Syiah menyakini ketika
keghaiban al-Mahdi, umat masih mendapat petunjuk. Petunjuk ini seperti cahaya
dibalik awan. Doktrin sesat ini akan dibincangkan dalam artikel ini secara
ringkas
Petunjuk di balik keghaiban
Kitab-kitab syiah
selalu memperlekeh fahaman sunni dengan mengatakan sunni telah hilang punca
petunjuk selepas kewafatan Rasulullah sallahu a’alaihi wassalam. Sebaliknya
syiah, sentiasa mendapat petunjuk dengan adanya imam. Imam yang berjumlah 12
ini sentiasa memberi petunjuk pada setiap zaman.
Ahlu sunnah telah
menjawab hujah-hujah dangkal ini dengan membuktikan dengan dalil naqli dan aqli
akan kenapa tidak diperlukan lagi orang yang maksum selepas kewafatan baginda.
Bahkan ketika disoal
kembali, pasti syiah tidak mampu menjawab dengan baik. Lihat contoh di bawah
Syiah: Setiap zaman
memerlukan petunjuk, bila nabi wafat, tiada petunjuk disisi sunni tapi petunjuk
sentiasa berjalan dengan adanya imam. Imam perlu ada setiap zaman
Sunni: Secara logik,
imam perlu ada untuk menyelesaikan masalah manusia dan memberi petunjuk?
Syiah: Benar
Sunni: Kenapa imam yang
le-12 ghaib dalam keadaan umat memerlukan petunjuk dan apakah setelah lebih
seribu tahun syiah tak mendapat petunjuk??
Syiah: Oh, imam beri
petunjuk di balik tabir seperti cahaya di balik awan
Inilah dalih yang
selalu diberikan syiah. Mulanya mereka anggap perlu ada imam untuk petunjuk
berjalan, setelah diasak dengan keghaiban imam ke-12 diubah pula pegangan dengan
kata, petunjuk seperti cahaya dibalik awan
Persoalan, apakah sama
cahaya di balik awan dengan cahaya yang terus menyinari bumi? Bukankah cahaya
di balik awan itu tidak sejelas dan seterang dengan cahaya langsung?
Ulama syiah menolak manfaat mahdi ketika
keghaiban
Tidak dinafikan majoriti
ulama syiah menyakini al-Mahdi memberikan petunjuk. Ada yang mengitbatkan
pertemuan dengan al-mahdi. Semua ini adalah hujah yang lemah kerana tidak ada
bukti melainkan masing-masing mendakwa berjumpa dan mengambil manfaat
daripadanya.
Al-Mahdi sendiri
dikatakan pernah menulis surat kepada wakil Abul Hasan Ali Ibnu Muhammad Saimuri bahawa
sesiapa saja yang mendakwa pernah berjumpa dengannya sebelum kemunculan Sufyani
adalah penipu dan pendusta
Manakala dari sudut manfaat, ada ulama syiah sendiri, menolak manfaat al-Mahdi ketika keghaiban
Manakala dari sudut manfaat, ada ulama syiah sendiri, menolak manfaat al-Mahdi ketika keghaiban
Muhammad Asif Muhsini menyatakan dalam “Mashra`at Bihar al-Anwar”, (1/408)
الغيبة التي امتدت أكثر من ألف سنة وربما تمتد إلى آلاف أو ملايين السنين. فإن المؤمنين لم ينتفعوا ولا ينتفعون من إمامهم الغائب – عجل الله تعالى فرجه – في الأصول والفروع ، وما يقال بخلاف ذلك فهو تخيل وتوهم ولعب بالعقول
الغيبة التي امتدت أكثر من ألف سنة وربما تمتد إلى آلاف أو ملايين السنين. فإن المؤمنين لم ينتفعوا ولا ينتفعون من إمامهم الغائب – عجل الله تعالى فرجه – في الأصول والفروع ، وما يقال بخلاف ذلك فهو تخيل وتوهم ولعب بالعقول
Terjemahan: Keghaiban yang berlalu melebihi seribu tahun dan
mungkin berlanjutan ke ribuan bahkan jutaan tahun. Sesungguhnnya orang beriman
tidak mendapat dan tidak akan mendapat manfaat dari keghaiban imam (Moga Allah
mempercepatkan kemunculannya) dana perkara usul ataupun furu’, apa yang
bercanggah dengan ini adalah khayalan, waham dan permainan kepada aqal
Lebih keras dia menyatakan dalam kitabnya (2/233), mereka dirompak aqalnya!!
ولا يمكن القول بانتفاعنا منه عليه السلام في زمن
الغيبة في الأمور الدينية إلا ممن سلب الله عقله
Terjemahan: Tidak mungkin menyatakan kita mendapat manfaat darinya (alaihi salam) pada waktu keghaiban dalam urusan-urusan agama kecuali pada mereka yang telah dirompak aqalnya oleh Allah
Doktrin keghaiban
bercanggah dengan al-Quran
Sebahagian syiah bila digagalkan kesahihan
riwayat dari kitab mereka dengan ilmu rijal, mereka akan berdalih dengan
mengatakan ‘walaupun sanad riwayat ini lemah tapi sesuai dengan al-Quran’ Atas dasar itu, mereka akan memanipulasikan
dalil-dalil al-Quran sesuai dengan hawa nafsu hingga muncul doktrin-doktrin
yang sesat.
Jika mereka menggunakan kaedah ini, doktrin ini tidak disokong
al-Quran. Namun, syiah akan membidas dengan mengaitkan
dengan keghaiban Isa a.s. yang disebutkan al-Quran
Mereka berkata,
“Jika sunni menerima keghaiban Isa a.s sebagai
tidak mustahil, begitu jugalah dengan keghaiban al-Mahdi”
Kita tak mempertikaikan dari sudut
kemustahilan, kerana Allah melakukan apa yang dikehendakinya.Yang kita persoalkan bagaimana al-Mahdi memberi
petunjuk sedangkan Isa a.s tidak memberi petunjuk ketika keghaibannya
Selepas baginda diangkat ke langit, baginda
menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t akan perihal anak-anak muridnya (al-hawariyyun). Tidak
pernah pula baginda memberi petunjuk samada di depan atau dibalik awan!!!
Al-Quran menyebutkan dalam al-Maidah ayat
117-118
مَا قُلْتُ لَهُمْ إِلَّا مَا أَمَرْتَنِي بِهِ أَنِ
اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ وَكُنْتُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا مَا دُمْتُ
فِيهِمْ فَلَمَّا تَوَفَّيْتَنِي كُنْتَ أَنْتَ الرَّقِيبَ عَلَيْهِمْ وَأَنْتَ
عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ (117) إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ
وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (118)
Terjemahan: “Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan
apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan
Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ‘ dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka
(dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada
dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku,
menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah
yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.“Jika Engkau menyeksa
mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah
hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah
sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”
Kesamaan antara Isa a.s dan al-Mahdi
terbatal apabila Isa a.s tidak memberi petunjuk ketika keghaibannya.
Syiah membidas dengan mengatakan
inilah bukti al-Mahdi lebih mulia dari Isa a.s. Isa a.s tidak beri petunjuk
tetapi al-Mahdi berikan petunjuk walaupun kedua-duanya dighaibkan
Saya katakan ini bukanlah kemuliaan
tapi kehinaan al-Mahdi sebabnya petunjuk al-Mahdi hanya berfungsi dibalik tabir
yang tidak diketahui kepastiannya sedangkan ketika Isa a.s berada di bumi,
petunjuk beliau sangat jelas hatta boleh berkata-kata ketika masih bayi. Berbeza
dengan al-mahdi yang ghaib ketika usianya 5 tahun dengan tanpa apa-apa
petunjuk!!
Syiah bertaqlid pada marja
Syiah hari ini secara majoritinya
bertaqlid kepada para Ayatollah dan bukannya mendapat petunjuk dari al-Mahdi. Tidak ada sesiapa yang mampu
membuktikan dengan jelas mereka mendapat petunjuk dari al-Mahdi.
Pertemuan-pertemuan yang didakwa hanyalah dusta semata-mata
Ketika mana mereka katakan
urusan-urusan agama diserahkan kepada para marja, maka inilah bukti syiah tidak
pun perlu kepada petunjuk al-Mahdi. Lebih hebat, kemunculan puak-puak syiah ansari yang menyakini kemaksuman wasi kepada al-Mahdi iaitu Ahmad al-Hassan, lebih tidak memerlukan kepada petunjuk al-mahdi
Persoalannya, kenapa doktrin
keghaiban al-Mahdi ini dipopularkan??? Saya menyakini ia doktrin bagi menutup
keaiban imam ke-11 syiah yang tidak mempunyai anak. Syiah mempunyai sejumlah
hujah untuk menafikan perkara ini, insyaAllah akan saya bahaskan dalam artikel
berasingan
Kesimpulan
Al-Mahdi tidak memberi apa-apa petunjuk dalam
keghaiban bahkan ia bercanggah dengan al-Quran. Sebahagian ulama syiah sendiri
mengakui hal ini. Hujah mengatakan petunjuk seperti dibalik awan hanyalah
dakwaan yang tidak berbukti. Syiah sendiri ketika ini bertaqlid pada para
ayatollah mereka dalam urusan agama sehingga mereka tidak perlu lagi sebarang
petunjuk khusus dari al-Mahdi. Bagi sunni, petunjuk dari Muhammad sallahu
alaihi wasaalam sudah memadai walaupun baginda telah wafat, al-Quran dan
as-Sunnah baginda sentiasa menjadi petunjuk hingga akhir zaman.
waAllahu a’lam
Rujukan
1 comment:
Assalamu'alaikum..
Terima kasih byk2, di atas entry yg sgt bagus...
di saat saudara pencari kebenaran post entry kali ni..saya juga pada masa yg sama, tercari2 fakta ttg imam mahdi yg ghaib tu..
Kuasa Allah Yang Maha Esa..Maha Kuasa...
ditunjukkan oleh Allah..betapa ajaran sesat SYIAH..mmg sesat lg menyesatkn..
imam mereka yg ke-11,tidak dikurniakan zuriat..
bg yg sempurna akal dan iman mereka..akan nmpk segala pembohongan golongan syiah ini..
dgn mudah, kita akan nmpk..segala pembohongan mereka, sepatutnya tamat begitu sahaja..
namun..benarlah..suatu pembohongan..akan ditutup dgn satu lg pembohongan..dan, apabila taqiyyah pula dijadikan sebagai pegangan..
Di sisi syiah ,
BOHONG adalah BENAR.manakala JUJUR pula adalah SALAH..
sy hy mampu berdoa..agar shbt2 sy yg terjebak dpt kembali ke pangkal jln..agak menyedihkn mmg ade shbt sy sendiri (di tempat keje) terjebak dgn syiah sesat ini..
Post a Comment