Apakah benar dakwaan anti-Islam mengatakan Islam memanggil wanita sebagai syaitan?? Apa konteksnya dan apa penjelasannya?
Anti-Islam berhujah dengan riwayat
berikut
عَنْ جَابِر أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَأَى امْرَأَةً فَأَتَى امْرَأَتَهُ زَيْنَبَ وَهِيَ تَمْعَسُ مَنِيئَةً لَهَا فَقَضَى
حَاجَتَهُ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى أَصْحَابِهِ فَقَالَ إِنَّ الْمَرْأَةَ تُقْبِلُ فِي
صُورَةِ شَيْطَانٍ وَتُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ فَإِذَا أَبْصَرَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً
فَلْيَأْتِ أَهْلَهُ فَإِنَّ ذَلِكَ يَرُدُّ مَا فِي نَفْسِهِ حَدَّثَنَا زُهَيْرُ
بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا حَرْبُ
بْنُ أَبِي الْعَالِيَةِ حَدَّثَنَا أَبُو الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى امْرَأَةً فَذَكَرَ بِمِثْلِهِ
غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَأَتَى امْرَأَتَهُ زَيْنَبَ وَهِيَ تَمْعَسُ مَنِيئَةً وَلَمْ
يَذْكُرْ تُدْبِرُ فِي صُورَةِ شَيْطَانٍ
Terjemahan: Dari Jabir
bahwasanya; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat seorang
wanita, lalu beliau mendatangi isterinya, yaitu Zainab yang sedang menyamak
kulit, guna melepaskan rasa rindunya. Sesudah itu, beliau pergi menemui para
sahabatnya, lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya wanita itu datang dalam
rupa syaitan dan pergi dalam rupa syaitan.. Maka bila kamu melihat seorang
wanita, datangilah isterimu, karena yang demikian itu dapat mententeramkan
gelojak hatimu." Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Harb telah
menceritakan kepada kami Abdush Shamad bin Abdul Warits telah menceritakan
kepada kami Harb bin Abu 'Aliyah telah menceritakan kepada kami Abu Zubair dari
Jabir bin Abdullah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah melihat
seorang wanita. Maka ia pun menyebutkan hadits yang semisalnya. Hanya saja ia
menyebutkan; "Lalu beliau segera mendatangi isterinya, yaitu Zainab yang
sedang menyamak kulit." Dan ia tidak menyebutkan; "Pergi seperti syaitan."
Rujukan: Sahih Muslim,
Kitab Nikah, Bab :Orang yang tertarik saat melihat wanita lain hendaklah ia
kembali dan mendatangi isterinya, No. Hadist : 2491
Berdasarkan riwayat
ini, anti-Islam mengatakan Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam memanggil wanita
sebagai syaitan sekaligus merendahkan wanita.
InsyaAllah, dalam artikel ini, akan dijawab penghujahan mereka
Teks-teks hadith bukan menyebutkan wanita itu adalah syaitan secara fizikal. Tapi sifat wanita itu yang dianggap seperti syaitan. Sifat wanita ini merujuk kepada perwatakannya yang menyebabkan lelaki tertarik hingga terangsang nafsu syahwatnya
Ini difahami dengan
hadith yang lain dimana lafaz yang digunakan ialah ‘أَعْجَبَتْهُ
الْمَرْأَةُ” yakni wanita yang menyebabkan lelaki ta’jub kepadanya
Maka Rasulullah sallahu
a’alaihi wassalam, selaku manusia biasa, mengajarkan kepada umatnya apabila berlaku gelora nafsu akibat pandangan kepada wanita, maka segeralah mendapatkan
isteri. Inilah sunnah yang
diajar baginda sallahu a’alaihi wassalam. Bukannya melakukan mut’ah ataupun
berzina dengan wanita tersebut. Sebaliknya nafsu dilampiaskan dengan cara yang
halal
Bantahan anti-Islam
Anti-Islam membantah,
mana mungkin nabi melihat wanita?? Hadith shahih sendiri melarang melihat
wanita dengan syahwat?? Apa salahnya wanita hingga dipanggil syaitan sedangkan
lelaki yang patut dipersalahkan kerana melihat wanita. Wanita tidak meminta
untuk dilihat!!
Bidasan kepada bantahan
anti-Islam
Sememangnya nabi tidak
melihat wanita itu dengan nafsu. Bahkan tiada indikasi teks mengatakan nafsu Rasulullah s.a.w sendiri bergelora. Namun, ia sekadar saranan kepada para
sahabah jika melihat wanita dan menyebabkan syahwat, maka seharusnya isteri
yang dirujuk
Namun mungkin saja ada
yang bantah mengatakan nafsu nabi bergelora hingga mencari isteri baginda. Jikapun
demikian, sudah tentu perbuatan itu tidak salah kerana sebagai manusia yang
normal, sudah tentu baginda juga mempunyai syahwat.
Namun, Rasulullah s.a.w bukan seperti orang fasiq yang mencari-cari wanita untuk
merangsang nafsu baginda (Nauzubillah). Sebaliknya baginda mengajarkan apa yang
perlu dilakukan kepada mereka yang bersuami/beristeri apabila terangsang
syahwat mereka oleh wanita/lelaki yang tidak halal bagi mereka.
Melihat kepada wanita perlu
difahami dalam dua sudut. Jika melihat wanita dengan tidak sengaja atau dengan
kadar yang perlu atas tujuan tertentu dan bukan pada auratnya. Maka itu
tidaklah salah. Dan itulah bukti dari teks ini. Bahkan jika ia menyebabkan
gelora nafsu dengan niat yang tidak disengajakan itu dimaafkan.
Yang menjadi kesalahan
ialah sengaja melihat aurat wanita atau wanita secara umum kerana ingin
merangsang syahwat.
Juga apabila wanita
telah menjaga diri mereka sebaik-baiknya melalui perwatakan dan auratnya, sudah
tentu tidak termasuk dalam teks hadith ini. Wanita ini bukan ingin diri mereka
dipertontonkan. Berbeza dengan wanita yang sengaja tidak menutup aurat yang
ingin lelaki ta’jub melihat kecantikan fizikalnya. Maka sifat mereka seperti
sifat syaitan. Hal ini juga sama kepada lelaki yang melakukan perbuatan yang sama
Perkataan syaitan bukan
saja digunakan dalam hadith ini bahkan digunakan juga dalam hadith-hadith yang lain.Sebagai contoh dalam
sebuah hadith yang berstatus hasan.
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاكِبُ شَيْطَانٌ وَالرَّاكِبَانِ
شَيْطَانَانِ وَالثَّلَاثَةُ رَكْبٌ
Terjemahan: dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya, dari
kakeknya, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Orang yang pergi sendirian seperti dua syaitan, dua orang seperti dua
syaitan dan tiga orang lebih terjaga dari syaitan.
Rujukan: Sunan Abu Daud, Kitab Jihad, Bab :Melakukan
perjalanan sendiri, No. Hadist : 2240
Dalam hadith ini memberikan kefahaman musafir dengan
dengan lebih dua orang lebih terjaga dari kejahatan syaitan. Bukanlah bermaksud
orang yang bermusafir secara berseorangan atau berdua itu adalah syaitan secara
fizikal
Tambahan, terdapat banyak hadith-hadith lain dimana Rasulullah
sallahu ‘alaihi wassalam memuliakan wanita. Sebagai contoh, wanita yang solehah
dianggap sebaik-baik perhiasan dunia.
عَنْ
عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ الدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ
Terjemahan: dari Abdullah bin 'Amru bahwasannya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah."
Rujukan: Sahih Muslim, Kitab Susuan, Bab:Sebaik-baik
harta dunia adalah wanita yang shalihah, Hadist : 2668
Sebagai penjelasan lanjut, silalah dengar penjelasan
Maulana Asri Hafizahullah dalam syarahnya kepada kitab Shahih Muslim
Peter dianggap syaitan oleh Jesus a.s
Jika panggilan syaitan dianggap diterima literal semata-mata, golongan kristian sepatutnya menganggap anak murid terhormat Jesus a.s, Peter juga sebagai syaitan. Disebutkan dalam Gospel of Matthew, 16:23 (New International Version)
Jika panggilan syaitan dianggap diterima literal semata-mata, golongan kristian sepatutnya menganggap anak murid terhormat Jesus a.s, Peter juga sebagai syaitan. Disebutkan dalam Gospel of Matthew, 16:23 (New International Version)
Jesus turned and said to Peter, “Get behind me, Satan!
You are a stumbling block to me; you do not have in mind the concerns of God,
but merely human concerns
Sudah tentu kristian akan cuba menakwil mengatakan
perbuatan Peter itu yang dianggap syaitan bukannya dirinya sendiri. Bahkan
mereka berkata Jesus a.s menyebutkan perkara itu kerana marah dengan tindakan
Peter yang tak ingin baginda disalib.
Jika demikian, gunakan standard yang sama ketika menilai
teks-teks Islam. Jangan terlalu literal dalam mengkritik.
Kesimpulan
Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam tidak menganggap
wanita sebagai syaitan secara mutlak. Hanya wanita yang menonjolkan diri dengan cara yang
salah hingga menyebabkan terangsangnya lelaki termasuk dalam hadith ini.
Bahkan sebahagian ulama mengatakan ia juga termasuk kepada lelaki yang merangsang wanita. Hadith ini memberikan petunjuk bagaimana suami/isteri sepatutnya lakukan apabila nafsu mereka terangsang. Bukan dengan bermut’ah atau berzina, sebaliknya mencari isteri/suami yang halal disetubuhi.
Bahkan sebahagian ulama mengatakan ia juga termasuk kepada lelaki yang merangsang wanita. Hadith ini memberikan petunjuk bagaimana suami/isteri sepatutnya lakukan apabila nafsu mereka terangsang. Bukan dengan bermut’ah atau berzina, sebaliknya mencari isteri/suami yang halal disetubuhi.
Sebahagian anti-Islam juga berhujah bahawa Rasulullah
sallahu ‘alaihi wassalam kuat syahwatnya kerana terangsang akibat melihat
wanita. Ini tuduhan yang tidak benar.
Baginda sendiri sangat mampu mengawal nafsunya seperti yang diakui isteri
baginda Bahkan peristiwa di atas bukanlah
sesuatu yang lazim berlaku sebaliknya ia berlaku sebagai satu petunjuk kepada
umatnya.
Selebihnya sila rujuk artikel berikut
http://titian-sebenar.blogspot.com/2012/12/kekuatan-seks-rasulullah-sallahu.html
http://titian-sebenar.blogspot.com/2012/12/kekuatan-seks-rasulullah-sallahu.html
WaAllahu a’alam
Bacaan lanjut serta
rujukan
http://www.letmeturnthetables.com/2010/10/are-women-called-devils-in-hadith.html
No comments:
Post a Comment