Benarkah ada ayat-ayat al-Quran telah hilang
selama-lamanya setelah berlakunya peperangan al-Yamamah? InsyaAllah, dalam
artikel yang ringkas ini akan dibahaskan isu ini
Pembukuan al-Quran zaman Abu Bakar r.a
Setelah kewafatan Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam,
Abu Bakar r.a menggalas tanggungjawab menghapuskan pemberontakan dan gerakan
nabi palsu yang muncul sekitar jazirah arab. Pada tahun 12 Hijrah, perang
al-Yamamah berlangsung antara tentera Abu Bakar r.a dengan tentera nabi palsu,
Musailamah al-Kazzab. Peperangan ini diakhiri dengan kemenangan di pihak Abu
Bakar r.a setelah Musailamah mati di tangan Wahsy Ibn Harb.
Kemenangan Abu Bakar r.a tidak datang dengan mudah
bahkan disebutkan 70 penghafal al-Quran[1]
mati dalam peperangan tersebut
Kematian ramai huffaz ini membimbangkan Umar
al-Khattab lantas dicadangkan al-Quran dibukukan agar tidak hilang
selama-lamanya dengan kematian para huffaz tersebut. Zaid bin Tsabit meriwayatkan
«أَرْسَلَ إِلَيَّ أَبُو بَكْرٍ مَقْتَلَ أَهْلِ اليَمَامَةِ، فَإِذَا
عُمَرُ بْنُ الخَطَّابِ عِنْدَهُ»، قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: إِنَّ
عُمَرَ أَتَانِي فَقَالَ: إِنَّ القَتْلَ قَدْ اسْتَحَرَّ يَوْمَ اليَمَامَةِ بِقُرَّاءِ
القُرْآنِ، وَإِنِّي أَخْشَى أَنْ يَسْتَحِرَّ القَتْلُ بِالقُرَّاءِ بِالْمَوَاطِنِ،
فَيَذْهَبَ كَثِيرٌ مِنَ القُرْآنِ، وَإِنِّي
أَرَى أَنْ تَأْمُرَ بِجَمْعِ القُرْآنِ، قُلْتُ لِعُمَرَ: «كَيْفَ تَفْعَلُ شَيْئًا
لَمْ يَفْعَلْهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟» قَالَ عُمَرُ:
هَذَا وَاللَّهِ خَيْرٌ، «فَلَمْ يَزَلْ عُمَرُ يُرَاجِعُنِي حَتَّى شَرَحَ اللَّهُ
صَدْرِي لِذَلِكَ…
Terjemahan: Dikirimkan (berita) korban pembunuhan al-Yamamah kepada Abu Bakar dan Umar Ibnul Khattab disisinya,
berkata Abu Bakar radiyaAllahu ‘anhu, ‘Sesungguhnya Umar datang kepadaku dan
berkata:sesungguhnya keadaan perang di
al-yamamah semakin dahsyat buat para qurra, aku khuatir keadaan perang di
tempat lain juga sama dahsyat buat
mereka hingga boleh menyebabkan sebahagian besar kandungan quran itu
lenyap, sesungguhnya
aku melihat (ada baiknya) engkau memerintahkan untuk mengumpulkan al-Quran. Aku berkata kepada 'Umar,'Bagaimana engkau mahu lakukan sesuatu tidak
dilakukan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasalam? Berkata ‘Umar: Demi Allah ini
baik, ‘Umar sentiasa memujukku sehingga Allah membuka hatiku untuk itu...[2]
Abu Bakar r.a akhirnya bersetuju dan melantik Zaid bin
Tsabit mengetuai pengumpulan al-Quran. Persetujuan Abu Bakar r.a menunjukkan
hal ini bukanlah bid’ah yang buruk disisinya walaupun pada awal ia keberatan
melakukan sesuatu yang tidak dilakukan baginda. Apabila jelas kepada Abu Bakar
r.a tindakan mengumpulkan al-Quran ini termasuk dalam maslahah umat yang tidak
mengubah agama itu tersendiri, maka akhirnya beliau menerima pandangan Umar r.a.
Begitu berhati-hatinya sahabah dalam memelihara agama ini
Al-Quran yang hilang selama-lamanya?
Antara kritikan yang dilontarkan anti-Islam ialah
terdapat ayat-ayat al-Quran yang telah hilang selama-lamanya dengan kematian
para Qurra’
Frasa ‘فَيَذْهَبَ كَثِيرٌ مِنَ القُرْآنِ’ [ lenyaplah banyak dari al-Quran]
Untuk mengelakkan lebih banyak kehilangan ayat, maka
Umar r.a mencadangkan al-Quran dibukukan
Dakwaan ini dikuatkan dengan riwayat berikut oleh
az-Zuhri
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ: «بَلَغَنَا
أَنَّهُ كَانَ أُنْزِلَ قُرْآنٌ كَثِيرٌ، فَقُتِلَ عُلَمَاؤُهُ يَوْمَ الْيَمَامَةِ،
الَّذِينَ كَانُوا قَدْ وَعَوْهُ فَلَمْ يُعْلَمْ بَعْدَهُمْ وَلَمْ يُكْتَبْ، فَلَمَّا
جَمَعَ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ الْقُرْآنَ وَلَمْ يُوجَدْ مَعَ أَحَدٍ بَعْدَهُمْ،
وَذَلِكَ فِيمَا بَلَغَنَا، حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ يَتَّبِعُوا الْقُرْآنَ فَجَمَعُوهُ
فِي الصُّحُفِ فِي خِلَافَةِ أَبِي بَكْرٍ خَشْيَةَ أَنْ يُقْتَلَ رِجَالٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
فِي الْمَوَاطِنِ مَعَهُمْ كَثِيرٌ مِنَ الْقُرْآنِ، فَيَذْهَبُوا بِمَا مَعَهُمْ مِنَ
الْقُرْآنِ، وَلَا يُوجَدُ عِنْدَ أَحَدٍ بَعْدَهُمْ
Terjemahan: Dari Ibnu Syihab, katanya: ada
khabar yang sampai kepada kami mengatakan bahawa ada banyak ayat quran yg
diturunkan lalu ulamanya terbunuh pada
hari yamamah iaitu yang mengingati al-quran sehingga tidak diketahui selain dari
mereka dalam keadaan ianya belum ditulis lagi.Ketika
Abu Bakar, Umar dan Uthman mengumpulkan al-Quran,dan tidak didapati (yang hilang itu) pada seorangpun selain mereka. Demikianlah
dari apa yang sampai kepada kami, ia telah mendorong mereka untuk meneliti alquran lalu mereka menghimpunkannya
di dalam mushaf pada zaman khilafah Abu Bakar kerana bimbang akan terbunuh
ramai dari kalangan orang Islam yang banyak mengingati al-quran di dalam
peperangan-peperangan lalu akan hilanglah al-quran yang ada bersama mereka
dalam keadaan tiada yang memilikinya selain mereka [3]
Kritikan riwayat az-Zuhri
Riwayat ini dikritik dari aspek kesahihannya kerana tidak diketahui siapa yang menyampaikan kisah ini kepada az-Zuhri. Az-Zuhri
meriwayatkannya dalam bentuk telah sampai kepada kami [balaghna].
Balaghaat az-Zuhri apabila berkaitan dengan riwayat hadith maka ia dianggap sebagai mursal [terputus sanad antara beliau dengan Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam]. Ia tidak dianggap shahih apabila tidak ada qarinah [petunjuk] yang menyokongnya. Diketahui al-Bukhari ada memasukkan balaaghat az-Zuhri dalam Sahihnya, namun itu bukanlah indikasi yang jelas beliau berhujah dengannya lebih-lebih lagi riwayat yang semakna dengan tanpa tambahan az-Zuhri juga ada dalam sahihnya
Balaghaat az-Zuhri apabila berkaitan dengan riwayat hadith maka ia dianggap sebagai mursal [terputus sanad antara beliau dengan Rasulullah sallahu 'alaihi wassalam]. Ia tidak dianggap shahih apabila tidak ada qarinah [petunjuk] yang menyokongnya. Diketahui al-Bukhari ada memasukkan balaaghat az-Zuhri dalam Sahihnya, namun itu bukanlah indikasi yang jelas beliau berhujah dengannya lebih-lebih lagi riwayat yang semakna dengan tanpa tambahan az-Zuhri juga ada dalam sahihnya
Yahya bin Sa’id al-Qattan menuturkan berkenaan mursal az-Zuhri
مرسل الزهري شر من مرسل غيره ؛
لأنه حافظ ، وكلما يقدر أن يسمي سمى ؛ وإنما يترك من لا يستجيز أن يسميه
Terjemahan: Mursal
az-Zuhri adalah lebih buruk dari mursal orang lain, kerana beliau seorang
Hafiz, setiap kali beliau mampu menamakan (gurunya) beliau akan namakan, hanya
saja beliau tinggalkan guru yang beliau tidak sanggup menamakannya , ..[4]
Pernyataan Yahya al-Qattan telah ditolak oleh Ahmad
bin Soleh al-Misri[5]. Namun
penisbatan penolakan ini kepada Ahmad bin Soleh datang melalui jalan Ja’far bin
Abdul Wahid al-Hashimi al-Qadhi yang dianggap pemalsu hadith oleh ad-Daraqutni,
pencuri hadith oleh Ibnu ‘Adiy dan meriwayatkan hadith yang tiada asal menurut
Abu Zur’ah[6]
As-Syafie menganggap mursal az-Zuhri tidak apa-apa
kerana beliau meriwayatkan dari Sulaiman bin Arqam[7].
Namun Sulaiman bin Arqam al-Basry ini juga seorang yang lemah.
Az-Zahabi pula berpandangan mursal az-Zuhri lebih dari
sekadar terputusnya jaringan sahabat.
Terjemah: Saya (al-Zahabi) berkata, "Marasil al-Zuhri adalah seperti (hadith)
mu'dhal kerana ia terputus dua orang perawi. Tidak harus kita menganggap bahawa dia memutuskan seorang sahabat
sahaja. kalaulah yang dibuang di sisinya itu dari sahabat pasti dia akan
menjelaskannya dan tentu dia tidak lemah untuk memausulkannya. kalaulah dia
kata: "dari sebahagian sahabat nabi s.aw. (tentu lebih baik).Sesiapa
yang menganggap mursal az-Zuhri seperti mursal Sai’d bin Musayyib, Urwah bin
Zubair, atau selain keduannya sesungguhnya dia tidak mengetahui apa yang
dikatakannya. Benar, mursalnya seperti mursal Qatadah dan selainnya[8] [9]
Walaupun riwayat di atas bukan hadith nabi dan bukan khusus membicarakan
hadith nabi, tidak dijelaskan siapa yang menyampaikan kepada az-Zuhri lantas tidak
dijadikan hujah.
Konteks kerisauan Umar al-Khattab
Jika bukan kerana ada ayat al-Quran yang hilang, kenapa Umar r.a risau?
Bukankah terdapat huffaz lain yang terselamat dari peperangan al-Yamamah
tersebut??
Ya, memang terdapat huffaz dari kalangan sahabat yang terselamat dari
perang al-Yamamah. Ini sekaligus membatalkan dakwaan al-Quran telah hilang
bersama mereka yang terbunuh disebabkan masih ada sahabat yang hidup dan
menghafaz keseluruhan al-Quran seperti Ubay bin Ka’ab, Abu Ayub al-Ansari,
‘Ubadah bin as-Shamit, Muadh bin Jabal, Abu Darda dan selainnya[10]
Kerisauan Umar r.a tidak ada kena mengena dengan dakwaan kononnya ada ayat al-Quran yang telah hilang sebaliknya kerisauan muncul apabila al-Quran tidak ditulis berdasarkan kepada huffaz yang masih hidup
Lebih-lebih lagi para sahabat memahami Rasullah sallahu ‘alaihi wassalam
telah meninggalkan al-Quran yang lengkap setelah kewafatan baginda dan tidak
mungkin sesiapa mampu menghilangkannya
Umar r.a khuatir jika huffaz yang tinggal
turut mati pada peperangan-peperangan lain hingga lenyaplah al-Quran. Ini
difahami dengan melihat kepada teks di atas, ‘ aku khuatir keadaan perang di tempat lain juga sama dahsyat buat mereka hingga boleh menyebabkan
sebahagian besar kandungan quran itu lenyap
waAllahu ‘alam
Penghargaan kepada syaikhuna Ustaz Nasim yang menyemak artikel ini dan akhuna Nawawi Abdul Razak atas koreksi
Penghargaan kepada syaikhuna Ustaz Nasim yang menyemak artikel ini dan akhuna Nawawi Abdul Razak atas koreksi
[1]
Sahih al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, no 4078, al-Itqan fi ‘Ulum al-Quran, 1/245
[2]
Sahih al-Bukhari, Bab Jam’ul
Quran, no 4986
[3]
Al-Masahif Ibnu Abi Daud, 1/99
[4]
Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi 1/535
[5]
Al-Kifayah fi Ilmi ar-Riwayah,
1/386
[6]
Lisanul Mizan, 2/177, no 488
[7]
Siyar ‘Alam an-Nubala’, 5/339
[8]
Ibid
[9]
Penjelasan lanjut berkenaan
mursal boleh dibaca disini hasil tulisan Fathi as-Sakandari http://ansarul-hadis.blogspot.com/2010/12/maksud-istilah-hadith-mursal.html
[10]
Dinukil dari http://www.letmeturnthetables.com/2010/09/quran-preservation-circumstance-abu.html
No comments:
Post a Comment