Kejelikan syiah sangat terserlah dalam mentohmah para sahabah. Dalam artikel yang ringkas ini, sekali lagi dijawab tuduhan mereka yang jijik ini. Mereka mentohmah sahabah yang mulia, menantu kepada dua puteri Rasulullah s.a.w, Uthman radiyaAllahu anhu. Mereka mentohmah seseorang yang kerananya para sahabah berba’iah dan berjanji taat setia, bai’ah ridhwan. Bahkan Allah redha kepada mereka yang turut serta dalam ba’iah tersebut.
لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا (18
Terjemahan: Sesungguhnya Allah telah ridha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pohon maka Allah mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya) (al-Fath 48:18)
Persoalannya, jika Allah redha kepada perbuatan mereka yang turut serta atas ba’iah ridwan, bukankah jelas Allah juga meredhai orang yang menjadi sebab kepada ba’iah tersebut? Apakah logik Allah s.w.t menurunkan satu ayat khusus untuk meredhai bai'ah yang dilakukan keatas Uthman r.a yang dianggap pembid'ah, munafik dan murtad oleh syiah? Syiah tentunya menolak keredhaan Allah kepada Uthman r.a, apa yang penting bagi mereka ialah mentohmah Uthman r.a!!!
Apakah syiah telah lupa bahawa Allah sendiri memaafkan tindakan Uthman r.a? Apakah syiah membutakan mata dari membaca ayat kemaafan Allah kepada mereka yang lari medan Uhud? Mengapa mereka mempromosikan riwayat-riwayat dalam Tarikh Tabari, al-Maghazi, Sirah Ibnu Hisyam tapi mendiamkan ayat dibawah?
إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْا مِنْكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُوا وَلَقَدْ عَفَا اللَّهُ عَنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ (155)
Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antaramu pada hari bertemu dua pasukan itu, hanya saja mereka digelincirkan oleh syaitan, disebabkan sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat (di masa lampau) dan sesungguhnya Allah telah memberi ma'af kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. (al-Imran 3:155)
Ibnu Umar r.a sendiri mengakui bahawa Allah telah memaafkan Uthman r.a
قَالَ ابْنُ عُمَرَ تَعَالَ أُبَيِّنْ لَكَ أَمَّا فِرَارُهُ يَوْمَ أُحُدٍ فَأَشْهَدُ أَنَّ اللَّهَ عَفَا عَنْهُ وَغَفَرَ لَهُ
Terjemahan: Adapun mengenai larinya beliau dari Perang Uhud, sesungguhnya dia telah mendapat ampunan daripada Allah.
Rujukan: al-Bukhari, Kitab : Perilaku budi pekerti yang terpuji Bab : Sifat terpuji Utsman bin Affan, No. Hadist : 3422
Allah sendiri telah memaafkan mereka maka apa hak syiah untuk memburukkan Uthman r.a? Saudara-saudara syiahku, apakah anda lebih berhak dari Allah? Allah telah memaafkan kesalahan Uthman r.a dan meredhai mereka yang berba’iah demi beliau, maka mengapakah kamu menyanggahi Allah? Sesiapa yang menyanggahi Allah s.w.t sudah pasti akan diazab dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
Fikir-fikirkanlah hai pencari kebenaran, kembalilah ke titian yang sebenar.
Fikir-fikirkanlah hai pencari kebenaran, kembalilah ke titian yang sebenar.
1 comment:
Saya sudah baca segala artikel anda.. Sgt menarik dn sgt brilmiah.. Kebanyakan isu tentang syiah.. Bagaimana pula dgn wahabi? Tiada satu pn menceritakan tentang wahabi di sini.. Mohon terkinikan isu wahabi pula utk pencerahan.
Post a Comment