Sunday, January 23, 2011

Kristianiti: Kepincangan Hidup Seperti Tuhan


Dalam kepercayaan kristianiti secara umumnya, apabila kita mempercayai kematian Isa a.s di tiang salib, maka semua dosa kita akan dihapuskan dan di akhirat nanti kita akan kembali kepada Tuhan dan hidup selama-lamanya seperti Tuhan. Mereka mempercayai Isa a.s adalah Tuhan yang telah reinkarnasi dalam bentuk manusia dan bertindak sebagai juruselamat. Kepercayaan ini sebenarnya satu kepercayaan yang pincang. Persoalannya, benarkah Tuhan dalam Bible ingin manusia jadi sepertinya?

Dalam Bible, setelah Adam dan Hawa memakan buah yang pertama (buah pengetahuan baik dan buruk), Tuhan tidak membenarkan mereka untuk makan buah yang kedua (buah pokok kehidupan). Dalam kitab kejadian 3:22, Tuhan berkata: 

"Sekarang manusia telah menjadi seperti Kita dan mempunyai pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Jadi perlu dicegah dia makan buah pohon yang memberi hidup, supaya dia jangan hidup untuk selama-lamanya."(Bible Indonesia) 

Jadi jelas dalam ayat ini, Tuhan memang tidak mahu manusia hidup selama-lamanya seperti Dia. Bahkan Tuhan begitu takut manusia menghampiri dan makan dari pokok kedua sehinggakan dia menyediakan malaikat dilengkapi pedang berapi untuk mengawal pokok tersebut. Ini disebutkan dalam Kejadian 3:24: 

Kemudian, di sebelah timur taman itu di depan pintu masuk, TUHAN menempatkan kerub-kerub, dan sebilah pedang berapi yang berputar ke segala arah, untuk menjaga jalan ke pohon yang memberi hidup itu. Dengan demikian tak seorang pun dapat masuk dan mendekati pohon itu. 

Persoalan yang boleh kita lontarkan kepada Kristian. Jika ketika Tuhan hidup, Tuhan tidak mahu kita hidup selama-lamanya macam dia. Apakah mungkin bila kita percaya Dia mati untuk kita, baru kita boleh hidup selama-lamanya sama seperti Dia? 

Bidasan Kristian 

Tuhan tak mahu kita hidup selama-lamanya dengan makan buah tersebut, tapi dia mahu kita hidup selama-lamanya dengan jalan yang lain yakni mempercayai kematiannya untuk dosa manusia. Ini adalah ujian kepada manusia.  

Jawapan Kepada Bidasan Kristian

Jika Tuhan mahu kita hidup selama-lamanya macam dia, cukup sekadar dia membiarkan Adam dan Hawa memakan buah yang kedua dan Dia tak perlu mati atau menyusahkan manusia dengan jalan yang lain. Kita bersetuju, Tuhan boleh menguji sesiapa yang dia kehendaki dalam apa cara yang Dia sukai. Namun, Tuhan tidak akan menguji dengan jalan yang memudaratkannya. Apabila dia mati, maka siapakah yang menghidupkannya kembali? Bukankah kematian itu satu kelemahan? Apakah Tuhan itu lemah? Tambahan, mengapa Tuhan berubah fikiran, pada awalnya dia tidak mahu manusia hidup selama-lamanya tapi akhirnya dia sendiri mati untuk membolehkannya?

Adapun dalam Islam, Allah s.w.t menguji Adam dan Hawa a.s dengan buah tersebut. Allah membiarkan mereka dalam ujian tersebut supaya mereka bersedia untuk menghadapi ujian yang lebih besar apabila menjadi khalifah kelak.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ (30)


Terjemahan: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 
Setelah melalui ujian tersebut, Adam a.s akhirnya sedar akan bahayanya godaan syaitan bahkan dia menyesali akan ketelanjurannya. Allah yang maha penyayang mengajar sendiri kepadanya kalimah taubat dan mengampunkan dosanya.

فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ (37)

Terjemahan: Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang (al-Baqarah 2:37)

Lihatlah betapa sayangnya Allah s.w.t, dia sendiri mengajar kalimah taubat dan mengampunkan dosa Adam a.s dan Hawa a.s. 

Malangnya kita tidak temui satupun ayat jelas dalam Bible menyatakan Allah mengampunkan Adam dan Hawa. Jika Tuhan yang maha pengasih tidak pernah mengampunkan Adam dan Hawa dalam Bible, maka apakah jaminannya anak keturunannya akan diampunkan Tuhan dengan mempercayai kematiannya di salib?

