Sunday, April 28, 2013

Para sahabah nabi dan ahlul bait adalah rujukan umat Islam





 ‘Kami ikut orang maksum”

“Rujukan kami ahlul bait semata-mata”

“Ikutilah hadith tsaqalain”

Slogan-slogan di atas selalu dilaungkan syiah imamiyah apabila berdepan dengan sunni. Hadith Tsaqalain dimanipulasikan seolah-olah ikutan syiah imamiyah hanya keturunan Rasulullah sallahu a’laihi wassalam yang kononnya disucikan

Benarkah demikian? InsyaAllah, dalam artikel ini akan dibahaskan dengan ilmiah

1. Hadith Tsaqalain yang diselewengkan

Apabila berdialog dengan syiah, hadith tsaqalain sentiasa dihujahkan untuk mengelirukan umat Islam. Syiah berhujah hanya pegangan kepada tsaqalain menjamin keselamatan kerana lafaz ‘tidak akan sesat’. Para sahabah nabi bukan rujukan sebaliknya perlu berpegang pula kepada ahlul bait. 

Berikut ialah antara hadith yang dihujahkan
 
عن زيد بن أرقم قَال النبي صلى الله عليه وسلم إني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا كتاب الله عز وجل وعترتي أهل بيتي وإنهما لن يتفرقا حتى يردا علي الحوض

Terjemahan: … dari Zaid bin Arqam yang berkata Nabi SAW bersabda “Aku tinggalkan untuk kalian yang apabila kalian berpegang-teguh kepadanya maka kalian tidak akan sesat yaitu Kitab Allah azza wa jalla dan ItrahKu Ahlul Baitku dan keduanya tidak akan berpisah hingga kembali kepadaku di Al Haudh 

Rujukan: Ma’rifat Wal Tarikh Al Fasawi 1/536

Dengan mengenepikan konteks al-Quran, mereka menjadikan hadith ini sebagai umpan memasukkan doktrin ahlul bait sebagai rujukan mutlak. Bagi mereka ahlul bait hanyalah 12 imam mereka termasuklah Fatimah r.a tetapi dalam masa yang mereka mengenepikan isteri-isteri nabi.

 Isteri-isteri nabi hakikatnya adalah ahlul bait seperti yang dijelaskan disini
 
http://titian-sebenar.blogspot.com/2011/05/isteri-isteri-nabi-muhammad-saw-adalah.html

Padahal yang benar, ahlul bait dan juga para sahabat sama-sama menjadi rujukan dan pembawa amanah dalam agama ini

2. Ikutan kepada para sahabah jelas dalam al-Quran

Al-Quran jelas menyebutkan para sahabah dari kalangan muhajirin dan ansar menjadi ikutan. 

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (100)

Terjemahan: Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar. 

Syiah membidas fakta di atas dengan alasan-alasan berikut
 
Alasan 1: Sahabah ada yang baik dan ada yang buruk. Tidak seperti ahlul bait yang maksum. Sebab tu ayat 100 at-taubah perlu diikuti dengan ayat 101.

Alasan 2: Syiah juga mengikuti sahabat yang baik

Alasan 3: Syiah menjadi sahabat sebagai ikutan dalam akhlak bukan sebagai rujukan

Bidasan kepada alasan-alasan syiah 

Pertama, apabila Allah menyuruh mengikuti sahabat, sudah tentu Allah s.w.t mengetahui keadaan baik dan buruk mereka. Atas sebab itulah ikutan disuruh dalam perkara kebaikan (اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ). Jadi penggunaan ayat 101 tidak mencacatkan konteks ayat 100 bagi surah at-Taubah. Bahkan ayat 101 bukan merujuk kepada muhajirin dan Ansar.

Adapun keburukan mereka tidak dijadikan sebagai rujukan sebaliknya dijadikan pengajaran. Sikap seorang muslim yang mendoakan sahabat nabi atas kesilapan dan tidak menjadikan itu sarana kedengkian

Al-Quran sebut dalam surah al-Hasyr 59:10,

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (10)

Terjemahan: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."

Sebaliknya apa yang kita lihat kedengkian syiah kepada sahabah-sahabah besar hatta mengkafirkan mereka

Kedua, apabila syiah menyakini kewujudan sahabat yang baik serta dijadikan ikutan maka terbatallah konsep ikutan hanya kepada ahlul bait nabi. Namun sebahagian mereka memutar belit dengan mengatakan ikutan hanya pada akhlak saja dan bukannya rujukan. Sekiranya ikutan hanya pada akhlak saja, perkara yang sama juga boleh dikatakan kepada ahlul bait

Bahkan terdapat hadith yang diterima menurut standard syiah sendiri, ikutan hanyalah pada Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam dan ahlul bait tidak ada apa-apa penambahan padanya

عِدَّةٌ مِنْ أَصْحَابِنَا عَنْ أَحْمَدَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ خَالِدٍ عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مِهْرَانَ عَنْ سَيْفِ بْنِ عَمِيرَةَ عَنْ أَبِي الْمَغْرَاءِ عَنْ سَمَاعَةَ عَنْ أَبِي الْحَسَنِ مُوسَى ع قَالَ قُلْتُ لَهُ أَ كُلُّ شَيْ‏ءٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ وَ سُنَّةِ نَبِيِّهِ ص أَوْ تَقُولُونَ فِيهِ قَالَ بَلْ كُلُّ شَيْ‏ءٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ وَ سُنَّةِ نَبِيِّهِ ص

Dari Samaa`ah dari  Abi Al-Hasan Musa katanya, Aku berkata kepadanya  (kepada imam), ‘ Apallah semuanya dalam kitab Allah dan sunnah nabinya sallahu ‘alaihiwa aalihi? Atau kamu ada ulasan padanya? Jawab imam: Bahkan semuanya dalam kitab Allah dan sunnah nabinya sallahu ‘alaihi wa alihi

Rujukan: Usul al-Kafi 1/62, hadith 10) 

Hadith ini dihukum sebagai Muwatthaq oleh al-Majlisi  ( Mira’atul Uqul 1/209)

2. Para sahabah dan ahlul bait adalah amanah umat ini

Para sahabah termasuklah ahlul bait adalah amanah umat ini. Sehinggakan tugas mengumpulkan kitab suci al-Quran setelah kewafatan nabi digalas oleh mereka 

Apakah logik akal dapat menerima pengumpulan al-Quran dipelopori oleh manusia-manusia yang menyeleweng selepas kewafatan nabi?? Sudah tentu tidak
 
Merekalah pembawa sumber agama ini kepada kita.

النُّجُومُ أَمَنَةٌ لِلسَّمَاءِ فَإِذَا ذَهَبَتْ النُّجُومُ أَتَى السَّمَاءَ مَا تُوعَدُ. وَأَنَا أَمَنَةٌ لأَصْحَابِي فَإِذَا ذَهَبْتُ أَتَى أَصْحَابِي مَا يُوعَدُونَ. وَأَصْحَابِي أَمَنَةٌ لأُمَّتِي فَإِذَا ذَهَبَ أَصْحَابِي أَتَى أُمَّتِي مَا يُوعَدُونَ.
Terjemahan: Bintang-bintang adalah amanah bagi langit, apabila tenggelamnya bintang-bintang muncullah langit menemui apa yang dijanjikan. Aku pula adalah amanah bagi para sahabatku, maka sekiranya aku pergi (wafat), muncullah para sahabatku menemui apa yang dijanjikan. Para sahabatku adalah amanah bagi umatku, apabila mereka telah pergi nanti, muncul pula umatku menemui apa yang dijanjikan kepada mereka
Rujukan: Sahih Muslim, hadis no: 2531 (Kitab keutamaan para sahabat). Selain itu dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya, jld. 4, ms. 338 dan Ibn Hibban di dalam Shahihnya – hadis no: 7249.

Imam ke-4 syiah iaitu as-Sajjad sendiri mendoakan kemuliaan  kepada mereka yang mengikuti sahabah nabi. Ini dinyatakan dalam doanya  yang masyur , Sahifa Sajjadiyah

O God, and give to those, who have done well in following the Companions,who say, Our Lord, forgive us and our brothers,who went before us in faith,Thy best reward;

Terjemahan: Ya Tuhan, berilah kepada mereka yang mengikuti sahabat (nabi) yang mengatakan, ‘ Ya Tuhan, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami sebelum kami dalam iman,’ ganjaran yang terbaik

Rujukan: Sahifah Sajadiyyah, dipetik dari laman web syiah yang mashyur


3. Maksud hadith Tsaqalain yang sebenar

Tsaqalain bermaksud dua perkara yang berat dimana salah satunya lebih berat dari yang lain. Perkara berat yang pertama ialah al-Quran dan perkara berat yang kedua ialah ahlul bait. Al-Quran secara jelas menyuruh ikutan kepada sahabat manakala hadith tsaqalain pula menyatakan ikutan kepada ahlul bait

Jadi secara gabungan yang sesuai dengan konteks al-Quran, sahabat dan ahlul bait sama-sama rujukan kepada umat Islam. Merekalah yang disebutkan sebagai orang-orang beriman dan jalan merekalah dapat menyelamatkan kita dari kesesatan seperti yang disebutkan dalam an-Nisa ayat 155

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيرًا (115)

Terjemahan: Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.

Maka sesiapa yang mendakwa hadith tsaqalain mengkhaskan ikutan rujukan hanya pada ahlul bait dan menolak sahabat nabi maka dia telah bercanggah dengan al-Quran dan bercanggah dengan makna tsaqalain itu sendiri.

4. Syiah bertaqlid pada bukan ahlul bait

Syiah imamiyah sendiri hakikatnya tidak bertaqlid 100% kepada ahlul bait. Imam ke-12 mereka iaitu al-Mahdi telah ghaib ribuan tahun dan tidak diketahui lokasinya. Jadi kini mereka terpaksa bertaqlid kepada ulama-ulama yang tidak maksum seperti Ayatollah Khamenei, Ayatollah Sistani dan lain-lain.

 Bahkan, penulis kitab-kitab utama mereka seperti al-Kulaini, at-Tusi, al-Majlisi dan lain-lain bukanlah ahlul bait yang disucikan. Dalam bab hadith pula, mereka terpaksa bertaqlid kepada kenyataan ulama-ulama rijal mereka seperti al-Kishi, at-Tusi, al-Mamaqani, al-Khui dan lain-lain dalam menilai sahih atau tidak kata-kata yang dinisbatkan kepada imam.

Semua ini dengan alasan imam telah berikan keizinan kepada golongan bukan ahlul bait untuk berfatwa berkenaan isu agama. Padahal sebelumnya mereka sendiri melarang mengikuti orang yang tidak maksum!! Ternyata ini satu kontradiksi yang nyata
 
Sebagai contoh, imam kelima syiah, al-Baqir membenarkan Aban bin Taghlub memberikan fatwa berkenaan agama


أجلس في مسجد المدينة وأفتِ الناس فإني أحب أن أرى في شيعتي مثلك

Terjemahan: Duduklah di masjid Madinah dan berfatwalah kepada masyarakat kerana sesungguhnya aku suka melihat dalam golonganku orang sepertimu 

Rujukan: Rijal an-Najasyi,1/10 

 http://shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%AA%D8%A8/2931_%D8%B1%D8%AC%D8%A7%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%AC%D8%A7%D8%B4%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D9%86%D8%AC%D8%A7%D8%B4%D9%8A/%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%81%D8%AD%D8%A9_10#top


Imam keenam syiah, Jaafar as-Shadiq a.s mengizinkan Muaz bin Muslim mengeluarkan fatwa:

عَنْ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ (ع) قَالَ لِي: بَلَغَنِي أَنَّكَ تَقْعُدُ فِي الْجَامِعِ فَتُفْتِي النَّاسَ! قَالَ، قُلْتُ: نَعَمْ وَ قَدْ أَرَدْتُ أَنْ أَسْأَلَكَ عَنْ ذَلِكَ قَبْلَ أَنْ أَخْرُجَ، إِنِّي أَقْعُدُ فِي الْمَسْجِدِ فَيَجِيءُ الرَّجُلُ يَسْأَلُنِي عَنِ الشَّيْءِ فَإِذَا عَرَفْتُهُ بِالْخِلَافِ لَكُمْ أَخْبَرْتُهُ بِمَا يَفْعَلُونَ، وَ يَجِيءُ الرَّجُلُ أَعْرِفُهُ بِحُبِّكُمْ أَوْ مَوَدَّتِكُمْ فَأُخْبِرُهُ بِمَا جَاءَ عَنْكُمْ وَ يَجِيءُ الرَّجُلُ لَا أَعْرِفُهُ وَ لَا أَدْرِي مَنْ هُوَ فَأَقُولُ: جَاءَ عَنْ فُلَانٍ كَذَا وَ جَاءَ عَنْ فُلَانٍ كَذَا فَأُدْخِلُ قَوْلَكُمْ فِيمَا بَيْنَ ذَلِكَ، قَالَ، فَقَالَ لِي: اصْنَعْ كَذَا فَإِنِّي كَذَا أَصْنَع

Daripada Muaz bin Muslim: Daripada Abi Abdillah a.s yang berkata kepadaku: Telah sampai kepadaku bahawa engkau duduk dalam masyarakat dan berfatwa! Beliau berkata: Aku berkata: Benar, sesungguhnya aku ingin bertanya kepadamu tentang perkara tersebut sebelum aku keluar. sesungguhnya aku duduk dalam masyarakat, maka datang seorang lelaki bertanya kepadaku tentang sesuatu. Sekiranya aku tahu ianya bertentangan degann kamu maka aku akan memberitahu apa yg harus mereka lakukan, dan datang pula lelaki yang aku tahu ia mencintai dan kasih terhadap kamu, maka aku akan beritahu apa yang kamu bawakan. Dan datang pula lelaki yang aku tidak tahu siapakah gerangan dia, maka aku menukilkan sesuatu daripada fulan, dan aku masukkan kata-kata kamu di dalamnya. Imam Jaafar pun menjawab: Lakukanlah seperti itu, sesungguhnya aku pun melakukan demikian." 

Rujukan: al-Fawaid ar-Rijaliyah (ms 10) oleh as-Sayyid Bahrul ‘Ulum yang menaqalkan dari rijal al-Kisyi 
 
http://shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%AA%D8%A8/2964_%D8%A7%D9%84%D9%81%D9%88%D8%A7%D8%A6%D8%AF-%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%AC%D8%A7%D9%84%D9%8A%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%8A%D8%AF-%D8%A8%D8%AD%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D9%84%D9%88%D9%85-%D8%AC-%D9%A1/%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%81%D8%AD%D8%A9_273

Ini sebahagian bukti yang jelas syiah sendiri telah bertaqlid kepada bukan ahlul bait untuk sampai kepada ahlul bait. Syiah membidas fakta di atas dengan mengatakan tak salah bertaqlid kepada bukan ahlul bait kerana rujukan mereka sendiri adalah ahlul bait

Jika demikian, kami juga mengatakan tak salah kami mengikuti sahabat Rasulullah sallahu ‘alahi wasalam, kerana rujukan mereka adalah kepada Allah s.w.t dan RasulNya. Dan apabila berlaku percanggahan dikalangan sahabat, kami kembalikan kepada Allah dan RasulNya

Sebaliknya syiah, mereka menganggap ahlul bait sebagai maksum dan kononnya tidak berlaku sebarang percanggahan. Natijahnya, mereka telah ‘menambah’ sumber rujukan dalam agama ini.

Disampin itu, ulama-ulama syiah bukan ahlul bait dalam banyak perkara tidak bersandarkan kepada ulama-ulama ahlul bait tetapi kepada ijtihad mereka sendiri. Ini sedia maklum kerana pada zaman kini banyak perkara yang baru yang tidak pernah disebutkan sebelumnya seperti isu solat di angkasa, isu bayi tabung uji, isu kejuruteraan genetik dan lain-lain


Tambahan
 
Didapati rujukan syiah kepada tsaqalain sendiri sebenarnya masih boleh dipertikaikan. Terdapat kajian dari sudut ilmu rijal mendapati hadith-hadith tsaqalain dalam syiah dipertikaikan kesahihannya menurut standard syiah sendiri. Jika ini benar, maka ternyata sunni lebih berpegang kepada kesahihan tsaqalain

Rujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Taqiyuddin as-Sunni di sini dalam kitabnya yang bertajuk,
  
القنبلة الحديثية في تخريج حديث الثقلين من كتب الإمامية

Boleh didownload sini 

http://www.saaid.net/book/open.php?cat=88&book=8803



Kesimpulan 

Ikutan sebenar dalam agama Islam adalah para sahabah dan ahlul bait nabi. Merekalah panji-panji yang membawa Islam kepada kita dan memelihara sumber-sumbernya selepas kewafatan nabi.  Hadith tsaqalain hendaklah difahami seiringan dengan al-Quran.Mereka yang mendakwa ikutan hanyalah imam-imam keturunan ahlul bait dan menolak sahabat-sahabat nabi sebenarnya telah tersesat kerana bercanggah dengan konsep al-Quran. 

 Syiah imamiyah sendiri bertaqlid kepada bukan ahlul bait dan ‘menambah’ rujukan dalam agama Islam. Mereka cuba berdalih dengan mengatakan taqlid itu tidaklah sesat kerana rujukan ulama-ulama ini juga adalah ahlul bait.

Jika demikian, sudah tentulah kami lebih tepat dan benar kerana rujukan kami adalah ‘penghulu’ ahlul bait iaitu Rasulullah sallahu ‘alaihi wassalam dan orang yang kami ikuti ialah orang-orang terpecaya bahkan telah dijamin syurga oleh Allah s.w.t. Kami juga mengikuti orang-orang terpecaya untuk sampai kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabah dengan tanpa memaksumkan mereka
 
Ini juga contoh yang diberikan sendiri oleh imam ar-Rida, imam ke-8 syiah yang membenarkan orang-orang terpecaya berfatwa berkenaan agama

عن عبد العزيز بن المهتدي والحسن بن علي بن يقطين جميعا، عن الرضا عليه السلام قال: قلت: لا أكاد أصل إليك أسألك عن كل ما أحتاج إليه من معالم ديني، أفيونس بن عبد الرحمن ثقة آخذ عنه ما أحتاج إليه من معالم ديني؟ فقال: نعم

Terjemahan: Hasan bin Ali bin Yaqtin berkata, “Aku berkata kepada Imam Ridha as, “Aku tidak dapat bertanya kepada anda (secara langsung) ketika berhadapan dengan setiap persoalan agama yang aku hadapi. Apakah Yunus bin Abdurrahman itu orang terpercaya dan jujur dan aku dapat menerima jawapan terhadap masalah-masalah agama yang aku hadapi? Imam Ridha as berkata: Ya

Rujukan: Wasail Syiah, al-Hurr al-‘Amili, 18/107, no 33

http://shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%AA%D8%A8/1234_%D9%88%D8%B3%D8%A7%D8%A6%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%B9%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A5%D8%B3%D9%84%D8%A7%D9%85%D9%8A%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%AD%D8%B1-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%A7%D9%85%D9%84%D9%8A-%D8%AC-%D9%A1%D9%A8/%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%81%D8%AD%D8%A9_107

Rujukan dan bacaan lanjut


4 comments:

Unknown said...

tumpang tanya,tuan ada fb x??dialog sunni vs syiah mana yg sesuai utk ditonton??mohon pencerahan...

Admin said...

Facebook saya ialah Yusof Mohamad, boleh search

Sila tonton dialog sunni syiah di masjid perling. Ada 3 bahagian, insyaAllah bermanfaat

http://www.youtube.com/watch?v=NpSUIyUUwZE

http://www.youtube.com/watch?v=2KuphIcb9NQ

http://www.youtube.com/watch?v=1WAev3JuDXM

Anonymous said...

Syiah berpegang kepada al-quran dan ahlul bait as...Apabila Imam ahlul bayt as memerintahkan sahabatnya memberikan fatwa di Masjid atau riwayat Imam as menyuruh orang awam mengikut ulama yang memelihara dirinya, memelihara agama, mengekang hawa nafsu dan taat kepada mawla ketika zaman ghaibah...Apakah masalahnya syiah mengikut perintah Imam tersebut sehingga anda mengatakan ia bercanggah dengan kenyataan yang anda warwarkan syiah ikut imam maksum tetapi tidak ikut imam maksum pada zaman ghaibah? Apa masalahnya?????

Admin said...

Masalahnya mudah, anda secara automatik telah ikut orang tak maksum, jadi jangan salahkan kami bilamana kami juga ikut orang tak maksum untuk sampai kepada orang yang maksum