Thursday, January 31, 2013

Ali r.a tidak menganggap dirinya sebagai khalifah yang dilantik di ghadir khum






Peristiwa ghadir khum menjadi hujah utama syiah menetapkan perlantikan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam kepada Ali r.a

Pelbagai web sunni telah menjawab isu ini. Dalam tulisan ringkas ini, sekadar ingin menambah satu riwayat yang berlaku selepas ghadir khum

Berikut adalah riwayat yang dimaksudkan

حدثني إسحاق، أخبرنا بشر بن شعيب بن أبي حمزة، قال: حدثني أبي، عن الزهري، قال: أخبرني عبد الله بن كعب بن مالك الأنصاري، وكان كعب بن مالك أحد الثلاثة الذين تيب عليهم أن عبد الله بن عباس، أخبره أن علي بن أبي طالب رضي الله عنه، خرج من عند رسول الله صلى الله عليه وسلم في وجعه الذي توفي فيه، فقال الناس: يا أبا حسن، " كيف أصبح رسول الله صلى الله عليه وسلم؟، فقال: أصبح بحمد الله بارئا "، فأخذ بيده عباس بن عبد المطلب فقال له: أنت والله بعد ثلاث عبد العصا، وإني والله لأرى رسول الله صلى الله عليه وسلم سوف يتوفى من وجعه هذا، إني لأعرف وجوه بني عبد المطلب عند الموت، اذهب بنا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فلنسأله فيمن هذا الأمر، إن كان فينا علمنا ذلك، وإن كان في غيرنا علمناه، فأوصى بنا، فقال علي: إنا والله لئن سألناها رسول الله صلى الله عليه وسلم فمنعناها لا يعطيناها الناس بعده، وإني والله لا أسألها رسول الله صلى الله عليه وسلم

Terjemahan: (BUKHARI - 4092) : Telah menceritakan kepadaku Ishaq Telah mengabarkan kepada kami Bisyr bin Syu'aib bin Abu Hamzah dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Bapakku dari Az Zuhri dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Ka'ab bin Malik Al Anshari, -Ka'ab adalah salah satu dari tiga orang yang di beri ampunan.-bahwa Abdullah bin Abbas telah menceritakan kepadanya; Ali bin Abu Thalib keluar dari menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam saat beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau, orang-orang bertanya; "Wahai Abu Hasan, bagaimana keadaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?" 

Ia menjawab; "Alhamdulillah beliau sudah sembuh." Ibnu Abbas berkata; Abbas bin Abdul Muththalib memegang tangannya dan berkata; "Demi Allah, tidakkah kamu lihat tiga hari lagi? sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan wafat karena sakitnya ini. Sesungguhnya aku mengetahui wajah bani Abdul Muththalib ketika menghadapi kematiannya. Mari kita menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lalu kita tanyakan kepada siapa perkara (kepemimpinan) ini akan diserahkan? Jika kepada (orang) kita, maka kita mengetahuinya dan jika pada selain kita maka kita akan berbicara dengannya, sehingga ia bisa mewasiatkannya pada kita." 

Lalu Ali radliallahu 'anhu berkata; "Demi Allah. Bila kita memintanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu beliau menolak, maka selamanya orang-orang tidak akan memberikannya kepada kita. Karena itu, demi Allah, aku tidak akan pernah menanyakan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.


Sumber : Bukhari
Kitab : Peperangan
Bab : Sakit dan wafatnya Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam
No. Hadist : 4092

Jelas dari teks di atas, al-Abbas menyuruh Ali r.a bertanyakan tentang urusan kekhalifahan namun Ali r.a menolak permintaan tersebut

Ini sekaligus membatalkan doktrin syiah yang mengatakan Ali r.a telahpun dilantik di ghadir khum. Jika Ali r.a telah dilantik, kenapa dia tak mahu bertanyakan nabi ataupun sekurang-kurangnya menjelaskan kepada al-Abbas??
Bahkan Ali r.a sendiri khuatir jika dia tidak berikan jawatan itu


Bidasan syiah 1: Peristiwa ini berlaku sebelum ghadir khum

Syiah berhujah dialog ini berlaku sebelum ghadir khum. Ini tidak benar.

Diketahui peristiwa ghadir khum berlaku pada bulan Zulhijjah. Bahkan dikatakan ia berlaku pada 18 Zulhijjah pada tahun 10H. Sedangkan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam pula wafat pada 12 Rabiul Awwal tahun ke 11H ( Raheeq al-Makhtum Li Mubarakfuri)

Dan dalam teks di atas, al-Abbas menyatakan kesakitan baginda tersebut akan menyebabkan kepada kewafatan nabi. Tidak diketahui sebelum ghadir khum adanya peristiwa menyebabkan baginda sakit hingga hampir wafatnya baginda

Maka yang tepat ia berlaku beberapa hari sebelum kewafatan nabi

Bidasan 2: al-Abbas tidak tahu akan perlantikan Ali r.a

Ini alasan yang sangat lemah. Syiah mendakwa 124 ribu sahabah di ghadir khum (angka ini tidak sahih), jadi takkan al-Abbas tidak mengetahuinya?? Jikapun al-Abbas tidak tahu, kenapa Ali r.a tidak menjelaskan kedudukan beliau sebagai khalifah yang telah dilantik?? 

Ternyata tidak berlaku apa-apa perlantikan khalifah oleh Rasulullah sallahu a’laihi wassalam kepada Ali r.a

Kesimpulan

Ali r.a sendiri tidak menganggap dirinya telah dilantik ketika di ghadir khum sekaligus membatalkan hujah syiah. Bahkan sahabah seperti al-Abbas sendiri tidak beranggapan demikian. Banyak lagi riwayat lain membuktikan perkara ini. Namun cukup sekadar riwayat ini dahulu.

waAllahu a’lam

No comments: