميعا قبضته يوم القيامة والسماوات مطويات بيمينه الآية

Terjemahan: Adapun apa yang terdapat didalam Taurat diantara sifat-sifat yang diisbatkan , mkaa nabi tidak mengingkari sedikitpun darinya bahkan apabila ulama yahudi apabila menyebutkan sebahagian dari sifat maka Rasulullah memperakui dan membenarkan kenyataan mereka sepertimana diriwayatkan dalam sahihain dari Abdullah Bin Mas’ud: Seorang alim yahudi mendatangi rasul S.A.W lalu berkata : Wahai Muhammad , sesungguhnya Allah pada hari kiamat akan menanggung langit denagn satu jari dan bumi dengan satu jari, bukit bukau dan pokok-pokok dengan satu jari, air dan tanah dengan satu jari dan keseluruhan makhluk dengan satu jari kemudian Dia menggoncangkan mereka lalu berkata akulah yang memiliki. Maka nabi ketawa sehingga kelihatan giginya kerana taajub dan membenarkan perkataan alim yahudi lalu baginda membacakan(Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggamanNya, dan langit tergulung dengan tangan kanan-Nya)[7]

Ibnu Taimiyah memberikan kesimpulan bahawa apa yang stabit dalam Taurat, kitab-kitab terdahulu yang bersamaan dengan khabar dari nabi tidak diingkari.

وإذا ثبت أن مثل هذه النصوص في التوراة والكتب المتقدمة باتفاق أهل الكتاب وبما يشهد على ذلك من أخبار الرسول بنظير ذلك وترك إنكاره لما في التوراة وتصديقه على ما كانوا يذكرونه من ذلك لم يكن المسلمون مختصين بذكر ما سموه تجسيما بل يلزم أهل الكتاب اليهود والنصارى من ذلك نظير ما يلزم المسلمين

Terjemahan: Apabila telah tsabit bahawa nas-nas sebegini dalam Taurat dan kitab-kitab terdahulu yang disepakati oleh ahli kitab dan apa yang dipersaksikan oleh khabar-khabar dari Rasul S.A.W yang seumpama dengannya dan baginda tidak mengingkari apa yang terdapat dalam Taurat bahkan baginda membenarkan apa yang diucapkan oleh mereka daripada itu(sifat-sifat Allah), maka tidaklah hanya orang Islam yang menyebutkan apa yang dinamakan oleh mereka sebagai tajsim bahkan lazimlah perkataan itu keatas ahli kitab dikalangan yahudi dan Nasrani sepertimana dilazimkan keatas muslimin[8]

Kesimpulan mudah yang difahami ialah

1. Yang mendakwa fahaman tajsim kepada umat Islam dalam teks Ibnu Taimiyah adalah golongan kristian. Tuduhan tersebut dijawab Ibnu Taimiyah. Malangnya al-Katibi memetik jawapan Ibnu Taimiyah kemudian menyandarkan kembali tuduhan mujasimmah kepada Ibnu Taimiyah. Ini tindakan salah dan menyeleweng

2. Ibnu Taimiyah sendiri menolak sifat-sifat yang tidak layak disandarkan kepada Allah seperti sifat terbelenggu dan istirehat.

3. Persepakatan ayat-ayat sifat dalam Taurat bukan bermaksud secara otomatik KESELURUHAN teks Taurat terpelihara. Yang terpelihara adalah ayat-ayat sifat yang tidak dingkari Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam.

4. Ibnu Taimiyah sendiri menyatakan sifat Allah tidak boleh disamakan dengan makhluk dan menyatakan dalam jawapan pertama bantahan kepada muathilah (yang menolak sifat Allah) dan mumatthilah (yang menyamakan Allah kepada makhluk)

Menjawab nukilan Sofiyyah an-Nuriyyah

Nukilan pertama Sofiyyah yang dipetik dari Minhaj as-Sunnah[9]

قد علم ان التوراة مملؤة باثبات الصفات التي تسميها النفاة تجسيما ومع هذا فلم ينكر رسول الله صلي الله عليه وسلم واصحابه علي اليهود شيئا من ذلك ولا قالوا : انتم تجسمون بل كان أحبار اليهود اذا ذكروا عند النبي صلي الله عليه وسلم شيئا من الصفات أقرهم رسول الله صلي الله عليه وسلم (وذكر ما يصدقه) كما في حديث الحبر الذي ذكر له إمساك الرب للسموات والارض المذكور في تفسير قوله تعالي (وما قدروا الله حق قدره).


“ Sungguh telah diketahui bahwa Taurat isinya penuh dengan penetapan sifat yang dinamakan oleh para penafinya (yang ia maksud adalah asy’ariyyah dan mu’aththilah) sebagai tajsim. Padahal Rasulullah shallahu ‘alahi wa sallam dan sahabat tidak mengungkiri kepada Yahudi sedikit pun dari hal itu dan tidak pula mengatakan : “ Kalian telah menjisimkan Allah, bahkan para pendeta Yahudi jika menyebutkan dari ayat sifat di hadapan Nabi, maka Nabi pun mengakuinya dan membenarkannya sebagaimana dalam hadits Habr yang menyebutkan penahanan Allah terhadap langit dan bumi yang telah disebutkan dalam tafsir firman Allah Ta’ala : “ Dan tidaklah mereka mampu mengukur Allah dengan sebenar-benarnya pengukuran “.

Konteks nukilan ini sama dengan apa yang dinaqalkan sebelumnya dan tidak perlu lagi diulangi disini. Ini dijelaskan lagi dengan beberapa kalimat selepasnya

وَمِمَّا يُبَيِّنُ الْأَمْرَ فِي ذَلِكَ  أَنَّ الْمُسْلِمِينَ مُتَّفِقُونَ عَلَى تَنْزِيهِ اللَّهِ تَعَالَى عَنِ الْعُيُوبِ وَالنَّقَائِصِ وَأَنَّهُ مُتَّصِفٌ بِصِفَاتِ الْكَمَالِ

Terjemahan: Termasuk dalam penjelasan perkara ini bahawa muslimin bersepakat dalam menyucikan Allah ta’ala dari keletihan dan kekurangan, sesungguhnya Allah disifatkan dengan sifat yang sempurna

Setelah itu Ibnu Taimiyah menjelaskan perihal kesempurnaan Allah dengan panjang lebar dalam kitab tersebut. Beliau membahaskan pengunaan jisim kepada Allah, jenis-jenisnya dan hujah-hujah berkaitan dengannya. Banyak dari kalangan anti-Ibnu Taimiyah tidak cuba memahami maksud tajsim disisi beliau dan memaksakan kalam yang bukan dari kefahamannya. Ada pula yang memetik kalamnya tapi meletakkan kalam sendiri. Ini semua akan dibahaskan dalam artikel yang khusus insyaAllah[10]

Sofiyyah seterusnya menukilkan dari kitab al-Aqlu fi fahmi al-Quran. Kami tidak menemui kitab ini sebagai karya yang dinisbahkan kepada Ibnu Taimiyah. Setakat pencarian, kami dapati ulama syiah, Ali al-Korani yang menisbahkan kitab ini kepada Ibnu Taimiyah

Menurut laman islamweb.net[11], nukilan ini sebenarnya dari kitab Dar’u at-Taa’rudh al-‘Aql wa Naql[12]

Kami tidak pasti apakah Sofiyyah membaca sendiri nukilan tersebut atau sekadar menukil semula dari laman web anti Ibnu Taimiyyah

Apabila diperiksa tenyata kalam ini memang terdapat dalam kitab Dar’u at-Taa’rudh iaitu

فلولا كان ما في التوراة من الصفات التي تقول النفاة إنها تشبيه وتجسيم، فإن فيها من ذلك ما تنكره النفاة وتسميه تشبيهاً وتجسيماً، بل فيه إثبات الجهة وتكلم الله بالصوت، وخلق آدم على صورته وأمثال هذه الأمور. فإن كان هذا مما كذبته اليهود وبدلته، كان إنكار النبي صلى الله عليه وسلم لذلك وبيان ذلك أولى من ذكر ما هو دون ذلك، فكيف والمنصوص عنه موافق للمنصوص في التوراة؟ فإنك تجد عامة كما جاء به الكتاب والأحاديث في الصفات موافقاً مطابقاً لما ذكر في التوراة

Terjemahan: Sekiranya apa yang ada dalam taurat dari ayat sifat yang dikatakan oleh para penafinya sebagai tasybih dan tajsim, maka di dalamnya sungguh ada apa yang dingkari oleh mereka dan mereka namakan sebagai tasybih dan tajsim, bahkan ada penetapan arah bagi Allah, berbicaranya Allah dengan suara, penciptaan Adam atas bentukNya dan semisalnya. Seandainya hal ini termasuk apa yang didustakan dan dirubah oleh Yahudi, maka pengingkaran dan penjelasan Nabi atas hal itu lebih utama dari penyebutan hal selain itu, bagaimana tidak sedangkan nash darinya sesuai dengan nash dalam taurat. Karena sesungguhnya kamu menemukan pada umumnya apa yang datang dari al-Quran dan hadits dalam ayat sifat, telah sesuai dan cocok terhadap apa yang telah disebutkan dalam taurat[13]

Seperti konteks sebelumnya, teks Ibnu Taimiyah sekadar menjelaskan ada ayat-ayat sifat dalam Taurat yang selari dengan al-Quran dan  as-Sunnah. Itu bukanlah bermaksud keseluruhannya teks dianggap asli ataupun kerana ingin menyokong doktrin mujasimmah

Pembacaan teks sebelumnya memberikan kefahaman yang lebih jelas. Ibnu Taimiyah menjelaskan contoh-contoh ayat sifat yang disandarkan ahli kitab tetapi disucikan Allah

ومما يوضح الأمر في ذلك أن النبي صلى الله عليه وسلم قد ظهر وانتشر ما أخبر به من تبديل أهل الكتاب وتحريفهم، وما اظهر من عيوبهم وذنوبهم، تنزيه لله عما وصفوه به من النقائص والعيوب، قوله تعالى: {لقد سمع الله قول الذين قالوا إن الله فقير ونحن أغنياء سنكتب ما قالوا وقتلهم الأنبياء بغير حق ونقول ذوقوا عذاب الحريق} [آل عمران: 181] .
وقوله تعالى: {وقالت اليهود يد الله مغلولة غلت أيديهم ولعنوا بما قالوا بل يداه مبسوطتان ينفق كيف يشاء وليزيدن كثيرا منهم ما أنزل إليك من ربك طغيانا وكفرا وألقينا بينهم العداوة والبغضاء إلى يوم القيامة كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون في الأرض فسادا والله لا يحب المفسدين} [المائدة: 64-65] ، وقوله تعالى: {ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب} [ق: 38] . ونزه نفسه عما يصفوه به من الفقر والبخل والإعياء

Terjemahan: Dan apa yang jelas dari ini adalah sesungguhnya Nabi sallahu ‘alaihi wassalam telah diutuskan dan telah tersebar apa yang dikhabarkannya dari Nabi berupa tabdil ahli kitab dan tahrif (yang dilakukan mereka) serta apa yang telah dizahirkan dari keaiban dan dosa-dosa mereka. Allah mensucikan (diriNYa) dari apa yang mereka sifatkan dari kekurangan dan kepenatan. Firman Allah: Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar [Ali Imran:181]. FirmanNya lagi : Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil – kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan [al-Maidah: 64-65] FirmanNya lagi, Dan demi sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah [Qaf:38]. Dia menyucikannya dari apa yang disifatkan dari sifat kefaqiran, bakhil dan kepenatan[14]

Ibnu Taimiyah menjelaskan lagi dengan dalil-dalil al-Quran akan  penafian Allah kepada sifat anak yang diberikan kristian

وقد نزه الله سبحانه نفسه في القرآن عما زعمته النصارى من الولد الشريك،

Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyucikan dirinya dalam al-Quran dari apa yang disangka oleh an-Nasara berkenaan anak yang bersekutu [15]

Kemudiannya Ibnu Taimiyah menjelaskan perihal Uzair sebagai perbandingan kepada aqidah kristian. Memang benar Ibnu Taimiyah menyebutkan jumhur yahudi tidak mengatakan Uzair anak Allah. Tapi itu bukan bermaksud aqidah mereka yang lainnya semua selamat. Pernyataan Sofiyyah yang berikut adalah salah lebih-lebih lagi dibuktikan dengan teks Ibnu Taimiyah di atas dimana yahudi menetapkan sifat bakhil, kepenatan dan faqir kepada Allah.

Ini artinya, satu perkara yang dicela (dikatakan aib) oleh Allah pada Yahudi dalam tauhid mereka hanyalah ucapan mereka “ Uzair adalah anak Allah “, dalam kata lain Ibnu Taimiyyah mengakui selain itu dari ayat sifat Taurat adalah benar dan sesuai al-Quran

Di tempat yang lain beliau menyatakan

يحكى عن غالية المنتقضة لله من اليهود وغيرهم مثل الذين يصفونه بالبكاء والحزن وعض اليد حتى جرى الدم ورمد العين سبحانه وتعالى عما يقول الظالمون علواً كبيراً.

Terjemahan: Dihikayatkan kelompok pelampau yang menentang Allah dari yahudi dan selain mereka yang mensifatkannya dengan tangisan, kesedihan, anggota tangan hatta mengalirnya darah dan merahnya mata, maha suci Allah ta’ala dari apa yang disebutkan golongan-golongan zalim yang sangat ghulu’

Masih banyak lagi yang boleh dipetik, namun cukup saja buat masa ini insyaAllah.

Kesimpulan

1. Dengan pembacaan objektif, Ibnu Taimiyah menerima sebahagian teks-teks Taurat dan Injil dalam bab sifat yang bertepatan dengan al-Quran dan al-hadith yang sahih. Itu bukan bermakna beliau menyakini 100% keaslian Taurat dan Injil ataupun beliau menyokong doktrin mujassimah.

2. Ibnu Taimiyah sendiri menaqalkan penolakan tentang sifat Allah yang disebutkan dalam Taurat.

3. Ibnu Taimiyah sekali-kali tidak menyokong doktrin mujasimmah. InsyaAllah bahagian ini akan dibahas dalam artikel khusus

InsyaAllah, artikel seterusnya akan membawakan analisa qaul-qaul ulama berkenaan isu tabdil Taurat dan Injil disisi Ibnu Taimiyyah


Artikel ditulis oleh Mohd Yusof bin Mohamad dan disemak oleh Ustaz Salman Ali



[1] Al-Jawab as-Sahih Li Man Baddala Din al-Masih (seterusnya akan disebut al-Jawab as-Sahih), 4/417
[2] Al-Jawab as-Sahih 4/405
[3] Al-Jawab as-Sahih 4/406
[4] Al-Jawab as-Sahih 4/417
[5] Al-Jawab as-Sahih 4/418
[6] Al-Jawab as-Sahih. 4/419
[7] Ibid
[8] Al-Jawab as-Sahih 4/420
[9] Minhaj as-Sunnah an-Nabawiyah Fi Naqdi Kalam as-Syiah al-Qadariah, kitab setebal 9 jilid ditulis Ibnu Taimiyah membantah kitab ulama syiah Ibnu Mutahhar al-Hulli yang berjudul Minhaj al-Karamah
[10]  Al-Katibi ada menulis artikel berkenaan tajsim yang disandarkan kepada Ibnu Taimiyah. Kami berniat menyinggungnya dalam tulisan khusus insyaAllah
[12] Kitab setebal 11 jilid ini ditulis Ibnu Taimiyah membantah karya Fakruddin ar-Razi iaitu Asas at-Taqdis
[13]  Dar’u at-Ta’arudh, 7/89
[14]  Dar’u at-Ta’arudh, 7/87
[15] Dar’u at-Ta’arudh, 7/88

No comments: