AL-BARBAHARI
DAN KITABNYA SYARH AS-SUNNAH
Kitab Syarh as-Sunnah menjadi bahan polemik antara sebahagian
golongan asya’riah yang ekstrim dan golongan salafi. Golongan salafi
menggunakan kitab ini dalam silibus pengajian mereka. Golongan ekstrim asya’irah
pula tidak setakat melemahkan penisbatan kitab ini kepada al-Barbahari bahkan
mempertikaikan kredibiliti beliau
InsyaAllah, dalam artikel ini, kami berminat untuk mengkaji
kredibiti dan kesahihan penisbatan kitab Syarh as-Sunnah kepada al-Barbahari.
PENGENALAN
RINGKAS KEPADA AL-BARBAHARI
Beliau
adalah Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Khalf al-Barbahari. Nama unik
al-barbahari dinisbahkan kepada ubat-ubatan yang datang dari India. Tidak
disebutkan tentang tempat lahirnya namun diketahui beliau membesar di Baghdad
dan mengambil ilmu dari kalangan ulama hanabilah antaranya al-Mawarzi dan
as-Tustari.
Beliau seorang yang sangat kuat
menentang ahli bid’ah pada zamannya.
Ibnu
Abi Ya’la menuturkan dalam Tabaqat al-Hanabilah (2/18)
شيخ الطائفة فِي وقته ومتقدمها فِي الإنكار عَلَى أهل البدع والمباينة
لهم باليد واللسان وَكَانَ لَهُ صيت عند السلطان وقدم عند الأصحاب وَكَانَ أحد
الأئمة العارفين والحفاظ للأصول المتقين والثقات المؤمنين. صحب جماعة من أصحاب
إمامنا أَحْمَد مِنْهُمُ المروذي وصحب سهل التستري
Terjemahan: “Syeikh kepada kelompok (ulama) pada waktunya dan yang terkedapan
dalam mengingkari ahli bid’ah,menentang mereka dengan lisan dan tangan. Beliau mempunyai
reputasi di hadapan sultan dan kedudukan hadapan di kalangan ashab (hanabilah).
Beliau ada salah seorang imam yang ‘arif, huffadz dalam usul, tsiqat dan
dipercayai. Beliau bersahabat dengan jamaah sahabat imam kita (Ahmad bin
Hanbal) antaranya ialah al-Marwazi dan bersahabat (juga) dengan Sahl al-Tustari”.
Beliau wafat pada bulan Rajab
tahun 328 H atau tahun 329 H
PUJIAN-PUJIAN
ULAMA KEPADA AL-BARBAHARI
Para ulama telah memberikan pujian
yang menggunung kepada beliau. Beliau ada seorang yang tetap dalam sunnah, memiliki
pengaruh dan kehormatan disisi masyarakat.
Abu Abdullah al-Faqih berkata
: إِذَا رأيت البغدادي يحب
أبا الحسن بْن بشار وأبا مُحَمَّد البربهاري فاعلم أنه صاحب سنة.
Terjemahan:
“Bila engkau melihat seorang penduduk Baghdad mencintai Abul Hasan bin
Basyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari, ketahuilah dia adalah Sohib as-Sunnah[1]
Ibnul Jauzi juga menungkapkan pujian
kepada peribadi beliau dan ketegasan melawan bid’ah
جمع العلم، والزهد،…وكان شديدا على أهل البدع
Terjemahan: Beliau memiliki ilmu
yang banyak, zuhud…keras terhadap ahlul bid’ah[2]
Az-Zahabi
berkata
شَيْخُ الحَنَابِلَة، القُدْوَة،
الإِمَامُ، أَبُو مُحَمَّدٍ الحَسَنُ بنُ عَلِيِّ بنِ خَلَفٍ البَرْبهَارِيُّ ،
الفَقِيْه. كَانَ قوَّالاً بِالْحَقِّ، دَاعِيَةً إِلَى الأَثر، لاَ يَخَافُ فِي
الله لومَةَ لاَئِم.
Terjemahan: Syaikh al-Hanabilah,contoh teladan, al-Imam, Abu
Muhammad al-Hasan bin ‘Aliy bin Khalf al-Barbahari, al-faqih, seorang
yang berkata dengan perkara yang al-Haq (benar),
menyeru kepada atsar, tidak gentar kepada celaan orang dalam membela agama
Allah[3]
Ibnu Kathir berkata,
الْعَالَمُ الزَّاهِدُ
الْفَقِيهُ الْحَنْبَلِيُّ الْوَاعِظُ، … وَكَانَ
شَدِيدًا عَلَى أَهْلِ الْبِدَعِ وَالْمَعَاصِي, وَكَانَ
كَبِيرَ الْقَدْرِ عِنْدَ الْخَاصَّةِ وَالْعَامَّةِ
Terjemahan:
Beliau adalah seorang yang alim lagi zuhud, ahli fiqih madzhab hanbali, pemberi
nasihat…Beliau keras terhadap ahlul bid’ah dan ahli maksiat, memiliki kedudukan
yang besar, dia dimuliakan oleh orang-orang khusus (ilmuwan) dan awam[4]
BIDASAN KEPADA
KRITIKAN TERHADAP AL-BARBAHARI
Tidak salah bagi seseorang yang ingin
mengkritik ulama dengan syarat kritikannya benar dan konteksnya betul. Dalam
bahagian ini, akan didedahkan kesalahan fatal yang tidak patut dilakukan oleh
mereka yang mengaku diri sebagai ‘penyelidik’
Bidasan ‘penyelidik’ ini dapat
disimpulkan dalam dua bahagian
a)
Kesalahan
fatal Ibnu Abdillah al-Katibi dalam mengkritik peribadi al-Barbahari
b)
Nukilan
Ibnu Mutahhar al-Maqdisi
A.
Kesalahan fatal Ibnu Abdillah al-Katibi
Ibnu Abdillah al-Katibi ingin menjatuhkan kredibiliti al-Barbahari dengan menaqalkan dari as-Sam’ani
iaitu Al-Ansab (Rujuk printscreen)
Dalam keghairahan menjarah
al-Barbahari, dia melakukan kesilapan fatal kerana telah merujuk orang yang
salah!!!
Individu yang dikritik al-Katibi
bernama Abu Bahr Muhammad bin
al-Hasan bin Kauthar bin Ali al-Barbahari sedangkan pengarang Syarh as-Sunnah
bernama Abu Muhammad al-Hasan bin Ali bin Khalaf al-Barbahari!!
As-Sam’ani
menaqalkan dari Muhammad bin al-Fawaris bahawa tarikh wafat Abu Bahr Muhammad
bin al-Hasan bin Kauthar bin Ali al-Barbahari adalah pada tahun 319H
ومات في ذي القعدة سنة
تسع عشرة وثلاثمائة
Terjemahan: Beliau wafat pada
Dzulqaedah tahun 319H[5]
Sedangkan al-Barbahari pengarang
Syarh as-Sunnah wafat pada tahun 329H
فتوفي فِي الاستتار فِي
رجب سنة تسع وعشرين وثلاثمائة.
Terjemahan: Beliau wafat dalam
keadaan tersembunyi pada Rajab 329H[6]
Ini
bukan kali pertama al-Katibi melakukan kesilapan fatal seperti ini. Seharusnya sebagai seorang ‘penyelidik’, dia
perlu merujuk kepada sumber asal. Jelas bagi kami al-katibi hanya sekadar ‘copy
and paste’. Iya, kesilapan memang berlaku tapi kesilapan yang berulang-ulang
menjatuhkan kredibiliti sendiri dan memalukan!! Apatah lagi individu yang ingin dijarah dalam seorang ulama yang
besar!!
B.
Nukilan Al-Mutahhar bin Tahir al-Maqdisi
Al-Katibi menukilkan penyataan
al-Maqdisi dari kitab Al-Bad’u wa at-Tarikh : 5/150 menghentam al-Barbahari
Dua perkara yang perlu dinilai dari
nukilan di atas
1)
Validiti
penisbatan kitab al-Bad’u wa al-Tarikh
2)
Kritikan
penulis kitab al-Bad’u wa at-Tarikh
Berkenaaan
dengan perkara (1), para sarjana berbeza pendapat tentang penulis sebenar kitab
al-Bad’u wa al-Tarikh. Al-Katibi khusyuk mempertikaikan kitab Syarh as-Sunnah
padahal kitab Bad’u at-Tarikh yang dinaqalkannya sendiri berlaku pertikaian
dalam penisbatannya. Walaupun banyak
yang menisbatkan kitab ini kepada Mutahhar bin Tahir al-Maqdisi, ada pandangan
yang beranggapan ia dinisbatkan kepada Abu Zaid Ahmad bin Sahl al-Balkhi
وينسب إليه كتاب (البدء والتاريخ - ط)
وأكثر أهل التحقيق على أنه لمطهر بن طاهر المقدسي
Terjemahan: Dinisbahkan kepadanya
(Abu Zaid Ahmad bin Sahl al-Bukhi’) kitab al-Bad’u wa at-Tarikh, manakala
banyak dari ahli tahqiq menisbahkannya kepada Mutahhar bin Tahir al-Maqdisi[7]
Disinilah terletaknya sikap tidak adil al-Katibi dalam mengkritik,
apabila sesuatu kitab ingin dikritiknya, dia akan menjadikan nukilan sebahagian
pengkaji dengan tanpa mengambil kira tarjih yang tepat ke atas perbezaan
pandangan pentahqiq, sebaliknya jika sesuatu buku itu dijadikan sandarannya,
dia akan mendiamkan perbezaan pendapat ini lalu memberikan gambaran seolah-olah
rujukannya tepat!!
