Sunday, December 4, 2011

Qama Zani: Percanggahan ulama-ulama syiah imamiyah





Pada bahagian sebelumnya, telah ditunjukkan percanggahan ulama-ulama syiah dalam penerimaan sumber hukum.  Sepatutnya pada bahagian ini, akan dibongkarkan pula percanggahan dalam bidang fiqh



Namun sempena dengan 10 Muharram 1433H, kita akan beralih dulu kepada isu utama yang sering diulang-ulang pengikut syiah saban tahun iaitu Qama Zani. 

Apabila tiba 10 Muharram, dunia umat syiah pasti bergema dengan pukulan-pukulan badan hingga melukakan jasad mereka.




Ulama-ulama syiah yang menolak amalan ini??

Sebahagian web syiah berbahasa melayu beriya-iya menafikan perkara ini. Mereka menulis

Seperti biasa, apabila tibanya Muharram, puak-puak Wahabi akan memulakan propaganda mereka untuk menyerang amalan Azadari, iaitu peringatan syahadah Imam Hussain. Azadari merupakan tonggak kekuatan kerohanian seorang Syiah kepada Ahlulbait(as), maka sudah pasti para musuh akan mencuba sedaya upaya dalam memesongkannya. Salah satu amalan yang paling digunakan sebagai senjata oleh geng-geng Wahabi ialah amalan Qama Zani iaitu memukul diri dengan rantai atau pisau sehingga keluar darah.

Setelah begitu yakin menulis kritikan kepada amalan Qama Zani sebagai agenda wahabi, mereka membawakan fatwa-fatwa ulama-ulama mereka menafikannya

Mereka menulis

Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Hakim: Qamezani (pisau yang dipukul pada badan) bukanlah amalan beragama dan mustahab. Amalan ini memberi kesan buruk kepada Islam, umatnya dan Ahlul Bait (as).

Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Qasim al-Khui: Tidak ada sebarang dalil Syar’i yang membolehkan Qamezani; tidak ada jalan yang menghukumkan amalan itu sebagai mustahab.

Ayatullah al-Uzma Sayed Abul Hasan Esfahani: Penggunaan pisau, gendang, rantai dan Bouq (sejenis trompet dari tanduk) adalah haram dan bukan dari Syariat Islam.

Ayatullah al-Uzma Sayed Muhsin Amin Jabal ‘Amili: Qamezani dan apa saja peralatan sambutan Asyura sepertinya adalah haram menurut hukum akal dan Syarak. Mencederakan kepala bukan sahaja tidak memberi manfaat di dunia dan pahala di akhirat, bahkan ia menyakiti jiwa serta haram menurut hukum syarak. Amalan ini juga menyebabkan Syiah dan Ahlul Bait diejek oleh orang ramai. Mereka akan menganggap amalan ini sebagai ganas. Tiada syak lagi bahawa amalan ini berasal dari bisikan Syaitan dan tidak mendatangkan keredaan Allah, Rasulnya dan Ahlul Bait.

Ayatullah al-Uzma As-Syahid Sayed Muhammad Baqir Sadr: Amalan ini adalah pekerjaan insan yang jahil dan para ulama sentiasa menghalang dan mengharamkannya.

Ayatullah al-Uzma Fadhil Lankarani: Masalah Qamezani bukan sahaja tidak mendatangkan lebih banyak kesedihan dan kecintaan terhadap Imam Husain (as) dan matlamat suci beliau. Namun ia tidak diterima, bahkan ia memberikan natijah yang buruk dalam pandangan rasional.

Ayatullah al-Uzma Shalehi Mazandarani: Dalam sumber Fiqh, Qamezani sama sekali tidak memberikan sebarang faedah dalam Azadari Imam Husain (as).

Ayatullah As-Syahid Murtadha Mutahhari: Upacara ini meniru budaya Kristian Ortodok Caucasus.

Ayatullah Muhammad Jawad Mughniah: Upacara ini tidak sesuai dan Bid’ah menurut agama dan Mazhab.

Ayatullah Musykini: Perkara ini menimbulkan masalah menurut Syariat Islam. Bahkan ia mengandungi unsur-unsur haram dan umat Islam tidak boleh sekali-kali memasukkannya sebagai ibadah dalam berdukacita atas Imam Husain (as).

Ulama di zaman ini

Ayatullah al-Uzma Sayed Ali Khamenei: Qamezani adalah budaya yang direka; dan sama sekali tidak berkaitan dengan agama. tiada syak lagi, Allah tidak meridhainya.

Ketika Komunis menakluki rantau Azerbaijan-Soviet dahulu, semua kesan-kesan Islam di sana telah dihapuskan seperti masjid telah ditukar kepada gudang. Dewan dan Husainiyah ditukar menjadi gedung lain dan tidak ada sebarang tanda agama Islam dan Syiah yang berbekas; kecuali Qamezani sahaja yang dibenarkan…. mengapa? Ini adalah cara mereka memerangi agama Islam dan Syiah. Kadang-kadang musuh menggunakan alasan seperti ini untuk menentang agama. Setiap unsur khurafat diketengahkan supaya kemurnian Islam tercemar.

Ayatullah al-Uzma Jawadi Amili: Tidak dibenarkan melakukan perkara yang boleh menyebabkan Islam dihina dan kehormatan Islam direndahkan; Qamezani dan amalan seperti  itu hendaklah dijauhi.

Ayatullah Makarim Syirazi: Metodologi Azadari hendakkah tidak memberi sebarang kesempatan kepada musuh Islam dan menyebabkan penyalahgunaannya. Hendaklah acara besar ini tidak diperkecilkankan dan menyebabkan penghinaan kepada mazhab. Memukul badan dengan pisau atau rantai tajam hendaklah dijauhi.

Ayatullah al-Uzma Mazaheri Esfahani: Memukul badan dengan pisau dan seumpanya adalah haram.

Ayatullah al-Uzma Sayed Kazim Haeri: Perkara khurafat seperti Qamezani menyebabkan Islam dan Syiah mendapat nama buruk.

Ayatullah Nuri Hamdani: Peserta Azadari hendaklah sentiasa menyedari keburukan Qamezani di mana pihak musuh sentiasa memikirkan cara menjajah dan melemahkan umat Islam serta mencetuskan bahaya dari dalam. Semoga Allah membantu umat Islam.

Ayatullah al-Uzma Syaikh Muhammad Yaqubi: Tidak boleh melakukan sebarang kerja yang tidak berakal, membahayakan diri, menyebabkan penghinaan terhadap agama dan Maktab Ahlul Bait (as)… Oleh itu wajiblah kita menjauhi amalan-amalan seperti Qamezani atau yang mencederakan tubuh dengan alat-alat tajam.

Ayatullah Muhammad Mahdi Asfahi: Amalan-amalan ini memberi kesan negatif dalam penyampaian pesanan Asyura kepada orang ramai dan ia menyebabkan acara Husaini diremehkan.

Memang ada ulama yang membenarkannya, tetapi dengan syarat ia diyakini tidak membawa mudharat kepada pelakunya. Tetapi secara logiknya sudah pasti tindakan ini akan membawa kemudharatannya. Malah para ulama ini sendiri tidak melakukannya.

Kesimpulan

Kepada Wahabi, cukuplah dengan propaganda kamu, ajaran kami tidak pernah membenarkan amalan-amalan ini, maka berhentilah. TIdak perlu lagi menabur fitnah, apabila sudah terang lagi bersuluh, nanti nampak macam orang bodoh.


Lihatlah bagaimana web syiah berbahasa melayu ini menipu umat Islam dan menipu golongannya sendiri.  

Persoalannya, apakah ulama-ulama syiah bersepakat tentang haramnya amalan Qama Zani?? Benarkah ajaran syiah imamiyah tidak membenarkan perbuatan ini sedangkan penulis web tersebut langsung tidak membawakan riwayat para imam mereka melarang perbuatan tersebut??

Apa yang mereka kemukakan hanyalah fatwa-fatwa ulama mereka yang tidak disebutkan rujukan ambilannya
Bagaimana pulak rujukan fatwa yang jelas dari ulama-ulama mereka yang jelas membenarkan amalan Qama Zani??

Ulama-ulama syiah yang membenarkan amalan Qama Zani

Hakikat yang sebenar, terdapat perbezaan dikalangan ulama-ulama syiah imamiyah tentang perlakuan Qama Zani.

Jika diteliti dari web-web syiah sendiri, para Ayatollah Syiah  dari Qom yang membenarkan dan menggalakkan amalan jahilliyah ini

Senarai mereka ialah seperti berikut

1. Ayatollah Behjat
2. Ayatollah Safi Gulpaygani
3. Ayatollah Mirza Jawad Tabrizi
4. Ayatollah Muhammad Sadiq Rouhani
5. Ayatollah Langaroudi
6. Ayatollah Sayyid Sadiq Shirazi
7. Ayatollah Ali Panah Ishtehardi
8. Ayatollah Syed Murtaza Ferozabadi
9. Ayatollah Syed Karamtullah Malik Hussaini
10. Ayatollah Syed Kazim Mar’ashi
11. Ayatollah Shiakh Ali Ghazi Shoharwardi
12. Ayatollah Syed Mohammad Mahdi Moosvi Khalkhali

Untuk melihat wajah dan bukti pengesahan mereka, sila rujuk web syiah berikut

http://www.pasbaaneaza.com/Fatawa_qama_zani.html
http://www.pasbaaneaza.com/christian_blood_letting.html

19 maraji’ syiah terkemuka telah mengeluarkan fatwa akan bolehnya amalan jahilliyyah ini

Berikut ialah beberapa terjemahan fatwa mereka yang disalin dari web syiah

1. Al-Imam al-Sheikh Abdul Kareem al-Ha’ery ( Pengasas Hauzah di Qum)

Fatwa beliau ialah

Memukul kepala dengan pedang (menyebabkan darah) adalah dibenarkan dengan syarat tidak mendatangkan mudarat kepada si pelaku. Bahkan tiada siapa yang boleh melarang perkara ini (memukul kepala dengan pedang). Hakikatnya, semua jenis takziah ,meratap untuk sayyid al-Syuhada- imam Hussein, (moga jiwa kita dikorbankan untuknya)- adalah mustahab- perbuatan yang digalakkan

Fatwa ini dipersetujui oleh

Ayatollah al-Udhma al-Sheikh Muhammad al-Araki,
Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Muhammad Ridha al-Gulpaygani,
Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Shahab-el-Deen al-Mar’ashi al-Najafi,
Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Hassan al-Tabataba’e al-Qummi,
Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Muhammad al-Waheedi,
Ayatollah al-Udhma al-Mirza Jawaad al-Tabrizi,
Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Muhammad Saadiq al-Rouhani,
Ayatollah al-Udhma Muhammad Mahdi al-Lankaroudi,

2. Fatwa Al-Imam al-Sheikh Muhammad Hussain al-Naa’ini, (guru kepada Maraji’ di Hauzah di Najaf)

‘Tidak syak lagi akan bolehnya memukul dada dan muka dengan tangan sehingga mendatangkan kemerahan atau kehitaman (dada dan muka). Ia boleh dilanjutkan dengan pukulan di bahu dan belakang dengan rantai sehingga ke peringkat yang disebutkan dan walaupun berlaku pendarahan. Berkenaan pendarahan kepala disebabkan pukulan pedang, ini dibenarkan dengan syarat tidak menyebabkan mudarat yang bahaya seperti pendarahan yang tidak berhenti atau mudarat kepada tengkorak. Ini diketahui oleh mereka yang pakar melakukan ini (memukul kepala)

Fatwa ini dipersetujui oleh

• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Mohsen al-Hakim,
• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Muhammad Kaadhem al-Shari’atMadari,
• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Abd-el-A’la al-Sabzewary,
• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Abul-Qassim al-Kho’i,
• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Muhammad Ridha al-Gulpaygani,
• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Ali al-Hussaini al-Seestani,
• Ayatollah al-Udhma al-Seyyid Muhammad Saadiq al-Rouhani,
• Ayatollah al-Udhma al-Mirza Jawaad al-Tabrizi,
• Ayatollah al-Udhma al-Sheikh Hussain al-Waheed al-Khurasani,

3. Fatwa Ayatollah al-Uzma al-Sayyid al-Khoie (bekas ketua Hauzah, kota Najaf)

Seseorang mengemukakan soalan kepada beliau

Soalan: Apakah ada masalah kepada seseorang menyebabkan pendarahan kepala –tatbir- sebagaimana diamalkan untuk menunjukkan kesedihan kepada kesyahidan imam kita, Husin a.s dengan menganggap tidak akan berlaku mudarat kekal?

Jawapan Ayatollah al-Uzma al-Sayyid al-Khoie

‘Tiada masalah dengan perkara itu jika ia menurut seperti mana yang disebutkan dalam soalan, wa Allahu a’lam

4. Ayatollah al-Uzma Sayyid al-Sistani (ketua Hawzah kota Najaf)

Soalan kepada beliau: Apakah hukum berkenaan menyebat dengan rantai, pukulan dada , berjalan atas api ketika upacara ratapan Imam Husein a.s

Jawapan beliau: 

Jika ia tidak melibatkan mudarat yang melampau, kehilangan anggota, maka tiada bantahan padanya

Selebihnya, sila rujuk web syiah berikut

Bantahan laman web syiah melayu

Paparan di atas menunjukkan ulama-ulama syiah memang tidak sepakat dalam hal ini dan mereka bercanggah dalam fatwa-fatwa mereka

Ini bukanlah tohmahan wahabi, propaganda atau fitnah  tetapi ia hakikat yang perlu ditelan mereka sendiri!!

Mereka kemudiannya memutar belit kenyataan dengan menyebut

Memang ada ulama yang membenarkannya, tetapi dengan syarat ia diyakini tidak membawa mudharat kepada pelakunya. Tetapi secara logiknya sudah pasti tindakan ini akan membawa kemudharatannya. Malah para ulama ini sendiri tidak melakukannya.

Persoalannya, mengapa mereka tidak menukil secara jujur nama-nama ulama yang membenarkannya dan salinan fatwa mereka??

Apakah logik ulama-ulama syiah membenarkan pukulan kepada badan dan kepala sehingga berdarah  tapi tidak membenarkan  mudarat kepada perlakunya?? Apakah pukulan berdarah tidak dianggap mudarat?? Satu pernyataan yang pelik

Putar belit mereka diteruskan lagi

Kepada saudara Syiah yang masih lagi berkeras untuk melaksanakan Qama Zani, kami tidak menghalang apa yang kamu nak buat, kerana kami tahu, kalian semua ikhlas melakukannya kerana ingin merasai kesakitan yang dirasai Imam Hussain(as). Tetapi ingatlah, amalan ini jika ada pun kebaikannya, akal yang logik lagi sihat akan segera mengetahui keburukannya adalah jauh lebih banyak kepada diri, masyarakat dan agama kita.

Hakikatnya mereka mengetahui perbuatan ini dilakukan oleh ramai syiah dan dibenarkan oleh ramai ulama mereka sendiri. Sebab itulah mereka katakan ‘kami tidak menghalang apa yang kamu nak buat, kerana kami tahu, kalian semua ikhlas melakukannya kerana ingin merasai kesakitan yang dirasai Imam Hussain(as)’

Persoalannya, apakah ‘ikhlas merasai kesakitan Husein r.a cukup menjadi dalil untuk membolehkan perbuatan mencederakan badan?? 

Bukankah mereka sendiri telah menyatakan ia menyanggahi ajaran syiah, maka apakah hanya kerana ‘ikhlas merasai kesakitan Husein ra’ cukup menjadi hujah membatalkan ajaran mereka??

Seterusnya mereka menutupi putar belit dengan berkata

Tetapi ingatlah, amalan ini jika ada pun kebaikannya, akal yang logik lagi sihat akan segera mengetahui keburukannya adalah jauh lebih banyak kepada diri, masyarakat dan agama kita.

Jika ini hujah mereka, ternyata senarai ulama yang membolehkannya tidak mempunyai akal yang logik dan mereka tidak mengetahui keburukan amalan ini. Pernyataan mereka telah menjatuhkan kredibiliti ulama-ulama mereka sendiri

Lebih dari itu, penolakan mereka sebenarnya berpijak hanya pada logik dan bukanlah ajaran syiah imamiyah itu sendiri

Kesimpulan

Ternyata syiah imamiyah sebenarnya tidak sepakat dengan amalan Qama Zani. Usaha web syiah berbahasa melayu untuk menolak amalan ini adalah sia-sia. Mereka ingin menutup kebenaran dan mengelirukan umat Islam

Saya secara peribadi beranggapan amalan Qama Zani ini disyariatkan dalam agama syiah. Adapun ulama syiah yang menolak hanya atas dasar taqiyyah akibat tidak tahan dengan kritikan

Buktinya, kita lihat sendiri kenyataan bercanggah sebahagian ulama mereka. Contohnya Ayatollah al-Uzma al-Sayyid al-Khoie, kejap dia membolehkannya dan kejap dia melarangnya.

Jikapun penganut syiah tidak setuju dengan saya, maka ketahuilah ulama kamu telah bercanggah dalam isu ini

No comments: