Sebahagian anti-islam memperlekehkan
kekuasaan Allah s.w.t. Mereka beranggapan Allah bergantung kepada malaikat
ketika menguruskan alam semesta
Selaku muslim, kita
wajib beriman kepada malaikat-malaikat ciptaan Allah s.w.t. Malaikat ini
pelbagai fungsinya diberi izin oleh Allah untuk melakukannya
Antara malaikat yang
terkenal ialah jibril ‘alaihisalam, pembawa wahyu kepada para nabi.Allah tidak memerlukan
malaikat untuk membantunya kerana ia maha berkuasa atas segala sesuatu. Bahkan wahyu
sendiri kekadang diberikan secara terus kepada para nabi dengan tanpa perantaan
malaikat. Sebagai contoh, Musa a.s mempunyai keupayaan berkata-kata langsung
dengan Allah s.w.t
Hikmah penciptaan
malaikat yang boleh difikirkan ialah tugasan yang diberikan kepada mereka menunjukkan
Allah sangat berkuasa hingga mampu mencipta makhluk yang 100% taat padanya.
Al-Quran menyebutkan
dalam surah at-Tahrim 66:6
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ
اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ (6)
Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu
mengerjakan apa yang diperintahkan.
Jika tidak diberikan tugasan, mana mungkin kita
mengetahui yang malaikat ini taat kepada Allah 100%?
Maka tugasan yang diberikan dan ketaatan para
malaikat merupakan bukti kekuasaan Allah s.w.t bukannya bukti kelemahan Allah
s.w.t !!
Tidak seperti kita, bukan semua ciptaan kita mampu taat 100% taat kepada kita.
Contohnya, jika kita mencipta pistol, dan apabila pistol itu
jatuh ke tangan orang lain, kita tak mampu untuk mengarahkan pistol itu untuk
tidak menembak kita
Bahkan banyak kes dimana ‘senjata makan tuan’. Kes ini tidak berlaku kepada Allah s.w.t
Hebatnya Allah, Dia menciptakan makhluk yang taat
100% padanya (malaikat), makhluk yang diberi pilihan seperti kita, dan juga
makhluk yang mengingkarinya 100%( iblis).
Kepelbagaian ini menunjukkan Allah begitu hebat
sehingga ia mencipta apa yang dikehendakinya dengan tanpa mencacatkan sifat
ketuhanannya