Baru-baru wacana ilmiah berkenaan istilah kafir harbi dianjurkan
oleh IKRAM bertempat di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) membariskan
beberapa ilmuan ternama dari organisasi yang berbeza. Penulis beranggapan ia
satu fenomena sihat yang wajar diberikan penelitian ilmiah dan dikaji isinya
secara mendalam
Beberapa ulasan yang selektif oleh beberapa pihak tidak mencerminkan keadaan
sebenar wacana tersebut[1].
Ada juga ulasan ilmiah yang baik untuk tatapan pembaca[2][3][4].
Media juga tidak kurang memberikan liputan kepada wacana ini[5].
InshaAllah dalam artikel ini penulis berminat untuk melakukan
analisis ilmiah terhadap wacana yang dilangsungkan
WACANA
ATAU DEBAT?
Biarpun wacana ini sepatutnya memjadi medium bagi setiap panelis
membentangkan hujah masing-masing. Kelihatan ia juga medan untuk sebahagian
dari mereka saling bertempur melancarkan serangan dan membalas sanggahan.
Apapun penulis menganggap tidak salah menjadikan wacana ini sebagai medan debat
dengan syarat masing-masing panelis di pentas berpeluang menjawab dan merespon
kritikan yang diberikan.
BARISAN
PANELIS
Dr Maszlee Malik (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
Ustaz Engku Ahmad Fadzil (Institut Kajian Strategik Islam Malaysia)
Dr Fathul Bari (Pemuda UMNO)
Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari (ASWAJA)
Ustaz Hasanuddin Yunus (AMANAH)
MODERATOR
Prof Zulfakar Ramlee (IKRAM)
FORMAT
WACANA
Setiap panelis diberikan masa 10 minit bagi pembentangan sesi 1 dan
sesi 2 manakala 3 minit untuk sesi penggulungan. Hadirin diberikan peluang
untuk bertanyakan soalan sebelum sesi penggulungan.
Moderator
membahagikan skop wacana kepada dua iaitu konsep kewarganegaraan berdasarkan
pandangan silam (sesi 1) dan realiti semasa (sesi 2).
METHOD
ANALISA
Analisa dilakukan dengan melihat kepada isi perbincangan, jawapan
para panelis kepada persoalan moderator, pertembungan para panelis, masa yang
diperuntukkan[6]. Analisa dilihat secara objektif dari kacamata
awam. Hanya hujah-hujah utama yang berkaitan dengan topik akan diringkaskan
menurut kefahaman penulis akan dicatitkan berdasarkan minit dan saat[7].
Hujah-hujah sesi 1,2 dan penggulungan digabungkan untuk menjimatkan ruang. Analisa
ringkas berkenaan soal jawab dibuat secara berasingan Hujah-hujah sampingan hanya
dicatit jika diperlukan. Perbandingan juga dilakukan dengan video lain jika
video asal yang dijadikan rujukan berlaku masalah pada sistem audio[8].
Hujah-hujah Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik memulakan sesi dengan membincangkan peranan pelajar-pelajar Islam yang membina banyak pusat-pusat Islam di Amerika (11:23-13:52).Ulama-ulama silam tidak mengambarkan fenomena seperti ini ketika membahagikan daulah islam dan darul kufur bahkan disebut Syeikh Abdullah bin Bayyah dan Syeikh Muhammad Abu Zahrah , Wahbah az-Zuhaili, Yusuf al-Qaradhawi. (13:53-15:23).
Pengelasan negara Islam pada waktu silam adalah samada dar al-Islam, dar al-harb, dar al-a’ad. Non-muslim dibahagikan kepada harbi, musta’min, mu’ahad, zimmi dan menurut politik semasa (15:40-17:15). Penentuan pengklasifikasi non-Muslim adalah hak mutlak pemerintah kerana ia melibatkan darah, nyawa, perhubungan antara manusia dan kucar kacir jika dibiarkan pada orang kebanyakan, individu atau kelompok-kelompok e.g khawarij, PKK, ISIS, al-Qaeda dan selainnya (17:30-19:30). Ulama berkhilaf samada pembahagian kepada darul harbi “valid” atau tidak.
