Syiah imamiyah menyakini kedudukan imam-imam mereka lebih mulia keseluruhan para nabi kecuali nabi Muhammad s.a.w (walaupun terdapat riwayat kalau diteliti dengan necara adil, Ali r.a lebih diutamakan dari nabi sendiri)
Pemyimpangan aqidah ini diketahui dengan merujuk kepada kitab-kitab mereka serta penghujahan mereka terhadap kitab-kitab sunni serta pandangan ulama mereka.
Hujah utama mereka berdasarkan surah al-Baqarah ayat 124. InsyaAllah, hujah ini akan dibidas dalam artikel yang akan datang
Dalam kitab syiah, Yanabi al-Mawaddah, hlm. 447, disebutkan seperti berikut
Bersabda Rasulullah SAWAW: “Sesungguhnya khalifah-khalifahku dan wasi-wasiku, hujah-hujah Allah di atas makhlukNya selepasku ialah 12 orang; yang pertama Ali dan yang akhirnya cicitku al-Mahdi; maka itulah Isa b. Maryam bersembahyang di belakang al-Mahdi (Yanabi al-Mawaddah, hlm. 447)
Berdasarkan riwayat syiah ini, mereka berhujah status al-Mahdi melebihi keseluruhan para nabi kerana Isa a.s bersolat dibelakang baginda
HADITH ISA A.S BERSOLAT DI BELAKANG AL-MAHDI
Tidak dinafikan, memang terdapat hadith al-Mahdi akan mengimami Isa a.s.
عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ قَالَ فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا فَيَقُولُ لَا إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ
Terjemahan: Dari Ibnu Juraih katanya dikhabarkan kepada aku oleh Abu Zubair, bahawa dia mendengar Jabir bin Abdillah berkata, ‘ Aku mendengar nabi s.a.w bersabda, ‘Akan sentiasa satu kelompok dari umatku berperang dalam kebenaran sehingga hari kiamat, kata baginda, ‘Akan turunnya Isa bin Maryam, kemudian berkata pemimpi mereka al-Mahdi :"Mari sembahyang bersama kami." Jawab Isa : "Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu menjadi pemimpin sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini
Rujukan: Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Bab Penurunan Isa a.s sebagai hakim yang berhukum dengan syariat nabi kita Muhammad s.a.w, hadith no 225
Persoalan yang timbul ialah, hanya kerana al-Mahdi mengimamkan Isa a.s, maka beliau dianggap lebih mulia dari Isa a.s??
Jawapan mudahnya tidak. Ini kerana terdapat riwayat sahih disisi sunni menunjukkan Abu Bakar r.a sendiri mengimamkan nabi dalam solat.
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ قَالَ…فَلَمَّا حَضَرَتْ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَأَذَّنَ بِلَالٌ وَأَقَامَ وَأَمَرَ أَبَا بَكْرٍ فَتَقَدَّمَ وَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ فِي الصَّلَاةِ فَشَقَّ النَّاسَ حَتَّى قَامَ خَلْفَ أَبِي بَكْرٍ فَتَقَدَّمَ فِي الصَّفِّ الَّذِي يَلِيهِ قَالَ وَصَفَّحَ الْقَوْمُ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ إِذَا دَخَلَ فِي الصَّلَاةِ لَمْ يَلْتَفِتْ حَتَّى يَفْرُغَ فَلَمَّا رَأَى التَّصْفِيحَ لَا يُمْسَكُ عَلَيْهِ الْتَفَتَ فَرَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَلْفَهُ فَأَوْمَأَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ أَنْ امْضِهْ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَلَبِثَ أَبُو بَكْرٍ هُنَيَّةً يَحْمَدُ اللَّهَ عَلَى قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ مَشَى الْقَهْقَرَى فَلَمَّا رَأَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ تَقَدَّمَ فَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ...
Terjemahan: Dari Sahl bin Sa’d as-Sa’adi, katanya, …’Ketika tibanya solat ‘asar maka Bilal melaungkan azan dan iqamah dan menyuruh Abu Bakar (untuk menjadi imam), maka beliau pun mengimamkannya. Kemudian Baginda s.a.w sampai ketika Abu Bakar menjadi imam, para sahabah membelah saf (untuk memberikan lalulan) hinggalah baginda berdiri dibelakang Abu Bakar pada saf pertama. Para sahabah bertepuk tangan, dan Abu Bakar apabila berada dalam solatnya tidak akan menoleh sehingga dia selesai solat. Apabila dia melihat tepukan tersebut tidak berhenti, maka dia melihat nabi s.a.w dibelakangnya. Rasulullah s.a.w memberi isyarat untuk meneruskan solat dengan tangannya. Abu Bakar mengangkat tangannya dan memuji Allah atas apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah saw, kemudian dia melangkah mundur ke belakang. Ketika Rasulullah s.a.w melihat tindakan tersebut maka baginda melangkah ke hadapan dan bersolat dengan para sahabah (sebagai imam menggantikan Abu Bakar)...
Rujukan: Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ahkam, Bab Imam mendatangi kamu dan mendamaikan mereka, Hadith no 6653
Jika kita aplikasikan logik syiah disini, maka apakah mereka akan kata Abu Bakar lebih mulia dari nabi sedangkan nabi sendiri redha Abu Bakar mengimami baginda??
AL-MAHDI MEMINTA IZIN KEPADA ISA A.S
Apabila diteliti dalam lafaz hadith al-Mahdi, kita dapati permintaan menjadi imam datang dari al-Mahdi sendiri. Al-Mahdi meminta Isa a.s menjadi imam mereka dalam solat
Ini menunjukkan al-Mahdi tidak pernah menganggap dirinya lebih mulia dari Isa a.s.
Sekiranya status imam al-Mahdi melebihi Isa a.s, ternyata dia tidak akan meminta izin daripadanya langsung!!
PENOLAKAN ISA A.S MENJADI IMAM KERANA MEMULIAKAN UMAT MUHAMMAD S.A.W
Penolakan Isa a.s bukanlah kerana menganggap al-Mahdi lebih mulia secara khusus sebaliknya dia memuliakan umat Muhammad s.a.w secara umumnya
Ini jelas dengan lafaz yang beliau sebutkan ‘تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الْأُمَّةَ’ yang bermaksud sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini
Mungkin sebahagian akan kata, bukankah Isa a.s juga umat Muhammad s.a.w.
Jawapannya ya. Tapi konteks ayat tersebut tidak memasukkan Isa a.s secara khusus sebaliknya ia merujuk kepada umat Muhammad s.a.w secara umum
Hanya kerana Isa a.s muncul dikalangan umat Muhammad .s.a.w, itu tidak menghilangkan status kenabian beliau
BANTAHAN SYIAH
Syiah mengemukakan beberapa bantahan kepada hujah-hujah di atas. Antara hujah-hujah mereka ialah
a) Hadith Abu Bakar itu berlaku ketika solat sedangkan hadith al-Mahdi itu berlaku sebelum dimulakan solat.
b) Hadith al-Mahdi itu jelas menunjukkan al-Mahdi pemimpin umat Islam dan Isa a.s termasuk dalam umat Muhammad s.a.w maka sepatutnya status al-Mahdi melebihi Isa a.s
BIDASAN KEPADA HUJAH SYIAH (a)
Biarpun kedua-dua hadith menunjukkan beza waktu permulaan solat, yang pastinya kedua-dua hadith menunjukkan seseorang tidak akan lebih mulia dari para nabi pilihan Allah hanya kerana dia mengimami nabi tersebut
Dalam hadith Abu Bakar, kita lihat kehendak Rasulullah s.a.w inginkan Abu Bakar menjadi imam kepada beliau. Walaupun Abu Bakar tidak menuruti perintah Rasulullah s.a.w dalam hadith ini kerana berasa malu kepada beliau, itu bukanlah isu. Isu yang sebenarnya ialah Rasulullah s.a.w ingin Abu Bakar menjadi imam kepada beliau
Maka perbezaan ini tidak menjejaskan hujah utama yang dikemukakan. Menjadi kebiasaan bagi syiah untuk tidak menjawab hujah yang utama sebaliknya fokus kepada isu yang tidak berkaitan
Sebagai contoh, jika saya katakan epal ini berwarna hijau, dan bangunan itu berwarna hijau, dah tentu saya katakan kedua-duanya berwarna hijau. Maka mereka yang tidak bersetuju dengan saya sepatutnya membuktikan salah satu samada epal ataupun bangunan tidak berwarna hijau
Sebaliknya hanya membuktikan bentuk epal berbeza dengan bentuk bangunan, itu tidak menafikan bahawa kedua-duanya berwarna hijau!!
BIDASAN KEPADA HUJAH SYIAH (b)
Apabila kita teliti lafaz hadith al-Mahdi tersebut, kita dapati Isa a.s mengatakan sebahagian ‘kamu’ adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Isa a.s tidak mengatakan sebahagian ‘kita’
Isa a.s tidak pernah mengatakan al-Mahdi adalah pemimpin beliau.
Ini menunjukkan al-Mahdi adalah pemimpin bagi umat Islam sehinggalah datangnya Isa a.s. Ia sama sekali tidak menjadikan al-Mahdi sebagai pemimpin kepada Isa a.s
HIKMAH ISA A.S TIDAK MENJADI IMAM SOLAT
Mungkin akan timbul persoalan kepada kita, apakah hikmah Isa a.s tidak mahu menjadi imam kepada al-Mahdi?
Hikmah yang boleh difikirkan ialah untuk menolak dakwaan puak kristian yang mengatakan Isa a.s adalah nabi terakhir dan bukan Muhammad s.a.w
Kedatangan beliau tidak membawa syariat yang baru sebaliknya dia menuruti syariat Muhammad s.a.w
Kedatangan Isa a.s merupakan satu kedatangan gembira kepada umat Islam. Kedatangannya mempunyai misi khusus untuk membunuh fitnah terbesar umat Islam iaitu dajjal
Kemuliaan ini hanya terletak di tangan Isa a.s dan bukan ditangan al-Mahdi
KESIMPULAN
Penulisan ini tidak sekali-kali merendahkan kedudukan al-Mahdi selaku imam bagi umat Islam. Sebaliknya ia membungkam penyimpangan syiah yang memetik hadith-hadith sunnah kemudian menakwilkannya sesuai dengan kesesatan aqidah mereka
Umat Islam menyayangi al-Mahdi dan menunggu kedatangannya tapi tidak sekali-kali mengangkat status beliau melebihi rasul pilihan Allah, Isa a.s
Isa a.s akan menjadi khalifah umat Islam setelah al-Mahdi dan akan membunuh fitnah utama umat Islam, al-Masih Dajjal
2 comments:
kau ni betul bengong...kalau pasal imam solat aswj pun sebut yang patut jadi imam ialah yang paling afdal le..paling koman / kurang pun bacaan dia lebih baik dari makmum dia...ni maksudnya imam ni mesti lebih baik dari makmum...bukan jadi imam sesuka ati je...bila Imam Mahdi jadi imam pun bukan sesuka ati je..tentu maqam dia lebih tinggi dari Nabi Isa as...tak tu pun tak faham???? bangang pun olang...
lain kali baca dengan mata bukan dengan punggung,abu bakar r.a jadi imam pd nabi, jadi abu bakar lg adfdal ke?
lg tinggi dr nabi ke??
ini bukan soal suka hati, tapi soal sikap taksub bebal syiah
Post a Comment