Dalam bahagian kedua sebelum ini, kita telah paparkan percanggahan aqidah dikalangan ulama syiah imamiyah dan pertikaian dikalangan ulama mereka
Kini, kita akan dedahkan pula perbezaan besar dikalangan ulama mereka dalam menerima sumber agama. Sumber agama yang dimaksudkan ialah hadith-hadith Rasulullah sallahu a’alaihiwassalam
Secara umumnya, golongan syiah telah menohmah para khalifah ar-Rasyidin kerana tidak memelihara hadith dan melarang penulisannya.
Tohmahan tersebut telah dijawab dalam artikel sebelumnya. InsyaAllah isu-isu yang lain berkenaan dengan penulisan hadith dan perbezaan kaedah hadith disisi ahlu sunnah akan dibincangkan dalam artikel yang lain
Persoalannya, kenapa imam-imam syiah sendiri tidak membukukan hadith-hadith ucapan mereka?? Jika benar ahlu bait penafsir al-Quran, maka kenapa mereka tidak membukukan kitab khas menafsirkannya dan memberikannya kepada imam seterusnya?? Apakah akan ditohmah lagi sahabah nabi sedangkan para sahabah tiada kaitan dalam masalah ini? Apakah kitab-kitab hadith syiah yang awal seperti kitab Sulaim bin Qais itu sahih??Bukankah syiah sendiri mengajukan 1001 soalan kononnya merungkaikan kelemahan pembukuan hadith-hadith nabi tapi dalam masa yang sama tidak pula mengajukan soalan yang sama kepada imam-imam syiah??
Syiah menohmah ulama ahlu sunnah sentiasa bercelaru dalam menerima dan menolak hadith, apakah syiah tidak melihat sendiri kepada percanggahan ulama mereka dalam hal yang sama?
Hakikatnya, penerimaan riwayat-riwayat dalam kitab syiah sendiri membawa kepada percanggahan yang besar dikalangan ulama mereka
Walaupun riwayat-riwayat ini ada dalam kitab mereka yang utama, seperti al-Kafi, al-Ibtisbsar, Tahzib al-Ahkam, Man La Yahdhuru al-Faqih, Bihar al-Anwar dan sebagainya, ulama-ulama syiah sendiri tidak bersepakat dan bercakaran terhadap statusnya
Akhbariyyun vs Usulliyun
Dari sudut penerimaan riwayat-riwayat dalam kitab syiah, ulama-ulama mereka dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu akhbariyyun dan usulliyun
Golongan akhabariyyun menyakini 100% riwayat-riwayat yang ada dalam kitab-kitab utama mereka. Mereka menolak usaha-usaha menapis riwayat-riwayat tersebut kerana mereka yakin ia datang dari para imam yang maksum
Golongan usulliyun pula tidak menerima 100% periwayatan dalam kitab-kitab utama mereka sebaliknya mereka menapis periwayatan tersebut berdasarkan al-Quran, logik dan kajian kepada perawi-perawi hadith
Dr Abd Hadi al-Fadhli menerangkan dalam kitabnya Usul al-Hadith,
يراد بالتصحيح هنا اعتداد جميع ما في الكتب الأربعة من أحاديث رويت عن أهل البيت عليهم السلام معتبرة ومقطوعا بصدورها عن الأئمة والمسألة هذه وقعت موقع الخلاف بين علمائنا وطال البحث
فيها وطال معه النقاش حولها
Terjemahan: Apa yang dimaksudkan dengan pentashihan disini ialah melibatkan keseluruhan riwayat yang terdapat dalam kitab yang empat (al-Kafi, al-Istibsar, Man La Yahdhuru al-Faqih dan Tahzib al-Ahkam) dari ahlul bait ‘alaihisalam sama ada yang mu’tabar ataupun yang maqtu' sumbernya dari para imam. Hal ini terdapat percanggahan dikalangan ulama kita dan panjang perbahasannya dan perbincangannya berkenaannya
Rujukan: Usul al-Hadtth, `Abd al-Hadi al-Fadli, ms 210 [Beirut]
al-Sayyid Muhyiddin al-Musawi al-Ghurayfi (m. 1412) menjelaskan dalam Qawa’id al-Hadith,
وقد شجب الأخباريون تنويع الحديث وعدوه من البدع التي يحرم العمل بها وبسطوا البحث في إبطاله وإثبات صحة جميع أخبار كتبنا الأربعة بل جميع الأخبار التي نقلوها عن الكتب المعتبرة لأنها محفوفة بقرائن تفيد الوثوق بصدورها عن المعصوم عليه السلام
Terjemahan: Golongan akhabariyyun menolak pembahagian hadith dan mengiranya sebagai bid’ah yang diharamkan untuk diamalkan, mereka meluaskan perbincangan terhadap kebatilannya dan menetapkan kesahihan kesemua riwayat-riwayat yang termaktub dalam kitab-kitab yang empat bahkan kesemua riwayat yang disebut dalam kitab-kitagb mu’tabar kerana ia disalin dari kitab-kitab yang mu’tabar dan ia mempunyai petunjuk-petunjuk yang menunjukkan ia sahih dari imam yang maksum ‘alaihisalam
Rujukan: Qawa`id al-Hadith, ms 16-17 [Najaf]. Kitab beliau ini diperakui oleh Ayatollah al-‘Uzdma Abul Qasim al-Khoie
Antara ulama syiah lain yang mengakui bahawa ulama-ulama akhabariyyun syiah menerima kesemua riwayat-riwayat dalam kitab yang empat sahih kesemuanya ialah Ayatollah Murtadha Mutahhari (m. 1407) dalam karyanya al-Tajdid wa al-Ijtihad fi al-Islam m.s 86, Ayatollah al-Udzma al-Sayyid Muhsin al-Amin al-`Amili (m. 1371) dalam A’yan al-Syiah 3/223, Ayatollah Muhammad Baqir al-Irawani dalam Durus Tamhidiyya fi al-Qawa`id al-Rijaliyya ms 49 dan selainnya.
Ulama-ulama akhabariyyun syiah imamiyah
Ramai ulama syiah imamiyah terkenal dengan aliran akhabriyyun. Antaranya ialah
1. Muhammad Amin al-Astarabadi (m. 1036). Penentang tegar kepada pembahagian hadith-hadith dalam kitab yang empat dan menyakini kesemuanya sebagai sahih. Dia merupakan ulama syiah imamiyah yang terkenal dan menulis syarah kepada al-Istibsar dan at-Tahzib serta kitab-kitab fiqh.
2. Al-Khalil ibn al-Ghazi al-Qazwini (m. 1089). Ulama hadith dan fiqh syiah imamiyah. Beliau menulis antara syarahan terhebat bagi kitab Usul al-Kafi dalam bahasa parsi iaitu al-Safi. Beliau menentang pembahagian status dalam kitab al-Kafi bahkan menganggap imam yang terakhir telah mensahihkan kesemua riwayat-riwayat dalamnya
3. Al-Sayyid Hashim al-Bahrani (m. 1107). Beliau merupakan pakar dalam bidang periwayatn, ahli fiqh dan ahli tafsir al-Quran. Beliau menulis karya berjilid-jilid seperti Ghayat al-Maram wa Hujjatul Khisam fi Ta’yin al-Imam min Tariq al-Khass wa al-‘Amm dan juga tafsir al-Burhan.
Nukilan ulama-ulama ini cukup membuktikan aliran akhabairyyun tidak boleh sewenang-wenangnya dihukum sesat oleh sebahagian syiah. Hakikatnya mereka menghukum sesat kerana mahu menutup percanggahan ulama mereka
Penolakan ulama akhbariyyun kepada kaedah ulama usulliyun
Seperti yang disebutkan sebelumnya, golongan akhbariyyun menganggap pembahagian hadith-hadith dalam kitab yang empat sebagai suatu yang tercela dan bid’ah.
Al-Hurr al-‘Amili (m.1104) salah seorang ulama akhabariyyun yang terkenal dalam kitabnya Wasail Syiah, menjelaskan hujah-hujah kesahihan kesemua riwayat dalam kitab-kitab utama syiah. Beliau membawakan 22 hujah dalam kitabnya untuk membuktikan kebenaran aliran akhbariyyun.
Salah satu hujah penolakan beliau kepada kaedah ulama Usulliyun adalah kerana metod mereka meniru kaedah ulama ahlu sunnah
الثاني عشر: أن طريقة المتقدمين مباينة لطريقة العامة، والاصطلاح الجديد موافق لاعتقاد العامة واصطلاحهم، بل هو مأخوذ من كتبهم كما هو ظاهر بالتتبع، وكما يفهم من كلام الشيخ حسن وغيره. وقد أمرنا الأئمة عليهم السلام باجتناب طريقة العامة. وقد تقدم بعض ما يدل على ذلك في القضاء في
أحاديث ترجيح الحديثين المختلفين وغيرها
Terjemahan: Keduabelas: Sesungguhnya jalan mutaqaddimun (kaedah ulama awal syiah) berbeza dengan kaedah ‘amah (kaedah ulama sunni), dan istilah baru (usulliyun) selari dengan kepercayaan dan istilah mereka (kaedah ulama sunni) bahkan diambil dari kitab-kitab mereka (kitab ulama sunni) seperti mana yang zahir menurut penelitian, dan sepertimana yang difahami dari perkataan Syeikh Hasan dan selainnya.Sesungguhnya Imam ‘alaihissalam telah memerintahkan untuk menjauhi keadah ‘amah (ulama sunni). Dan telah disebutkan sebahagian bukti (penggunaan kaedah ulama sunni) dalam menguatkan hadith-hadith yang bercanggah dan selainnya
Rujukan: Wasail al-Syiah, 7/255, Maktabah Shamela
Nah! Kini persoalan yang sama boleh diajukan, jika syiah berpegang kepada ahlul bait selaku penafsir al-Quran, maka bagaimana kita boleh tahu bahawa riwayat-riwayat dalam kitab syiah yang disandarkan kepada mereka itu benar???
Sebahagian ulama syiah menerimanya 100% maka sebahagian yang lain masih menapisnya.
Sebahagian syiah mengambil jalan keluar dengan mengatakan seperti berikut
..Golongan Syiah Imamiyah membuat penapisan sesebuah khabar hadits dengan membandingkannya dengan al-Quran terlebih dahulu sebagai mencari persepakatan antara keduanya. Seterusnya, membandingkannya pula dengan hadits-hadits yang lain dan diikuti pula bandingan dengan fakta-fakta dan kenyataan sejarah. Jika terdapat pertentangan, maka ianya akan dilemparkan ke dinding dan diabaikan. Jika tidak ianya pasti diterima-pakai
Sekalipun kaedah ini benar, ia bukanlah kaedah yang disepakati oleh ulama syiah imamiyah. Bagaimana mungkin sesebuah riwayat dalam kitab syiah dibandingkan dengan kitab-kitab yang lain dimana kesemua kitab-kitab tersebut itu diragui kesahihannya??
Jikapun hanya dinilai dengan al-Quran dah tentu ia masih menimbulkan perbezaan pandangan kerana lafaz al-Quran kekadang membawa pelbagai maksud, konteks serta penafsiran.
Bagaimana mungkin dinilai dengan peristiwa sejarah yang mana riwayat-riwayat sejarah itu sendiripun dipertikaikan??
Bahkan tidak ada satu pun ayat-ayat al-Quran menyeru untuk berpegang kepada ahlul bait secara jelas. Yang ada cuma tafsiran berdasarkan kepada hadith-hadith yang masih dipertikaikan status dan tafsirannya
Maka jika dipegang dengan ‘jalan keluar’ syiah ini, maka ia sebenarnya meruntuhkan ajaran syiah itu sendiri
Lebih dari itu, Ayatollah Sayyid Ali Khamenie, marja’ terkemuka syiah menjelaskan kitab-kitab rijal syiah (kitab-kitab yang membicarakan perihal perawi) tidak terpelihara dan tidak ada yang sahih sampai ke zaman kita
بناء على ما ذكره الكثير من خبراء هذا الفن ، ان نسخ كتاب الفهرست كأكثر الكتب الرجالية القديمة المعتبرة الاخرى مثل كتاب الكشي والنجاشي والبرقي والغضائري قد ابتليت جميعاً بالتحريف والتصحيف ،ولحقت بها الاضرار الفادحة ، ولم تصل منها لابناء هذا العصر نسخة صحيحة
Terjemahan: Berdasarkan kepada apa yang disebut oleh kebanyakan pakar dalam hal ini, sesungguhnya salinan kitab fihrisat (kitab Abu Ja’afar at-Tusi) sepertimana banyak kitab-kitab rijal awal yang lain seperti Kitab al-Kisyi, an-Najasyi, al-Burqui dan al-Ghadhairi keseluruhannya telah mengalami tahrif dan tashif (perubahan huruf), dan kecacatan berat, serta tidaklah sampai daripadanya satupun salinan yang sahih.
Rujukan: Usul al-Arba’ fi Ilmi ar-Rijal, ms 50
Biarpun syiah moden secara majoritinya terdiri dari syiah Usulliyun, itu tidak menafikan kewujudan syiah akhabariyyun dan percanggahan ulama mereka dalam menerima sumber agama
Syiah akhabariyyun masih wujud dan memperjuangkan aliran mereka
Rujuk sini untuk laman web mereka
Kesimpulan
Percanggahan penerimaan sumber syiah imamiyah sangat ketara hingga kredibiliti pegangan mereka boleh dipersoalkan. Mereka berpegang kepada slogan ahlul bait menafsirkan al-Quran namun tidak diketahui riwayat yang mana benar-benar boleh dipegang. Sebahagian dari mereka pula cuba meniru kaedah ahlu sunnah dalam hadith tapi dicela pula oleh ulama-ulama mereka yang lain.
Sebahagian yang lain pula kononnya menilai dengan al-Quran namun akhirnya tersungkur dengan pelbagai tafsiran menyeleweng kerana al-Quran sendiri tidak mampu mendokong tafsiran mereka
Bahkan kitab-kitab rijal mereka sendiri tidak dapat dipastikan kesahihannya dan telah berlaku tahrif dan tashif yang banyak.
Akhirnya kemunculan kelompok akhabariyyun dan usulliyun dikalangan syiah sebenarnya membawa kepada perpecahan dalam penerimaan sumber agama mereka.
Tohmahan mereka terhadap ulama-ulama ahlu sunnah berkenaan dengan hadith sebenarnya memakan diri mereka sendiri.
InsyaAllah dalam bahagian keempat, akan dibongkarkan pula percanggahan syiah imamiyah dalam bidang fiqh
Rujukan
Penghargaan kepada Mustaqil, Ust Adou dan Fikri az-Zahabi untuk penterjemahan teks
No comments:
Post a Comment