Fikirkanlah hai golongan pencari kebenaran.

Idea Syaitan Sama Dengan Idea Tuhan Dalam Bible

Dalam Islam, tidak disebutkan kemunculan dua buah pokok tapi hanya satu sahaja pokok. Lebih hebat lagi, ‘frasa kehidupan abadi’ tidak pernah dinyatakan Allah dalam al-Quran tapi dinyatakan oleh syaitan!!!

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى

Terjemahan: Kemudian syaitan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu pohon khuldi (keabadian) dan kerajaan yang tidak akan binasa?" (at-Taha 20:120)

Bahkan frasa, ‘menjadi kekal dan jadi seperti malaikat’ juga adalah perkataan syaitan.  Syaitan menyebutnya sebagai tipu daya kepada Adam dan Hawa a.s.


فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِنْ سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَنْ تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Terjemahan: Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (al-A'raf 7:20)

Jika dianalisis, perkataan syaitan tersebut seiring dengan perkataan Tuhan dalam Bible, dimana Tuhan dalam Bible menyatakan pokok kedua tersebut pokok keabadian dan sesiapa yang memakannya akan menjadi seperti Tuhan (Kejadian 3:22).

Hai golongan pencari kebenaran, tidakkah anda lihat bagaimana idea Tuhan dan idea syaitan sama dalam hal ini?

Golongan kristian akan membalas dengan menyatakan walaupun terdapat persamaan idea Tuhan dan syaitan dalam Bible, itu bukanlah bermaksud syaitan itu Tuhan. Sebabnya syaitan sendiri diherdik oleh Tuhan dalam Bible

Jika demikian, maka berhentilah mengatakan Islam adalah agama ciptaan syaitan sedangkan ajaran Islam jelas-jelas bercanggah dengan kehendak syaitan.

8 comments:

Unknown said...

Hai,
Anda menulis:
Dalam kepercayaan kristianiti secara umumnya, apabila kita mempercayai kematian Isa a.s di tiang salib, maka semua dosa kita akan dihapuskan dan di akhirat nanti kita akan kembali kepada Tuhan, hidup selama-lamanya serta akan menjadi seperti Tuhan.

Masalahnya, anda tidak memberikan sebarang rujukan daripada Alkitab bahawa bahagian yang ditebalkan di atas diajarkan di dalam Kristianiti.

Pernahkan anda menyelidiki hal ini dengan lebih lanjut untuk memastikan sama ada ia merupakan 'kepercayaan Kristianiti secara umumnya' atau tidak?

Selain itu, adakah anda mengatakan seseorang itu akan 'menjadi sama seperti Tuhan' hanya kerana:
1) mempunyai pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.
2) hidup selama-lamanya.

dan, apabila anda mengatakan 'menjadi sama seperti Tuhan', adakah anda bermaksud 'menjadi Tuhan'?

Admin said...

Terima kasih tiwas,

Mungkin perkataan saya di atas tidak jelas.

Apa yang saya maksudkan ialah kepercayaan berdasarkan Bible yakni Tuhan tidak mahu manusia hidup selama-lamanya seperti DIA

Setakat yang saya tahu, kepercayaan berasaskan Bible adalah kepercayaan umum kristiniati

Saya bermaksud mereka menjadi seperti Tuhan dan bukannya Tuhan

Unknown said...

Hai,
Maksud saya, dari mana anda tahu atau diberitahu bahawa Kristianiti mengajarkan:

" apabila kita mempercayai kematian Isa a.s di tiang salib, maka semua dosa kita akan dihapuskan dan di akhirat nanti kita akan kembali kepada Tuhan, hidup selama-lamanya serta akan menjadi seperti Tuhan.

Perhatikan bahagian yang ditebalkan. Adakah anda mengatakan itu adalah kepercayaan Kristianiti? Jika ya, apa kata anda berikan ayat rujukan dari Alkitab untuk menyokong bahagian yang ditebalkan tersebut.

Saya melihat anda meletakkan dasar utama hujah anda di atas pernyataan yang ditebalkan tersebut.

anda menulis:
Saya bermaksud mereka menjadi seperti Tuhan dan bukannya Tuhan

Adakah anda mengatakan Kristianiti mengajarkan kita menjadi seperti Tuhan hanya kerana
1) mempunyai pengetahuan tentang yang baik dan jahat?
2) hidup selama-lamanya?

Admin said...

Seperti yang saya sebutkan, maksud saya ialah menjadi seperti Tuhan yakni hidup selama-lamanya

Seperti yang anda lihat sendiri dalam ayat yang saya sebutkan, Tuhan tidak ingin mereka memakan buah yang kedua kerana khuatir mereka akan menjadi seperti Tuhan yakni tidak hidup selama-lamanya

Unknown said...

Hai,
Begini, anda mengatakan kepercayaan Kristianiti berikut: apabila kita mempercayai kematian Isa a.s...kita...akan menjadi seperti Tuhan.

Masalahnya, hal itu tidak diajarkan di dalam Kristianiti. Namun, anda mendasarkan keseluruhan hujah anda pada kenyataan tersebut.

Maka, untuk hujah anda relevan dengan Kristianiti, kenyataan tersebut (iaitu akan menjadi seperti Tuhan) haruslah anda buktikan ada diajarkan di dalam Alkitab.

Admin said...

Tiwas yang dihormati,

Saya sudah jelaskan apa maksud seperti Tuhan berdasarkan kepada kefahaman kejadian 3:22

Yakni Tuhan tidak mahu anda menjadi seperti Dia yang ingin hidup selama-lamanya

Itulah yang disebutkan oleh al-Kitab. Jika anda rasakan ia bukan ajaran kristiniati maka sila bawakkan nukilan lain dari al-kitab

Unknown said...

Hai,
Saya sudah menyatakan masalah kepada hujah anda. Saya akan cuba menjelaskannya sekali lagi seringkas yang mungkin.

1. Anda mengatakan Kristianiti percaya bahawa jika percaya kepada kematian Yesus, kita akan menjadi seperti Tuhan.

2. Kemudian, anda memberikan persoalan berikut:
Persoalannya, benarkah Tuhan dalam Bible ingin manusia jadi sepertinya?

3. Namun, untuk persoalan itu menjadi relevan, anda seharusnya membuktikan Kristianiti memang mengajarkan bahawa jika percaya kepada Yesus, kita akan menjadi seperti Tuhan.

4. Masalahnya, anda tidak berbuat demikian dan hanya memberikan kenyataan bahawa "Dalam kepercayaan Kristianiti secara umumnya..." tanpa sebarang ayat sokongan dari Alkitab untuk membuktikan bahawa apa yang anda katakan memang benar-benar diajarkan di dalam Kristianiti.

5. Jika demikian, hujah anda sebenarnya berdasarkan pada sesuatu yang tidak dipercayai oleh Kristian. Saya berikan ilustrasi berikut:
- A mengatakan: Saya tidak suka kereta ini kerana ia berenjin diesel.
- B menjawab: Tapi, kereta ini berenjin petrol.

Mungkin setakat ini komen saya di post ini dan terima kasih kerana sudi memberikan respon terhadap komen-komen yang telah saya berikan.

Tiwas.

Admin said...

Saudara Tiwas yang dihormati,

Berkenaan dengan no (1), perkataan ‘’ serta akan menjadi seperti Tuhan” itu adalah kefahaman saya kepada kepercayaan kristian. Ia merujuk kepada sifat hidup selama-lamanya seperti Tuhan

Berkenaan dengan no (2), persoalan tersebut relevan apabila kita melihat analisis Kejadian 3:22 yang saya sebutkan di atas dimana Tuhan memang tak inginkan manusia hidup selama-lamanya seperti Dia

Berkenaan dengan (3) dan (4), disinilah terletaknya masalah kerana frasa tersebut bukan kefahaman kristianiti yakni menjadi seperti Tuhan tapi merujuk kepada sifat hidup selama-lamanya yang tidak disukai Tuhan
Maka saya akan buang frasa tersebut bagi mengelakkan kekeliruan

Berkenaan dengan (5), saya cadangkan analogi berikut yang lebih tepat

A mengatakan: Kereta ini berenjin diesel
- B menjawab: Enjin diesel tidak baik berbanding enjin petrol maka anda telah merendahkan enjin petrol

Kenyataan A tidak jelas sama sekali berkenaan enjin petrol dan tidak dapat dibuktikan dengan jelas pegangan A terhadap enjin petrol

Sama seperti kritikan anda terhadap saya dimana kristianiti tidak menyakini kita akan hidup seperti Tuhan

Apapun, terima kasih atas pembetulan