Monday, October 3, 2011

Pembakaran Abdullah bin Saba’: Kritikan aqidah kemaksuman Ali r.a



Dalam aqidah syiah, mereka menyakini kemaksuman Ali r.a.  Untuk mengetahui takrif kemaksuman disisi mereka, mari kita lihat takrifan yang diberikan ash-Shaykh Muhammad Rida al-Muzaffar, ulama terkemuka syiah

والعصمة: هي التنزه عن الذنوب والمعاصي صغائرها وكبائرها، وعن الخطأ والنسيان، وإن لم يمتنع عقلا على النبي أن يصدر منه ذلك بل يجب أن يكون منزها حتى عما ينافي المروة، كالتبذل بين الناس من أكل في الطريق أو ضحك عال، وكل عمل يستهجن فعله عند العرف العام.
المظفر، الشيخ محمد رضا (متوفاي1381هـ)، عقائد الإمامية، ص54، ناشر: انتشارات أنصاريان ـ قم

Terjemahan: Kemaksuman bermakna bersih dari dosa dan maksiat kecil atau besar, kesalahan atau kelupaan. Walaupun pada pandangan akal tidak mustahil nabi melakukan perkara tersebut. Namun adalah wajib ia bersih dari segala yang tidak bermartabat, seperti makan sambil berjalan, ketawa besar dan segala perbuatan  tidak senonoh dalam pandangan orang awam.

Rujukan: Aqa’id Al-Imāmiyyah, halaman 54

Menurut kefahaman mereka, Ali r.a dan keturunannya (yang dianggap imam oleh syiah) tidak boleh sama sekali melakukan kesalahan ataupun terlupa. Takrifan seperti ini sebenarnya menjadikan Ali r.a dan keturunannya melebihi para nabi termasuklah baginda sallahu ‘alaihi wasalam. 


Teguran Allah kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam

Para nabi memang terpelihara dari melakukan dosa. Namun mereka tidak lari melakukan kesalahan selaku manusia biasa dan mereka juga boleh lupa. Kesalahan ini sebagai pengajaran kepada nabi dan sebagai keyakinan kepada kita agar tidak ragu-ragu dalam mengambil agama dari Rasulullah s.a.w. 

 Ini kerana jika nabi tersilap dalam ijitihad baginda, dengan serta merta Allah s.w.t akan memperbetulkan baginda. Ia bukan seperti dakwaan syiah yang serta merta menolak kemaksuman jika para nabi melakukan kesilapan atau terlupa

Banyak contoh dari al-Quran yang boleh kita bawakan untuk membuktikan Rasulullah s.a.w selaku manusia biasa boleh silap dalam ijtihad baginda. Perhatikan ayat berikut

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ (67) لَوْلَا كِتَابٌ مِنَ اللَّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (68)

Terjemahan: Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, niscaya kamu ditimpa siksaan yang besar karena tebusan yang kamu ambil.

Teguran ayat ini jelas kepada  Rasulullah sallahu a’laihi wassalam kerana memilih pandangan Abu Bakar r.a untuk membebaskan tawanan Badar dan mengenepikan pandangan Umar r,a. untuk membunuh tawanan tersebut

Teguran ini bukanlah untuk merendahkan baginda sebaliknya menunjukkan baginda sentiasa dalam pengawasan wahyu. Jika pandangan baginda tersilap, maka Allah s.w.t akan menegur baginda

Ini juga sebagai bukti al-Quran tidak dicipta dan direka baginda sallahu a’laihi wassalam. Jika baginda mengarang al-Quran, maka apakah mungkin baginda menegur dirinya sendiri??

Kesilapan ijtihad Ali r.a menurut kitab syiah

Syiah berhempas pulas menulis dan mengumpulkan kononnya terdapat kesalahan ijitihad oleh para sahabah nabi. Ahlu sunnah tidak pernah menafikan akan adanya kemungkinan kesilapan ijtihad tersebut namun ia tidak dijadikan sebagai sarana untuk mendiskredit sahabah. Ini kerana banyak faktor yang mendorong kepada perbezaan ijtihad dikalangan sahabah.  Berbeza dengan syiah, mereka tidak akan sekali-kali redha jika Ali r.a juga boleh tersilap dalam ijtihad mereka.

Sebagai contoh, salah satu ijitihad Ali r.a yang salah adalah membakar manusia dengan api. Kita sama sekali dilarang mengazab seseorang dengan azab yang hanya layak diberikan Allah s.w.t. Ini tsabit berdasarkan hadith-hadith sahih. 

Syiah dalam situs-situs mereka berusaha sungguh-sungguh untuk melemahkan kesemua riwayat-riwayat dalam kitab sunni berkenaan hal ini. Tulisan ini tidak bertujuan untuk menanggapinya kerana ia telahpun dijawab dalam pelbagai situs sunnah

Namun, apa yang ingin disebutkan ialah pembakaran tersebut disahihkan sendiri oleh ulama syiah dan terdapat dalam kitab-kitab mereka

Pembakaran Abdullah bin Saba’ dalam kitab-kitab syiah

Terdapat 3 hadith sahih disisi syiah  menerangkan tentang keberadaan Abdullah Bin Saba dan pembakaran Ali r.a terhadapnya

Hadith pertama

حدثني محمد بن قولويه، قال حدثني سعد بن عبد الله، قال حدثنا يعقوب بن يزيد و محمد بن عيسى، عن ابن أبي عمير، عن هشام بن سالم، قال : سمعت أبا عبد الله (عليه السلام) يقول و هو يحدث أصحابه بحديث عبد الله بن سبإ و ما ادعى من الربوبية في أمير المؤمنين علي بن أبي طالب، فقال إنه لما ادعى ذلك فيه استتابه أمير المؤمنين (عليه السلام) فأبى أن يتوب فأحرقه بالنار

Terjemahan: Dari Hisham bin Salim, katanya, ‘Aku mendengar dari Abu Abdullah (a.s) berkata tentang Abdullah bin Saba’ yang menyeru kepada ketuhanan Amir al-Mukminin Ali bin Abi Talib, maka beliau (Ali r.a) menyeru dia agar bertaubat tapi dia enggan bertaubat maka beliau membakarnya dengan api

Rujukan: Rijal al-Kishi, m/s 107, hadith 171

Menurut syiah, sanad hadith ini adalah seperti sanad emas. 

Hadith kedua

حدثني محمد بن قولويه قال حدثني سعد بن عبد الله قال حدثنا يعقوب بن يزيد و محمد بن عيسى عن علي بن مهزيار عن فضالة بن أيوب الأزدي عن أبان بن عثمان قال سمعت أبا عبد الله (ع) يقول لعن الله عبد الله بن سبإ إنه ادعى الربوبية في أمير المؤمنين (ع) و كان و الله أمير المؤمنين (ع) عبدا لله طائعا الويل لمن كذب علينا و إن قوما يقولون فينا ما لا نقوله في أنفسنا نبرأ إلى الله منهم نبرأ إلى الله منهم

Terjemahan: Dari Aban bin ‘Uthman katanya, ‘Aku mendengar Abu ‘Abdullah (as) katanya, ‘Laknat Allah kepada ‘Abdullah bin Saba’, dia menyeru ketuhanan kepada amir al-mukminin (as). Demi Allah, Amir al-Mukminin (as) adalah hamba Allah yang taat, kecelakaan kepada mereka yang berdusta atas kami dan sesungguhnya terdapat kaum yang mengatakan ke atas kami akan apa yang kami tidak mengatakannya tentang diri kami, kami berlepas diri  kepada Allah dari mereka 


Hadith ketiga

و بهذا الإسناد عن يعقوب بن يزيد عن ابن أبي عمير. و أحمد بن محمد بن عيسى عن أبيه و الحسين بن سعيد عن ابن أبي عمير عن هشام بن سالم عن أبي حمزة الثمالي قال قال علي بن الحسين (ع) لعن الله من كذب علينا إني ذكرت عبد الله بن سبإ فقامت كل شعرة في جسدي لقد ادعى أمرا عظيما ما له لعنه الله كان علي (ع) و الله عبدا لله صالحا أخو رسول الله (ص) ما نال الكرامة من الله إلا بطاعته لله و لرسوله و ما نال رسول الله (ص) الكرامة من الله إلا بطاعته .

Terjemahan: Dari Abi Hamzah Astumali katanya, ‘berkata Ali bin al-Husin (as) 'Laknat Allah terhadap sesiapa yang berdusta ke atas kami. Aku menyebutkan ‘Abdullah bin Saba’ maka berdirilah setiap bulu di badanku, sesungguhnya dia menyeru perkara yang besar (yakni ketuhanan). Laknat Allah kepada dia. Ali (as) adalah demi Allah, hamba Allah yang soleh, saudara Rasulullah sallahu a’laihi wassalam. Tidaklah beliau mendapat karamah dari Allah melainkan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasulnya dan tidaklah Rasulullah sallahu a’laihi wassalam mendapat karamah dari Allah melainkan dengan ketaatan kepadanya

Sumber : Rijal al-Kishi, ms 107, hadith 173.

Setiap hadith yang dipaparkan ini melalui pelbagai jalan periwayatan yang berbeza. 

Hadith pertama melalui 2 jalan periwayatan yang berbeza
Hadith kedua melalui 2 jalan periwayatan yang berbeza
Hadith ketiga melalui 3 jalan periwayatan yang berbeza

Jumlah keseluruhan sanad-sanad yang berbeza ialah 2+2+3= 7 sanad yang berlainan. 

Maka hadith ini sememangnya sahih disisi syiah

Bidasan syiah

Golongan syiah seperti biasa mengemukakan bidasan kepada fakta yang dikemukakan. Mereka berhujah bahawa pembakaran musuh Islam hidup-hidup tidaklah salah kerana tiada bukti dari kitab syiah ia satu dosa atau kesalahan. Bukti kesalahan tersebut hanya ada dalam kitab sunni dan kitab sunni tidak menjadi hujah bagi syiah

Selain itu, kalaupun benar Ali r.a membakar Abdullah bin Saba’ hidup-hidup maka itu adalah perkara yang tidak salah bahkan menepati tindakan Rasulullah s.a.w. Ia merupakan perkara khususiyat (khas) kepada Ali r.a

Bantahan kepada bidasan syiah

Hujah-hujah syiah di atas dapat dijawab dengan menukil karya ulama mereka  iaitu Ayatollah Abul-Husayn Dastghaib Shirazi.

Dalam kitabnya yang terkenal, Gunahāne Kabīra (Dosa terbesar), dia menjelaskan antara dosa besar ialah membunuh dengan hukuman Allah iaitu membakar dengan api

Silalah rujuk Bab 53 di bawah tajuk ‘Dosa Terbesar yang ke lima puluh: Penghinaan kepada tanah kubur Husin (Turbah)

Dalam bab tersebut, Ayatollah Abul-Husayn Dastghaib Shirazi mengemukakan riwayat seorang penzina wanita yang membakar bayi hasil zina kerana takut dengan ahli keluarganya dan perkara tersebut hanya diketahui oleh ibunya. Setelah dia mati, maka tanah tidak dapat menerimanya. Maka kes ini dibawa kepada Imam Ja’far as-Sadiq dan beliau menanyakan ibunya tentang dosa yang dilakukan anaknya. Setelah diberitahu, maka imam menjelaskan bumi tidak akan menerimanya  dia menyeksa dengan siksaan Allah (membakar hidup-hidup)

Kini timbul persoalan, jika tindakan penzina tersebut salah, maka mengapa tindakan Ali r.a dibenarkan??

Apakah tindakan Ali r.a juga salah disisi cucu keturunannya Ja’afar as-Sadiq?? Maka tindakan imam mana yang benar?? 

Imam yang pertama yakni Ali r.a ataupun imam keenam, Ja’far as-Sadiq??  Maka ijtihad siapa yang benar??

Adapun hujah khususiyat adalah hujah rapuh yang bersifat melampau. Mana mungkin kesalahan membakar hidup-hidup dianggap sesuatu yang khusus kepada Ali r.a??Apakah Ali r.a secara khusus boleh melakukan perkara yang diharamkan Allah s.w.t??

Bahkan tidak ada satu riwayat yang sahih menunjukkan baginda Sallahu a’alahi wassalam pernah membakar musuh Islam hidup-hidup. Maka ia hanyalah andaian yang dibuat-buat

Kesimpulan

Penulisan ini sama sekali tidak bertujuan untuk merendahkan Ali r.a atau menjatuhkan kredibiliti beliau. 

Ia hanya sekadar peringatan dan nasihat kepada golongan syiah agar tidak melampau mengkultuskan Ali r.a. Ahlu sunnah sama sekali tidak berhujah dengan kitab-kitab syiah yang dinukilkan di atas. Sebaliknya kitab-kitab syiah di atas dinukil untuk membuktikan kerapuhan dokrin kemaksuman Ali r.a menurut kitab syiah sendiri

Ternyata teori kemaksuman syiah tidak berpijak kepada bumi yang nyata.  Bahkan nukilan kitab mereka sendiri membatalkan teori mereka



1 comment:

G Joe said...

Salam hamba bersetuju benar dgn enta...syiah asyik2 menidakkan abdullah bin saaba ...malu nak mengaku psal yahudi ketua mereka