Syiah sama sekali tidak meredhai kedudukan mulia isteri-isteri nabi Muhammad s.a.w. Bahkan mereka sanggup menyamakan isteri baginda dengan isteri Hud a.s dan Lut a.s.
Mereka akan membesar-besarkan hadith-hadith perselisihan normal antara baginda s.a.w dengan isteri-isteri baginda dan akan menutup sedalam-dalamnya hadith-hadith yang menggambarkan kecintaan baginda kepada mereka
Golongan syiah sama sekali menolak isteri-isteri nabi sebagai ahlul bait. Natihahnya, mereka akan berdakyah memutarbelitkan kefahaman hadith-hadith nabi supaya isteri-isteri baginda tidak sekali-kali dianggap ahlul bait
Istilah Ahl al-Bait dalam al-Quran
Al-Quran menggunakan 3 kali perkataan Ahl al-Bait dan kesemuanya merujuk kepada ikatan pernikahan dan ikatan nasab.
Dalam surah al-Hud 11: 72-73, isteri nabi Ibrahim dimuliakan dengan gelaran Ahl al-Bait
قَالَتْ يَا وَيْلَتَى أَأَلِدُ وَأَنَا عَجُوزٌ وَهَذَا بَعْلِي شَيْخًا إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ عَجِيبٌ (72) قَالُوا أَتَعْجَبِينَ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ رَحْمَتُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ إِنَّهُ حَمِيدٌ مَجِيدٌ (73)
Terjemahan: Isteri (Nabi Ibrahim) berkata: Sungguh ajaib keadaanku! Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini suatu perkara yang menghairankan. Malaikat-malaikat itu berkata: Patutkah engkau merasa hairan tentang perkara yang telah ditetapkan oleh Allah? Memanglah rahmat Allah dan berkat-Nya melimpah-limpah kepada kamu, wahai Ahl al-Bait. Sesungguhnya Allah Maha terpuji, lagi Maha Melimpah kebaikan dan kemurahanNya
Dalam surah al-Qasas 28:12-13, ibu Musa a.s dipanggil sebagai Ahl al-Bait
وَحَرَّمْنَا عَلَيْهِ الْمَرَاضِعَ مِنْ قَبْلُ فَقَالَتْ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى أَهْلِ بَيْتٍ يَكْفُلُونَهُ لَكُمْ وَهُمْ لَهُ نَاصِحُونَ (12) فَرَدَدْنَاهُ إِلَى أُمِّهِ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَلِتَعْلَمَ أَنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا يَعْلَمُونَ (13)
Terjemahan: dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusui(nya) sebelum itu; maka berkatalah saudara Musa: "Maukah kamu aku tunjukkan kepadamu ahlul bait yang akan memeliharanya untukmu dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?." Maka kami kembalikan Musa kepada ibunya, supaya senang hatinya dan tidak berduka cita dan supaya ia mengetahui bahwa janji Allah itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Kali ketiga al-Quran menggunakan istilah ini secara terang-terangan merujuk kepada isteri nabi Muhammad s.a.w
Al-Ahzab ayat 33 menukilkan perkara ini dengan jelas
وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33)
Terjemahan: dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.
Syiah mempunyai beberapa alasan untuk menolak surah al-Ahzab ayat 33 merujuk kepada isteri-isteri nabi. InsyaAllah, dalam artikel yang akan datang akan dijawab satu persatu alasan mereka tersebut
Apapun fikirkanlah dengan logik, jika ayat penyucian ini turun semata-mata kepada Ali r.a, Hasan r.a, Husin r.a dan Fatimah r.a, maka apakah mereka semua diperintahkan jangan berhias dan tetap dalam rumah?? Bagaimana mungkin Ali r.a, Hasan r.a dan Husin r.a menyertai jihad jika diperintahkan duduk dalam rumah??
Konteks ayat ini sangat jelas merujuk kepada isteri-isteri nabi
Hadith-hadith sahih menetapkan isteri-isteri nabi sebagai ahlul bait
Hadith-hadith nabi yang sahih banyak menyebutkan isteri-isteri nabi dipanggil ahlul bait. Ketika perkahwinan Zainab r.a, nabi keluar dan menuju bilik Aisya r.a sambil mengatakan
فَقَالَ السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَقَالَتْ وَعَلَيْكَ السَّلَامُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ كَيْفَ وَجَدْتَ أَهْلَكَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فَتَقَرَّى حُجَرَ نِسَائِهِ كُلِّهِنَّ يَقُولُ لَهُنَّ كَمَا يَقُولُ لِعَائِشَةَ وَيَقُلْنَ لَهُ كَمَا قَالَتْ عَائِشَةُ
Terjemahan: ‘Assalamu’alaikum ahlul bait wa rahmatullah (salam sejahtera atas kamu, wahai ahlul bait dan semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepadamu). Maka Aisyah menjawab, ‘Wa alaika salam wa rahmatullah (dan semoga kesejahteraan dan rahmat Allah atasmu). ‘Lalu Nabi s.a.w mengunjungi semua isterinya dan berkata kepada mereka seperti yang dikatakan kepada Aisyah, dan merekapun menjawab seperti jawaban Aisyah
Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Quran, Bab La Tadhulu Buyut an-Nabi Illa An Yu’zina Lakum Ilat Ta’am, Hadith no 4419
Hadith lain ialah bacaan selawat yang nabi ajarkan kepada kita
اللهم صل على محمد وعلى أهل بيته وعلى أزواجه وذريته كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى أهل بيته وعلى أزواجه وذريته كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد
Terjemahan: Ya Allah, berilah kebahagiaan kepada Muhammad dan kepada Ahlul baitnya dan kepada isteri-isterinya serta keturunannya sebagaimana Engkau telah memberikan kebahagiaan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berikanlah barakah kepada Muhammad dan kepada Ahli Baitnya, isteri-isterinya, serta keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberikan barakah kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”
Rujukan: Musnad Ahmad, hadith no 23173. Hadith ini disahihkan Syeikh Syu’aib al-Arnauth
Bantahan syiah terhadap dalil-dalil sunnah
Syiah membantah dalil-dali sunnah yang disebutkan di atas. Bantahan mereka boleh disimpulkan sebagai berikut
a) Pengakuan Zaid bin Arqam dalam Sahih Muslim bahawa isteri nabi bukan ahlulbaitnya
b) Hadith riwayat Ahmad tersebut menggunakan huruf 'athaf' (و), yakni ia membezakan antara ahlulbaitnya dan isteri-isterinya
Bidasan kepada bantahan syiah: Penjelasan pengakuan Zaid al-Arqam
Syiah membantah isteri-isteri nabi sebagai ahlul bait dengan membawakan pernyataan Zaid bin Arqam dalam Sahih Muslim
قلنا من أهل بيته ؟ نساؤه ؟ قال لا وايم الله إن المرأة تكون مع الرجل العصر من الدهر ثم يطلقها فترجع إلى أبيها وقومها أهل بيته أصله وعصبته الذين حرموا الصدقة بعده
“Kami berkata “Siapa Ahlul Bait? Apakah isteri-isteri Nabi? . Kemudian Zaid menjawab ” Tidak, Demi Allah seorang wanita hidup dengan suaminya dalam masa tertentu jika suaminya menceraikannya dia akan kembali ke orang tua dan kaumnya. Ahlul Bait Nabi adalah keturunannya yang diharamkan untuk menerima sedekah
Rujukan: Sahih al-Muslim, Kitab Fadhail Sahabah, Bab Daripada Fadhail Ali bin Abi Talib r.a, Hadith no: 4425
Pernyataan ini tidaklah menunjukkan isteri-isteri nabi bukan ahlul bait. Tetapi ia menunjukkan isteri-isteri nabi yang boleh diceraikan tidak dianggap ahlul bait. Maka penafian Zaid bin Arqam adalah merujuk kepada isteri-isteri yang diceraikan
Zaid bin Arqam sendiri mengakui isteri nabi termasuk ahlul baitnya. Ini kerana dalam hadith yang sama, yakni hadith di atas hadith yang disebutkan'
عن يزيد بن حيان قال قال زيد بن أرقم قام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما فينا خطيبا بماء يدعى خما بين مكة والمدينة. فحمد الله وأثنى عليه ووعظ وذكر ثم قال “أما بعد ألا أيها الناس فإنما أنا بشر يوشك أن يأتي رسول ربي فأجيب وأنا تارك فيكم ثقلين أولهما كتاب الله فيه الهدى والنور فخذوا بكتاب الله واستمسكوا به” فحث على كتاب الله ورغب فيه ثم قال “وأهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي أذكركم الله في أهل بيتي” فقال له حصين ومن أهل بيته؟ يا زيد أليس نساؤه من أهل بيته؟ قال نساؤه من أهل بيته ولكن أهل بيته من حرم الصدقة بعده قال وهم؟ قال هم آل علي، وآل عقيل وآل جعفروآل عباس قال كل هؤلاء حرم الصدقة؟ قال نعم
Dari Yaziid bin Hayyaan ia berkata Telah berkata Zaid bin Arqam “Pada satu hari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah berdiri dan berkhutbah di sebuah mata air yang disebut Khumm. Beliau memuji Allah, kemudian menyampaikan nasihat dan peringatan kepada kami “Amma ba’du, ketahuilah wahai sekalian manusia, bahwasannya aku hanyalah seorang manusia sama seperti kalian.
Sebentar lagi utusan Rabb-ku (yaitu malaikat maut) akan datang dan dia diperkenankan. Aku akan meninggalkan kepada kalian dua hal yang berat, yaitu Al-Qur’an yang berisi petunjuk dan cahaya, karena itu laksanakanlah isi Al-Qur’an itu dan berpegang teguhlah kepadanya – beliau mendorong dan mengimbau pengamalan Al-Qur’an – dan Ahlul-Baitku (keluargaku). Aku ingatkan kalian kepada Allah tentang Ahlul-Bait-ku (beliau mengucapkan tiga kali)”.
Hushain berkata kepada Zaid “Wahai Zaid, siapakah ahlul-bait Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ? Bukankah isteri-isteri beliau adalah ahlul-baitnya ?”. Zaid bin Arqam menjawab “Isteri-isteri beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam memang ahlul-baitnya. Namun ahlul-bait beliau adalah orang-orang yang diharamkan menerima zakat sepeninggal beliau”. Hushain berkata “Siapakah mereka itu ?”. Zaid menjawab “Mereka adalah keluarga ‘Ali, keluarga ‘Aqil, keluarga Ja’far, dan keluarga ‘Abbas”.
Husin berkata “Apakah mereka semua itu diharamkan menerima zakat ?”. Zaid menjawab “Ya”

Perhatikan bagaimana syiah hanya memetik hadith separa-para bagi mengelirukan kita.
Keduanya, kalaupun kita katakan pandangan Zaid bin Arqam menunjukkan isteri nabi bukan ahlul bait, ia sama sekali tidak memberikan kesan. Banyak hadith yang jelas lago terang maksudnya berdasarkan kalam baginda s.a.w sendiri menisbatkan panggilan ahlul bait kepada isteri-isteri baginda.
Bahkan lebih dari itu, Husin r.a sendiri tidak mengetahui siapa ahlul bait hinggakan dia sendiri bertanyakan kepada Zaid bin Arqam. Ini membatalkan doktrin syiah yang mengatakan para imam serba tahu dalam semua perkara.
Bidasan kepada bantahan syiah: Penggunaan huruf ‘Athaf
Penggunaan huruf athaf disini bukanlah bermaksud untuk membezakan antara ahlul bait dan isteri-isteri nabi tapi ianya pernyataan umum nabi Muhammad s.a.w iaitu ahlul bait dan kemudian ianya dikhususkan kepada isteri-isteri dan keturunannya
Ini adalah berdasarkan kaedah nahu yang dipanggil zikrul khas ba'da al-'Am( penyebutan khas selepas umum).

Kaedah ini diambil sendiri dari al-Quran, contohnya dalam al-Baqarah 2:98,
مَنْ كَانَ عَدُوًّا لِلَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَرُسُلِهِ وَجِبْرِيلَ وَمِيكَالَ فَإِنَّ اللَّهَ عَدُوٌّ لِلْكَافِرِينَ
Terjemahan: Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir
Perhatikan kewujudan huruf athaf dalam ayat tersebut bukanlah ingin membezakan jibril dan malaikat dari para malaikat, tapi ayat tersebut ingin mengkhususkan mereka berdua
Ayat tersebut mengkhususkan perkataan Jibril dan Mikail setelah penyebutan malaikat secara umum dan tidak sama sekali menunjukkan mereka bukan malaikat
Jika syiah masih tidak boleh menerima hujah di atas, hadith tersebut sendiri menyatakan 'keturunannya'.selepas perkataan isteri-isterinya maka apakah mereka akan kata ahlul bait dan keturunan adalah entiti yang berbeza??
SIKAP DOUBLE STANDARD AYATOLLAH AL-KHOEI
Ayatollah al-Uzma Abul Qasim al-Khoie, bekas ketua Hauzah di Najaf, bersikap double standard ketika membicarakan istilah Ahl al-Bait
Dalam bukunya yang mashyur, yang selalu menjadi rujukan laman web syiah, Sirat al-Najat. Ketika ditanya tentang siapakah al-Ahl, dia memasukkan isteri. Dalam masa yang sama dia menafikan isteri nabi sebagai ahlul bait
Rujukan: http://truthaboutshiism.wordpress.com/2011/02/18/exposing-shiism-shiite-lies-and-deception-wives-as-ahl-al-bayt/
KESIMPULAN
Dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith jelas memasukkan isteri-isteri nabi dalam kategori Ahl al-Bait. Sebenarnya syiah tidak sebenar-benar mencintai Ahl al-Bait. Bahkan mereka hanya mengkultuskan keturunan Husin r.a yang berdarah parsi.
Mereka tidak sekali-kali menyayangi keturunan Hasan r.a serta ahlulbait yang lainnya apatah lagi menyayangi isteri-isteri nabi yang jelas dipanggil ibu orang-orang yang beriman
No comments:
Post a Comment