Tuesday, September 13, 2011

Matahari terbenam dalam air lumpur? Bidasan kepada anti-Islam


 
Dalam mana-mana perdebatan Islam dan kristian, isu ini sering ditimbulkan. Golongan anti-Islam suka memetik ayat berikut bagi memenangkan dakyah mereka

حَتَّى إِذَا بَلَغَ مَغْرِبَ الشَّمْسِ وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ وَوَجَدَ عِنْدَهَا قَوْمًا قُلْنَا يَا ذَا الْقَرْنَيْنِ إِمَّا أَنْ تُعَذِّبَ وَإِمَّا أَنْ تَتَّخِذَ فِيهِمْ حُسْنًا (86)

Terjemahan: Hingga apabila dia telah sampai ketempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Dzulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka.(Surah al-Kahfi ayat 86)

Golongan anti-Islam berhujah bahawa ayat ini tidak saintifik. Mana mungkin matahari terbenam dalam lumpur?? Mereka mendakwa ini adalah mitos ayat al-Quran


Konteks sebenar  ayat 86 surah al-Kahfi

Apabila diteliti ayat tersebut dengan cermat, perkataan arab yang digunakan ialah ‘وَجَدَهَاyakni membawa maksud ‘dia mendapatinya’. Dia dalam ayat ini, perkataan 'dia mendapati' merujuk kepada Zulqarnain manakala ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada matahari.

Konteks ayat ini menerangkan Zulqarnain tiba di satu kawasan dan dia mendapati matahari terbenam di laut yang berlumpur. Itu bukanlah bermaksud matahari benar-benar terbenam dalam lumpur sebaliknya al-Quran mengisahkan persepsi Zulkarnain berdasarkan apa yang dilihat oleh matanya

Sebagai contoh, apabila seseorang berdiri di tepi pantai dan melihat matahari terbenam, kita akan mendapati matahari seolah-olah terbenam  ke lautan. Ini hanyalah perspektif mata kita semata-mata.

Pandangan ulama tafsir berkenaan dengan ayat 86 surah al-Kahfi

Ulama-ulama tafsir juga tidak berpandangan matahari terbenam di laut yang berlumpur hitam. 

Al-Baidhawi menyebutkan

ولعله بلغ ساحل المحيط فرآها كذلك إذ لم يكن في مطمح بصره غير الماء ولذلك قال وَجَدَها تَغْرُبُ ولم يقل كانت تغرب

Terjemahan: Dia berkemungkinan sampai ke tepian laut dan melihatnya seperti itu disebabkan apa yang dilihat hujung matanya  hanyalah air  maka perkataan ‘dia mendapatinya (matahari) terbenam’ bukanlah bermakna ia terbenam (dalam air) 

Rujukan:  Tafsir al-Baidhawi, 3/291, Maktabah Shamela

Al-Qurtubi menaqalkan perkataan al-Qaffal

وَقَالَ الْقَفَّالُ قَالَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ: لَيْسَ الْمُرَادُ أنه انتهى إلى الشمس مغربا ومشرقا حتى وصل إلى جرمها ومسها، لأنها تدور مَعَ السَّمَاءِ حَوْلَ الْأَرْضِ مِنْ غَيْرِ أَنْ تَلْتَصِقْ بِالْأَرْضِ، وَهِيَ أَعْظَمُ مِنْ أَنْ تَدْخُلَ فِي عَيْنٍ مِنْ عُيُونِ الْأَرْضِ، بَلْ هِيَ أَكْبَرُ مِنَ الْأَرْضِ أَضْعَافًا مُضَاعَفَةً، بَلِ الْمُرَادُ أَنَّهُ انْتَهَى إِلَى آخِرِ الْعِمَارَةِ مِنْ جِهَةِ الْمَغْرِبِ وَمِنْ جِهَةِ الْمَشْرِقِ، فَوَجَدَهَا فِي رَأْيِ الْعَيْنِ تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ، كَمَا أَنَّا نُشَاهِدُهَا فِي الْأَرْضِ الْمَلْسَاءِ كَأَنَّهَا تَدْخُلُ فِي الْأَرْضِ