Dari sudut kritikan penulis kitab ini (2), kritikannya terhadap
Barbahari tidak perlu diberikan perhatian serius apatah lagi dia sendiri telah
menggelarkan golongan ahlu hadith dengan gelaran yang buruk (al-hasyawiyah)
ويلقبون بالحشوية …
Terjemahan:
Mereka (Ashab al-hadith) digelarkan dengan al-hasyawiyah[8]….[9]
Sedangkan ini adalah istilah yang dipelopori dan digunapakai oleh ahli bid’ah untuk menghina ahli sunnah. Kata al-Alusi:
Sedangkan ini adalah istilah yang dipelopori dan digunapakai oleh ahli bid’ah untuk menghina ahli sunnah. Kata al-Alusi:
وخصوم السلفيين يرمونهم بهذا الاسم ؛ تنفيرا
للناس عن اتباعهم والأخذ بأقوالهم
Terjemahan: Dan pembenci salafiyyah melemparkan mereka
dengan nama ini (al-Hasyawiyah) untuk menjauhkan manusia dari mengikuti mereka
ataupun mengambil perkataan mereka[10].
Jadi
tidak hairanlah jika ia mengandungi kritikan kepada al-barbahariyah ataupun
al-barbahari sendiri.
PENISBATAN
ULAMA TERHADAP KITAB SYARHUS SUNNAH
Kitab Syarah as-Sunnah dinisbahkan
ramai ulama kepada al-Barbahari
Ibnu Abi Ya’la menyebutkan
وصنف البربهاري مصنفات منها: شرح كتاب
السنة
Az-Zahabi juga menaqal perkataan di
atas di Tarikh al-Islam 24/258, as-Safadi juga menisbahkannya kepada
al-Barbahari dalam al-Wafi Bi al-Wafayat 12/91. Manakala banyak ulama lain yang
memberikan referensi dari kitab ini dan disandarkan kepada al-Barbahari seperti
Ibnu Muflih dalam Kitab al-Furu’ (3/269), al-Adab al-Syari’yyah (1/203, 3/277,
3/577) dan selainnya
Sebahagian pentaksub asyairah
menganggap kitab ini ditulis oleh Ahmad bin Muhammad bin Ghalib mashyur dengan
panggilan Ghulam Khalil..Mereka
berhujahkan dengan manuskrip kini yang tertulis nama Ghulam (rujuk gambar 1)
tetapi sebetulnya manuskrip ini tidak eksplisit menisbahkan kitab tersebut
kepada Ghulam Khalil kerana bunyi ungkapan dari rawi adalah seperti berikut,
‘Ghulam Khalil mengatakan: Riwayatkanlah buku ini dariku, dari awalnya sampai
akhirnya” (rujuk gambar 2).
Di
samping itu, keberadaan manuskrip ini hanya setelah abad ke-6 sedangkan sebelum
itu Ibnu Abi Ya'la (526H) sudah menisbahkan kitab ini kepada al-Barbahari.
Bahkan ramai ulama kemudiannya juga melakukan hal yang sama (tidak kurang dari
10 ulama)
Gambar 1: Manuskrip Syarh as-Sunnah[12]
Gambar 2: Scan berkaitan riwayat
kitab[13]
Berdasarkan
indikasi-indikasi ini, menisbahkan manuskrip ini kepada Ghulam Khalil tidak
tepat ataupun kesalahan. Atas dasar itulah, penulis berpendapat pentahqiq
menggunakan manuskrip ini sebagai salah satu dari kitab karya al-barbahari
apatah lagi bila dibandingkan dengan nukilan dari Ibnu Abi Ya’la.
Jadi
tidak patut hanya dengan satu manuskrip yang tertulis nama Ghulam lantas
ditolak tepi penisbatan para ulama.
Jikapun
kita ingin menerima manuskrip ini milik 100% Ghulam dan bukannya milik
al-Barbahari, itu bermaksud kedua-duanya ada menulis kitab yang sama judulnya
dan bukan bermakna al-Barbahari tidak menulis kitab tersebut[14]
Ini
tidak mustahil kerana menjadi kebiasaan para ulama menulis kitab dalam judul
yang sama contohnya al-Khallal juga ada menulis kitab as-Sunnah sama seperti
imam Ahmad bin Hanbal.Ini
ditambah lagi dengan pernyataan Ismail bin Muhammad al-Fadl at-Taimi
al-Isbahani Qawwam as-Sunnah bahawa Ghulam ada menulis dalam bab aqidah
walaupun tidak disebutkan secara eksplisit nama kitab tersebut sebagai Syarh
as-Sunnah[15]
KESIMPULAN
Al-Barbahari
termasuk dari kalangan ulama hanabilah yang masyhur. Sila abaikan pentaksub
asyairah yang ingin menjatuhkan kredibiliti beliau. Kesilapan fatal yang
dilakukan ‘penyelidik’ itulah yang harus dipertikaikan kredibilitnya. Kitab Syarh as-Sunnah selamat disandarkan kepada beliau.
BACAAN
LANJUT
PENGHARGAAN
Sekalung
penghargaaan kepada ustaz Salman Ali, ustaz Rozaimi,Ustaz Babanya Sofia dan Jaser
Leonherat yang menyemak dan memberikan input yang bernas
CATATAN
Ada sebuah kitab yang berjudul Fath al-Bari bi takdzib nisbati kitab Syarh as-Sunnah lil Barbahari tulisan syaikh Laits Makkah ditulis untuk mempertikaikan penisbatan kitab Syarh as-Sunnah kepada al-Barbahari. Penulis tidak mempunyai kitab ini. Sekiranya ada hujah dari kitab ini yang valid dan membetulkan hujah penulis di atas maka kritikan ilmiah amat dialu-alukan.
Ada sebuah kitab yang berjudul Fath al-Bari bi takdzib nisbati kitab Syarh as-Sunnah lil Barbahari tulisan syaikh Laits Makkah ditulis untuk mempertikaikan penisbatan kitab Syarh as-Sunnah kepada al-Barbahari. Penulis tidak mempunyai kitab ini. Sekiranya ada hujah dari kitab ini yang valid dan membetulkan hujah penulis di atas maka kritikan ilmiah amat dialu-alukan.
[1]
Tabaqat al-Hanabilah, 2/58
[2]
Al-Muntazam fi at-Tarikh al-Muluk wa Umam, 14/14
[3]
Siyar al-‘Alam an-Nubala, 15/90
[4]
Al-Bidayah wa Nihayah, 15/137
[5]
Al-Ansab, 2/314
[6]
Tabaqat al-Hanabilah 2/44
[7]
Al-‘Ilam ar-Zirikli 1/134
[9]
Al-Bad’u wa at-Tarikh, 5/148
[11]
Tabaqat al-Hanabilah, 2/18
[12]
http://www.alukah.net/manu/files/manuscript_247/13.pdf
[13]
Ibid
[14]
Kami tidak memilih pandangan ini kerana bukti-bukti sebelumnya menolak
pandangan ini.
[15]
Al-Hujjah fi Bayan al-Mahajjah wa Syarh ‘Aqida Ahl Sunnah, 2/510
2 comments:
Salam 'alayk. Alhamdulillah, jumpa jgk blog saudara yg sy dah lama cari. MaShaa Allah, Allah kurniakan saudara dgn kurniaan yg baik iaitu mampu berhujah dgn baik, Alhamdulillah!
Cuma ada sedikit pertanyaan atau penjelesan yg sy perlu tahu. Mungkin pertanyaan ini tidak ada kena mengena apa yg saudara ceritakan dalam blog saudara, tp ia sedikit sebanyak berkaitan dgn syiah jgk.
Seperti yg kita tahu, revolusi di Syria ada kaitan dgn syiah seperti mana mereka mengatakan darah sunni halal utk dibunuh. Tp dlm byk2 perbahasan mengenai kebangkitan Syria ni, ada segolongan yg dipanggil sebagai ISIS yg segelintir mengatakan mereka ini adalah ejen2 CIA dan ada yg mengatakan mereka ini mujahideen.
Apa komen saudara mengenai ISIS ni, krn mereka ini byk dr klgn muslim sunni menyebabkan ramai yg agak kurg yakin dgn perjuangan ISIS ini.
Mohon pencerahan agar sy mampu menjelaskan kpd mereka yg ISIS ini sebenarnya berada dlm 'track'yg betul.jika berkesempatan saudara boleh menjawab melalui emel sy, sitibalqisamsudin@gmail.com
JazakAllah khoirun Jaza'
Wa'alaikumsalam, maafkan saya, saya tidak mengkaji secara mendalam tentang ISIS.
Post a Comment