Majoriti menganggap tidak “valid”terutamanya Syeikh Muhammad Abu Zuhra manakala sebahagian lain menganggap valid seperti Syeikh Yusuf al-Qaradawi tetapi yang ada hanya dar al-‘ahdi dan darul kufur hanya Israil dan negara yang menyanggahi piagam PBB (21:19-22:03). Kesemua ulama sepakat bukan Islam yang duduk dalam negara Islam adalah warganegara, al-muwathinun ghairul muslimin dan bukan kafir harbi (22:39). Kewajipan melakukan dakwah kepada bukan Islam hatta yang menentang. Berdakwah kepada mereka sebelum berperang (22:49-22:59)
Pada sesi kedua, uts Maszlee Malik menegaskan al-Maidah ayat 33 berkaitan dengan hirabah (2:03:21-2:03:43). Beliau tidak menafikan bukan Islam itu kafir dan istilah harbi itu ada dan ghairu musytarak (2:03:47-2:04:20). Isu bunuh orang kafir atau tidak rujuk pada imam (2:04:47-2:04:51). Tidak ada warganegara Malaysia disifatkan sebagai kafir harbi (2:04:52). Dalil perlu dilihat dari sudut usuli dan ada 3 peringkat iaitu ta’wil, ta’lil dan tanzil (2:05:42-2:05:55). RUU 355 terbuka pada perbincangan dan bahaya mengharbikan mereka yang mempertikaikan (2:09:49-2:10:08). Uts Mazlee juga mempersoalkan status mereka yang bekerja di bawah kerajaan Pulau Pinang, Selangor, dan umat Islam singapura jika dianggap harbi (2:10:16-2:11:12. Jangan hidup dalam prejudis (2:12:10-2:12:37). Objektif politik adalah al-islah dan as-solah (2:14:17)
Pada sesi penggulungan, uts Maszlee menegaskan teguran kepada institusi mufti adalah kerana sayang mereka sepatutnya menjadi suara ummah (3:10:04-3:10:11). Kita perlu sampaikan hormat dan rasa cinta dalam menyampaikan Islam (3:10:20-3:10:30)
Hujah-hujah uts Engku Ahmad Fadzil
Uts Engku Ahmad Fadzil memulakan hujah dengan perbahasan berkenaan ketepatan kayu ukur yang digunakan dalam menetapkan istilah kafir harbi. Perbezaan kayu ukur menatijahkan jawapan yang berbeza sebagai contoh atheis dan liberalism. (25:16-26:36). Penetapan adalah berdasarkan pada syariah dan fakta undang-undang istilah kafir harbi sentiasa relevan (27:31-28:26).
Kalimah kafir tidak kurang dari 132 kali disebutkan dalam al-Quran. Dalil-dalil al-Quran dan hadith memerintahkan memerangi orang kafir (28:33-31:20). Orang kafir merujuk kepada yang ada perjanjian atau tidak ada perjanjian, zimmi, musta’min (31:06-32:34). Aqad yang membatalkan perjanjian mereka ialah kerana menentang Islam. Penamaan kepada mereka yang membunuh orang Islam adalah kafir harbi. (32:26-34:04).
Pada sesi kedua, uts Engku menganggap skop perbahasan seolah-olah tidak tepat yakni Persoalan yang dibincangkan seolah-olah menganggap isu samada orang kafir layak ditumpahkan darah atau tidak (1:14:00-1:14:27). Mana-mana kafir yang menentang Islam dianggap harbi, tidak dianggap satu jenis dan tidak bermakna halal darahnya. Wanita, kanak-kanak, petani tidak dibunuh (1:16:34-1:19:30).
Status orang kafir di negara adalah musta’min dalam bentuk kewarganegaraan dan tidak sama status. (1:19:00-1:19:28). Status tanahair sebelum Islam adalah harbi secara teknikal dan tidak diperangi membuktikan penamaan harbi tidak mesti diperangi (1:21:16-1:21:30). Salah menganggap tidak boleh berdakwah pada kafir apabila dikelaskan sebagai harbi (1:24:05-1:24:26). Beliau juga mengulas berkenaan kenyataan Mufti Pahang dimana mufti menjawab persoalan sesuai dengan tanggungjawab dan terpaksa mengatakan harbi atas dasar syariah (1:21:10-1:22:18)
Uts Engku menutup hujah beliau pada sesi penggulungan dengan menerangkan peranan musuh Islam dalam menghilangkan kekuatan muslim. Rahsia kemunduran umat Islam ialah berpecah belah dan jangan terpedaya dengan musuh islam yang menggunakan muslim sendiri (2:56:40-2:57:43)
Hujah-hujah Dr Fathul Bari
Dr Fathul Bari menjelaskan kenyataan Mufti Pahang tidak merujuk kepada halalnya darah. Harbi yang dimaksudkan adalah jihad melawan pemikiran, ideologi dan idealisme (37:30-37:48). Komunikasi dengan umum perlu menggunakan bahasa yang mudah dicerna dan difahami awam supaya tidak timbul fitnah berdasarkan athar Ali r.a (38:20-38:42). Pengungkapan kalam perlulah berhati-hati (39:28-40:00).
