Friday, November 11, 2011

Perbezaan mazhab : Menjawab kekeliruan syiah- Bahagian 2




Pada bahagian sebelumnya, telah disebutkan punca perbezaan pandangan dikalangan mazhab ahlu sunnah wal jamaah serta kaedah berinteraksi  dan menilai kebenaran dalam perbezaan tersebut

Dalam bahagian kedua ini, kita sama-sama akan menyelusuri perbalahan dan percanggahan dikalangan ulama mazhab syiah imamiyah

Syiah mengelirukan umat Islam dengan mengatakan mereka adalah satu mazhab yakni mazhab ahlul bait serta tidak berlaku sebarang percanggahan dan perbalahan di kalangan mereka

Hakikatnya, itu semua dusta dan hanya omongan kosong semata-mata. Golongan syiah yang berslogankan ‘ahlul bait’ sendiri sebenarnya berpecah kepada banyak firqah. 

Ini diakui sendiri dalam web syiah yang berbahasa melayu

Mazhab Syi‘ah pada masa tiga imam pertama Ahlulbait as, yaitu Amirul Mukminin Ali, Hasan bin Ali, dan Husain bin Ali as, tidak pernah mengalami kebercabangan. Akan tetapi, setelah Imam Ketiga syahid,majoriti pengikut mazhab Syi‘ah meyakini Imam Ali bin Husain as sebagai imam dan minoriti mereka—yang akhirnya dikenal dengan nama “Kaisâniyah”—mengakui putra ketiga Imam Ali as, Muhammad bin Hanafiyah adalah imam. Mereka berkeyakinan bahwa Muhammad bin Hanafiyah adalah imam keempat dan Imam Mahdi yang telah dijanjikan yang sekarang sedang gaib di gunung Radhwâ dan akan muncul kembali pada suatu hari kelak.
Setelah Imam as-Sajjâd as, majoriti Syi‘ah meyakini putranya, Muhammad al-Bâqir as sebagai imam dan minoriti mereka lebih condong kepada Zaid asy-Syahîd, putra Imam as-Sajjâd yang lain. Kelompok ini akhirnya dikenal dengan nama Zaidiyah.

Setiap golongan ini mempunyai senarai imam yang wajib diikuti. Ambillah contoh syiah ismailiyah, mereka hanya mempercayai 7 imam berbanding syiah imamiyah yang menyakini 12 imam!! Manakala syiah zaidiyah menamakan Zaid bin Ali sebagai salah seorang imam.

Nah!! Bukankah mereka semuanya berslogankan ahlul bait?? Jika mereka berslogankan ahlul bait, maka mengapa jumlah imam mereka berbeza-beza?? Siapakah yang wajib diikuti??





Percanggahan dalam aqidah 

Ulama syiah imamiyah juga bercanggah dalam banyak isu aqidah. Antara isu besar yang diakui oleh ulama mereka sendiri ialah isu tahrif al-Quran

Syiah imamiyah berusaha sedaya-upaya untuk menafikan sama sekali bahawa al-Quran yang ada ditangan kita telah berlaku perubahan padanya.  Apabila disoal kepada mereka, dengan yakinnya mereka menolak serta dengan bangganya mereka akan cuba membawakan riwayat-riwayat tahrif yang kononnya terdapat dalam kitab-kitab sunni. Mereka juga akan menukilkan banyak pandangan ulama mereka yang menolak aqidah tahrif ini

Hakikatnya, para ayatollah mereka memang menyakini al-Quran hanya dipelihara oleh ahlulbait dan al-Quran yang ada ditangan kita tidak terpelihara

Ayatollah al-Udzma Javad Tabrizi, salah seorang ulama syiah imamiyah terkemuka di Qom, ketika ditanya tentang manakah yang lebih utama (Tsaql al-Akbar), samada al-Quran ataupun ahlul bait

Beliau menjawab

المراد من الثقل الأكبر هو واقع القرآن الكريم المحفوظ عند أهل البيت المؤمنين، فإن الأئمة (عليهم السلام) ضحوا بأنفسهم في سبيل حفظ الثقل الأكبر، وليس المراد من القرآن النسخ التي بأيدي الناس فهذه النسخ حاكيات عن القرآن المحفوظ عند أهله، واللّه العالم.

Terjemahan:  Adapun as-Tsaql al-Akbar adalah al-Quran yang terpelihara disisi ahlul bait al-mukminin, sesungguhnya para imam (a.s) berkorban dengan diri-diri mereka dalam memelihara Tsaql al-Akbar dan bukanlah ia al-Quran yang ada ditangan manusia (al-Quran sedia ada). Ia (al-Quran sedia ada) adalah cetakan hikayat dari al-Quran yang terpelihara disisi ahlinya. WaAllahu a’alam

Rujukan: Soal Jawab Aqidah: Laman web Rasmi Ayatollah al-Udzma Javad at-Tibrizi, Boleh dirujuk di http://tabrizi.org/ar/2009/08/aghaed-1-3/

Namun dalam masa yang sama,  Ayatollah ‘Ali Sayyid Husein al-Milani menolak penisbatan tahrif al-Quran kepada tokoh-tokoh besar syiah seperti al-Kulaini, al-Iyyashi. al-Kulayni, al-'Ayyashi, al-Majlisi, dan al-Qummi. Namun dia mengakui Nikmatullah al-Jazairi menyakini tahrif

Beliau mengatakan

قد ذكرنا في كتاب (التحقيق في نفي التحريف) أن نسبة القول بنقصان القرآن إلى الكليني والقمّي 
والعياشي غير مقبولة، وكذا المجلسي، لكن الجزائري قائل بذلك

Terjemahan: Telah kami sebutkan dalam kitab (Tahqiq fi nafi at-Tahrif) bahawa penisbatan perkataan akan pengurangan al-Quran (tahrif) kepada al-Kulaini, al-Qummi dan al-Iyyasi tidak boleh diterima begitu juga dengan al-Majlisi tetapi al-Jazai’ri berkata demikian

Rujukan: Soal jawab di laman web rasmi beliau,

Lebih dahsyat dari itu, ulama terkenal mereka, Nuri al-Tabarsi mengarang kitab khas yang bertajuk Fasl Khitab fi Tahrif Kitab Rabb al-Arbab membuktikan tahrif al-Quran dan juga mengarang bantahan kepada mereka yang mengkritik karya beliau

Sekalipun syiah bertegas menafikan perkara ini, mereka tidak dapat menyembunyikan percanggahan dikalangan ulama mereka berkenaan keaslian al-Quran

Apakah nabi boleh terlupa?

Isu lain yang menimbulkan percakaran dikalangan ulama syiah ialah isu ‘sahwu an-Nabi’ ataupun ‘kelupaan nabi’

Apakah nabi sallahu ‘alaihiwassalam boleh terlupa??

Ulama syiah yang sangat terkenal, Abu Ja'far Muhammad ibn 'Ali ibn Babawaih al-Qummi (m 381h), yang dikenali sebagai syeikh Saduq, menyebutkan dalam kitabnya, Man La Yahdhuru al-Faqih memetik dari gurunya Muhammad bin al-Hassan bin al-Walid

وكان شيخنا محمد بن الحسن بن أحمد بن الوليد رحمه الله يقول: أول درجة في الغلو نفي السهو عن النبي صلى الله عليه وآله، ولو جاز أن ترد الاخبار الواردة في هذا المعنى لجاز أن ترد جميع الاخبار وفي ردها إبطال الدين والشريعة.

Terjemahan: Adalah syeikh kami Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad bin al-Walid rahimahullah berkata: Peringkat pertama ghulu(melampau) itu ialah menafikan sifat lupa Nabi SAW dan keluarganya. Kalau diperbolehkan untuk menolak berita-berita yang dituliskan dalam makna ini , maka bolehlah untuk menolak semua berita-berita dan penolakannya(berita-berita) ini membatalkan agama dan syariat.

Selepas menukilkan dari gurunya, Syeikh Saduq menjelaskan

وأنا أحتسب الاجر في تصنيف كتاب منفرد في إثبات سهو النبي صلى الله عليه وآله والرد على منكريه إن شاء الله تعالى.

Terjemahan: Aku berharap (agar diberikan) pahala dalam penulisan sebuah buku khas dalam menetapkan sifat kelupaan nabi sallahu a’alaihi wassalam dan keluarganya serta bantahan kepada mereka yang mengingkarinya insyaAllah ta’ala

Rujukan: Man La Yahdhuru al-Faqih, Bab Hukum-Hukum Lupa dalam Solat, 52/29 

Kenyataan Syeikh Saduq dan gurunya sebenarnya selari dengan pandangan ahlu sunnah bahawa nabi boleh saja terlupa. Bahkan nabi-nabi sebelumnya juga pernah lupa seperti nabi Adam a.s dan Musa a.s. Sifat kelupaan ini tidak menjejaskan kemaksuman para nabi. 

Syeikh Saduq sendiri melaknat mereka yang menolak sifat kelupaan yang ada pada nabi

إن الغلاة والمفوضة لعنهم الله ينكرون سهو النبي صلى الله عليه وآله ويقولون: لو جاز أن يسهو عليه 

السلام في الصلاة لجاز أن يسهو في التبليغ 

 Terjemahan: Sesungguhnya golongan yang ghuluw(melampaui batas) dan yang teruk, Semoga Allah melaknati mereka yang mengingkari sifat lupa Nabi sallahu a’alaihi wassalam dan keluarganya sambil berkata : Kalaulah diboleh untuk Nabi itu lupa dalam solat, maka Nabi juga boleh lupa untuk menyampaikan sesuatu.

Rujukan: Man La Yahdhuru al-Faqih, Bab Hukum-Hukum Lupa dalam Solat, 52/27 

Selain syeikh Saduq, ramai ulama syiah berpandangan demikian, antaranya ialah Aminudin Abu 'Ali al-Fadl bin al-Hussein bin al-Fadl al-Tabrasi, Ni'kmatullah al-Jazairi, Fakhr al-Deen al-Tarihi dan  al-Faydh al-Kashani.

Serangan ulama syiah imamiyah kepada as-Saduq

Syeikh Saduq telah diserang bahkan telah dianggap pendusta oleh ulama syiah yang lain .Syeikh al-Bahai’ dan Syeikh Ahmad Al-Ihsa’i telah mengkritik keras Syeikh Saduq. Disebutkan dalam mukadimmah kitab Man La Yahduru al-Faqih, 1/70
ونقل عن الشيخ البهائي رحمه الله انه قال : ( الحمد لله الذي قطع عمره ولم يوفقه لكتابة مثل ذلك ) ونقل عن الشيخ أحمد الاحسائي انه قال : ( الصدوق في هذه المسألة كذوب ) ولايخلو قولهما من سوء ادب نربأ بامثالهما عن ذلك ونسأل الله العصمة والتوفيق .

Terjemahan: Dan telah menaqalkan dari Shaykh al-Bahaii rahimahullah bahawasanya dia telah berkata : Segala puji bagi Allah yang telah memotong umurnya dan tidak disetujui penulisan seperti ini. Dinaqalkan dari Syeikh Ahmad al-Ihsaa’ie bahawa dia berkata: As-Saduq dalam masalah ini adalah penipu dan tidak tidaklah terlepas kata-kata mereka berdua daripada adab yang buruk, yang kami sucikan dengan yang semisal dengannya daripada hal itu, dan kami memohon kepada Allah perlindungan dan kejayaan.

Tidak ketinggalan, ulama syiah yang terkenal, Syeikh Kamal al-Haidhari juga menyerang Syeikh Saduq


Lihatlah betapa teruknya percakaran antara ulama syiah hingga ke tahap melaknat dan mendustakan satu sama lain

Ulasan tambahan

Syiah berhujah kononnya terdapat 38 ulama sunni yang menyesat Abu Hanifah. Dakwaan ini tidak benar kerana kebanyakan riwayat yang dipetik dari karya Khatib al-Baghdadi itu tidak sahih bahkan berlebihan seperti yang disebutkan oleh Ibnu Abdir Barr

Persoalannya, kenapa syiah tidak melihat saja kepada percanggahan dikalangan ulama mereka??

Nah!! Apakah kritikan tajam mereka terhadap aqidah dan  ahlu sunnah akan dilontarkan juga kepada ulama-ulama mereka sendiri??

Bukankah jelas ulama mereka sendiri bercanggah dalam bab-bab aqidah?? 

InsyaAllah, dalam bahagian ke-3, kita akan melihat percanggahan dalam penerimaan sumber agama oleh ulama-ulama syiah imamiyah

Rujukan

http://islamic-forum.net/index.php?showtopic=15153
http://gift2shias.com/2011/09/11/ihsai-and-bahai-on-ideas-of-sh-saduq/

Penghargaan kepada Uts Fikri Az-Zahabi dan Ust Adou atas semakan terjemahan



No comments: