Wednesday, June 8, 2011

AL-IMAMAH WA SIYASAH BUKAN KARYA IBNU QUTAIBAH



Syiah mempunyai pelbagai strategi kotor dalam menyemai syubhah kepada golongan sunnah. Bermula dengan pelbagai dialog rekaan hinggalah kepada pemalsuan kitab, mereka memang pakar menipu umat Islam.
Kitab al-Imamah wa Siyasah merupakan satu dari mangsa pembohongan Syiah.

Syiah sentiasa menggunakan kitab ini sebagai hujah mereka untuk menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Mereka bahkan berdusta dengan mengatakan bahawa kitab ini ditulis oleh Ibnu Qutaibah ad-Dainuri, seorang ulama terkemuka Ahli Sunnah.

Sebelum membongkar lebih lanjut, marilah kita teliti siapa Ibnu Qutaibah ad-Dainuri di pandangan ahlu ulama sunnah


Thursday, June 2, 2011

Menjawab kritikan keadilan sahabah dalam surah al-Fath 48:29



Golongan syiah tidak akan sekali-kali redha dengan kemuliaan para sahabah di dalam al-Quran. Mereka akan cari apa saja penipuan, alasan, tohmahan serta umpan untuk menolak kemulian-kemuliaan tersebut

Mereka sanggup memutarbelitkan riwayat-riwayat serta menafsirkan riwayat-riwayat sejarah sesuai dengan hawa nafsu selagi mana ia selari dengan doktrin sesat mereka


Kemuliaan para sahabah sangat jelas disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-Fath 48:29


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (29)

Terjemahan: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.


BIDASAN SYIAH

Syiah berkata, 

Perhatikan frasa yang telah di bold di atas, “di antara mereka itu”. Jelas sekali penggunaan frasa ini menunjukkan bahawa bukan semua para sahabat nabi tergolong dalam kategori ini seperti yang di war-warkan oleh saudara Ahlul Sunnah. Inilah yang kami cuba untuk nyatakan selama ini, bahawa di antara semua para sahabatt nabi, hanya sebahagian sahaja yang mencapai standard yang telah di tetapkan di dalam ayat ini. Antaranya besikap keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang antara mereka. Jadi para sahabat yng tidak bersikap keras terhadap orang kafir dan berlemah lembut sesama kaum muslimin tidak jatuh dalam kategori ini. Sekaligus membatalkan kenyataan sesetengah saudara Ahlul Sunnah bahawa ayat ini diturunkan untuk semua sahabat tanpa kecuali.

BANTAHAN KEPADA BIDASAN SYIAH

Ramai ulama ahlu sunnah ketika mensyarahkan perkataan ‘مِنْهُم tidak sekali-kali membawa maksud wujud perbezaan golongan bahkan ia bermaksud dalam jenis yang sama

Imam at-Tabari menyebutkan dalam tafsirnya

وقوله ( ومثلهم في الإنجيل كزرع أخرج شطأه ) يقول : وصفتهم في إنجيل عيسى صفة زرع أخرج شطأه ، وهو فراخه ، يقال منه : قد أشطأ الزرع : إذا فرخ فهو يشطئ إشطاء ، وإنما مثلهم بالزرع المشطئ ؛ لأنهم ابتدءوا في الدخول في الإسلام ، وهم عدد قليلون ، ثم جعلوا يتزايدون ، ويدخل فيه الجماعة بعدهم ، ثم الجماعة بعد الجماعة ، حتى كثر عددهم ، كما يحدث في أصل الزرع الفرخ منه ، ثم الفرخ بعده حتى يكثر وينمى

Terjemahan: Dan qaul-Nya ''Dan begitulah perumpamaan mereka di dalam Injil, umpama tumbuhan mengeluarkan tunasnya'' bermaksud sifat mereka di dalam Injil Isa a.s adalah sifat tumbuhan yang mengeluarkan tunas, dan mereka itu semuanya adalah zuriat keturunannya. Dan dikatakan: 'Tumbuhan itu telah bertunas' maka bila ia berketurunan maka ia bertunas. Dan gambaran mereka (Sahabat) adalah tumbuhan yang bertunas, kerana mereka tidak ramai ketika mula memeluk Islam, kemudian bilangan mereka bertambah, dan banyaklah jemaah/kelompok/kumpulan yang mula menuruti mereka hingga bertambahlah bilangan mereka, sepertimana yang terjadi pada tumbuhan yang berasal dari tunas, kemudian ia pula bertunas hingga banyaklah bilangannya.

وقوله ( وعد الله الذين آمنوا وعملوا الصالحات منهم مغفرة وأجرا عظيما ) يقول - تعالى ذكره - : وعد الله الذين صدقوا الله ورسوله ( وعملوا الصالحات ) يقول : وعملوا بما أمرهم الله به من فرائضه التي أوجبها عليهم

Terjemahan: Dan qaul-Nya ''Dan Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal saleh daripada mereka keampunan dan balasan yang mulia'' bermaksud Allah menjanjikan orang-orang yang mempercayai Allah dan Rasul-Nya dan yang melakukan apa yang diperintahkan Allah dari kewajipan-kewajipan yang diwajibkan Allah keatas mereka.