Beliau menyatakan kesepakatan dalam daulah al-harbiyah dan negara-negara yang ada hubungan diplomatik dianggap muahadah/zimmah berdasarkan athar Ibnu ‘Abbas r.a (40:41-42:22). Penelitian kepada nas perlu dilihat secara keseluruhan dan bukan selektif. Nas menunjukkan ada harbi yang dibunuh dan tidak bunuh oleh nabi (42:34-44:05). Masalah penamaan harbi berlaku sesama Islam dan penetapan harbi dilakukan oleh pemerintah (44:24-45:13)
Pada sesi kedua beliau menyatakan tidak perlu berbalah dalam istilah (1:27:07-1:27:35). Kemudian beliau menjelaskan berkenaan ideology pluralism (1:29:32-1:30:43). Allah memerintahkan kita untuk berdakwah dan menonjolkan toleransi berprinsip (1:31:05-1:31:39). Provokasi terhadap kaum muslimin perlu ditegur (1:32:10-1:36:19)
Pada sesi penggulungan beliau menjelaskan konsep Islam yang lurus dan toleransi (3:02:40-3:02:43). Khilaf akan sentiasa berlaku dan yang penting bagaimana berinteraksi dengan khilaf tersebut (3:02:45-3:04:11). Orang bukan Islam perlu juga menjaga sensitiviti umat Islam (3:04:12-3:04:29)
Hujah-hujah ust Zamihan Mat Zin al-Ghari
Uts Zamihan mengklasifikasikan kafir merujuk kepada sumber yang disepakati iaitu al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas dan tidak kerana faktor geopolitik (48:25-48:28). Istilah kafir harbi relevan dulu kini dan selamanya berdasarkan keterangan nas. 6 ayat al-Quran menyebutkan berkenaan kafir harbi (50:52-51:58).
Kadar hukuman bergantung kepada tahap penentangan kafir kepada Allah dan Rasul. Ayat al-Maidah 5:33 tidak dimansuhkan dengan faktor-faktor lain (51:58-52:57). Beliau menjelaskan beberapa dalil-dalil al-Quran yang lain dan statistik dalam kitab-kitab hadith akan penggunaan istilah kafir harbi (53:45-55:36).
Kenyataan Mufti Pahang perlu diselidiki dahulu dan tidak menerima terus dari media. Maksud mufti bukan dalam konteks pertumpahan darah tapi wajar ditentang dari sudut kefahaman dan pemikiran berdasarkan pada rang undang-undang (57:19-58:53)
Sesi kedua pula uts Zamihan menegaskan konsep perlembagaan DAP berdasarkan kepada sama rata (1:48:23-1:48:38). DAP mempelopori isu benarkan murtad di Malaysia (1:48:39-1:49:28) dan menyemarakkan penghinaan pada raja-raja Melayu (1:49:29-1:49:44). Hak penarafan kafir harbi adalah hak ekslusif pemerintah dan tidak boleh mempertikaikan kredibiliti mufti Pahang selaku lantikan pemerintah (1:50:47-1:51:47). Majlis fatwa kebangsaan tidak men’standardized’kan istilah kafir harbi (1:52:32-1:52:43)
Keterangan athar Ali r.a merujuk kepada ayat-ayat mustabihat (1:55:22-1:55:34). Tidak perlu takut untuk menggunakan istilah kafir harbi kerana digunakan dalam dalil (1:55:12-1:55:35). Mengkritik boleh tapi yang membina dan jangan sampai menghina (1:57:32-1:57:40)
Pada sesi penggulungan, uts Zamihan mengajak kita bersatu dalam aqidah ahlu Sunnah wal jamaah, asya’irah, mazhab syafie qaul mu’tamad dan tasawwuf yang benar (3:04:24-3:04:35). Boleh kemukakan pandangan, cadangan, penafsiran tetapi jangan melampau (3:05:30-3:05:36) serta beliau mengakhiri dengan mengatakan tiada dendam yang hanya kemaafan antara kita semua (3:07:34-3:07:43)
Hujah-hujah uts Hasanudin
Ustaz Hasanudin memulakan perbahasan dengan kefahaman kepada istilah. Istilah berkembang menurut perkembangan manusia e.g istilah haikal (1:00:14-1:00:59). Pengunaan istilah perlu tepat dan faham latar belakangnya e.g air mu’tamal disisi Syafie dan Hanafi (1:00:52-1:01:29) Aqal dan hikmah perlu digunakan untuk meletakkan nas pada tempat yang betul dan aplikasi dalam realiti (1:01:34-1:02:36)
Istilah fiqah ulama silam adalah menurut realiti zaman mereka. Penjelasan berkenaan tsawabit dan mutaghaiirat (1:03:12-1:04:08). Kita perlu menyebutkan kehidupan sekarang dan bukan dalam kehidupan di zaman silam (1:05:00-1:05:50).Perkataan Mufti Pahang membawa kepada suasana buruk sangka dan salah faham (1:10:15-1:10:38)
Pada sesi kedua, beliau menerangkan perjumpaan dengan DAP dimana mereka bersedia mendengar teguran dan nasihat (1:36:59-1:38:56). DAP, KEADILAN DAN AMANAH bersetuju dengan 4 syarat utama yang berkaitan perlembagaan (1:38:57-1:40:13). Beliau menyarankan kita agar belajar bernegosiasi (1:40:51-1:41:50). Kenyataan Mufti memberikan kesan pada orang bukan Islam dan kita perlu betulkan (1:43:01-1:43:33). Jangan mencabar orang bukan Islam sebaliknya memujuk mereka pada Islam (1:44:00-1:47:09)
Pada sesi penggulungan, beliau inginkan rahmat seluruh alam berlaku di Malaysia (2:59:50-2:59:59) dan beliau menjelaskan Yb Khalid Samad dan DAP tidak menolak RUU 355 (3:00:00-3:01:00)
Catatan-catatan ilmiah berkenaan wacana
Setelah mengumpulkan kesemua hujah-hujah panelis dalam ketiga-tiga bahagian[9], maka dapatlah penulis memberikan beberapa catatan dari sudut tekninkal dan hujah.
1. Para panelis telah mencampurkan hujah-hujah pada sesi 1 dan sesi 2. Sepatutnya sesi pertama membahaskan konsep kewarganegaraan dari sudut pandangan silam dan sesi kedua pula mengaitkan dengan konteks Malaysia. Moderator sepatutnya lebih tegas dalam menyatakan skop perbahasan dan tajuk.
2. Para panelis kelihatan setuju bahawa istilah kafir harbi itu relevan dan penarafan kafir harbi ditetapkan oleh pemerintah. Mereka juga bersetuju orang kafir di Malaysia adalah musta’min atau muwathinah yang terikat dengan kewarnegaraan. Yang menjadi perbezaan ialah penggunaan istilah kafir harbi di Malaysia, peranan DAP dan isu berkaitan kenyataan Mufti Pahang
3. Uts Engku, Dr Fathul Bari dan Uts Zamihan banyak membawakan naqalan dari al-Quran dan al-Hadith manakala Dr Maszlee membawakan naqalan banyak dari tafsiran ulama yang menjelaskan dari konteks silam dan semasa. Uts Hasanudin juga menukil beberapa ayat al-Quran dalam penjelasan istilah dan beliau jelas dalam membahaskan perubahan dan konteks istilah. Dr Fathul Bari mantap dalam menjelaskan kaedah berinteraksi dengan dalil.
4. Dr Maszlee Malik dan Uts Hasanudin kelihatan menolak penamaan kafir harbi dalam konteks Malaysia manakala Uts Engku dan Uts Zamihan menerima penamaan tersebut. Manakala Dr Fathul Bari tidak memberikan pendirian dengan jelas
5. Dalil-dalil al-Quran dan al-hadith yang dibawa oleh uts Engku dan uts Zamihan adalah dalam konteks peperangan. Maka ia tidak selari dengan penjelasan uts Zamihan bahawa kafir tidak mesti diperangi dan hujah uts Engku status tanah melayu sebelum Islam yang teknikalnya harbi. Hujah menggunakan wanita, kanak-kanak dan petani tidak dibunuh dalam perang juga tidak tepat mengaitkan dengan harbi di Malaysia. Hujah Dr Fathul Bari menggunakan kes Abdullah bin Ubai lebih tepat akan wujudnya harbi yang tidak perangi. Dr Maszlee pula tidak jelas menamakan Alvin Tan dan seumpamanya sebagai kafir harbi tetapi sebagai penjenayah.
