Dalam kepercayaan kristianiti secara umumnya, apabila kita mempercayai kematian Isa a.s di tiang salib, maka semua dosa kita akan dihapuskan dan di akhirat nanti kita akan kembali kepada Tuhan dan hidup selama-lamanya seperti Tuhan. Mereka mempercayai Isa a.s adalah Tuhan yang telah reinkarnasi dalam bentuk manusia dan bertindak sebagai juruselamat. Kepercayaan ini sebenarnya satu kepercayaan yang pincang. Persoalannya, benarkah Tuhan dalam Bible ingin manusia jadi sepertinya?
Sunday, January 23, 2011
Kristianiti: Kepincangan Hidup Seperti Tuhan
at
12:48 PM
Dalam kepercayaan kristianiti secara umumnya, apabila kita mempercayai kematian Isa a.s di tiang salib, maka semua dosa kita akan dihapuskan dan di akhirat nanti kita akan kembali kepada Tuhan dan hidup selama-lamanya seperti Tuhan. Mereka mempercayai Isa a.s adalah Tuhan yang telah reinkarnasi dalam bentuk manusia dan bertindak sebagai juruselamat. Kepercayaan ini sebenarnya satu kepercayaan yang pincang. Persoalannya, benarkah Tuhan dalam Bible ingin manusia jadi sepertinya?
Saturday, January 22, 2011
Menjawab Tohmahan Umar r.a Menolak Hukum Tayamum
at
12:04 PM
Apakah kita boleh fikirkan Umar r.a yang begitu banyak kemuliaannya dalam hadith sengaja menyanggah al-Quran? Apakah boleh diterima aqal, sahabah yang dijanjikan syurga ini berijitihad menurut hawa nafsu? Sudah tentu bagi muslim yang jujur, kita akan mengatakan tidak bagi dua persoalan di atas. Tapi tidak kepada musuh Islam terutamanya golongan syiah. Mereka akan mencari apa saja fitnah dan kotoran untuk mereka palitkannya dan hiasinya sebagai hujah.
Antara tuduhan mashyur dalam web-web dan buku mereka ialah Umar r.a menolak hukum tayamum. Mereka memetik hadith berikut sebagai hujah.
عَنْ ذَرٍّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا أَتَى عُمَرَ فَقَالَ إِنِّي أَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِدْ مَاءً فَقَالَ لَا تُصَلِّ فَقَالَ عَمَّارٌ أَمَا تَذْكُرُ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ أَنَا وَأَنْتَ فِي سَرِيَّةٍ فَأَجْنَبْنَا فَلَمْ نَجِدْ مَاءً فَأَمَّا أَنْتَ فَلَمْ تُصَلِّ وَأَمَّا أَنَا فَتَمَعَّكْتُ فِي التُّرَابِ وَصَلَّيْتُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَضْرِبَ بِيَدَيْكَ الْأَرْضَ ثُمَّ تَنْفُخَ ثُمَّ تَمْسَحَ بِهِمَا وَجْهَكَ وَكَفَّيْكَ فَقَالَ عُمَرُ اتَّقِ اللَّهَ يَا عَمَّارُ قَالَ إِنْ شِئْتَ لَمْ أُحَدِّثْ بِهِ
Terjemahan: dari Dzarr dari Sa'id bin Abdurrahman bin Abza dari ayahnya bahwa seorang lelaki mendatangi Umar seraya berkata, " aku berjunub, lalu tidak mendapatkan air." Maka dia berkata, "Janganlah kamu shalat!
Lalu Ammar berkata, "Tidakkah kamu ingat wahai Amirul Mukminin ketika saya dan kamu berada dalam suatu peperangan (sariyah), lalu kita berjunub, lalu kita tidak mendapatkan air. Adapun kamu, maka kamu tidak melakukan shalat, sedangkan saya maka saya berguling-guling di tanah, lalu aku shalat.
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sudah cukup memadai bagi kamu untuk memukulkan kedua tanganmu pada tanah, kemudian meniupnya, kemudian kamu mengusap wajah dan kedua tanganmu dengan keduanya."
Maka Umar berkata, "Bertakwalah kepada Allah wahai Ammar!" Dia berkata, "Jika kamu tidak berkenan maka aku tidak akan menceritakannya."
Lalu Ammar berkata, "Tidakkah kamu ingat wahai Amirul Mukminin ketika saya dan kamu berada dalam suatu peperangan (sariyah), lalu kita berjunub, lalu kita tidak mendapatkan air. Adapun kamu, maka kamu tidak melakukan shalat, sedangkan saya maka saya berguling-guling di tanah, lalu aku shalat.
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sudah cukup memadai bagi kamu untuk memukulkan kedua tanganmu pada tanah, kemudian meniupnya, kemudian kamu mengusap wajah dan kedua tanganmu dengan keduanya."
Maka Umar berkata, "Bertakwalah kepada Allah wahai Ammar!" Dia berkata, "Jika kamu tidak berkenan maka aku tidak akan menceritakannya."
Rujukan: Sahih Muslim, Kitab Haid, Bab : Tayamum, No. Hadist : 553 (dipetik sebahagian hadith)
- Umar bercanggah dengan ayat al-Quran, al-Maidah 5:6 dimana jelas menyatakan seseorang tiada air boleh bertayamum.
- Umar ego dan tidak mahu menerima penyaksian Ammar tentang tayamum.