وقوله ( منهم ) يعني : من الشطء الذي أخرجه الزرع ، وهم الداخلون في الإسلام بعد الزرع الذي وصف ربنا تبارك وتعالى صفته . والهاء والميم في قوله ( منهم ) عائد على معنى الشطء لا على لفظه ، ولذلك جمع فقيل : " منهم" ، ولم يقل " منه" . وإنما جمع الشطء لأنه أريد به من يدخل في دين محمد - صلى الله عليه وسلم - إلى يوم القيامة بعد الجماعة الذين وصف الله صفتهم بقوله ( والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم تراهم ركعا سجدا )

Terjemahan: Dan qaul-Nya ''Daripada mereka'' bermakna tunas yang dikeluarkan tumbuhan,
ketika mereka memasuki Islam yang disifatkan oleh tuhan kita. Huruf Ha' dan Mim (Hum) kembali kepada makna tunas bukan lafaznya, dan dengan itu ia plural dan dikatakan ''Daripada mereka'' dan bukan ''Darinya'. Dan dipluralkan tunas kerana ia dimaksudkan dengan dia yang memasuki agama Muhammad s.a.w hingga hari Qiyamah selepas kumpulan yang disifatkan Allah dengan ''Dan mereka yang bersamanya berkeras dengan golongan kuffar, dan berkasih-sayang antara mereka, kamu melihat mereka dalam keadaan ruku' dan sujud''

Rujukan: Tafsir al-Tabari, 22/265, Maktabah Shamela

Kesimpulan dari Tafsir At-Tabari:

1. Di dalam Injil lagi Allah telah menggambarkan perihal para Sahabat Nabi, yang mana Dia menyifatkan mereka sebagai tumbuhan yang mengeluarkan tunasnya, kerana pada mulanya tumbuhan itu sedikit bilangannya lalu ia bertunas lalu bilangannya menjadi banyak. Yakni para Sahabat semakin ramai, akibat bertambahnya keturunan dan bilangan manusia yang memeluk Islam.

2. Janji keampunan dan balasan mulia tidak hanya bagi para Sahabat, tetapi juga bagi 'tunas' mereka yakni keturunan mereka dan golongan yang mengikuti jalan mereka hingga hari Qiyamah.

Imam al-Qurtubi menyebutkan

(ومن ) في قوله : منهم مبعضة لقوم من الصحابة دون قوم ، ولكنها عامة مجنسة ، مثل قوله تعالى : فاجتنبوا الرجس من الأوثان لا يقصد للتبعيض لكنه يذهب إلى الجنس ، أي : فاجتنبوا الرجس من جنس الأوثان ، إذ كان الرجس يقع من أجناس شتى ، منها الزنى والربا وشرب الخمر والكذب ، فأدخل ( من ) يفيد بها الجنس وكذا منهم ، أي : من هذا الجنس ، يعني جنس الصحابة . ويقال : أنفق نفقتك من الدراهم ، أي : اجعل نفقتك هذا الجنس . وقد [ ص: 269 ] يخصص أصحاب محمد - صلى الله عليه وسلم - بوعد المغفرة تفضيلا لهم ، وإن وعد الله جميع المؤمنين المغفرة . وفي الآية جواب آخر : وهو أن ( من ) مؤكدة للكلام ، والمعنى وعدهم الله كلهم مغفرة وأجرا عظيما . فجرى مجرى قول العربي : قطعت من الثوب قميصا ، يريد قطعت الثوب كله قميصا . و ( من ) لم يبعض شيئا . وشاهد هذا من القرآن وننزل من القرآن ما هو شفاء معناه وننزل القرآن شفاء ; لأن كل حرف منه يشفي ، وليس الشفاء مختصا به بعضه دون بعض . على أن من اللغويين من يقول : ( من ) مجنسة ، تقديرها ننزل الشفاء من جنس القرآن ، ومن جهة القرآن ، ومن ناحية القرآن


Terjemahan: Dan 'Daripada' di dalam qaul-Nya adalah membahagikan sesuatu kumpulan dari kalangan Sahabat tanpa satu kumpulan yang khusus, tetapi ia menunjukkan kesuluruhan dari jenis yang sama. Seperti dalam ayat: ''Maka jauhilah kotoran daripada berhala-berhala itu'' ia tidak dimaksudkan hanya menjauhi berhala tetapi seluruh kotoran (yakni dosa-dosa besar) kerana ia datang dalam banyak bentuk seperti zina, riba, minum arak dan menipu. Dan 'Daripada' itu memberi faedah 'Daripada jenis ini' yakni dari jenis Sahabat. Dan bila dikatakan: ''Berilah infaq dari dirham-dirham'' maka maknanya ''Jadikanlah infaqmu dari jenis ini (dirham). Dan para Sahabat dikhaskan dengan janji keampunan dari Allah sebagai tanda keafdhalan mereka. Dan janji Allah kepada seluruh muslimin juga adalah keampunan.

Dan terdapat jawapan lain, yang menyatakan ia menunjukkan penegasan yakni Allah menjanjikan mereka semua keampunan dan balasan yang besar. Sebagaiman kata-kata orang Arab: ''Aku telah memotong sehelai baju qamis dari baju-baju'' bermaksud ''Aku memotong semua baju qamis''. 'Daripada' itu tidak membahagikan apa-apa, lihatlah ayat: ''Dan kami turunkan dari Al-Quran itu penawar'' maknanya seluruh Al-Quran itulah penawar. Yakni semua huruf Al-Quran ialah penawar. Bukannya hanya sebahagian huruf yang menjadi penawar, dan sebahagiannya tidak. Sebahagian pakar bahasa mengatakan 'Daripada' itu bersifat sejenis. Yakni dari rupa dan bentuk Al-Quran (keseluruhannya).

Rujukan:  Tafsir al-Qurtubi, 16/296, Maktabah Shamela


Kesimpulan dari  dari Tafsir Al-Qurtubi:

1. Allah hanya menjanjikan keampunan dan balasan mulia hanya kepada mereka yakni para Sahabat.

2. Allah menjanjikan keseluruhan sahabat keampunan dan balasan mulia, tanpa kecuali.

3. 'Di antara' hanya sebahagian dari makna ''Min'', ia boleh membawa maksud 'Dari jenis/kumpulan/kategori' dan 'Semua'.

Imam Ibnu Kathir menyebutkan dalam tafsirnya

وعد الله الذين آمنوا وعملوا الصالحات منهم ) من " هذه لبيان الجنس ، ( مغفرة ) أي : لذنوبهم . ( وأجرا عظيما ) أي : ثوابا جزيلا ورزقا كريما ، ووعد الله حق وصدق ، لا يخلف ولا يبدل ، وكل من اقتفى أثر الصحابة فهو في حكمهم ، ولهم الفضل والسبق والكمال الذي لا يلحقهم فيه أحد من هذه الأمة رضي الله عنهم وأرضاهم ، وجعل جنات الفردوس مأواهم ، وقد فعل


Terjemahan: 'Daripada' di sini adalah untuk menerangkan jenis/kumpulan/kategori. 'Keampunan' adalah bagi dosa-dosa mereka. 'Dan balasan yang mulia' ialah pahala yang melimpah dan rezeki yang baik, dan janji Allah itu benar dan telus, tidak bercanggah dan tidak berubah, dan sesiapa yang menyelusuri athar Sahabat maka dia harus mengikuti mereka, dan pada merekalah keutamaan, keterdahuluan dan kesempurnaan yang mana seorang pun dari ummah ini layak menerimanya, dan Dia menjadikan syurga-syurga Al-Firdaus bagi mereka sebagai tempat kembali, dan Dia telah pun melakukan itu.

Rujukan: Tafsir al-Quran al-Azdhim, 29/7, Maktabah Shamela



Kesimpulan dari Tafsir Ibn Kathir:

1. Kalimah 'Daripada' menunjukkan bahawa Allah dalam ayat ini menjanjikan keampunan dan balasan mulia bagi sesiapa dari kalangan Sahabat


ULASAN TAMBAHAN

Andaikata syiah tidak dapat menerima penjelasan ulama ahlu sunnah, perkataan ' مِنْهُمْ' dalam ayat tersebut masih tidak  bermaksud hanya sebahagian dari mereka mendapat keampunan dan pahala yang besar. Sebaliknya ia menunjukkan sebahagian mereka mendapat darjat yang paling tinggi.


Ahlu sunnah sendiri mengetahui bahawa para sahabah berbeza darjat keimanan mereka. Namun kesemua sahabat bakal mendapat ganjaran masing-masing. Bukankah ayat sebelumnya sendiri memuji sahabat-sahabat tersebut secara umum?

Ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran yang lain, surah al-Hadid 57:10

 

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُولَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Terjemahan: Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tingi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Perhatikan kesemua mereka diberikan ganjaran cumanya sebahagian dari mereka diberikan ganjaran tambahan

KESIMPULAN

Syiah sama sekali tidak mampu menolak kemuliaan sahabah dalam ayat ini. Apa yang mereka lakukan ialah cuba menjatuhkan sahabah dengan kononnya membuktikan keampunan Allah hanya diberikan kepada sebahagian kecil di kalangan mereka

Ulama-ulama ahlu sunnah bangkit menjelaskan maksud sebenar ayat tersebut. Maka tidak hairanlah syiah sendiri tidak memiliki hujah lain melainkan longgokan dakyah akan hadith-hadith serta riwayat sejarah yang mereka putarbelitkan untuk menjatuhkan sahabah

InsyaAllah, dalam siri yang akan datang. Akan dijawab dakyah mereka satu persatu 

Penghargaan 

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada akhi Nawawi Razak atas bantuan untuk penulisan ini

Land of Fadak dimashqiah P1



This video outlines the facts about the land of Fadak abuot which Shiah agrue to prove the case against Fatimah. Dimashqiah here, had made it so clear that they slander Fatimah when claiming that she deserved the land. listen carefully to these series of his lecture and judge it yourself.