6. Penghujahan uts Zamihan seolah-olah menganggap Dr Mazslee menolak ayat-ayat al-Quran dari konteks geopolitik tapi hakikatnya Dr Maszlee Malik menganggap ayat-ayat tersebut relevan hanya saja perlu ditafsirkan sesuai dengan realiti semasa dan kefahaman usul fiqh[10].
7. Dari sudut kenyataan Mufti Pahang, kelihatan posisi yang menarik oleh para panelis. Uts Engku, Uts Zamihan dan Dr Fathul Bari bersepakat menyatakan kepentingan untuk bertabayyun. Manakala Dr Maszlee dan Uts Hasanudin beranggapan kenyataan itu membawa salah faham orang bukan Islam. Kesemua mereka bersetuju mufti Pahang tidak menyuruh menumpahkan darah orang kafir.
8. Dari sudut pendirian dengan DAP, kelihatan uts Engku dan Uts Zamihan tegas mengkritik pegangan dan perlembagaan DAP. Manakala Uts Maszlee memuji IKRAM yang berjumpa dengan DAP. Uts Hasanudin pula menjelaskan intipati perbincangan dengan DAP, mempertahankan sikap mereka manakala Dr Fathul Bari tidak menyatakan pendirian secara spesifik.
9. Dari sudut masa, hanya Dr Fathul Bari berjaya membentangkan hujah dalam total 23 minit[11] yang diberikan. Dr Maszlee Malik dan Uts Zamihan membentangkan lebih dari 7 minit dari masa yang diperuntukkan. Manakala uts Hasanudin dan uts Engku masing-masing kurang dan lebih dari seminit. Sebaiknya moderator menerapkan sistem loceng sebagai amaran kepada para panelis. Faktor serangan dan jawapan balas mungkin menyebabkan pembentangan Dr Maszlee dan Uts Zamihan paling lama berbanding panelis lain.
Panelis
|
Jumlah masa
|
Dr Maszlee Malik
|
30 minit 58 saat (7 minit 58 saat)
|
Uts Engku Ahmad Fadzil
|
24 minit 19 saat (1 minit 19 saat)
|
Dr Fathul Bari
|
22 minit 2 saat (+ 58 saat)
|
Uts Zamihan
|
30 minit 33 saat (7 minit 33 saat)
|
Uts Hasanudin
|
23 minit 59 saat (-59 saat)
|
PERTEMBUNGAN ANTARA PANELIS
Wacana menjadi menarik apabila para panelis berterus terang menyatakan persetujuan dan khilaf antara mereka. Sebahagian besar dari pertembungan secara terus tersebut dipaparkan di bawah
Ustaz Engku Ahmad Fadzil vs Uts Dr Fathul Bari
Ustaz Engku mengkritik riwayat Ali r.a yang dibawa oleh uts Dr Fathul Bari merujuk kepada sesuatu yang tidak betul namun dianggap benar berbeza dengan istilah kafir harbi yang disebut Mufti Pahang yang sememangnya betul. (1:15:10-1:15:35). Uts Fathul Bari merespon dengan mengatakan komunikasi dengan manusia dalam bahasa yang diketahui merujuk kepada penisbahan perkataan harbi kepada kumpulan tertentu bukannya tidak relevan (1:27:36-1:28:16)
Uts Zamihan Mat Zin al-Ghari vs Uts Dr Fathul Bari
Ustaz Zamihan mengkritik athar Ali r.a yang dibawakan oleh Dr Fathul Bari sebagai khusus berkenaan dengan kontekstual ayat mutasyabihaat seperti yang diulas oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari (55:36-55:59,1:54:19-1:54:44). Dr Fathul Bari menjawab mengatakan jangan jumud dalam tafsiran athar itu kerana ada ulama lain meletakkan dalam konteks bukan ayat mutasyabihat seperti Ahmad bin Hanbal, Malik dan Abu Yusuf (2:51:25-2:52:17)
Uts Zamihan Mat Zin al-Ghari vs Uts Dr Maszlee Malik
1. Uts Zamihan mengkritik Uts Dr Maszlee kerana awal mengkritik Mufti Pahang berkenaan kenyatan kafir harbi (57:36-58:44). Ustaz Dr Maszlee menjawab kenyataan Mufti ada kaitan dengan ancaman ISIS tiga hari sebelum itu dan merasa tanggungjawab untuk menjelaskan agar tidak salah tafsir kenyataan Mufti serta bukan beliau saja yang mengeluarkan kenyataan tersebut (2:06:48-2:08:26)
2. Uts Zamihan mengkritik Uts Dr Maszlee kerana memetik syeikh Ali Jum’ah padahal beliau sendiri mengatakan ‘damn you Ali Juma’ah’ dan bertaqiyyah (2:33:46). Uts Maszlee mengatakan memang beliau tidak bersetuju dengan Ali Jumuah kerana menyokong hukuman bunuh terhadap Morsi tetapi yang dibicarakan berkenaan ulilamri adalah bab jihad dan politik (3:09:09-3:09:20)
3. Uts Zamihan mengkritik Uts Dr Maszlee kerana memerli Mufti Pahang berkaitan dengan Elton John (2:38:10). Uts Maszlee merespon dengan mengatakan bukan menyamakan mufti dengan Elton John tetapi ingin mengatakan pemuda Pas membantah Elton John namun dimana suara mufti? (3:09:51-3:13:56)
Uts Engku Ahmad Fadzil vs Dr Maszlee Malik
1. Uts Engku Ahmad Fadzil mengkritik Uts Dr Maszlee cuba mengaitkan isu keganasan tauhid 3 yang beliau sebutkan dengan Tuan Guru Haji Hadi (2:46:18-2:46:38).Uts Maszlee merespon dengan mengatakan beliau memang mengenali tauhid 3 melalui buku-buku dan ceramah Haji Hadi (3:08:18-3:08:26)
2. Uts Engku Ahmad Fadzil mengkritik Uts Dr Maszlee berkaitan frasa ‘kalau cinta lama itu babi dan cinta baru itu lembu, siapakah anda’?(2:46:47-2:47:00). Uts Maszlee merespon frasa itu tidak merujuk kepada Haji Hadi, tapi kepada novel ketiga beliau (3:08:28-3:08:42)
ULASAN BERKAITAN DENGAN PERTEMBUNGAN
Mengkritik panelis berhadapan dalam wacana umum dibenarkan jika sememangnya termasuk dalam agenda wacana yang ditetapkan dari awal. Jika tidak, ia memang agenda tersembunyi ingin menjatuhkan panelis lain. Jika ingin dilakukan demikian, debat berformat adalah kaedah terbaik dimana masing-masing ada isu dan masa yang ditetapkan.
Uts Engku dan uts Zamihan kelihatan dalam satu pasukan menyerang Dr Maszlee Malik dan Dr Fathul Bari. Namun, Dr Maszlee dan Dr Fathul Bari jelas mempertahankan hujah-hujah mereka dengan cemerlang. Khususnya, Dr Maszlee meneutralkan satu persatu serangan dilontarkan. Namun, ia menyebabkan beliau melangkaui masa yang ditetapkan moderator.
Sesi Soal jawab bersama hadirin
1. Apakah Alvin Tan, Patrick Teo, DAP masih dianggap kafir zimmi?(2:16:31-2:17:19)
2. Kenapa DAP walaupun sudah faham masih setiap hari memprovokasi umat Islam?(2:18:15-2:18:48)
3. Apakah MCA, DAP, MIC, Gerakan diklasifikasi sebagai kafir harbi? (2:19:15-2:19:27)
4. Bagaimana seharusnya kita dengan mufti Perlis, dan mufti arab saudi? (2:19:32-2:20:00)
5. Bagaimanakah dan siapakah yang memulakan polemik pertumpahan darah berdasarkan kenyataan Mufti Pahang? (2:20:05-2:20:33)
6. Bagaimana kita nak kata pada UMNO yang menentang dan tak buat langsung (RUU 355) (2:20:36-2:21:08)?
7. Kenapa Malaysia saja yang timbul kafir harbi? (2:21:36-2:21:42)
8.Apakah hukum bekerjasama dengan kafir harbi dalam perkara kebaikan? (2:21:46-2:21:56)
9. Apakah DAP punca masalah menentang Islam atau ada organisasi di belakang parti tersebut? (2:21:57-2:22:12)
10. Apa tindakan kita kepada yang sudah tahu mengenai istilah harbi tapi masih menentang?(2:22:21-2:22:45)
11. Penjelasan berkenaan wahabi dan ahlu sunnah wal jamaah (2:22:50-2:23:16)?
Soalan bertulis
12. Apakah mendiamkan diri dalam keadaan Islam dihina itu satu sokongan terhadap penghinaan tersebut? (2:48:27-2:48:37)
Jawapan soalan 1: Ust Maszlee (2:24:08-2:28:01)
1. Orang seperti Alvin Tan dan seumpama dengannya dipanggil penjenayah dan dikenakan tindakan undang-undang (2:24:08-2:24:17)
Jawapan soalan 2: Uts Hasanudin (2:28:12-2:31:02)
1. Menggunakan istilah yang sesuai bersama DAP dan bersikap baik (2:28:26-2:30:41)
Jawapan soalan 3, 4, 5: Uts Zamihan (2:30:49-2:39:15)
1. Tidak terbukti keharbian MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain dari segi perkataan, perbuatan dan ‘itiqad (2:31:12-2:31:17)
2. Pegangan Mufti Arab Saudi tidak sesuai dipraktikkan dalam ayat mutasyabihat dan bercanggah dengan pegangan di Malaysia (2:32:10-2:33:07)
3. Mufti Perlis yang pertama menuduh uts Zamihan sebagai syiah pada 30-31 Julai 2001, mengaitkan ASWAJA dengan hindraf (2:35:06-2:36:38)
4. Uts Maszlee mengaku orang pertama yang mengulas dan sepatutnya biarkan mufti mengulas kenyataannya sendiri (2:36:45-2:37:30)
5. Indonesia telah membincangkan istilah kafir harbi lebih awal (2:37:31-2:37:36)
Jawapan soalan 6, 7, 8 :Uts Engku Ahmad Fadzil-2:39:15-2:51:09
1. Istilah kafir harbi dan membincangkan DAP sebagai kafir harbi isu berbeza (2:40:05-2:40:26)
2. Rasulullah sallahu ‘alaihi wasalam menyerang yahudi yang melanggar perjanjian (2:40:47:2:40:55)
3. IKSIM mengambil maklumat dari strategis DAP yang ingin menghancurkan Islam’ (2:41:46-2:42:05)
4. DAP menjadikan perlembagaan mereka sebagai sekular (2:42:33-2:42:50)
5. Penentangan ahli UMNO terhadap hudud adalah satu dosa (2:47:03-2:47:19)
6. Jangan literal dan jumud dalam istilah kafir harbi (2:47:48-2:48:19)
7. Mendiamkan kemungkaran dianggap bersubahat dengan kemungkaran (2:49:01-2:49:05)
Jawapan uts Fathul Bari (2:51:17-2:55:27)
1. Isu Wahabi dan ahlu Sunnah adalah isu akademik dan ilmiah (2:53:29-2:53:58)
2. Jangan bersikap ‘pukalisme’ (2:54:11-2:54:31)
Ulasan ringkas berkaitan sesi soal jawab
1. Sesi soal jawab melibatkan 12 soalan yang ditanya dan bukan 10 seperti yang disebutkan oleh moderator. Soalan ke (2), (8), (9) tidak disentuh secara langsung oleh para panelis.
2. Uts Hasanudin tidak menjawab soalan (2) dengan tepat. Soalan ditanya tentang kenapa DAP masih memprovokasi umat Islam pasca perjumpaan dengan AMANAH. Namun yang dijawab berkaitan sikap kita dengan bukan Islam.
3. Uts Zamihan pula menjawab persoalan dengan baik namun jawapan persoalan (4) tidak tepat dan tidak konsisten. Beliau menyatakan pentingnya kita menghormati institusi mufti tapi kepentingan itu diabaikan apabila dirinya difitnah syiah dan dikaitkan dengan HINDRAF oleh Mufti Perlis. Jawapan seperti ini mengambarkan kita boleh melawan instititusi mufti apabila ada pertikaian antara kita dan mereka.
4. Dr Maszlee menganggap Alvin Tan dan seumpamanya sebagai penjenayah tetapi tidak jelas penamaan kafir harbi ke atas mereka disisi beliau. Persoalannya, jika terdapat sekumpulan kafir yang terang-terangkan mengistiharkan perang ke atas Yang Dipertuan Agong, apakah mereka masih dianggap penjenayah dan tidak dinamakan kafir harbi?
6. Dr Fathul Bari dan Uts Engku menjawab soalan-soalan yang diberikan walaupun ada soalan yang tercicir dan bukan berkenaan dengan topik.
Kesimpulan
Wacana ilmiah ini sangatlah baik dalam memupuk dialog yang sihat dan ilmiah. Syabas kepada IKRAM kerana berjaya menganjurkan program seperti ini. Moga-moga selepas ini akan ada lebih banyak dialog yang sihat. Walaupun berlaku sedikit gangguan ketika pembentangan baik sesama panelis ataupun dengan hadirin, wacana masih berjalan dengan lancar.
Analisa ini juga tidak mahu meletakkan ‘rating’ panelis yang paling cemerlang kerana setiap panelis ada kelebihan dan kekurangan. Yang penting adalah hujah-hujah yang diutarakan samada relevan atau tidak.
Analisa ilmiah yang dibuat penulis adalah berdasarkan kepada pemerhatian keseluruhan. Namun fokus diberikan kepada sebahagian besar hujah yang relevan. Boleh jadi penulis sendiri melakukan kesilapan, terlepas pandang dan tercicir hujah. Maka penulis terbuka kepada pembetulan jika terbukti benar.
Analisa ini adalah pada padangan awam semata-mata dan dari sudut teknikal. Perincian pada hujah-hujah dengan lebih mendalam memerlukan penulisan ilmiah yang berfokus kepada politik semasa.
Analisa ini adalah pada padangan awam semata-mata dan dari sudut teknikal. Perincian pada hujah-hujah dengan lebih mendalam memerlukan penulisan ilmiah yang berfokus kepada politik semasa.
Sekali-kali tidak mengangkat kedudukan diri melebihi kesemua panelis hanya keterujaan menyebabkan penulis mendengar wacana ini sekurang-kurangnya dua kali dari minit ke minit.
waAllahu ‘alam
Mohd Yusof bin Mohamad
[1]
Antaranya yang disebutkan disini https://www.facebook.com/zamihan/posts/1453009654724769
[2] http://jalurgemilang.my/2016/07/forum-kafir-harbi-ikram-aswaja-umno/
[3] http://abumehmed.blogspot.my/2016/07/satu-penelitian-peribadi-tentang-forum.html
[4] http://jalurgemilang.my/2016/07/kafir-harbi-antara-istilah-realiti-malaysia/
[5] http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/07/19/siapa-kafir-harbi-di-malaysia/
[6]
Jumlah masa hanya dianalisa pada sesi 1, sesi 2 dan penggulungan tanpa mengira
sesi soal jawab.
[7]
Perbezaan beberapa saat mungkin terjadi kerana sukar menetapkan kejituan 100%
[8]
Terdapat masalah audio pada bahagian penggulungan Uts Zamihan dan awal
pembentangan Dr Maszlee. Maka penulis membuat rujukan perbandingan dengan video
di link berikut https://www.youtube.com/watch?v=j9IIMoq-abQ
[9]
Bahagian soal jawab akan dianalisa pada bahagian berikutnya
[10]
Ini salah satu bentuk ‘straw man fallacy’.
[11]
10 minit pusing pertama, 10 minit pusingan kedua dan 3 minit penggulungan
1 comment:
Kritikan kepada analisa ilmiah di atas. Penulis merumuskannya dalam perenggan dibawah
"Analisa dia atas telah tercicir banyak hujah utama Dr Maszlee Malik. Sepatutnya dijelaskan kedudukan fiqh siyar dan kenapa dikaitkan dengan para ulama. Semuanya ditulis dalam disiplin ilmu fiqh siyar. Sedangkan ramai panelis yang komentar tanpa mengikut disiplin tersebut hingga memetik ayat berkaitan dengan hirabah dan jihad. Sepatutnya analisa mengambil kira Fiqh Siyar dan Alaqaat Duwaliyah fi al-Islam".
Berkenaan dengan istilah penjenayah dan kafir harbi, perlu dlihat kenapa digunakan istilah penjenayah dan bukannya kafir harbi. Istilah kafir harbi mempunyai konotasi dan syurut serta tidak berdasarkan pada kefahaman literal semata-mata. Sebab tu kita diajar dalam istilah istilah fiqh selalu kita diajarkan makna sesuatu perkataan dari segi bahasa literal dan juga istilah fiqh"
...................................................................
Post a Comment