Thursday, May 5, 2011

Bai'ah Ridhwan: Bantahan Kepada Kritikan Syiah



Sejarah Islam mencatatkan peristiwa penting yang berlaku pada tahun keenam hijrah di bulan Zulkaedah. Pada tahun tersebut, Uthman r.a dihantar oleh baginda s.a.w sebagai duta kepada musyrikin Mekah bagi membolehkan umat Islam memasukinya dengan aman untuk mengerjakan umrah

Quraisy telah menahan Uthman r.a agak lama kerana mereka hendak bermesyuarat sesama mereka untuk membuat keputusan yang muktamad sehinggakan tersebar berita yang mengatakan Uthman telah dibunuh mereka. Kejadian ini menyebabkan baginda dan para sahabah berbaiah bagi menuntut kematian Uthman r.a


Para sahabah yang terlibat dalam bai’ah ini termasuklah sahabah-sahabah besar seperti Abu Bakar, Umar dan Ali r.a

Walaupun Uthman r.a tidak terbunuh, al-Quran tetap merakamkan keredhaan Allah kepada para sahabah dalam surah al-Fath 48:18

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا (18)

Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya) 

Jumlah mereka yang terlibat di dalam bai‘ah tersebut adalah seramai 1400 orang termasuk kebanyakan daripada golongan yang menyertai Perang Badar yang merupakan para sahabat yang terkanan kedudukannya. 

TANGAN ALLAH BERSAMA DENGAN TANGAN MEREKA

Allah s.w.t memuliakan para sahabah sehinggakan menjadikan bai‘ah para sahabat r.a dengan Rasulullah s.a.w  umpama bai‘ah mereka dengan Allah Subhanahu wa Ta‘ala sendiri

إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا (10)

Terjemahan: Bahawasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah Tangan Allah di atas tangan mereka  maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar.

Perhatikan frasa, ‘ Tangan Allah di atas tangan mereka ‘, inilah frasa yang menunjukkan kemuliaan mutlak kepada mereka yang berba’aiah kepada nabi

Persoalan yang perlu difikirkan, sekiranya para sahabah yang dianggap syiah sebagai pembid’ah, murtad dan kafir, apakah Allah akan meletakkan tanganNya kepada tangan mereka??? Apakah Allah akan memuliakan golongan sahabah yang jahat ini dengan setinggi-tinggi kemuliaan??


BANTAHAN SYIAH

Golongan syiah sudah tentu tidak dapat menerima hakikat ini. Teliti saja laman-laman web mereka, kita akan lihat mereka jelas membantah kemuliaan sahabah yang jelas di dalam al-Quran.  Berikut ialah pernyataan mereka

Syiah katakan

Ahlusunnah tidak dapat menerima bahawa apabila seseorang itu yang telah diredhai tuhannya boleh atau mampu untuk menyimpang dari jalan kebenaran. Antara yang terlibat dalam pembai’atan ini ialah para sahabat besar seperti Umar, Abu Bakar, Uthman, Khalid dan beberapa orang lagi telah hadir.

Jawapan kami ialah pertamanya ayat itu sendiri menggunakan kalimah ‘iz zarfiah muqayyad’. Iaitu ayat itu menyatakan pada ketika itu Allah meridhai engkau yang memberi Bai’at. Dengan ini tuhan meridhai mereka sebelum dan selepas pembai’atan tertakluk dengan syarat selagi individu itu mampu tetap menjaga kemakmuran ini.

“Kami membacakannya mereka kisah orang yang telah kami berikannya ayat maka dia menuruti Syaitan dan termasuk di kalangan mereka yang sesat”"
al-A’raf 175

Kesimpulannya dengan pengajaran peristiwa ini, jikalau Tuhan meridhai seseorang, maka Dia akan menyatakan keridhaanNya dengan bentuk yang sangat berharga selama seseorang itu menjaga keistiqamahan prinsip itu. Jika tidak, begitu banyak orang yang memiliki makam yang sangat tinggi namun setelah itu mereka tersesat.

Sebagai contoh Abdullah bin Abi Sara sahabat Rasulullah (s) penulis wahyu pertama, akan tetapi selepas beberapa ketika ia murtad dan menghina Rasulullah (s). Hingga sampai ke satu tahap, Rasulullah berkata pada waktu Fath Makkah, beberapa orang daripada mereka, walaupun mereka bergantung pada kain Kaabah, penggallah kepala mereka, salah seorang daripada mereka ialah Abdullah bin Abi Sara’.

Allah (swt) berfirman kepada Rasulullah (s):
“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu ‘jika kamu mempersekutukan (Allah), niscaya akan hapuslah amalanmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi.” Surah az-Zummar ayat 65.

Kita menerima bahwasanya ayat-ayat ini diturunkan tentang sahabat. Akan tetapi berapa ramai antara sahabat-sahabat yang mampu menjaga makam tersebut, Perlulah adanya pembahasan dan penelitian

BIDASAN KEPADA BANTAHAN SYIAH

Bantahan syiah di atas sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai ilmiah sebaliknya ia merupakan satu tindakan biadap kerana mempertikaikan kemuliaan yang Allah janjikan kepada sahabah

Kebiadapan ini terserlah hingga mereka sanggup mengatakan,
seseorang itu yang telah diredhai tuhannya boleh atau mampu untuk menyimpang dari jalan kebenaran’

Persoalan kita kepada syiah, jika seseorang yang telah diredhai Allah akhirnya menyimpang, maka mengapa Allah meredhai mereka pada permulaannya?? 

Apakah Allah tidak mengetahui perkara ghaib hingga Allah sendiri tidak mengetahui keadaan mereka di masa hadapan?? Nau’zubillahi min zalik

Sebahagian syiah berdalih dengan mengatakan penyimpangan sahabah ini sama seperti orang yang masuk Islam kemudiannya kembali kafir. Maka ketika mereka masuk Islam, mereka diredhai Allah namun setelah mereka murtad, keredhaan Allah telah hilang

Pendalihan ini mudah dijawab dengan memahami konsep keredhaan Allah. Allah sendiri tidak pernah meredhai seseorang yang akhirnya murtad. Bahkan Allah menjanjikan balasan neraka jahannam bagi mereka yang berpaling setelah beriman

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ (106) ذَلِكَ بِأَنَّهُمُ اسْتَحَبُّوا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا عَلَى الْآخِرَةِ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ (107)

Terjemahan: Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. Yang demikian itu disebabkan karena sesungguhnya mereka mencintai kehidupan di dunia lebih dari akhirat, dan bahwasanya Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang kafir (an-Nahl 16:106-107)

BIDASAN 1: KEREDHAAN MUTLAK KEPADA PARA SAHABAH

Tidak dinafikan keredhaan Allah bergantung kepada apa yang dibuat dan tidak dibuat oleh seseorang. Sesiapa yang berbuat satu perkara yang disukai oleh Allah maka Allah meredhai perkara tersebut manakala sesiapa yang berbuat perkara yang dibenci oleh Allah akan mendapat kemurkaannya

Malangnya syiah telah melakukan kesalahan fatal dengan mengatakan ia hanyalah iz zarfiah muqayyad yakni hanya terikat kepada perbuatan ketika itu sahaja.

Perbuatan tersebut tidak hanya terikat kepada ketika itu bahkan ia jaminan mutlak. Allah bukan sahaja meredhai perbuatan mereka bahkan Allah telah meredhai diri mereka sehinggakan Allah telah menurunkan ketenangan dalam hati mereka dan memberikan kemenangan kepada mereka
Perhatikan ayat tersebut sekali lagi

فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Terjemahan: Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat

Para sahabah telah melakukan perbuatan yang diredhai oleh Allah. Perbuatan ini telah diberikan satu kemuliaan yang tinggi maka mustahil ia akan hilang pada kemudiannya

Bahkan dalam hadith-hadith yang sahih, disebutkan dengan jelas, ahli ba’iah ridwan telah dijamin syurga

لاَ يَدْخُلُ النَّارَ إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ أَحَدٌ الَّذِينَ بَايَعُوا تَحْتَهَا.

Terjemahan: Insha Allah, tiada sesiapa dikalangan sahabatku yang memberi bai‘ah di bawah (pokok di Hudaibiyyah) akan masuk neraka

Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab Fadail as-Sahabah, Bab Kelebihan Ashabus Syajarah Ahli Bai’ah Ridwan, hadith 4552

Lebih dari itu, kita sedia maklum tujuan ba’iah ridwan ialah untuk membalas ‘kematian’ Uthman r.a. Apakah syiah sanggup mengatakan Allah meredhai perbuatan golongan munafik (para sahabah) yang membela individu munafik (Uthman) lainnya?

BIDASAN 2: AHLI BAI’AH RIDWAN TIDAK BERPALING

Ulama syiah ada yang berhujah mengatakan ayat 10 surah al-Fath sebenarnya tidak menetapkan kemuliaan para sahabah bahkan ia menunjukkan kemungkinan sahabah berpaling

Mereka katakan kemungkinan itu ada kerana Allah mengatakan

فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ

Terjemahan: Maka barangsiapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri

Hujah ini dapat dibantah dengan melihat konteks ayat secara keseluruhan.

Ayat 10 merupakan galakan umum untuk berba’aiah kepada nabi. Ayat selepasnya yakni ayat 11 hinggalah ayat 16 menerangkan golongan badwi munafik tidak menyertai bai’ah tersebut

Manakala ayat 17 pula memberikan pengecualian kepada orang buta, tempang dan orang yang sakit untuk menyertai peperangan

Ayat 18 pula jelas menerangkan keredhaan kepada sahabah nabi yang turut serta dalam ba’iah.

Maka jelaskan kita bahawa golongan yang melanggar janji itu bukanlah sahabah yang menyertai bai’ah ridwan


BIDASAN 3: ABDULLAH BIN ABI SARA DAN BAL’AM BIN BAU’RAH

Syiah menggunakan Abdullah bin Abi Sara sebagai contoh sahabah yang murtad. Hakikatnya, dia bukanlah termasuk dikalangan ahli ba’iah ridwan maka membawakan contoh diri beliau tidaklah tepat

Tidak dinafikan dia pernah murtad dan hampir dihukum bunuh namun Rasulullah s.a.w telah melepaskannya atas jaminan Uthman r.a

Dia kemudiannya menjadi muslim yang baik dan bertaubat dari dosa kemurtadannya

Sebagian syiah yang lain pula menggunakan kisah Bal’am Bin Baurah sebagai bukti keredhaan Allah tidaklah mutlak. Mereka katakan Bal’am bin Baurah lebih mulia dari para sahabah kerana dia mengetahui nama-nama Allah dan diberikan ilmu. Dia merupakan pendeta yahudi di zaman Musa a.s.

Persoalannya, manakah ayat al-Quran yang jelas meredhai Bal’am?? Bahkan ayat yang syiah petik iaitu al-‘Araf ayat 175 jelas mencela dia.

Dia diberikan pengetahuan oleh Allah tapi dia sendiri kufur kepadaNya. Inilah dalil menunjukkan hanya kerana Allah memberikan ilmu pengetahuan kepada seseorang,  itu tidaklah bermaksud mesti Allah redha kepada seseorang

Bahkan ilmu itu menjadi ujian kepada orang tersebut samada dia akan menjadi soleh seperti Khidir a.s ataupun kufur seperti Bal’am bin Bau’rah

BIDASAN 4:  AHLI BA’IAH RIDWAN TIDAK MELAKUKAN BID’AH

Sebahagian syiah yang lain pula menggunakan hadith berikut sebagai hujah ahli ba’iah ridwan melakukan bid’ah selepas kewafatan nabi

حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ إِشْكَابٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَقِيتُ الْبَرَاءَ بْنَ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقُلْتُطُوبَى لَكَ صَحِبْتَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَايَعْتَهُ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَقَالَ يَا ابْنَ أَخِي إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثْنَا بَعْدَهُ

Terjemahan: dari Al 'Ala` bin Al Musayyab dari Bapaknya ia berkata; Aku bertemu Al Bara' bin 'Azib radliallahu 'anhuma seraya berkata; "Beruntunglah kamu karena mendampingi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berbai'at kepadanya di bawah pohon pada bai'atur ridlwan." Al Bara' berkata; "Wahai anak saudaraku, kamu tidak tahu apa yang kami perbuat setelah itu."

Rujukan: al-Bukhari, Kitab : Peperangan Bab : Pertempuran Hudaibiyah, No. Hadist : 3852

Hadith ini sama sekali tidak menunjukkan para sahabah melakukan bid’ah sebaliknya ia menunjukkan para sahabah bersikap rendah diri dengan kemuliaan yang diberikan kepada mereka

Walaupun mereka diredhai Allah dalam ba’iah ridwan, mereka tetap mengenangkan badai fitnah yang melanda mereka lebih-lebih lagi peperangan dikalangan sahabah

Sebab itulah al-Barra bin Azib memperingatkan kepada al-Musayyab akan perkara tersebut. 

Ibnu Hajar al-‘Asqalani menjelaskan dalam kitabnya Fathul Bari

يُشِيرُ إِلَى مَا وَقَعَ لَهُمْ مِنْ الْحُرُوبِ وَغَيْرِهَا فَخَافَ غَائِلَةَ ذَلِكَ ، وَذَلِكَ مِنْ كَمَالِ فَضْلِهِ

Terjemahan: Ia menunjukkan apa yang berlaku keatas mereka seperti peperangan dan sebagainya, dan dia takut pada perasaan sengsara (kerana peperangan) itu...dan itu sebahagian dari kesempurnaan kelebihannya..'

KESIMPULAN

Demikianlah sebahagian jawapan kepada kritikan-kritikan syiah terhadap ahli ba’iah ridwan. Ada banyak lagi isu yang ditimbulkan namun ia tidak lari dari hujah-hujah yang lemah. InsyaAllah, ia akan dijawab dalam artikel-artikel yang akan datang

Ahli Bai’ah ridwan bukanlah maksum. Namun dalam masa yang sama mereka bukanlah insan yang kafir, murtad dan munafik yang telah dihilangkan keredhaan Allah kepada mereka.

Sebaliknya mereka insan terpilih yang memperjuangkan nyawa, harta dan agama demi nabi tercinta kita, Muhammad sallahu a’laihi wassalam

Allah telah mengiktiraf mereka, maka sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka sebenarnya adalah percubaan biadap untuk mengingkari perintah Allah

Bayangkan jika seorang guru  memberikan hadiah terbaik kepada murid yang diredhainya kemudian datang orang lain mengkritik murid tersebut, apakah perasaan guru ketika itu??Seolah-olah guru tu jahil dan tak tahu pilih murid

Allah terlampau hebat hingga tidak mampu dibandingkan dengan semua guru di dunia ini

Jadi, ketika syiah mengkritik golongan yang telah Allah diredhai, bukankah syiah sebenarnya telah mengkritik Allah sendiri??

Maka apakah relevan slogan, ‘‘seseorang itu yang telah diredhai tuhannya boleh atau mampu untuk menyimpang dari jalan kebenaran'

Jawapannya tidak



No comments: