Thursday, January 20, 2011

Menjawab Syubhah Rasulullah s.a.w Membenarkan Pembunuhan Wanita dan Kanak-Kanak



Tuduhan ini biasa dilontarkan oleh laman-laman anti-Islam. Mereka mendakwa Muhammad s.a.w membenarkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita. Apakah hujah mereka dalam hal ini? Sebenarnya mereka memutarbelitkan beberapa dalil dalam bab ini. Dalil-dalilnya yang diputarbelit mereka ialah:

عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ قَالَ مَرَّ بِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ بِوَدَّانَ وَسُئِلَ عَنْ أَهْلِ الدَّارِ يُبَيَّتُونَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَيُصَابُ مِنْ نِسَائِهِمْ وَذَرَارِيِّهِمْ قَالَ هُمْ مِنْهُمْ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ لَا حِمَى إِلَّا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Terjemahan: Dari Ash-Sho'bu bin Jatsamah radliallahu 'anhum berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjalan melewatiku di Al Abwa' atau di Waddan, Beliau ditanya tentang kaum musyrikin penduduk suatu negeri yang diserbu lalu para wanita dan anak keturunan mereka terbunuh. Beliau menjawab: "Mereka termasuk dari golongan mereka" (musyrikin yang berhak diperangi). Dan aku mendengar Beliau bersabda: "Tidak ada perlindungan kecuali milik Allah dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam" 

Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Jihad dan penjelajahan, Bab Penduduk suatu wilayah diserbu waktu malam, kemudian isteri dan anak-anak mereka terbunuh, No. Hadist : 2790


Hadith lain yang semakna juga disebut dalam Sahih Muslim sebagai berikut:

عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الذَّرَارِيِّ مِنْ الْمُشْرِكِينَ يُبَيَّتُونَ فَيُصِيبُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ وَذَرَارِيِّهِمْ فَقَالَ هُمْ مِنْهُمْ

Terjemahan: dari Ash Sha'b bin Jatsamah dia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya mengenai anak-anak dan wanita Musyrikin yang terbunuh ketika terjadi serangan malam. Beliau menjawab: "Mereka termasuk dari golongan musuh.
Rujukan: Sahih Muslim, Kitab Jihad dan ekspedisi, Bab Bolehnya membunuh wanita dan anak-anak dalam serbuan malam hari, No. Hadist : 3281

Selain dalil-dalil di atas, terdapat beberapa dalil semakna dalam kitab-kitab hadith yang lain. Persoalan yang timbul dari hadith-hadith yang mereka gunakan ialah:
  1. Bukankah keizinan membunuh kanak-kanak dan wanita ini bercanggah dengan al-Maidah 5:32? 
  2. Apakah konteks sebenar hadith tersebut?
PENJELASAN

Sebenarnya Islam melarang pembunuhan tanpa sebab dan tidak mempunyai alasan yang benar. Al-Quran menyebutkan dalam al-Maidah 5:32:

مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَنْ قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الْأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا وَلَقَدْ جَاءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنَاتِ ثُمَّ إِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فِي الْأَرْضِ لَمُسْرِفُونَ (32)

Terjemahan: Oleh karena itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahwa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerusakan dimuka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka rasul-rasul Kami dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas, kemudian banyak diantara mereka sesudah itu sungguh-sungguh melampaui batas dalam berbuat kerusakan dimuka bumi.

Jika diperhatikan teliti ayat ini, mereka yang berbuat fasad atau memerangi muslim tidak termasuk dalam ayat ini. Dalam erti kata lain, peperangan dalam usaha untuk menghalang kefasadan tidak termasuk dalam konteks al-Maidah 5:32. Ini jelas dengan berpandukan ayat-ayat lain yang membenarkan peperangan. Begitu juga dalam konteks hadith-hadith tersebut, ia merujuk kepada situasi peperangan.

Kini timbul persoalan lain, bukankah terdapat larangan jelas dalam hadith-hadith sahih mengharamkan pembunuhan kanak-kanak dan wanita dalam peperangan? Salah satu hadith yang dimaksudkan ialah:


عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَخْبَرَه أَنَّ امْرَأَةً وُجِدَتْ فِي بَعْضِ مَغَازِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقْتُولَةً فَأَنْكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَتْلَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ
ُ

Terjemahan: dari Nafi' bahawa 'Abdullah radliallahu 'anhu mengkhabarkan kepadanya bahawa ada seorang wanita yang dijumpai (dalam keadaan terbunuh) di sebahagian peperangan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengingkari pembunuhan terhadap wanita dan anak-anak.

Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Jihad dan penjelajahan, Bab Membunuh anak kecil dalam peperangan ,No. Hadist : 2791
  
Apabila bertembungnya hadith yang membolehkan dan hadith yang melarang pembunuhan wanita dan kanak-kanak, maka dah tentu kedua-duanya mempunyai konteks yang tersendiri. Secara umumnya, Rasululullah s.a.w mengingkari pembunuhan wanita dan kanak-kanak. Namun, dalam kes-kes tertentu, pembunuhan mereka masih dibenarkan. Kes yang dimaksudkan ialah apabila:

a) Golongan ini terlibat sekali membunuh orang Islam
b) Golongan ini tidak dapat dipisahkan atau dibezakan dari tentera musuh

Atas dasar itulah ketika para sahabah bertanyakan nabi, Nabi menjawab, "Mereka termasuk dari golongan mereka".
 
Imam Nawawi, ulama besar mazhab Syafi’e juga menjelaskan dalam komentarnya terhadap Sahih Muslim akan bolehnya membunuh mereka dalam serbuan malam disebabkan kegelapan malam membuatkan mereka tidak dapat dibezakan dengan tentera musuh.
.
وَأَمَّا الْحَدِيث السَّابِق فِي النَّهْي عَنْ قَتْل النِّسَاء وَالصِّبْيَان ، فَالْمُرَاد بِهِ إِذَا تَمَيَّزُوا ، وَهَذَا الْحَدِيث الَّذِي ذَكَرْنَاهُ مِنْ جَوَاز بَيَاتهمْ وَقَتْل النِّسَاء وَالصِّبْيَان فِي الْبَيَات ، هُوَ مَذْهَبنَا وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالْجُمْهُور

Terjemahan: Adapun hadith yang sebelumnya berkenaan dengan larangan membunuh wanita dan kanak-kanak apabila mereka boleh dibezakan, dan hadith yang disebutkan ini membolehkan membunuh wanita dan kanak-kanak dalam keadaan gelap , inilah mazhab kita (as-Syafie’), mazhab Malik, Abu Hanifah dan jumhur (majoriti).

Rujukan: Syarah Sahih Muslim, Kitab Al Jihad wal Sayr, Bab: Jawaz Qatl Al Nisaa' wal Sabyaan fi Al Biyaat Min Ghayr Ta'amud, Hadith no. 3281

Selain itu, pertanyaan sahabah kepada baginda s.a.w akan status terbunuhnya wanita dan kanak-kanak pada waktu malam menunjukkan ia bukannya satu kebiasaan. Sekiranya pembunuhan tersebut sesuatu yang biasa dan diajar oleh Islam, maka tak perlulah sahabah bertanyakan status mereka. Tambahan, terdapat beberapa dalil lainnya menjelaskan serangan malam dihentikan oleh baginda kemudiannya.
 
Pembunuhan Kanak-Kanak, Wanita dan Haiwan Dalam Bible
 
Golongan anti-Islam terutamanya kristian seharusnya memikir dua kali apabila memutarkan isu ini. Dalam Bible, terdapat banyak riwayat menerangkan akan bolehnya dibunuh kanak-kanak, wanita hatta haiwan sekalipun.. Cukupla satu ayat disebutkan sebagai hujah,

Pada suatu hari Samuel berkata kepada Saul, "Tuhanlah yang menyuruh aku melantik Baginda menjadi raja atas Israel umat-Nya. Sebab itu, hendaknya Baginda mendengarkan perintah TUHAN Yang Mahakuasa. Dia akan menghukum orang Amalek, karena leluhur mereka melawan orang Israel ketika orang Israel datang dari Mesir. Jadi, pergilah dan seranglah orang Amalek dan hancurkanlah segala milik mereka. Janganlah tinggalkan sesuatu apa pun; bunuhlah semua orang laki-laki, wanita, anak-anak dan bayi; juga sapi, domba, unta dan keledai.

Rujukan: 1 Samuel 15:1-3, Indonesian (Bahasa Indonesia Sehari-hari)

Jika mereka boleh memberikan 1001 konteks kepada ayat di atas, maka mengapa mereka tidak boleh menerima konteks penjelasan muslim? Sepatutnya mereka mengamalkan standard yang sama ke atas ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang sahih.