Friday, July 26, 2013

Ibnu Umar r.a menganggap ayat al-Quran telah hilang??



Laman web anti-Islam berhujah kononnya Ibnu Umar r.a menyakini banyak ayat al-Quran telah hilang. Tujuan mereka adalah untuk meragukan keaslian al-Quran

InsyaAllah, akan diperhatikan riwayat dan penghujahan mereka dalam artikel yang ringkas ini

Penghujahan anti-Islam

Berikut ialah riwayat yang dihujahkan oleh anti-Islam



عن نافع عن ابن عمر قال لا يقولن أحدكم قد أخذت القرآن كله وما يدريه ما كله ؟ قد ذهب منه قرآن كثير ولكن ليقل قد أخذت منه ما ظهر منه

Terjemahan: …dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata “Janganlah ada salah seorang diantara kalian mengatakan ‘sungguh aku telah mengambil Al Qur’an seluruhnya’. Tahukah ia apa seluruhnya itu?. Sungguh telah hilang darinya Al Qur’an yang banyak, hendaknya ia mengatakan “sungguh aku telah mengambil darinya apa yang zahir darinya saja” [Fadha’il Qur’an Qaasim bin Sallam no 578]

Zahir riwayat seolah-olah menunjukkan Ibnu Umar r.a menyakini banyak ayat al-Quran telah hilang. Maka anti-islam mengambil kesempatan seolah-olah al-Quran yang ada kini hanyala sisa-sisa saja dan tidak lengkap sekaligus keasliannya dipertikaikan

Konteks kenyataan Ibnu Umar r.a

Kenyataan Ibnu Umar r.a dapat difahami dengan lebih jelas apabila merujuk kitab as-Suyuti yang bertajuk al-Itqan fi Ulum al-Qur’an

as-Suyuti merekodkan riwayat yang semakna dari Abu ‘Ubaid dibawah tajuk
 
النَّوْعُ السَّابِعُ وَالْأَرْبَعُونَ: فِي نَاسِخِهِ وَمَنْسُوخِهِ

Terjemahan: Bahagian Empat Puluh Tujuh: Berkenaan nasikh (penghapus) dan mansukh (yang terhapus)

Dan secara khusus pada pembahagian ketika berkenaan ayat yang terhapus pembacaannya

الضَّرْبُ الثَّالِثُ: مَا نُسِخَ تِلَاوَتُهُ دُونَ حُكْمِهِ 

Bahkan sumber nukilan as-Suyuti iaitu Abu ‘Ubaid meletakkannya pada bab
 
بَابُ مَا رُفِعَ مِنَ الْقُرْآنِ بَعْدَ نُزُولِهِ وَلَمْ يُثْبَتُ فِي الْمَصَاحِفِ

Terjemahan: Bab Apa yang diangkat dari al-Quran setelah penurunannya dan tidak tsabit dalam mushaf

Jadi kenyataannya merujuk kepada ayat al-Quran yang telah terhapus pembacaannya iaitu naskh al-tilawah dan tidak lagi menjadi sebahagian dari al-Quran yang dibaca dari kalangan muslimin.

 
Bantahan anti-Islam dan bidasan

1. Anti-islam membantah dengan mengatakan itu adalah kefahaman as-Suyuti dan Abu Ubaid ,bukannya Ibnu Umar r.a!!/Hakikatnya itu jugalah pandangan Ibnu Umar r.a seperti yang didinukilkan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya, Fathul Bari



وَقَدْ أخرج بن الضريس من حَدِيث بن عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَكْرَهُ أَنْ يَقُولَ الرَّجُلُ قَرَأْتُ الْقُرْآنَ كُلَّهُ وَيَقُولُ إِنَّ مِنْهُ قُرْآنًا قَدْ رُفِعَ


Terjemahan: Dikeluarkan oleh Ibnu Durais dari hadith Ibnu Umar, sesungguhnya dia membenci lelaki yang mengatakan, ‘aku telah membaca al-Quran keseluruhannya’, Beliau (Ibnu ‘Umar) mengatakan, ‘Sesungguhnya daripadanya al-Quran yang telah diangkat’
 
Rujukan: Fath al-Bari Syarh Sahih Bukhari, 9/65

Pernyataan ini jelas menunjukkan al-Quran yang hilang itu merujuk kepada al-Quran yang diangkat yakni telah dinaskh.

2. Anti-Islam membantah lagi dengan mengatakan perkataan ذهب dalam teks merujuk kepada al-Quran yang hilang dan bukannya nasakh (penghapusan oleh Allah s.w.t).Mereka berhujah dengan riwayat berikut dimana ‘dzahaba’ digunakan 

فقال أبو بكر إن عمر أتاني فقال إن القتل قد استحر بأهل اليمامة من قراء القرآن من المسلمين وأنا أخشى أن يستحر القتل بالقراء في المواطن فيذهب قرآن كثير لا يوعى

Terjemahan: Abu Bakar berkata “bahwa Umar datang kepadaku dan berkata sesungguhnya pembunuhan telah memanas di kalangan penduduk Yamamah yaitu terhadap para pembaca Al Qur’an dari kalangan kaum muslimin dan aku khawatir kalau pembunuhan terhadap para pembaca Al Qur’an itu akan memanas di berbagai tempat sehingga akan banyak Al Qur’an yang hilang tanpa disedari

Rujukan: Musnad Ahmad 1/13 no 76, Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata “sanadnya shahih sesuai dengan syarat Bukhari Muslim 

Tidak dinafikan al-quran yang hilang boleh merujuk kepada hilang secara literal seperti dalam teks riwayat ini. Namun, ia tidak sesuai untuk ditafsirkan pada teks Ibnu Umar r.a kerana disitu maksudnya adalah nasakh penghapusan seperti yang difahami dari riwayat lain dari Ibnu Umar r.a sendiri dan juga kefahaman para ulama

Timbul persoalan, jika maksud Ibnu ‘Umar r.a adalah nasakh tilawah, kenapa dia menggelarkannya sebagai al-Quran?? Apakah disisi beliau al-Quran yang terhapus masih dianggap al-Quran??Al-Quran yang terhapus bukanlah al-Quran. Jadi difahami maksud beliau hanyalah dari sudut literal semata-mata kerana ayat yang terhapus pernah menjadi al-Quran namun diangkat oleh Allah s.w.t

Jika ia benar-benar al-Quran nescaya sudah tentulah dia sendiri akan menghafazkannya dan membacanya dan tidak mengklaim ia telah terhapus. Maka kenyataan Ibnu Umar r.a boleh juga merujuk kepada bantahannya kepada orang yang meyangka telah mengumpulkan semua al-Quran sedangkan orang tersebut tidak pernah membaca atau mengetahui ayat yang pernah turun dan kemudiannya terhapus.

Kesimpulan

Pernyataan Ibnu Umar r.a adalah merujuk kepada naskh tilawah dan bukannya mengindikasikan tahrif seperti yang didakwakan oleh anti-Islam. InsyaAllah, perbahasan naskh tilawah akan muncul dalam artikel yang lainnya. Yang penting, tidak benar Ibnu Umar r.a menyakini al-Quran kini tidak lagi asli atau terdapat cacat celanya 

Rujukan dan bacaan lanjut 

http://www.letmeturnthetables.com/2012/10/ibn-umar-irreparable-much-quran-loss.html#more


No comments: