Saturday, July 23, 2011

PENGUNDURAN TENTERA USAMAH BIN ZAID R.A: BANTAHAN KEPADA SYIAH



Dalam blog-blog dan web-web  syiah, isu tentera Usamah bin Zaid r.a diputarbelitkan dan dijadikan sarana untuk mencerca Abu Bakar dan Umar r.a

Rasullulah s.a.w telah mengirim 3000 orang tentera terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar diketuai oleh Usamah bin Zaid yang ketika itu berumur 18 tahun untuk memerangi Rom. Ekspedisi ini berlaku kira-kira 3 bulan selepas haji Wida'

InsyaAllah dalam artikel ini, akan dikupas dan dijawab dakyah-dakyah jahat mereka


Syiah  katakan

Khalifah Abu Bakar telah mengundurkan diri dari menyertai tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid, sedangkan Nabi SAWA bersabda:"Perlengkapkan tentera Usamah, Allah melaknati orang yang mengundur diri dari tentera Usamah."[Al-Syarastani, al-Milal, hlm.21; Ibn Sa'd, Tabaqat,II,hlm.249 dan lain-lain lagi]

Rasulullah dua hari sebelum wafatnya telah menyiapkan satu pasukan untuk memerangi tentera Rom. Usamah bin Zaid yang berusia lapan belas tahun dijadikan sebagai komandan pasukan tentera perang. Tokoh-tokoh Muhajirin dan Ansar seperti Abu Bakar, Umar, Abu Ubaidah, dan sahabat-sahabat besar lainnya diperintahkan untuk berada di bawah pasukan Usamah ini. Sebahagian mereka mencela pengangkatan Usamah (sebagai komandan tentera).

Mereka berkata: bagaimana Nabi menunjukkan seorang muda yang belum berjanggut sebagai komandan pasukan kami. Sebelum itu mereka juga telah mencela pengangkatan ayahnya oleh Nabi. Mereka banyak memprotes sehingga Nabi sangat marah mendengar celaan dan sikap mereka ini.

Sukar dibayangkan bagaimana para sahabat berani mengecam apa yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW tetapi memang begitulah kenyataannya

Ringkasan dakwaan syiah

1.  Para sahabah telah memprotes perlantikan Usamah bin Zaid r.a sebagai panglima peperangan
2.  Abu Bakar dan Umar berada dalam tentera Usamah bin Zaid r.a
3.  Laknat Allah kepada mereka yang berundur dari tentera Usamah bin Zaid r.a


Bidasan dakwaan pertama :  Protes perlantikan Usamah bin Zaid a.s

Perlantikan Usamah bin Zaid merupakan satu anjakan kepada pemuda-pemuda Islam. Pada usia 18 tahun, dia diamanahkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengetuai peperangan

Tindakan Rasulullah s.a.w menunjukkan contoh kepada umat Islam bahawa usia tidak semesti menjadi faktor utama dalam kepimpinan

Tidak  dapat dinafikan, terdapat bantahan terhadap perlantikan tersebut

Dalam hadith yang sahih, disebutkan seperti berikut

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ أَنَّهُ سَمِعَ ابْنَ عُمَرَ يَقُولُا بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثًا وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ فَطَعَنَ النَّاسُ فِي إِمْرَتِهِ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنْ تَطْعَنُوا فِي إِمْرَتِهِ فَقَدْ كُنْتُمْ تَطْعَنُونَ فِي إِمْرَةِ أَبِيهِ مِنْ قَبْلُ وَايْمُ اللَّهِ إِنْ كَانَ لَخَلِيقًا لِلْإِمْرَةِ وَإِنْ كَانَ لَمِنْ أَحَبِّ النَّاسِ إِلَيَّ وَإِنَّ هَذَا لَمِنْ أَحَبِّ النَّاسِ إِلَيَّ بَعْدَهُ

Terjemahan: Dari Abdullah bin Dinar bahawa dia mendengar Ibnu Umar berkata Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengutuskan pasukan tentera dengan mengangkat Usamah bin Zaid, kemudian orang-orang  mencela kepemimpinannya tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w berdiri dan berkata “Jika kalian mencela kepemimpinannya maka kalian mencela kepemimpinan ayahnya sebelumnya. Demi Allah, dia (Zaid) memang layak memimpin pasukan dan dia termasuk orang yang paling aku cintai, dan anaknya ini termasuk orang yang paling aku cintai setelahnya.

Rujukan: Sahih Muslim, Kitab Fadhail Sahabah, Bab Fadhail Zaid bin Harithah dan Usamah bin Zaid RA, hadith no 4452,Maktabah Shamela

Hadith ini juga diriwayatkan dalam beberapa kitab hadith yang lain seperti Sahih Bukhari, Musnad Ahmad dan lain-lain.

Dalam lafaz hadith ini, disebutkan lafaz ‘orang-orang’ yang mencela kepimpinan tersebut. 

Ia boleh membawa dua maksud, samada golongan sahabah nabi ataupun golongan munafik

Ini kerana kita sedia maklum golongan munafik akan sentiasa memperlekeh tindakan baginda s.a.w.

Bahkan dalam kitab al-Kamil Fi al-Tarikh karya Ibnu Athir, golongan munafik yang mempertikaikan kepimpinan Usamah bin Zaid r.a

فتكلم المنافقون في إمارته وقالوا: أمر غلاماً على جلة المهاجرين والأنصار. فقال رسول الله، صلى الله عليه وسلم: (إن تطعنوا في إمارته فقد طعنتم في إمارة أبيه من قبل، وإنه لخليق للإمارة، وكان أبوه خليقاً لها)، وأوعب مع أسامة المهاجرون الأولون، منهم: أبو بكر وعمر، فبينما الناس على ذلك ابتدىء برسول الله، صلى الله عليه وسلم، مرضه. 
Terjemah: Tiba-tiba orang-orang munafiq mempertikaikan kepimpinannya. Mereka berkata: “Apakah seorang budak yang mengetuai pembesar-pembesar sahabat Muhajirin dan Ansar. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sekiranya kamu mempertikaikan kepimpinannya maka kamu juga mempertikaikan kepimpinan ayahnya sebelum ini, sesungguhnya dia seorang yang layak dengan kepimpinan ini, dan ayahnya juga layak.” Turut keluar berperang bersama Usamah ialah Muhajirin yang awal Islam termasuklah Abu Bakar dan ‘Umar. Sedang sahabat dalam keadaan bersiap untuk itu, sakit Rasulullah s.a.w. bermula

Rujukan: al-Kamil fi Tarikh, Perihal Peristiwa Tahun kesebelas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan kewafatannya, 1/355, Maktabah Shamela

Ini juga disebutkan dalam Tarikh Tabari, 

عن ابن عباس ، قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم قد ضرب بعث أسامة فلم يستتب لوجع رسول الله ولخلع مسيلمة والأسود ؛ وقد أكثر المنافقون في تأمير أسامة

Terjemahan: Dari Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w. telah menetapkan pasukan Usamah tetapi tidak berjalan lancar kerana kegeringan Rasulullah s.a.w. dan kemurtadan Musailamah dan al-Aswad. Golongan munafiqin begitu kuat sekali mempertikaikan kepimpinan Usamah sehingga ke pengetahuan Rasulullah s.a.w.

Rujukan: Tarikh Ar-Rusul wa al-Muluk, 2/108, Maktabah Shamela

Web-web syiah tergesa-gesa menafsirkan ia adalah para sahabah dan ia merujuk kepada sahabah-sahabah yang utama

Padahal tidak ada langsung dalam lafaz hadith mengatakan Abu Bakar dan Umar yang mencela baginda

Jikapun kita menganggap sebahagian sahabah nabi mengkritik perlantikan ini, ia sesuatu yang maklum kerana usia Usamah bin Zaid yang masih muda

Lebih penting dari itu, selepas ditegur Rasulullah s.a.w, mereka akur dan menerima keputusan baginda s.a.w
Bahkan Abu Bakar r.a sendiri mengekalkan kepimpinan Usamah bin Zaid dan menghantar tentera yang sama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w

Persoalannya, kenapa syiah mendiamkan fakta ini dan tidak pernah menyebutkannya? 

