Anti-Islam:
Boleh tak stoppp!!! Kenapa kau dakwah pada aku??
Pendakwah: Itu
tanggungjawab aku sebagai muslim. Juga kerana sayangkan kau. Aku tak mahu masuk
ke neraka Aku mahu kita sama-sama ke syurga.
Anti-Islam:
Kalau orang tak tahu pasal Islam, apa tempat akhirnya?
Pendakwah:
Dengan rahmat Allah, pasti dia ke syurga
Anti-Islam:
Kalau orang tahu pasal Islam, tapi tolak ajaran Islam, apa tempat akhirnya?
Pendakwah:
Dengan keadilan Allah, dia akan ke neraka
Anti:Islam: Kalau
macam tu, kenapa kau dakwah aku, lebih baik kau jangan dakwah aku sebab kalau
aku tak tahu aku terus boleh masuk syurga. Sedangkan bila aku tahu, aku tolak, aku
akan terus ke neraka.. Kalau kau sayangkan aku, baik jangan sampaikan Islam pada
aku
Pendakwah: ……
Dialog di atas sering
dihujahkan oleh anti-Islam atau anti-dakwah kepada pendakwah Islam.
Persoalannya, benarkah orang yang tidak sampai dakwah Islam pada mereka akan
terus masuk syurga??
Insha Allah,
dalam artikel ini akan dibincangkan perkara ini
Syurga dan neraka : kuasa mutlak milik
Allah
Allah subhanahu
wata’ala berkuasa memasukkan sesiapa saja ke dalam syurga ataupun neraka.
Semuanya dilakukan dibawah rahmat dan keadilan dengan tanpa secebis kezaliman.
1.
Allah mampu
memasukkan bayi-bayi yang mati ketika kecil terus ke dalam syurga tanpa perlu
diuji[1]
. Samurah bin Jundub menuturkan tatkala baginda naik ke langit ketika mi’raj,
baginda melihat anak-anak orang Islam dan anak-anak orang Islam bersama dengan
Ibrahim ‘alaihisalam[2]
2.
Allah menguji
orang yang tidak berkemampuan dan tidak sampai dakwah Islam.
Ini seperti yang disebutkan dalam hadith dibawah
أَرْبَعَةٌ يَحْتَجُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: رَجُلٌ
أَصَمُّ، وَرَجُلٌ أَحْمَقُ، وَرَجُلٌ هَرِمٌ، وَرَجُلٌ مَاتَ فِي الْفَتْرَةِ،
فَأَمَّا الأَصَمُّ، فَيَقُولُ: يَا رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الإِسْلامُ، وَمَا
أَسْمَعُ شَيْئًا، وَأَمَّا الأَحْمَقُ، فَيَقُولُ: رَبِّ، قَدْ جَاءَ الإِسْلامُ
وَالصِّبْيَانُ يَحْذِفُونَنِي بِالْبَعَرِ، وَأَمَّا الْهَرِمُ، فَيَقُولُ:
رَبِّ، لَقَدْ جَاءَ الإِسْلامُ وَمَا أَعْقِلُ، وَأَمَّا الَّذِي مَاتَ فِي
الْفَتْرَةِ، فَيَقُولُ: رَبِّ، مَا أَتَانِي لَكَ رَسُولٌ، فَيَأْخُذُ
مَوَاثِيقَهُمْ لَيُطِيعُنَّهُ، فَيُرْسِلُ إِلَيْهِمْ رَسُولا أَنِ ادْخُلُوا
النَّارَ، قَالَ: فَوَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَوْ دَخَلُوهَا كَانَتْ
عَلَيْهِمْ بَرْدًا وَسَلامًا
Terjemahan: Ada empat
orang yang akan berhujjah (beralasan) kelak di hari kiamat : orang tuli, orang
bodoh, orang tua, dan orang yang mati dalam masa fatrah. Orang yang tuli akan
berkata: ‘Wahai Rabb, sungguh Islam telah datang, namun aku tidak mendengarnya
sama sekali'. Orang yang bodoh akan berkata : ‘Wahai Rabb, sungguh Islam telah
datang, namun anak-anak melempariku dengan kotoran haiwan'. Orang yang bodoh
akan berkata : ‘Wahai Rabb, sungguh Islam telah datang, namun aku tidak dapat
memahaminya'. Adapun orang yang mati dalam masa fatrah akan berkata : ‘Wahai
Rabb, tidak ada satu pun utusan-Mu yang datang kepadaku’. Maka diambillah
perjanjian mereka untuk mentaati-Nya.Diutuslah kepada mereka
seorang Rasul yang memerintahkan mereka agar masuk ke dalam neraka”. Beliau
shallallaahu ‘alaihi wa sallam kembali bersabda : “Demi Dzat yang jiwaku ada di
tangan-Nya. Seandainya mereka masuk ke dalamnya,
niscaya mereka akan merasakan dingin dan selamat”
[Diriwayatkan Ahmad
dalam Musnad-nya (4/24), Ibnu Hibbaan dalam Shahih-nya (16/356 no. 7357),
Al-Bazzaar sebagaimana dalam Kasyful-Astaar (3/33 no. 2174), Ath-Thabaraaniy
dalam Al-Kabiir (1/287 no. 841), dan yang lainnya; shahih][3]
Hadith-hadith berkenaan ujian Allah di akhirat mempunyai pelbagai status yang saling menguatkan satu sama lain.
Ibnu Kathir mengatakan
أن أحاديث هذا الباب
منها ما هو صحيح ، كما قد نص على ذلك غير واحد من أئمة العلماء ، ومنها ما هو حسن
، ومنها ما هو ضعيف يقوى بالصحيح والحسن
Terjemahan: Sesungguhnya hadith-hadith dalam bab ini (ujian
Allah di akhirat) adalah sahih sepertimana yang dihujahkan oleh bukan seorang
ulama. Ada daripadanya hasan, ada daripadanya lemah yang dikuatkan dengan sahih
atau hasan[4]
Jadi tidak benar
dakwaan mengatakan kesemua mereka 100% pasti dimasukkan ke syurga secara mutlak.
Kemasukan ke
syurga bergantung pada rahmat Allah dan juga keinginan manusia untuk mencari
hidayahNya dan berjaya dalam ujian-Nya
Beberapa persoalan yang
timbul dan jawapan
Soalan 1: Kenapa Allah
menguji mereka di akhirat esok?
Jawapan
: Allah layak menguji sesiapa saja yang dikehendakinya dengan tanpa melakukan
kezaliman. Allah menguji ujian diakhirat kerana mereka terlepas ujian di dunia
ini. Mereka terlepas kerana ketidakmampuan atau kerana tidak mendapat mesej
Islam.
Tidak kisah samada
ujian disini atau disana, sama sekali tidak menjejaskan kualiti ujian tersebut
serta tidak akan menjejaskan peluang manusia untuk melepasi ujian tersebut.
Bahkan dalam kehidupan
kita sehari-haripun, pekerjaan tidak diberikan mengikut tahun apa kita menduduki ujian. Sebagai contoh, seseorang yang memohon jawatan tertentu yang memerlukan kelayakan sekurang-sekurangnya SPM, tidak kira pada tahun apa dia
mendudukinya. Jarang kita mendengar soalan penemuduga, 'Tahun apa anda ambik SPM?". Yang biasa kita dengar, 'SPM dapat apa?
Soalan 2 : Kenapa bayi
boleh masuk syurga tapi tidak orang kafir?
Jawapan:
Allah menzahirkan kekuasaanNYa dan kehendakNYa dengan pelbagai cara. Antara
cara ialah menguji manusia dan ada pula yang tidak diuji.
Jika kesemuanya masuk
syurga tanpa diuji maka tidak perlu lagi kehidupan di dunia ini.
Jika kesemuanya diuji
nescaya akan ada pula yang mempertikaikan kemampuan Allah memasukkan manusia ke
syurga dengan tanpa ujian.
Soalan 3: Bukankah
ujian yang menimpa mereka terlalu berat untuk ditanggung? Ujian masuk ke
neraka?Bukankah al-Quran mengatakan manusia tidak akan dibebankan melainkan
dengan kemampuan?? Masuk ke neraka adalah satu bebanan yang tak mampu ditanggung!!
Jawapan:
Mereka yang diuji telahpun mengetahu kewujudan Allah di akhirat . Sudah tentu
hanya perintah ke neraka saja ujian yang setaraf dengan mereka.
Tidak ada lagi
alasan penafian kerana Allah sendiri yang memerintahkan mereka. Jika mereka
mentaatinya maka jadilah neraka itu dingin.
Rujuk kepada teks hadith yang
dimerahkan sebelumnya
لَوْ
دَخَلُوهَا كَانَتْ عَلَيْهِمْ بَرْدًا وَسَلامًا
Terjemahan: Seandainya mereka masuk ke dalamnya, niscaya mereka akan merasakan dingin dan selamat
Perintah Allah ini hanya menjadi beban jika gagal ataupun jika mereka dibakar dalam api neraka dahulu kemudian dihilangkan kepanasannya.
Soalan 4: Kenapa tidak
biarkan saja mereka diuji diakhirat esok? Tak usah berdakwah kepada mereka.
Boleh jadi kalau didakwah kepada mereka, mereka menolak dakwah tersebut
lantaran masuk neraka.
Jawapan: Tanggungjawab
dakwah adalah wajib menurut kemampuan masing-masing. Baginda sangat
menggalakkan umatnya berdakwah menyampaikan Islam dengan bijaksana. Bahkan
ketika dalam peperangan Khaibar, baginda mewasiatkan Ali radiyaAllahu ‘anhu
menyampaikan Islam dan ia lebih berharga dari unta-unta merah[5]
Atas sarana inilah umat
Islam menjalankan tanggungjawab dakwah. Bilamana dakwah dilakukan dengan kaedah
terbaik, bukan lagi urusan kita samada mereka menerima atau menolaknya.
Bahkan
soal samada mereka menerima atau menolak sangat bergantung kepada diri sendiri.
Jika memang mereka menolak kebenaran, tiada beza samada diuji di dunia ini
ataupun diakhirat besok, mereka tetap termasuk dari kalangan orang-orang yang
rugi.
Kesimpulan
Allah sama sekali tidak
zalim kepada hamba-hambaNYa
إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ وَإِنْ
تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا (40)
Terjemahan: Sesungguhnya
Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu).
Dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan
menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar (an-Nisa ayat 40)
Kita milik Allah dan
Dia layak berbuat apa saja dengan makhlukNYA tanpa menzalimi kita.
Seseorang tidak perlu
mempertikai kenapa orang kafir tidak dimatikan ketika bayi agar terlepas dari
ujian ataupun mempersoal kenapa tidak dipanjangkan usia bayi agar dia juga
diuji.
Yang penting, semua
manusia yang diuji ada peluang yang sama untuk melepasi ujian Allah subhanahu
wa ta’ala
Kepada pendakwah yang
gigih berdakwah, teruskan berdakwah dan jangan khuatir dengan paradoks
anti-dakwah. Ingatlah, urusan syurga dan neraka hanya ditangan Allah
semata-mata. Allah layak memasukkan sesiapa yang dikehendakiNYA..
Penghargaan kepada ustaz Salman Ali yang menilai artikel ini secara sepintas lalu
[1] Ada pandangan lain mengatakan bayi-bayi bukan Islam
akan diuji.Inilah pandangan
kebanyakan ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah seperti yang dinukilkan oleh al-Imam
Abu al-Hasan al-Asy’ariy dan al-Baihaqi. Sila rujuk Tafsir Ibnu Kathir 5/85
[2]
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, Bab Apa yang Dikatakan Tentang Anak-Anak
Musyrikin, no : 1386
[3]Takhrij
dan teks hadith dipetik dari http://abul-jauzaa.blogspot.com/2012/09/udzur-atas-kejahilan-dalam-permasalahan.html
dengan suntingan bahasa
[4]
Tafsir Ibnu Kathir 5/58
[5]
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa Siyar, hadith no 2847
No comments:
Post a Comment