Dalam penulisan beberapa blog dan laman web, telah dibuktikan bahawa al-Mahdi syiah sebenarnya adalah dajjal. Syiah telah berusaha menafikan perkara ini dan telah menulis pelbagai bantahan kepada penulisan ulama sunni.
Dalam penulisan kali ini, mari kita fokus kepada satu isu besar melibatkan al-Mahdi Syiah. Isu tersebut ialah al-Mahdi syiah akan berhukum dengan undang-undang Daud a.s dan bukannya undang-undang Muhammad s.a.w.
Dalam kitab-kitab syiah, sangat terang lagi bersuluh dijelaskan perkara ini.
Bahkan web-web syiah tidak menolak kesahihan riwayat-riwayat tersebut. Mereka hanya menakwilkan maksudnya.
Sebagai contoh, dalam kitab utama mereka, Usul al-Kafi, ada satu bab khas menjelaskan perkara ini
بَابٌ فِي الائِمَّةِ (عَلَيْهِ السَّلام) أَنَّهُمْ إِذَا ظَهَرَ أَمْرُهُمْ حَكَمُوا بِحُكْمِ دَاوُدَ وَآلِ دَاوُدَ وَلا يَسْأَلُونَ الْبَيِّنَةَ عَلَيْهم السَّلام
وَالرَّحْمَةُ وَالرِّضْوَانُ
Terjemahan: Bab para imam a.s sesungguhnya mereka ketika kebangkitan mereka berhukum dengan hukuman Daud dan pengikutnya serta tidak diminta dari mereka a.s penjelasan/bukti
Dalam bab ini terdapat banyak riwayat menjelaskan perkara ini. Cukup satu riwayat untuk dijadikan rujukan
إذا قام قائم آل محمد حكم بحكم داود وسليمان ولا يسأل بينة
“Apabila Al-Qaaim (al-Mahdi syiah) dari keluarga Muhammad muncul, dia akan berhukum dengan undang-undang Nabi Daawud dan Nabi Sulaiman tanpa perlu meminta bukti” [Usul al-Kafi, 1/397]
BANTAHAN SYIAH
Syiah mengemukakan bantahan kepada penasiran sunni terhadap riwayat-riwayat tersebut. Mereka katakan perbuatan al-Mahdi bukanlah menyanggahi syariat Muhammad s.a.w atau menuruti syariat Daud a.s sebaliknya al-Mahdi hanya meniru ‘cara’ Daud a.s dalam berhukum
Cara yang dimaksudkan ialah al-Mahdi tidak menggunakan saksi dalam berhukum kerana dia telahpun dikurniakan ilmu oleh Allah secara terus
EMPAT BIDASAN KEPADA BANTAHAN SYIAH
Pertama, Nyata sekali syiah sebenarnya bermain dengan perkataan. Jelas sekali penghukuman al-Mahdi melibatkan syariat.
Bagaimana mungkin penghukuman al-Mahdi meniru ‘cara’ Daud a.s dan Sulaiman a.s tapi tidak dianggap syariat??
Menurut syariat Muhammad s.a.w, sangat jelas sesuatu kes memerlukan bukti dan saksi. Contoh yang mudah, seseorang itu hendaklah mengemukakan 4 saksi dalam kes zina seperti yang termaktub dalam an-Nur ayat 4
Kedua, apakah benar Nabi Daud dan Sulaiman a.s tidak memerlukan saksi dalam menentukan hukum??Sekiranya mereka dikurniakan ilmu terus dari Allah hingga tak memerlukan saksi, maka mengapa Sulaiman a.s bertanyakan hud hud akan keadaan negara Saba (kerajaan Baqis) bahkan baginda sendiri akan memeriksanya seperti disebut dalam an-Naml ayat 27?
Sekiranya baginda tidak memerlukan saksi, sudah tentu baginda tidak memerlukan kenyataan dari burung hud hud.
Ketiga, memang benar Sulaiman a.s diberikan hikmah oleh Allah dalam menghukum seperti yang disebutkan dalam surah al-Anbiya’ ayat 79. Namun, itu bukanlah bukti baginda s.a.w tidak memerlukan saksi dan bukti
Sebaliknya dalam kes tanaman yang dibawakan kepada mereka, pandangan Sulaiman a.s lebih tepat berbanding ayahnya Daud a.s
وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ (78) فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا آتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِينَ (79)
Terjemahan: Dan (ingatlah kisah) Daud dan Sulaiman, di waktu keduanya memberikan keputusan mengenai tanaman, karena tanaman itu dirusak oleh kambing-kambing kepunyaan kaumnya. Dan adalah Kami menyaksikan keputusan yang diberikan oleh mereka itu, maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang melakukannya.
Keempat, tindakan al-Mahdi syiah sangat jelas bercanggah dengan syariat Muhammad s.a.w. Al-Quran jelas menyatakan syariat Islam telah lengkap bahkan umat Muhammad s.a.w seharusnya berhukum dengan syariat baginda s.a.w
al-Quran, al-Maidah 5:48
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, Yaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu. Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang…” [QS. Al-Maaidah : 48].
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu” [QS. Al-Maaidah : 3]
وَأَنْزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَلا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ عَمَّا جَاءَكَ مِنَ الْحَقِّ لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنْكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, Yaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu. Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang…” [QS. Al-Maaidah : 48].
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا
“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu” [QS. Al-Maaidah : 3]
.
Kini timbul persoalan penting, syiah sentiasa mentohmah Abu Bakar, Umar dan Uthman dengan mengaitkan ijitihad mereka bercanggah dengan al-Quran, maka apakah standard yang sama mereka akan gunakan kepada al-Mahdi syiah?
Apakah ayat al-Quran yang sama mereka hujahkan untuk menghentam para sahabah nabi ini boleh digunakan untuk menghentam al-Mahdi??
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” [QS. An-Nisaa’ : 65].
Kesimpulannya, al-Mahdi syiah tidak sama dengan al-Mahdi sunnah. Al-Mahdi syiah tidak berhukum dengan syariat Muhammad s.a.w
No comments:
Post a Comment