Thursday, August 29, 2013

Ulama usulliyun menyakini kesahihan kitab yang empat



Majoriti syiah imamiyah bila dihujahkan dengan kesahihan kitab-kitab utama mereka secara mutlak, pasti akan menolaknya mentah-mentah dengan mengatakan itu pegangan syiah akhbariyyun. Dalam artikel yang ringkas ini, dibawakan juga pandangan sebahagian ulama usulliyun dari kalangan syiah yang juga menyakini kesahihan kitab yang empat iaitu al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar dan Man La Yahduru al-Faqih
 
 Pandangan sebahagian ulama usuliyyun

Terdapat  dari kalangan ulama Usulliyun yang menganggap semua riwayat-riwayat di dalam empat kitab tersebut terutamanya al-Kafi sebagai sahih. Ianya diakui oleh Ayatollah Baqir al-Irawani selepas menyebutkan pandangan Akhbari .

ولعل هذا الرأي هو المعروف بين الاخباريين بل ولربما يظهر اختياره من بعض الاصوليين

Terjemahan: Boleh jadi pandangan ini sebagaimana yang sudah diketahui secara umum di kalangan golongan Akhbari juga dipilih oleh sebahagian Usulliyun.

Rujukan: Durūs Tamhidiyya fī al-Qawa`id al-Rijaliyya, Muĥammad Baqir al-Irawani, m/s 100 [Beirut]

1. Penulis kitab terkenal, al-Muraja’at, (lebih dikenali dengan dialog sunnah-syiah), Ayatollah al-Sayyid `Abd al-Ĥusayn al-Musawi (1377H) menulis dalam dialog palsunya bersama syeikh Azhar, Salīm al-Bishri (1335H):

وأحسن ما جمع منها الكتب الأربعة التي هي مرجع الإمامية في أصولهم وفروعهم من الصدر الأول إلى هذا الزمان وهي الكافي والتهذيب والاستبصار ومن لا يحضره الفقيه وهي متواترة ومضامينها مقطوع بصحتها والكافي أقدمها وأعظمها وأحسنها وأتقنها

Terjemahan: Dan sebaik-baik himpunan kitab (dari kitab usul) ialah empat kitab  yang merupakan sumber rujukan kepada Syi’ah Imamiyyah dalam perkara usul (akidah) dan furu’ (feqah) mereka dari zaman awal hingga ke zaman ini. Ia adalah al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar dan Man La Yahduru al-Faqih. Semuanya adalah mutawatir dan kesahihan kandungannya benar-benar diyakini. Kitab al-Kafi adalah yang paling utama, penting, baik dan paling kemas.

Rujukan:    al-Murāja`āt, of `Abd al-Husayn al-Musawi (1377H), m/s 419 [Beirut]

2. Ayatollah al-‘Uzma al-Sayyid Muhammad Sadiq al-Şadr (1419H) pergi lebih jauh lagi dengan menyatakan dengan jelas bahawa telah berlaku kesepakatan ulama tentang kesahihan semua riwayat yang terdapat di dalam empat kitab tersebut dengan katanya:

أن الشيعة وإن كانت مجمعة على اعتبار الكتب الأربعة وقائلة بصحة كل ما فيها من روايات غير أنها لا تطلق عليها اسم الصحاح كما فعل ذلك إخوانهم أهل السنة

Terjemahan: Sesungguhnya walaupun Syi’ah telah sepakat tentang keautoritian keempat-empat kitab tersebut dan kesahihan semua riwayat di dalamnya, namun ia tidak dinamakan dengan nama ‘as-Sihah’ sebagaimana yang dilakukan oleh saudara kita dari kalangan Ahl as-Sunnah.

Rujukan:  al-Shī`a, Muĥammad Şadiq al-Şadr (1419H), m/s 127 [Tehran]

3. Ayatollah al-‘Uzma Mirza Muĥammad Ĥusayn al-Na’ini (1355H) yang merupakan ulama sebelum mereka berdua telah menempelak orang yang melakukan semakan terhadap kesahihan riwayat-riwayat di dalam keempat-empat kitab tersebut dengan anggapan sebagai membuang masa!!

Muridnya, Ayatollah al-‘Uzma al-Sayyid Abu al-Qasim al-Khu’i (1412H) menulis:

قد ذكر غير واحد من الاعلام أن روايات الكافي كلها صحيحة ولا مجال لرمي شئ منها بضعف سندها وسمعت شيخنا الأستاذ الشيخ محمد حسين النائيني قدس سره في مجلس بحثه يقول إن المناقشة في إسناد روايات الكافي حرفة العاجز

Terjemahan: Bukan seorang sahaja dari kalangan alim ulama yang menyebutkan bahawa semua riwayat dalam al-Kafi adalah sahih dan tiada sebarang ruang untuk membuang mana-mana riwayat daripadanya dengan alasan sanad yang dha’if. Aku mendengar dari guru kami Ustaz Syaikh Muhammad Husayn al-Na’ini (semoga Allah mensucikan rohnya), berkata di dalam satu majlis: “Perbahasan berkenaan dengan sanad-sanad riwayat dalam al-Kafi adalah kerja yang sia-sia”.

Rujukan:  Mu`jam Rijal al-Hadith wa Tafsil Tabaqat al-Ruwat, Abū al-Qasim al-Khu’i (1412H), Jilid 1, m/s 81 [Qum]

Cukuplah pernyataan ulama-ulama di atas menjadi bukti sebahagian ulama usulliyun syiah menyakini kesahihan kitab yang empat secara total

Rujukan


1 comment:

insyirah83 said...

assalamu'alaikum

saya sudah melihat video debat antara sunni dan syiah, yg dilakukan oleh saudara,...dan jazakillahu khairan katheera atas segala hujjah2 saudara...

sememangnya hujjah saudara amat lah jelas..dan membongkar segala pembohongan golongan syiah ini...

cuma, yg sgt sedih,sbb masih ada golongan yg tertipu...

dan, paling mengejutkan bg sy..mmg ada golongan2 yg dr ipt, yg terbabit dlm ajaran syiah sesat ini..

malah, shbt sy sendiri terjebak..dan, sy pula jd bingung utk membawa mereka ke jalan yg benar...