Tuesday, October 1, 2013

Jawapan balas kepada respon balas ustaz al-Katibi: Isu Duduknya Allah di Arash bersama Nabi-Nya-Bahagian 1


Saya telah membaca tulisan balas ustaz Salman Ali kepada ustaz al-Katibi. Saya bersetuju dengan penulisannya lantas meminta beliau meletakkan tulisannya di blog saya agar mendapat manfaat yang baik untuk semua pembaca. InsyaAllah, dalam tulisan yang bersiri ini, ustaz Salman Ali akan menjawab pertuduhan yang dilontarkan oleh al-Katibi kepada Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah akan tafsirannya berkenaan riwayat Mujahid serta memaparkan kepada kita kefahaman kepada teks at-Tabari sendiri serta ulama-ulama lainnya.

Pembaca digalakkan untuk membaca tulisan al-Katibi yang terdahulu iaitu disini

http://asyaariresearchgroup.blogspot.com/2013/09/menjawab-fitnah-duduknya-allah-di-atas.html

Kemudian jawapan balas dari Ustaz Salman Ali disini

https://dl.dropboxusercontent.com/u/47994611/Respon%20kepada%20penulisan%20ARG%20berkenaan%20Allah%20duduk%20di%20Arash.pdf


http://asyaariresearchgroup.blogspot.com/2013/09/jawaban-balik-kepada-atas-tanggapan_24.html

Ustaz Salman Ali kemudiannya membalas dalam dua siri artikel dan artikel ini adalah salah satunya insyaAllah

PERHATIAN: TULISAN BERWARNA MERAH ADALAH NUKILAN USTAZ SALMAN ALI DARI AL-KATIBI

Mari kita ikuti perbahasannya insyaAllah

Sunday, September 29, 2013

Al-Mahdi yang ghaib tidak memberi petunjuk



Syiah menyakini ketika keghaiban al-Mahdi, umat masih mendapat petunjuk. Petunjuk ini seperti cahaya dibalik awan. Doktrin sesat ini akan dibincangkan dalam artikel ini secara ringkas

Thursday, August 29, 2013

Ulama usulliyun menyakini kesahihan kitab yang empat



Majoriti syiah imamiyah bila dihujahkan dengan kesahihan kitab-kitab utama mereka secara mutlak, pasti akan menolaknya mentah-mentah dengan mengatakan itu pegangan syiah akhbariyyun. Dalam artikel yang ringkas ini, dibawakan juga pandangan sebahagian ulama usulliyun dari kalangan syiah yang juga menyakini kesahihan kitab yang empat iaitu al-Kafi, al-Tahzib, al-Istibsar dan Man La Yahduru al-Faqih

Friday, July 26, 2013

Ibnu Umar r.a menganggap ayat al-Quran telah hilang??



Laman web anti-Islam berhujah kononnya Ibnu Umar r.a menyakini banyak ayat al-Quran telah hilang. Tujuan mereka adalah untuk meragukan keaslian al-Quran

InsyaAllah, akan diperhatikan riwayat dan penghujahan mereka dalam artikel yang ringkas ini

Sunday, June 30, 2013

*As-Saduq menshahihkan kitab Man La Yahdhuru al-Faqih




Kita sedia maklum syiah kononnya menolak ulama-ulama awal mereka mengumpulkan riwayat sahih dalam mereka. Sebabnya itu memberi peluang kepada mereka untuk menilai semula periwayatan dan menjawab kritikan kepada kitab tersebut oleh ahlu sunnah.

Sebelumnya telah dibuktikan al-Kulaini mensahihkan keseluruhan riwayat dalam kitabnya iaitu Usul al-Kafi. Kini dibuktikan pula Abū Ja`far ibn Babawayh al-Qummi (wafat 381H), mashyur dikenali sebagai as-Syeikh al-Saduq, menyakini hal yang sama ketika mengarang kitab  Man la Yahđuruh al-Faqih.

Jadi syiah tidak patut mendakwa ulama-ulama mereka tidak pernah menshahihkan riwayat-riwayat dalam kitab mereka