Sunday, November 24, 2013

Isu Tabdil Taurat dan Injil: Ibnu Taimiyah menguatkan fahaman tajsim?



Artikel sebelumnya, pandangan Ibnu Taimiyah telah disebutkan dengan mengkaji teks-teksnya secara objektif


Artikel ini pula akan membahaskan tuduhan kononnya Ibnu Taimiyah menyakini tidak berlaku tahrif pada teks kerana ingin menguatkan fahaman tajsim

InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibincangkan perbahasannya

Friday, November 22, 2013

Pandangan sebenar Ibnu Taimiyah berkaitan isu tabdil Taurat dan Injil

Ibnu Taimiyah antara ulama hebat pada kurun ke-7 H telah menulis bantahan yang bernilai dalam membela agama Islam dari serangan kristian. Beliau menulis kitab yang berjudul al-Jawab al-Sahih Li Man Baddala Din al-Masih (Jawapan Sahih kepada mereka yang menukar agama al-Masih). 

Kitab setebal 6 jilid besar ini ditulis sebagai respon kepada 24 mukasurat yang ditulis oleh Paul of Antioch, Bishop of Saida. Selain itu menurut anak muridnya, Imam ‘Abd Hadi, Ibnu Taimiyyah menulis lima lagi kitab menjawab kristian[1]

Dengan sumbangan yang hebat ini, ada sekelompok manusia yang membencinya dan menukil kalamnya dengan jalan yang tidak benar. Ada dari kalangan mereka yang memotong-motong perkataannya dan memberikan 1001 alasan membenarkan penyelewengan yang dilakukan

InsyaAllah, dalam artikel ini, kita akan menilai pandangan sebenar Ibnu Taimiyah berkenaan Taurat dan Injil