‘Tahukan anda al-Quran kamu lebih banyak menyebut nama ‘Isa dari nama nabi kamu sendiri?? Bukankah Isa lahir tanpa bapa?? Sedangkan Muhammad mempunyai ibu dan ayah?? Dia juga diangkat ke langit hidup-hidup!! Sedangkan Muhammad telah mati!!
Inilah antara ayat-ayat umpan missionari kristian kepada umat Islam. Mereka ingin mengangkat darjat Isa a.s melebihi Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. Persoalan di atas dapat disimpulkan kepada 3 persoalan berikut
a) Nama Isa a.s disebut lebih banyak dari Muhammad a.s dalam al-Quran
b) Isa a.s lahir tanpa ayah
c) Isa a.s diangkat ke langit hidup-hidup dan Rasulullah s.a.w telah mati
Penyebutan nama dalam al-Quran bergantung kepada konteks
Penyebutan nama sebenarnya merujuk kepada konteks yang sesuai. Dalam konteks Isa a.s, namanya disebut kerana banyak fitnah yang dikaitkan kepada beliau seperti ‘anak Allah’, ‘mati di salib’ dan sebagainya. Penyebutan Isa a.s yang banyak untuk membersihkan fitnah yang melanda dirinya. Nama beliau disebutkan kerana beliau tidak hadir ketika al-Quran diturunkan dan al-Quran bukan turun kepada beliau
Berbanding nama Nabi Muhammad s.a.w, Allah tidak perlu merujuk kepada diri baginda dengan nama kerana kerana al-Quran diutus kepada baginda .
Perhatikan contoh berikut,
Dalam sebuah kelas, cikgu sedang bercakap tentang seorang murid yang bijak, iaitu Muhammad. Ketika itu pula, Muhammad tidak hadir ke kelas, dan telah timbul fitnah terhadap dirinya. Untuk membela Muhammad, cikgu tersebut akan menyebut “Muhammad tidak pernah melakukan perkara tersebut….”
Tetapi kalau Muhammad berada dalam kelas, cikgu akan berkata, “Dia/kamu/awak tidak pernah melakukan perbuatan tersebut…..”
Penyebutan nama yang banyak bukan ukuran kemuliaan
Sebahagian golongan kristian, mereka tetap berhujah mengatakan nama Isa a.s disebut 25 kali dalam al-Quran dan nama Muhammad sallahu a’laihi wassalam hanya 5 kali.
Jika ini ukuran kemuliaan, maka apakah syaitan lebih mulia?? Nama syaitan disebut terlalu banyak dalam al-Quran. Bahkan nama Musa a.s juga disebut lebih banyak dari Isa a.s. Apakah Musa a.s lebih mulia dari Isa a.s?? Lebih teruk lagi, apakah syaitan lebih mulia dari Isa a.s?
Tambahan, bagaimana nama-nama yang langsung tidak disebut dalam al-Quran seperti anak-anak murid Isa a.s. Apakah kesemua mereka tidak dimuliakan?? Bukankah Allah telah memuji mereka walaupun nama-nama mereka tidak sebut spesifik?
Jelas sekali penyebutan nama dan jumlahnya sangat berkait dengan konteks ayat
Kelahiran Isa a.s tanpa ayah
Islam mengakui kekuasaan Allah menciptakan Isa a.s dengan tanpa ayah. Tapi ini bukanlah hujah menunjukkan baginda lebih mulia dari Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. Ini adalah bukti kehebatan Allah yang mampu mencipta sesuatu sesuai dengan kehendak-NYA.
Jika kelahiran tanpa ayah dijadikan hujah, maka sepatutnya Adam dan Hawa a.s dimuliakan lebih dari Isa a.s kerana mereka diciptakan tanpa ibu dan ayah.
Golongan kristian menolak hujah ini dengan mengatakan Adam dan Hawa a.s berdosa. Persoalan berdosa atau tidak, bukanlah isunya. Itu isu yang lain. Yang benar, mereka berdua tanpa mak dan ayah dan sepatutnya lebih ‘mulia’ dari Isa a.s.
Pengangkatan Isa a.s ke langit
Allah mengangkat Isa a.s ke langit bagi menyelamatkan beliau dari dibunuh oleh golongan yahudi.
وَقَوْلِهِمْ إِنَّا قَتَلْنَا الْمَسِيحَ عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ رَسُولَ اللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَكِنْ شُبِّهَ لَهُمْ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِيهِ لَفِي شَكٍّ مِنْهُ مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ إِلَّا اتِّبَاعَ الظَّنِّ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينًا (157) بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا
Terjemahan: dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (an-Nisa 4:156-157)
Muhammad sallahu a’alaiwasalam juga diangkat ke langit hidup-hidup ketika peristiwa Isra’ wa Mikraj’, diperlihatkan akan perkara-perkara yang akan berlaku serta diberikan khabar gembira oleh Allah s.w.t
Maka kemuliaan Isa a.s ini juga dikongsi oleh Rasulullah sallahu a’laihiwassalam. Bahkan Isa a.s akan turun ke bumi kemudiannya dan akan menjadi pengikut ajaran Nabi Muhammad. Oleh itu, baginda tidaklah lebih mulia dari Nabi Muhammad bahkan terpaksa menjadi pengikut Muhammad.
Biarpun nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wasalam telah wafat, misi dan tanggungjawab baginda telah selesai. Sedangkan Isa ‘alaihi salam akan datang kemudiannya untuk menyelesaikan misinya. Atas dasar itulah baginda masih hidup. Maka soal hidup atau mati tidak menunjukkan apa-apa kelebihan.
Sikap umat Islam terhadap para rasul
Biarpun umat Islam menyakini kemuliaan nabi Muhammad sallahu a’alaihi wassalam atas kesemua para rasul. Umat Islam tidak membeza-bezakan keyakinan kepada mereka
قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (136)
Terjemahan: Katakanlah (hai orang-orang mukmin): "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun diantara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya". (al-Baqarah 2:136)
Bahkan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam dengan sikap tawadhu’ dan rendah diri beliau, tidak suka dipuji-puji serta dibangga-banggakan di hadapan para Rasul yang lain
Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam bersabda,
لا تخيروني من بين الأنبياء،…
Terjemahan: Janganlah mengutamakanku dari Nabi-Nabi Allah (yang lain)...
Rujukan: Sahih al-Bukhari, 9/13, Maktabah Shamela
Kesimpulan
Ketiga-tiga persoalan missionari kristiam tersebut telah dipatahkan. Penyebutan nama seseorang dalam al-Quran berkait dengan konteks yang dibicarakan. Kelahiran tanpa ayah oleh Isa a.s adalah sesuai dengan kehendak Allah dan menunjukkan kehebatanNYA. Naiknya Isa a.s ke langit mempunyai sebab tertentu dan misi baginda belum selesai
Penghargaan kepada Yussamir Yusof atas penambah baikkan
No comments:
Post a Comment