Jawapannya mudah, kesumat mereka kepada Abu Bakar memuncak sehingga mereka mendiamkan fakta ini

Bidasan syiah

Syiah akan membidas jawapan di atas dengan mengatakan munafik dan para sahabah nabi sama-sama mengkritik perlantikan yang dibuat oleh nabi

Bahkan baginda s.a.w sangat marah hinggakan baginda memarahi mereka dalam keadaan kepala yang berbalut

Dahn tentu Abu Bakar dan Umar r.a termasuk sekali mencela kepimpinan nabi seperti mana mereka pernah mencela kepimpinan ayahnya

Bantahan kepada bidasan syiah

Sudah dijelaskan sebelumnya, konteks hadith merujuk kepada golongan munafik dan bukannya para sahabah nabi
Jikapun ia merujuk kepada sahabah nabi, ia jelas tidak melibatkan sahabah-sahabah yang besar

Bahkan sahabah sendiri akur dengan perintah nabi dan Abu Bakar r.a sendiri mengekalkan kepimpinan Usamah bin Zaid r.a selepas kewafatan nabi

Jika syiah masih berdegil, ahlu sunnah juga boleh katakan Ali r.a termasuk dikalangan orang yang mencela perlantikan Usamah bin Zaid

Ini kerana Ali r.a sebelumnya pernah membentak nabi s.a.w di peperangan Tabuk kerana menjadikan beliau  penjaga kota Madinah.  Ali r.a tidak berpuas hati kerana dia ditinggalkan bersama-sama kanak-kanak dan wanita. Ketidakpuashatian Ali r.a akhirnya ditenangkan Rasulullah s.a.w dengan menyamakan amanah yang dipikul Ali r.a sama seperti amanah yang dipikul Harun a.s

عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ إِلَى تَبُوكَ وَاسْتَخْلَفَ عَلِيًّا فَقَالَ أَتُخَلِّفُنِي فِي الصِّبْيَانِ وَالنِّسَاءِ قَالَ أَلَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى إِلَّا أَنَّهُ لَيْسَ نَبِيٌّ بَعْدِي
Terjemahan:  Daripada Mush‘ab bin Sa’d, daripada ayahnya, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar ke ekspedisi Perang Tabuk. Baginda melantik ‘Ali menjadi penggantinya (menjaga Kota Madinah). Lalu ‘Ali berkata: “Adakah anda meninggalkan aku menjaga kanak-kanak dan wanita?” Rasulullah menjawab: “Apakah kamu tidak redha bahawa engkau di sisi aku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa, hanya tidak ada Nabi sesudah aku.”

Rujukan:  Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Ekspedisi, hadis no: 4064 , Maktabah Shamela

Nah!! Jika kita gunakan standard syiah, bukankah Ali r.a lebih layak dimasukkan dalam kategori mereka yang mempertikaikan tindakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam??

Jika tidak, maka mengapa berat untuk menerima kebenaran??

Bidasan dakwaan kedua: Abu Bakar dan Umar berada dalam tentera Usamah bin Zaid r.a 

Syiah sendiri kontradik dalam dakwaan mereka. Pada mulanya mereka mengatakan Abu Bakar dan Umar mengkritik tindakan nabi. Kemudiannya, mereka cuba membuktikan mereka berdua ada dalam tentera Usamah bin Zaid r.a.

Persoalannya, jika Abu Bakar dan Umar r.a termasuk dalam tentera Usamah, maka bukankah itu menunjukkan mereka akur kepada arahan baginda shallallahu 'alaihi wasallam??

Maka dakwaan mereka kedua telahpun memadamkan dakwaan mereka yang pertama

Persoalannya, kenapa web-web syiah beriya-iya menetapkan keberadaan Abu Bakar r. a dan Umar r.a dalam tentera Usamah r.a? 

Jawapannya ialah mereka hendak buktikan bahawa Abu Bakar dan Umar r.a telah berundur dari tentera Usamah dan mereka semua dilaknat oleh nabi

Dakwaan ini adalah dakwaan batil

Memang pada awalnya Abu Bakar r.a dan Umar r.a termasuk dalam tentera Usamah r.a. Namun mereka akhirnya dikecualikan oleh baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Ini dibuktikan dengan banyaknya riwayat menyatakan Abu Bakar r..a menjadi imam ketika Rasulullah s.a.w sakit dan Umar r.a sendiri membantu Abu Bakar r.a

Bagaimana mungkin beliau bersama dengan Usamah r.a sedangkan beliau juga menjadi imam di Madinah? 

Lebih dari itu, tentera Usamah bin Zaid r.a yang berpatah balik akhirnya keluar semula dengan mendapat restu baginda s.a.w. Ini berlaku pada hari kewafatan baginda s.a.w

فطأطأ أسامة فقبله ورسول الله، صلى الله عليه وسلم، لا يتكلم فجعل يرفع يديه إلى السماء ثم يضعهما على أسامة، قال: فعرفت أنه يدعو لي؛ ورجع أسامة إلى معسكره ثم دخل يوم الإثنين وأصبح رسول الله، صلى الله عليه وسلم، مفيقا، صلوات الله عليه وبركاته، فقال له: اغد على بركة الله! فودعه أسامة وخرج إلى معسكره فأمر الناس بالرحيل؛ فبينا هو يريد الركوب إذا رسول أمه أم أيمن قد جاءه يقول: إن رسول الله يموت! فأقبل وأقبل معه عمر وأبو عبيدة فانتهوا إلى رسول الله، صلى الله عليه وسلم، وهو يموت فتوفي، صلى الله عليه صلاة يحبها ويرضاها، حين زاغت الشمس يوم الإثنين لاثنتي عشرة ليلة خلت من شهر ربيع الأول،

Terjemahan: Kemudian Usamah menundukkan kepalanya lalu mengucup baginda dalam keadaan baginda tidak berkata apa-apa. Rasulullah s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya ke langit kemudian meletakkan di atas Usamah. Beliau berkata: “Saya tahu baginda mendoakan untuk saya.” Kemudian Usamah pulang ke tempat perkhemahan askarnya. Kemudian pada hari Isnin Usamah masuk menemui Rasulullah s.a.w. yang telahpun sedar. Baginda bersabda kepadanya: “Pergilah dengan keberkatan Allah.” Usamah mengucapkan selamat tinggal kepada baginda dan keluar menuju ke kemnya. Kemudian beliau mengarahkan tenteranya supaya berangkat. Sedang beliau mahu menunggang kenderaannya, tiba-tiba datang utusan ibunya, Ummu Aiman memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Maka Usamah pun pergi dan turut bersamanya ‘Umar dan Abu ‘Ubaidah sehingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. yang telah wafat ketika matahari telah condong, pada hari Isnin 12 Rabi’ al-Awwal.

Rujukan: Tabaqat Ibnu Sa’ad, 2/190, Maktabah Shamela

Bidasan syiah

Setelah dikemukakan riwayat-riwayat ini, syiah masih ingin membidas. Mereka katakan Rasulullah s.a.w tetap melaknat tentera Usamah r.a yang berundur. Bahkan anggapan Abu Bakar r.a menjadi imam itu kononnya takwilan batil.  Bahkan tentera Usamah meliputi sahabah-sahabah yang besar.

Bantahan kepada bidasan syiah

Dakwaan mengatakan tentera Usamah dilaknat adalah dakwaan yang batil. Akan diperjelas dalam bidasan dakwaan ketiga kelak insyaAllah.

Kalaupun kita bersetuju dengan dakwaan mereka, telah disebutkan bahawa Rasulullah s.a.w akhirnya bersetuju dengan pemergian kedua Usamah r.a pada hari Isnin seketika sebelum kewafatan nabi pada hari yang sama

Bahkan Rasulullah s.a.w mendoakan pemergian beliau. Maka terbatallah dakwaan jijik syiah tersebut

Jika syiah masih berdegil dengan isu laknat tersebut, ketahuilah Ali r.a juga termasuk dalam tentera Usamah bin Zaid r.a

فخرج بلوائه وعقودا فدفعه إلى بريدة بن الحصيب الأسلمي وعسكر بالجرف فلم يبق أحد من وجوه المهاجرين الأولين والأنصار إلا انتدب في تلك الغزوة فيهم أبو بكر الصديق وعمر بن الخطاب وأبو عبيدة بن الجراح وسعد بن أبي وقاص وسعيد بن زيد وقتادة بن النعمان وسلمة بن أسلم بن حريش،

Terjemahan: Usamah keluar dengan panji yang terikat lalu menyerahkannya kepada Buraidah bin al-Khasib al-Aslami dan berkhemah di Jurf. Tidak tinggal seorangpun dari kalangan pemuka-pemuka Muhajirin dan Ansar melainkan mereka tampil menyertai peperangan itu termasuklah Abu Bakar, ‘Umar Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, Sa’d bin Abi Waqqas, Sa’id bin Zaid, Qatadah bin al-Nu’man dan Salamah bin al-Aslam bin Huraisy

Rujukan: Tabaqat Ibnu Sa’ad, 2/190, Maktabah Shamela 

Kesemua pemuka Muhajir dan Ansar menyertai peperangan ini, maka secara logiknya dah tentu Ali r.a juga bersama dengan mereka.

Nah! Apakah syiah kini akan menelan semula tohmahan mereka??

Bidasan dakwaan ketiga: Laknat Allah kepada tentera Usamah bin Zaid r.a

Tidak ada satu riwayat yang sahih menyebutkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat tentera Usamah bin Zaid r.a

Riwayat yang masyur disebut syiah ialah

لعنة الله على من تخلف عن جيش اسامة

Terjemahan: Laknat Allah ke atas mereka yang berundur dari tentera Usamah

Syiah telah menipu dengan menyandarkan riwayat ini kepada Tabaqat Ibnu Sa’ad. Bagaimana mungkin Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat Usamah r.a dalam kitab tersebut sedangkan baginda sendiri telah mendoakan pemergiannya kali kedua pada hari Isnin??

Apakah logik baginda hendak melaknat sahabah nabi yang berpatah balik kerana cintakan baginda s.a.w dan sangat risaukan kesihatan baginda??

Riwayat ini disebut oleh Syahrastani dalam kitab al-Milal wa Nihal dengan tanpa sanad maka ia tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Hakikatnya, penulis syiah yang memalsukan riwayat ini. Ia disebut oleh al-Jauhari dalam kitabnya as-Saqifah 

Namun hadithnya adalah palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali ataupun mahjul antaranya ialah Ahmad bin Ishak dan Abdullah bin Abd Rahman

Kesimpulan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memuliakan Usamah bin Zaid r.a dengan melantiknya sebagai panglima perang. Golongan munafik mempertikaikan perlantikan ini. Namun, para sahabah akur dengan perintah nabi bahkan Abu Bakar r.a setelah kewafatan nabi telah menghantar tentera yang sama dengan pemimpin yang sama

Tentera Usamah bin Zaid r.a yang berpatah balik pada awalnya kerana bimbang dengan kesihatan baginda shallallahu 'alaihi wasallam. Mereka kasih dan cinta kepada baginda. Termasuklah dalam tentera ini Ali r.a namun tidak Abu Bakar r.a. Ini difahami setelah menggabungkan riwayat-riwayat yang lain

Riwayat yang melaknat tentera Usamah bin Zaid r.a tidak sahih dan ia direka oleh syiah. Bahkan syiah menipu dalam nukilan riwayat

Moga Allah melindungi kita dari memfitnah para sahabah nabi

Penghargaan
Saya berterima kasih kepada Tuan Hassan Tuan Lah yang membantu takrij hadith dalam artikel ini

Rujukan dan bacaan lanjut


No comments: