Setiap aliran di dunia Islam menyatakan kebenaran berada di tangan mereka. Syiah tidak ketinggalan menyebut frasa yang sama.
Mereka sering beranggapan, ahlu sunnah kering hujah dan tiada jawapan kepada persoalan mereka. Mereka yakin kebenaran di tangan mereka, lihatlah buku-buku karangan mereka,penuh dengan perkataan yang dihiasi dengan frasa kebenaran.
Sedangkan hanya kerana sesuatu aliran menyebut kebenaran dimilik mereka, belum tentu kebenaran itu kebenaran yang sebenar.
Mereka sangka dengan kehadiran banyak blog dan tulisan mereka, maka mereka boleh memadamkan kebenaran.
Sedangkan cahaya kebenaran, tidak akan dapat dipadamkan sekali-sekali dengan kebatilan.
يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (8)
Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya." (al-Shaf 61:8)
Syiah tidak konsisten dalam berhujah. Setiap kritikan mereka kepada ahlu sunnah sebenarnya mudah saja diterbalikkan kepada mereka.
Mereka mengkritik para sahabah nabi atas nama keadilan, namun mereka mendiamkan kesalahan Ali r.a? Apakah ini satu keadilan atau sebenarnya kritikan untuk menjatuhkan?
Mereka mengumpulkan puluhan ijtihad para sahabah yang kononnya bercanggah dengan al-Quran tapi dalam masa yang sama mereka mendiamkan al-Quran pegangan umat Islam kini yang merupakan ijitihad Uthman r.a. . Ijtihad ini diakui oleh semua sahabah termasuk Ali r.a Apakah mereka mengkritik sahabah atau mengkritik al-Quran sebenarnya?
Mereka katakan sumber rujukan agama wajib datang dari orang-orang yang maksum tapi dalam masa yang sama mereka sanggup menerima pandangan wakil-wakil imam, atau Ayatollah mereka yang tidak maksum.
Mereka menganggap para sahabah termasuk orang kafir dan munafik walhal ahlu sunnah berkali-kali menyatakan istilah sahabah mengecualikan mereka, tapi mereka menolaknya padahal mereka sendiri mengkhususkan perkataan ‘ahlu al-bait’ dan mengeluarkan isteri-isteri nabi.
Mereka mentertawakan hadith-hadith sahih disisi sunnah kononnya dengan alasan tidak logik, tapi mereka boleh menerima ‘logiknya’ imam al-Mahdi dighaibkan pada tahun 260H pada usia 5 tahun.
Banyak lagi yang boleh disebutkan akan kelemahan methodologi mereka. Singkaplah blog ini demi mengetahui hakikat kebenaran sebenar. InsyaAllah, marilah kita sama-sama meniti titian kebenaran sebenar.
Syiah telah cuba mengemukakan bidasan bagi point-point di atas
Mereka katakan:
Bidasan
Inilah bukti ketaksuban yang jelas kepada Ali r.a. Mereka sekali-kali tidak mengakui kesalahan Ali r.a walaupun ia jelas dalam kitab syiah dan sunni
Dalam kitab sunni terpampang riwayat yang jelas bahawa Rasulullah s.a.w pernah marah kepada Ali r.a ketika mana dia ingin berkahwin dengan puteri Abu Jahal.
Maka perbuatan marah ini dengan jelas menunjukkan Ali r.a memang tersilap. Tapi syiah mengada-ada dengan mengatakan Ali r.a telah memperbetulkan niat tersebut maka marahnya nabi telah hilang.
Saya katakan, hanya kerana marah nabi telah hilang, itu tidak menafikan Ali r.a telah silap!!
Juga telah dibuktikan Ali r.a telah membakar kelompok Abdullah bin Saba’ dan ia bercanggah dengan standard syiah sendiri
Artikel ini sekadar membuktikan Ali ra hanya sekadar manusia yang boleh melakukan kesalahan dan bukannya melebihi para nabi yang lain. Para nabi seperti Adam, Harun, Musa a.s dan lain-lain boleh tersilap dan terlupa, namun Ali r.a melebihi kesemua dari mereka??
Lebih dari itu, kitab-kitab syiah sendiri menyatakan Allah murka kepada mereka yang kerap bercerai dan kitab syiah sendiri menyatakan Hasan r.a banyak bercerai, maka apakah Allah murka kepada Hasan ra menurut standard syiah??
Mereka katakan:
Kerana terlalu gelojoh dan tanpa mendalami sejarah Ulum Al-Quran, Yusof telah beranggapan bhw Khalifah Uthman yg membukukan Al-Quran. Ini adalah satu anggapan yg batil dan didasari dengan hawa nafsunya.
Khalifah Uthman tidak lebih hanya MENGARAHKAN supaya dibaca satu Qira'ah, dan penglibatannya itu sedikitpun tidak menjejaskan kesucian Al-Quran kerana arahan tersebut adalah dalam pengetahuan Amirul Mukminin Ali a.s.. Buktinya seperti berikut:
عن ابن أبي داود عن سويد بن غفلة قال : قال علي : لا تقولوا في عثمان إلا خيرا ، فوالله ما فعل الذي فعل في المصاحف إلا عن ملأ منا ، قال : ما تقولون في هذه القراءة ؟ فقد بلغني أن بعضهم يقول : إن قراءتي خير من قراءتك ، وهذا يكاد يكون كفرا ، قلنا : فما ترى ؟ قال : أرى أن يجمع الناس على مصحف واحد ، فلا تكون فرقة ولا اختلاف ، قلنا : فنعم ما رأيت .
الإتقان : ج 1 ص 61 .
Ali berkata: Janganlah kamu mengatakan sesuatu tentang Uthman kecuali yang baik, demi Allah apa yang dia lakukan tentang mushaf-mushaf adalah DALAM PENGETAHUAN KAMI. Kemudia ia bertanya: Apa yang kamu katakan tentang qiraat ini? telah sampai kepadaku bahawa sebahagian daripada mereka berkata bahawa ‘qiraatku lebih baik daripada qiraat engkau’; dan ini mirip kepada kekufuran. Oleh itu apa pandanganmu? Beliau menjawab: Aku berpandangan orang ramai perlu berkumpul dalam satu mushaf, janganlah kalian berpecah dan berselisih. Kami mengatakan: Alangkah baiknya pandanganmu.
[Al-Itqan, Jilid 1, halaman 61]
Bidasan
Ternyata pengakuan mereka sendiri membenarkan bahawa penulisan jawatankuasa Zaid bin Tsabit adalah atas arahan ‘Uthman. InsyaAllah, isu penulisan al-Quran akan dibincangkan secara khusus. Terdapat penyimpangan dalam fakta yang dikemukakan. Ini kerana telah sedia maklum berlaku pertikaian antara Abdullah bin Mas’ud dan ‘Uthman disebabkan ahli jawatankuasa beliau tidak memasukkan Abdullah bin Mas’ud. Namun akhirnya, Abdullah bin Mas’ud telah menerima cadangan ‘Uthman untuk menyerahkan mushaf peribadi beliau.
Persoalannya, jika syiah sepakat menerima al-Quran yang ada ditangan kita ditulis oleh Ali r.a dan tidak dipertikaikan, mengapa ulama-ulama mereka masih berhujah dengan riwayat-riwayat tahrif al-Quran??
Mengapa Nuri at-Tabarsi masih menulis kitab khas menstabitkan tahrif al-Quran?? Mengapa Nikmatullah al-Jazairi menyakini berlakunya tahrif dalam al-Quran??
Mengapa ulama-ulama syiah moden seperti Ayatollah Ali al-Milani berlaku salah letak ayat dalam ayat at-Tahir??
Jika Ali r.a yang menulisnya, maka dah tentu sepakat syiah akan keaslian al-Quran. Malangnya kita tidak melihat kesepakatan dalam hal ini.
Ketika ditanya mengapa syiah mengikuti wakil-wakil imam yang tak maksum
Mereka katakan
Pandangan yg tidak bertentangan dengan Kitabullah dan Itrah Ahlul Bayt a.s tidak ada masalah untuk Syiah terima.
Bidasan
Nah!! Ternyata ini sikap double standard. Apabila ahlu sunnah mengikuti para sahabah nabi, kami juga menilainya selari dengan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan semua fatwa sahabah diambil secara buta tuli. Ini kerana boleh saja berlaku khilaf sahabah dalam sesuatu perkara
Malangnya syiah bermati-matian mengutuk sunni dengan mengatakan kami ikut sahabah yang tidak maksum
Selepas diajukan dengan standard yang sama, syiah terpinga-pinga dengan mengatakan ' pandangan yang tidak bertentang dengan kitab Allah dan itrah ahlul bait tidak ada masalah untuk syiah terima'
Bukankah wakil-wakil imam itu juga tidak maksum??
Lebih dari itu, ikutan kepada ahlul bait hanyalah slogan yang tidak berpijak kepada realiti. Secara logiknya, kesemua imam 12 syiah sepatutnya mempunyai peranan yang sama yakni membimbing umat. Malangnya al-Mahdi telah dighaibkan sebelum dia sempat membimbing umat
Bahkan, hampir kebanyakan rujukan syiah datang imam keenam iaitu Ja'far as-Sadiq manakala riwayat-riwayat imam yang lain sangat sedikit.
Persoalannya, jika mereka memang dilantik sebagai imam-imam petunjuk umat, mengapa riwayat-riwayat mereka terlaku sedikit??
Syiah katakan kerana mereka ditindas, jika demikian apa gunanya menjadi imam rujukan umat sedangkan fungsi imam tersebut gagal dipenuhi?? Sekurang-kurangnya Isa a.s telah menyampaikan dakwahnya dahulu sebelum diangkat ke langit tapi imam syiah dighaibkan pada usia 5 tahun??? Imam syiah tidak berfungsi sebagai rujukan umat
Apabila tiada imam, mereka mengikuti wakil-wakil imam yang tidak maksum???
Berkenaan dengan istilah ahlul bait, syiah menjawab
Kedua, Tidak ada Syiah yg mengingkari bahawa isteri-isteri Nabi itu sebagai "Ahlulbait", melainkan, isteri-isteri Nabi itu tidak termasuk dalam Ahli Kisa'. Jika Isteri-isteri Nabi termasuk dalam Ahli Kisa', maka Ummu Salmah r.a awal-awal lagi telah menafikannya. Yusof hanya perlu bantah ucapan Ummu Salmah r.a.
Bidasan
Syiah sebenarnya berbeza pandangan dalam hal ini. Sebahagian syiah terang-terangan menafikan isteri-isteri nabi sebagai ahlul bait. Namun setelah gagal mempertahankannya kerana bercanggah dengan al;-Quran, mereka beralih pula dengan kata, mereka ahlul bait tapi bukan ahlul kisa’
Mereka cuba bawakan pengakuan Ummu Salamah. InsyaAllah, akan dibincangkan kajian lanjut pengakuan tersebut dalam artikel yang akan datang. Yang benar, ahlul kisa’ tidak memaksumkan mereka tetapi memuliakan mereka dan memasukkan ‘Ali, Fatimah, Hasan dan Husin dalam kemuliaan ahlul bait secara umum kerana ayat tersebut bukan ditujukan kepada mereka. Sekiranya ayat tersebut memang ditujukan kepada mereka, maka tak perlulah Rasulullah s.a.w menyelimutkan mereka lagi. Sebab itulah Ummu Salamah bukan ahlu kisa' kerana kemuliaan beliau sudahpun termasuk dalam keumuman ayat 33 surah al-Ahzab
Sekiranya dibaca konteks ayat 33 surah al-Ahzab ternyata ia memang merujuk kepada isteri-isteri nabi. Malangnya syiah hanya mengambil sebahagian ayat dan menolak konteks keseluruhan ayat
Berkenaan dengan haudh, jika diaplikasikan ‘logik syiah’ maka ternyata ahlulbait juga termasuk dikalangan mereka yang terusir
Rujuk artikel berikut
Dah tentu mereka tidak bersetuju menggunakan literal teks untuk memasukkan ahlul bait sebagai mereka yang terusir, maka begitu jugalah dengan sunni yang tidak menjadikan literal teks sebagai hujah memasukkan istilah sahabah sebagai mereka yang murtad
Berkenaan dengan konteks sebenar hadith haudh, sila rujuk link berikut
Berkenaan dengan konteks sebenar hadith haudh, sila rujuk link berikut
Syiah Menjawab:
"Ketawa" tidaklah menjejaskan Akidah seseorang. Hadis-hadis yg di sahihkan oleh Sunni yg menyalahi Al-Quran haruslah dimasukkan ke dalam tong sampah kerana pastinya itu bukan datang daripada Allah dan Rasul. Apa masalahnya kalau Sunni boleh menerima seorang pemuda (yg digelar sbg Khidir a.s) & Nabi Isa a.s diangkat/dighaibkan oleh Allah SWT lalu tak boleh menerima al-Mahdi (ajf) akan hal yang serupa?
Bidasan
Dah tentu sunni menerima kisah Khidir a.s (beliau telah diyakini wafat) dan Isa a.s kerana ia jelas disebutkan dalam al-Quran. Tidak seperti keghaiban al-Mahdi yang tidak langsung disebut dalam mana-mana ayat al-Quran.
Jika menggunakan standard syiah, semua manusia boleh klaim tokoh-tokoh mereka telah ghaib dan datang semula
Apabila disoal, apakah mereka juga akan menggunakan kisah khidir a.s dan Isa a.s??
Isa a.s telah selesai menyampaikan dakwah baginda dan diangkat kerana komplot yang ingin membunuhnya dan dikembalikan untuk membunuh dajjal
Sedangkan al-Mahdi yang didakwa sebagai rujukan umat tidak langsung menjadi rujukan umat bahkan telah dighaibkan seawall umur 5 tahun????