Umar r.a bukanlah sengaja menolak al-Quran tetapi dia memahami ayat al-Maidah 6 tidak merujuk kepada orang yang junub. Sila perhatikan ayat tersebut, al-Maidah ayat 6,
وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ
Terjemahan: dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu.
Ini kerana perkataan لَامَسْتُمُ (kamu sentuh) dalam ayat ini difahami Umar sebagai perkataan literal yakni menyentuh secara fizikal dan bukannya persetubuhan. Ini juga merupakan pandangan Ibnu Mas’ud dan sahabah yang lain. Namun tafsiran yang dipegang sahabah lain ialah sentuhan disini mengambil maksud persetubuhan. Maka atas dasar itu, dia beranggapan gugur kewajipan solat kerana syarat sah solat memerlukan wudhu'. Sebab itula dia sendiri tidak melaksanakan solat. Maka tak wajar bagi syiah yang jahil dalam bab perbezaan pandangan sahabah mengambil riwayat ini dan terus membuat kesimpulan yang salah.
Bidasan kepada hujah syiah (b)
Terlalu banyak kes dimana Umar r.a bermesyuarah dengan sahabah dan mengambil pandangan mereka. Antara contoh yang masyhur ialah berkenaan dengan kes taun. Bahkan Umar r.a sendiri menerima dan mengakui hujah wanita berkenaan dengan penetapan mahar perkahwinan.
Secara logiknya, jika malu dijadikan hujah, manakah lebih patut dimalukan, menerima pandangan sahabah dihadapan beberapa lelaki ataupun menerima pandangan wanita yang mengkritik anda di khalayak ramai??
Dalam kes ini, Umar r.a pada awalnya tidak menerima pernyataan Ammar bin Yasir kerana ragu samada riwayat tersebut sahih atau tidak. Ini sesuatu yang lumrah kerana Umar r.a terkenal dengan ketelitian dalam menerima riwayat hadith. Bahkan Umar r.a boleh saja lupa akan peristiwa dia bersama dengan Ammar r.a tersebut.
Hakikatnya, Umar r.a akhirnya menerima penyaksian Ammar r.a dan bahkan dia membenarkan beliau meriwayatkan perkara ini
فَقَالَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ إِنْ شِئْتَ لَمْ أَذْكُرْهُ قَالَ وَلَكِنْ نُوَلِّيكَ مِنْ ذَلِكَ مَا تَوَلَّيْتَ
Terjemahan: Ammar menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, jika engkau mahu maka aku tidak akan menyebutkannya." Umar berkata, "Tidak, tetapi kita memasrahkan hal tersebut kepadamu."
Rujukan: Sunan Nasa'i, Kitab Thaharah, Bab Cara pertama tayammum dan meniup kedua tangan No. Hadist : 314
Thursday, January 20, 2011
Menjawab Syubhah Rasulullah s.a.w Membenarkan Pembunuhan Wanita dan Kanak-Kanak
at
10:29 PM
عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ قَالَ مَرَّ بِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ بِوَدَّانَ وَسُئِلَ عَنْ أَهْلِ الدَّارِ يُبَيَّتُونَ مِنْ الْمُشْرِكِينَ فَيُصَابُ مِنْ نِسَائِهِمْ وَذَرَارِيِّهِمْ قَالَ هُمْ مِنْهُمْ وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ لَا حِمَى إِلَّا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Terjemahan: Dari Ash-Sho'bu bin Jatsamah radliallahu 'anhum berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berjalan melewatiku di Al Abwa' atau di Waddan, Beliau ditanya tentang kaum musyrikin penduduk suatu negeri yang diserbu lalu para wanita dan anak keturunan mereka terbunuh. Beliau menjawab: "Mereka termasuk dari golongan mereka" (musyrikin yang berhak diperangi). Dan aku mendengar Beliau bersabda: "Tidak ada perlindungan kecuali milik Allah dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam"
Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Jihad dan penjelajahan, Bab Penduduk suatu wilayah diserbu waktu malam, kemudian isteri dan anak-anak mereka terbunuh, No. Hadist : 2790
Wednesday, January 19, 2011
Penamaan Anak-Anak Ali r.a Dengan Nama Abu Bakar, Umar dan Uthman ra
at
2:03 PM
Musuh-musuh Islam sentiasa menusukkan jarum mereka terhadap hubungan kasih sayang antara sahabah. Antara keinginan mereka ialah mewujudkan permusuhan antara para sahabah dengan tujuan menjatuhkan kredibiliti mereka.
Tidak dinafikan kadangkala berlaku perselisihan dan salah faham dikalangan sahabah, namun tidak 'adil untuk kita menjadikannya sebagai motif untuk menjatuhkan sahaba. Hubungan Ali r.a dan Abu Bakar r.a dijadikan isu yang besar, bahkan digambarkan mereka saling membenci satu sama lain.
Tuesday, January 18, 2011
MENITI TITIAN KEBENARAN SEBENAR
at
10:32 PM
Setiap aliran di dunia Islam menyatakan kebenaran berada di tangan mereka. Syiah tidak ketinggalan menyebut frasa yang sama.
Mereka sering beranggapan, ahlu sunnah kering hujah dan tiada jawapan kepada persoalan mereka. Mereka yakin kebenaran di tangan mereka, lihatlah buku-buku karangan mereka,penuh dengan perkataan yang dihiasi dengan frasa kebenaran.
Sedangkan hanya kerana sesuatu aliran menyebut kebenaran dimilik mereka, belum tentu kebenaran itu kebenaran yang sebenar.
Subscribe to:
Posts (Atom)