Terjemahan: Al-Qaffal berkata: Berkata sebahagian ulama: bukanlah bermaksud terbenamnya atau terbitnya (dalam ayat ini) bermakna sampai ke pusatnya atau menyentuhnya kerana ia (matahari) bergerak dalam langit sekitar bumi dengan tanpa memasuki bumi, bahkan ia besar daripada bumi berlebihan gandanya. bahkan ia sampai ke penghujung daripada arah barat dan daripada arah timur, maka Dia(DzulQarnain) mendapati menurut pandangan matanya, matahari itu terbenam di dalam lumpur sepertimana kita menyaksikannya di tempat yang lembut ketika ia (matahari) memasukinya

Rujukan: Tafsir al-Qurtubi,11/49-50, Maktabah Shamela
 
وَقَوْلُهُ: {وَجَدَهَا تَغْرُبُ فِي عَيْنٍ حَمِئَةٍ} أَيْ: رَأَى الشَّمْسَ فِي مَنْظَرِهِ تَغْرُبُ فِي الْبَحْرِ الْمُحِيطِ، وَهَذَا شَأْنُ كُلِّ مَنِ انْتَهَى إِلَى سَاحِلِهِ، يَرَاهَا كَأَنَّهَا تَغْرُبُ فِيهِ

Terjemahan:Dan Allah SWT berfirman: {dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam} yakni: Dia (Dzulqarnain) melihat matahari dalam pandangannya terbenam dalam laut yang luas, ini sama seperti seseorang yang melihat tepian laut dan melihatnya seperti terbenam 
 dalamnya

Rujukan: Tafsir Ibnu Kathir, 5/191, Maktabah Shamela

Kenyataan ulama-ulama tafsir ini jelas menunjukkan ayat tersebut tidak bermaksud matahari benar-benar terbenam dalam lautan berlumpur

Nukilan Bible berkenaan matahari terbenam 

Jika diteliti dalam Bible, kita juga dapati ayat menyatakan matahari terbenam berdekatan negeri orang Kan’an

Bukankah keduanya terletak di sebelah barat sungai Yordan, di belakang jalan raya sebelah matahari terbenam, di negeri orang Kanaan yang diam di Araba-Yordan, di tentangan Gilgal dekat pohon-pohon tarbantin di More? (Ulangan 11:30)

Bahkan terjemahan english lebih jelas

Are they not beyond the Jordan, west of the road, where the sun goes down, in the land of the Canaanites living in the Arabah opposite Gilgal, beside the oaks or terebinths of Moreh? (Deutronomy 11:30)

Maka dengan standard yang sama, apakah kita boleh mendakwa menurut kepercayaan Bible, matahari terbenam di tanah Kanaan? Dah tentu tidak

Maka begitu jugalah konteks al-Kahfi ayat 86 

Kesimpulan

Surah al-Kahfi ayat 86 tidak sekali-kali menjadi bukti bahawa matahari terbenam dalam lautan yang lumpur. Sebaliknya ia hanyalah menurut apa yang dilihat secara mata kasar oleh Zulqarnain. Ia hanyalah diskripsi berdasarkan apa yang dilihat oleh mata. 

Rujukan  dan bacaan lanjut


Penghargaan kepada Fikri Az-Zahabi dan Uts Adou atas bantuan terjemahan

8 comments:

janganketawa said...

salam,

admin pencari kebenaran, anda tak perlu approve komen ni pun, saya cuma ingin berhubung dgn anda.

ada hal yg nak didalami yg berkaitan dgn tajuk ni, cuba check Sahih Muslim 1:297
sy perlu bantuan kajian dari pihak sdr.

susah nampaknya nak kontek sdr dr blog ni, ada akaun youtube tak? boleh msg melalui channel saya:

http://www.youtube.com/user/janganketawa

atau emel kpd antupips@gmail.com, tapi saya jarang bukak emel.

minta sdr check hadith tersebut & beritahu jwpannya kpd saya, dan delete komen ni sehingga kita dpt jwpan yg sah.

salam ukhuwwah,
wassalam.

Admin said...

Assalamualaikum saudara,

Ini memang termasuk dikalangan hadith-hadith musykil yang dijadikan hujah oleh anti-Islam

Hadith-hadith yang berkaitan dengan sains perlu dilihat dalam beberapa sudut

[1] Adakah hadis yang dianggap bertentangan tersebut sahih isnadnya dan benar-benar berasal daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ?

Tidak sedikit kita menemui sesebuah hadis yang dianggap berasal daripada Rasulullah tetapi ia memiliki isnad yang sangat dha‘if atau maudhu’, atau mungkin juga ia hanyalah merupakan sebutan sahabat atau generasi selepas mereka.

[2] Adakah hadis yang dianggap bertentangan tersebut telah diterjemahkan atau difahami dengan tepat ?

[3] Adakah fakta sains tersebut sesuatu yang nyata (established fact) atau hanya teori yang belum dipersetujui secara jumhur oleh para ahlinya ? Sekalipun ia adalah sesuatu yang dipersetujui jumhur, perlu diingatkan bahawa ilmu sains adalah sesuatu yang dinamik, apa yang dipersetujui seratus tahun dahulu mungkin akan diperselisihkan pada masa kini dan apa yang dipersetujui pada masa kini mungkin akan dipersoalkan semula pada masa akan datang. Oleh itu hendaklah ditetapkan secara pasti sesebuah fakta sains sebelum ianya dianggap bertentangan dengan sesebuah hadis.

[4] Apakah sudah dipertimbangkan kemungkinan bahawa hadis musykil tersebut sebenarnya menerangkan sesuatu yang pada hakikatnya masih belum dijangkau ilmunya ? Hadis-hadis seperti ini sering kali ditolak sebagai ketinggalan padahal mungkin sahaja ia memiliki petunjuk sains yang jauh ke hadapan, ke satu tahap yang buat masa ini belum tercapai oleh sains dan sekaligus menjadi cabaran bagi para ahlinya.

[5] Adakah hadis yang dianggap bertentangan tersebut asalnya disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai satu ilmu sains atau hanya sekadar apa yang sesuai dengan suasana masyarakat di sekeliling baginda ?

ciri-ciri di atas saya petik dari ulasan Hafiz Firdaus Abdullah dalam bukunya kaedah memahami hadith musykil

Berkenaan dengan hadith yang saudara maksudkan

Saya cadangkan saudara bacalah link berikut

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HadisMusykil/tajuk11.htm#_ftn2

Hadith tersebut tiada kaitan dengan terbenamnya matahari dalam lumpur

waAllahu a'alm

janganketawa said...

subhanallah, terima kasih.

sebenarnya saya pun tak baca sgt maksud hadith english tu, bila baca dlm blog kapten hafizfirdaus baru clear,

rupanya bahasa memainkan pengaruh jugak.. lain kali kena hati2 lah :)

anyway, jazakumullahu khairan kathira. moga Allah menambahkan keberkatan ilmu buat saudara.

fi amanillah, wassalam.

janganketawa said...

eh bila tgk avatar baru perasan,

saya dapat link scan copy fatwa tafkhiz baby al-khomeini dlm wilayatul faqih dari komen sedarelah (forum mana tak ingat).

baek punya! hehe alhamdulillah,
again jazakumullahu khairan kathira

Admin said...

Moga sama-sama mendapat manfaat, insyaAllah

Unknown said...

Hai,
Saya tertarik dengan huraian petikan ayat Ulangan 11:30 yang anda berikan.

Saya telah memeriksa kesemua terjemahan bahasa Inggeris ayat tersebut namun saya tidak menemui ayat seperti yang anda berikan.

Anda menulis seperti berikut:
Are they not beyond the Jordan, west of the road, where the sun goes down, in the land of the Canaanites living in the Arabah opposite Gilgal, beside the oaks or terebinths of Moreh? (Deutronomy 11:30)

Namun, saya tidak dapat menemui bahagian seperti yang ditebalkan di atas. (Anda boleh memeriksa perbandingan ayat tersebut di sini)

Bolehkah anda memberikan versi Alkitab apa yang anda gunakan untuk terjemahan Bahasa Inggeris tersebut?

Unknown said...

Hai,
Tidak apa, saya telah menemui versi terjemahan B.I yang anda gunakan. Ia adalah Amplified Bible (AMP). Betul?

Mungkin saya akan memberikan respon terhadap dakwaan anda tentang 'standard yang sama' dalam melihat Ulangan 11:30.

Admin said...

Maaf tiwas, saya juga terlupa dimana saya petik terjemahan tersebut

Silakan respond kepada terjemahan saya tersebut

Terima kasih