Wednesday, January 18, 2012

Siapa pencipta Allah?


Inilah persoalan yang sering dijadikan ‘umpan’ untuk mempertikaikan kewujudan pencipta kepada alam semesta

Setiap kali muslim berjaya membuktikan kewujudan Allah melalui bukti penciptaan alam, maka ternyata golongan anti-Tuhan akan  sewenang-wenangnya berkata, ‘ Kalau semua benda  ada pencipta, maka siapa cipta Allah??

InsyaAllah, dalam artikle ini kita akan membincangkan persoalan ini

Definisi Allah menurut al-Quran

 Sebelum kita menjawab persoalan ini, ada baiknya kita mengetahui definisi asas bagi Allah
Al-Quran telah memberikan penjelasan yang mudah lagi ringkas berkenaan dengan sifat-sifat Allah
Allah  menerangkan sendiri akan diriNYA  dalam surah al-Ikhlas 112:1-4

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ((4

Terjemahan: Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia

Dari ayat di atas, Allah mendefinikan diriNYA sebagai Tuhan yang satu, tempat tumpuan hajat bagi makhluk dan sama sekali tidak sama dengan makhlukNYA

Allah juga menyatakan diriNYa sebagai yang awal dan akhir yakni tidak dicipta
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (3)
Terjemahan: Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.

Maka, sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluknya, makhluk dicipta sedangkan Allah tidak tercipta

Bahasa mudahnya, selagi mana sesuatu itu tercipta, ia tidak dikenal sebagai Allah kerana definisi Allah bermaksud tidak tercipta


Pertanyaan yang bercanggah dengan logik dan tidak berkesudahan

Setelah kita faham definisi Allah, maka tidak timbul siapa yang mencipta Allah. Persoalan tersebut jatuh dalam persoalan yang salah kerana bercanggah dengan definisi

Sebagai contoh, kita tidak akan tanya kepada seorang lelaki, ‘berapa hari anda mengalami haidh?? atau sejak bila anda mengalami kanser ovari? 

Soalan-soalan ini tidak relevan kerana secara lazimnya lelaki yang normal tidak mengalami haidh ataupun mempunyai ovari

Ataupun soalan seperti ‘apakah warna bagi muzik rock itu?? Bagaimana mungkin kita menjawab persoalan ini  sedangkan muzik tidak mempunyai warna?

Kegagalan menjawab soalan-soalan ini tidak mengaibkan kita kerana soalan-soalan itu sendiri salah

Tambahan, jika kita cuba juga menjawab persoalan tersebut walaupun ia tidak logik, ia akhirnya akan membawa kepada persoalan yang tidak berkesudahan

Sebagai contoh, katakan kita jawab ‘A’ sebagai pencipta Allah, maka soalan seterusnya yang pasti timbul ialah siapa cipta A? Katakan pula kita jawab “B” yang mencipta ‘A’, maka timbul pula persoalan siapa yang mencipta ‘B”? 

Akhirnya persoalan ini akan menjadi tidak berkesudahan sampai bila-bila. Persoalan yang tidak berkesudahan ini akhirnya tidak membawa apa-apa manfaat

Bidasan anti-Tuhan

Golongan anti-Tuhan mengemukakan dua bidasan kepada hujah-hujah diatas.

Mereka katakan:

Pertama: penciptaan alam tidak berlaku kerana penciptaan Allah tidak berkesudahan. 

Bayangkan contoh berikut,  A ingin membunuh B, tetapi A perlukan izin dari C, C pula perlukan izin D, D pula perlukan izin E dan seterusnya sampai tidak berkesudahan. Persoalannya, jika jalinan ini berterusan, apakah A akhirnya boleh membunuh B??? Sudah tentu tidak kerana keizinan itu bersifat infiniti
Oleh kerana penciptaan Allah bersifat tidak berkesudahan, maka penciptaan alam ini juga tidak berlaku. Bagaimana Allah boleh mencipta alam sedangkan penciptaan diriNYA sendiri tidak berkesudahan?? Inilah juga bukti Allah tidak wujud kerana penciptaanNYA yang tidak diketahui

Kedua: klaim yang sama boleh diberikan kepada alam itu sendiri
 
Jika golongan yang menyakini Allah mengatakan Dia wujud dengan tanpa dicipta, maka golongan anti-Tuhan juga boleh membuat klaim yang sama. Bahkan dengan mudah kami menggantikannya dengan nama seperti spaghetti monster, unicorn dan sebagainya. Apa bukti ia adalah Allah?


Bantahan kepada hujah anti-Tuhan

Pertama: Kegagalan memahami definisi Allah dan analogi yang rapuh

Penciptaan Allah dan penciptaan makhluk tidak sama dari sudut definisi. Bahkan penciptaan Allah tidak berlaku sama sekali kerana definisi Allah ialah tidak tercipta. Sedangkan penciptaan makhluk memang sesuai dengan definisi makhluk itu sendiri. Mengaitkan penciptaan makhluk dengan penciptaan Allah adalah kesalahan fatal dan kegagalan memahami definisi

Sebagai contoh, bagaimana Allah dianggap tidak tercipta dan tercipta dalam masa yang sama??

Sepatutnya, menggunakan analogi anti-Tuhan itu sendiri membuktikan tiada pencipta bagi Allah dan bukannya Allah tidak wujud!! Yakni kegagalan menerangkan siapa pencipta Tuhan menunjukkan pencipta Tuhan tidak wujud!!

Solusi mudah untuk menyelesaikan soalan yang tidak berkesudahan itu ialah dengan mengatakan Allah adalah pencipta mutlak dan terakhir. Maknanya tiada lagi pencipta kepada Allah. Ia bukan asumsi mentah semata-mata sebaliknya bersesuai dengan definisi yang disebutkan di atas

Kedua: Kewujudan Allah tidak bergantung kepada “PenciptaNYA”

Allah telah menjelaskan bahawanya diriNYa tidak sama dengan makhluk, dia telah ada dan sentiasa ada tanpa perlu kepada pencipta. Dialah pencipta mutlak

Andaikata kita tidak mengetahui siapa pencipta kepada Allah, apakah itu bermaksud DIA tidak wujud??
Bayangkan contoh berikut, anda pergi ke sebuah syarikat multinasional, dalam fikiran anda, dah tentu syarikat ini mempunyai pemilik mutlaknya. Sekiranya anda tidak kenal kepada pemilik mutlaknya, apakah itu bermaksud pemilik mutlak itu tidak wujud??  

Contoh lain, jika anda terlibat dengan penggalian purba di tempat yang bersejarah, anda terjumpa artifak berusia jutaan tahun. Anda dengan pasti menyatakan tempat tersebut pernah diduduki manusia. Persoalannya, hanya anda tidak tahu dengan pasti siapa mereka, apakah itu bermaksud tempat itu tidak pernah diduduki manusia?

Ternyata ketidaktahuan kepada pencipta Allah tidak mencacatkan sifat Allah itu sendiri ataupun menafikan kewujudanNYA

Ketiga: Pernyataan Allah tidak tercipta hanya unik bagiNYA

Mengapa kita tidak boleh mengumumkan sifat ini kepada selain Allah yakni seperti unicorn, flying spaghetti monster dan sebagainya?? Jawapannya mudah, kesemua figure-figur tersebut adalah makhluk dan tercipta sedangkan definisi Allah hanya unik kepada diriNYA.

Alam ini terlingkup dengan masa dan ruang sedangkan Allah tidak terlingkup dengan sifat-sifat makhluk tersebut

Kesimpulan

Pertanyaan ‘Siapa pencipta Allah’ adalah pertanyaan yang tidak logik, bercanggah dengan definisi Allah itu sendiri. Allah wujud tanpa bergantung dan memerlukan kepada sesiapa.

Seharusnya bagi seorang muslim apabila diajukan dengan soalan ini beriman dengan hadith sahih berikut

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " لَا يَزَالُ النَّاسُ يَتَسَاءَلُونَ حَتَّى يُقَالَ: هَذَا 
خَلَقَ اللهُ الْخَلْقَ، فَمَنْ خَلَقَ اللهَ؟ فَمَنْ وَجَدَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا، فَلْيَقُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ "

Terjemahan: Dari Abu Huraira, katanya: Berkata Rasulullah sallahu a’laihi wassalam, ‘Manusia akan terus bertanya sehinggalah dikatakan, ‘ Ini diciptakan Allah, maka siapa yang mencipta Allah? Barangsiapa yang mendapati sesuatu dari (soalan) itu, maka katakanlah, ‘Amantu Billah ( Aku beriman kepada Allah) 

Rujukan: Sahih Muslim, Bab Penjelasan Was-Was dalam Iman dan apa yang perlu dikatakan apabila mendapatinya, no 212

Dalam riwayat yang lain juga disebutkan tambahan, ‘Aku beriman kepada Allah dan Rasulnya’ dan disarankan untuk berta’awudz.

waAllahu a’alam

Saturday, January 14, 2012

Adam ‘alaihi salam bukan pendosa


Bapa umat manusia, Adam a’laihi salam (a.s) sentiasa dikritik sebagai individu yang berdosa dan menyanggahi perintah Allah s.w.t. 

Golongan kristian mengaibkan kedudukan Adam a.s dan Hawa a.s kerana tindakan ‘dosa’ yang disandarkan kepada mereka. Akibatnya, tidak ditemui satu pun pernyataan taubat mereka berdua dalam kitab Bible pegangan mereka

Persoalannya, benarkah Adam a.s berdosa atau sebenarnya baginda hanya melakukan kesilapan??

Apakah beza antara kesilapan dan dosa??

InsyaAllah dalam artikel ringkas ini , akan dibersihkan kritikan terhadap Adam a.s

Sunday, January 1, 2012

Percanggahan syiah imamiyah dalam fiqh



Sebelum ini, telah dibincangkan percanggahan dalam bidang aqidah, sumber penerimaan hukum dan amalan agama syiah imamiyah

Kini kita beralih pula dengan percanggahan syiah imamiyah dalam bidang fiqh

Rata-rata mereka yang masuk ke mazhab syiah beranggapan mazhab mereka terdiri dari satu pandangan semata-mata yakni ahlul bait

Bahkan ada ‘ustaz-ustaz’ mereka yang dengan mudah mengejek perbezaan fiqh sunni sebagai tak relevan dan bercanggah-canggah. 

Biarpun ulama sunni telah menjelaskan sebab-sebab perbezaan fiqh tersebut dan kaedah berinteraksi dengannya serta panduan melakukan tarjih (memilih pandangan yang kuat).  Mereka masih berkeras  dengan pegangan mereka

Kononnya ia menjadi punca mereka beralih kepada mazhab syiah

Hakikatnya, percanggahan dalam syiah juga lebih parah lagi sehingga mengundang pelbagai kritikan dari ulama moden syiah kepada ulama silam mereka

Dalam artikel yang ringkas ini, cukupla kita menukil pandangan seorang ulama syiah imamiyah yang terkenal, Syeikh at-Tusi (wafat 460H),

Beliau pemilik dua kitab utama pegangan syiah iaitu Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar yang menjadi rujukan utama dalam mazahb syiah imamiyah

Sunday, December 25, 2011

Umat Islam & Sambutan Hari Natal: Satu Kupasan

Bila tibanya penghujung tahun, salah satu soalan yang sering dilontarkan oleh mereka yang beragama Kristian kepada penganut Islam ialah seperti berikut:

 Kalau benar umat Islam beriman kepada Isa, mengapa mereka tidak berserta bersama dengan penganut Kristian menyambut Hari Natal sepertimana mereka memperingati Maulid Nabi?

Bagi kita, ini merupakan satu soalan yang sememangnya menarik dan perlu diberikan perhatian yang sewajar. Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa umat Islam tidak merayakan Hari Natal seperti yang dilakukan oleh penganut beragama Kristian.

Tiada bukti kukuh Isa a.s lahir pada 25 Disember

Hari Natal atau Krismas tidak ada kaitannya dengan Isa a.s. Perkara ini mungkin memeranjatkan bagi kebanyakkan orang tapi hakikatnya ialah tidak ada sebarang bukti atau dalil kukuh dari kitab Perjanjian Baru atau mana-mana buku sejarah yang mengatakan bahawa Yesus lahir pada 25 Disember. Cuba kita lihat beberapa pendapat.

It is doubtful that Jesus was truly born on December 25th. Some early church fathers believed it to have been December 25th, but the Bible does not say when Jesus was born.  The Bible does not even really tell us what season he was born.  The early church declared December 25th to be Jesus’ birthday in order to replace a pagan Roman holiday.” (John Benza, Power to Change)

“The exact date of Christ’s birth is not known” (Encyclopedia of Early Christianity)

“Was Jesus born on December 25? There is no evidence for this date. So then, who decided that Jesus' birth would be celebrated on that date? The early Christian church did not celebrate Jesus' birth. It wasn't until A.D. 440 that the church officially proclaimed December 25 as the birth of Christ. This was not based on any religious evidence but on a pagan feast. Saturnalia was a tradition inherited by the Roman pagans from an earlier Babylonian priesthood. December 25 was used as a celebration of the birthday of the sun god. It was observed near the winter solstice.”                     
(dari laman web allaboutjesuschrist.org)

 Ini diakui oleh John W.Schoenheit dari Spirit & Truth Fellowship International. Dia menyatakan bulan kelahiran Isa a.s adalah pada September. Namun, dia sendiri menyakini tiada bukti yang jelas akan  tarikh kelahiran baginda  dan perayaan kelahiran Isa a.s hanyalah satu kesyukuran kepada Tuhan



25 Disember tarikh kelahiran dewa matahari

Menurut bukti sejarah, tarikh Disember 25 merupakan sambutan hari kelahiran dewa matahari di zaman empayar Rom. Ketika empayar Rom yang dahulunya mengamalkan penyembahan berhala menerima agama Kristian sebagai agama rasmi, perayaan hari kelahiran dewa matahari ditukar-ganti dengan menyambut hari kelahiran Isa a.s sebagai anak Tuhan.

Ikuti penjelasan dibawah yang dipetik dari buku Jesus Christ, Our Promised Seed:

“In 274 A.D., the Romans designated December 25 as the birthday of the unconquered sun, being the time when the sun begins noticeably to show an increase in light, resulting in longer daylight hours. By 336 A.D., the church in Rome was adapting this festival, spiritualizing its significance as a reference to Jesus Christ and calling it the ‘Feast of the Nativity of the Sun of Righteousness.’ Attempting to Christianize and incorporate the pagan traditions of antiquity, the church in Rome adopted this midwinter holiday celebrating the birth of the sun god as one of its own observances, somewhat changing its significance, but retaining many customs of the pagan festival. As the Roman church spread its influence religiously and militarily, this holiday of December 25 became the most popular date in Christendom to celebrate the birth of Jesus Christ. A special mass was established for Christ, hence, the name, ‘Christmass,’ abbreviated ‘Christmas.’”

One widespread explanation of the origin of this date is that December 25 was the Christianizing of the dies solis invicti nati (‘day of the birth of the unconquered sun’), a popular holiday in the Roman Empire that celebrated the winter solstice as a symbol of the resurgence of the sun, the casting away of winter and the heralding of the rebirth of spring and summer.” (Encylopaedia Britannica)

Pendek kata, tarikh Disember 25 dan sambutan Krismas bertitik tolak dari pemujaan berhala yang jelas berunsur syirik dan sesat. Ia bukan hari kelahiran Isa al Masih (as) yang sebenar tapi diwujudkan untuk meraikan kelahiran dewa matahari yang disembah oleh masyarakat Rom ketika itu. Oleh kerana Islam menegah umatnya dari terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur syirik dan batil, maka sewajarnya kita perlu menjauhi diri dari menyertai sambutan Hari Natal.


Kelahiran Isa a.s bukan di musim sejuk

Menurut gambaran tentang kelahiran Isa yang diberikan dalam bab 2, ayat 8 dalam Injil Lukas, semasa beliau lahir “gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternak mereka pada waktu malam” (Al Kitab Indonesia Terjemahan Baru). Ini membawa maksud bahawa para pengembala kambing berada di kawasan padang terbuka pada waktu malam bersama-sama dengan haiwan ternakan mereka.

Kalau peristiwa ini dikatakan berlaku pada penghujung bulan Disember ia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ini kerana bumi Palestin pada setiap bulan tersebut mengalami musim sejuk, sepertimana di Eropah. Sudah tentu ia bukannya masa yang sesuai untuk menternak haiwan di kawasan terbuka kerana kemungkinan besar si pengembala dan haiwan ternakkannya akan mati kesejukan bersama.

Jadi, berkemungkinan besar Isa a.s lahir lebih awal dari bulan Disember, iaitu semasa musim panas yang membolehkan haiwan ternakan dilepaskan untuk berkeliaran di kawasan padang terbuka walaupun pada waktu malam. Hanya cuaca musim panas yang dapat mengizinkan perkara sedemikian.


Isa a.s dan pengikutnya tidak menyambut kelahiran baginda

Dalam kitab Perjanjian Baru tidak disebut bahawa Isa a.s menyambut hari lahirnya atau menyuruh para pengikut untuk memperingati tarikh kelahiran beliau. Malah tidak ada sebarang rekod yang membuktikan pengikut Isa yang terawal mahupun generasi yang seterusnya merayakan hari kelahiran beliau. Lebih memeranjatkan ialah ada segelintir penganut Kristian yang menganggap sambutan Hari Natal sebagai satu bidaah dalam agama mereka yang patut ditentang keras.

Sebagai contoh, pada kurun ke-17 pengikut bermazhab Puritan di England berjaya mendesak Parlimen di negara itu untuk mengharamkan perayaan Krismas pada tahun 1647. Sambutan itu digantikan dengan hari untuk berpuasa. Pengharaman itu hanya berakhir pada tahun 1660 bila Raja Charles II menaiki takhta. Pada masa yang sama, gereja Presbyterian juga tidak mengalakkan sambutan perayaan itu di negara Scotland. Fakta sejarah ini jelas menunjukkan bukan semua penganut Kristian yang teruja dengan sambutan Krismas, walaupun mereka merupakan komuniti yang kecil dalam dunia Kristian.

Meraikan kelahiran para nabi-nabi bukan tuntutan agama

Tidak ada sebarang nas atau dalil dalam sumber-sumber Islam yang mewajibkan atau menyuruh umat Nabi Muhammad (sas) untuk merayakan Hari Natal mahupun hari kelahiran mana-mana nabi atau rasul yang diutus oleh Allah s.w.t.

Dalam Islam, hanya ada 2 perayaan keagamaan yang mesti disambut, iaitu Hari Raya Eid-ul Fitr dan Hari Raya Eid-ul Adha atau Hari Raya Korban. Perayaan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW merupakan satu bidaah kerana ia tidak pernah diajar oleh baginda dan tidak disambut oleh para sahabat baginda, sepertimana yang dilakukan oleh segelintir umat Islam hari ini. Kalau sambutan Maulid Nabi itu merupakan bidaah, apatah lagi menyambut Hari Natal yang tidak ada kaitannya dengan kelahiran Isa putera Maryam (as).

Perayaan maulid nabi tidak boleh dianggap sebagai satu ibadah khusus kerana setiap dalil yang khusus memerlukan dalil-dalil yang spesifik dari Allah dan RasulNYA. Adapun kuliah-kuliah ilmu berkenaan dengan sirah Muhammad sallahu a’alaihi wassalam bukanlah bid’ah kerana ia dilakukan sepanjang tahun. Ia menjadi bid’ah jika ia dikhususkan pada tarikh tertentu dengan niat menjadikannya sebagai perayaan.

Maka marilah kita sama-sama menjunjung tinggi sunnah Rasulullah SAW dan ajaran Islam yang sebenar. Janganlah kita secara membuta tuli berturut serta merayakan sesuatu perayaan keagaaman yang telah jelas kesesatan dan kesyirikannya. Perlu kita ingat, bila penganut Kristian merayakan Hari Natal mereka bukan sekadar memperingati tarikh lahir seorang nabi berketurunan Bani Israel tapi seorang manusia yang mereka anggap sebagai Anak Tuhan yang telah turun ke bumi dari syurga untuk mati di tiang salib sebagai menebus dosa manusia.

Pegangan ini jelas bercanggah dengan akidah suci Islam yang menegaskan bahawa Isa al Masih (as ) bukan Tuhan atau Anak Tuhan tapi seorang nabi pilihan dan pesuruh Allah yang diutuskan kepada Bani Israel untuk membawa mereka kembali kepada syariat Nabi Musa (as) yang sebenar dan mengesakan Allah Yang Tunggal.

Begitulah antara beberapa sebab mengapa umat Islam tidak menyambut upacara Hari Natal dan mengapa mereka perlu memastikan supaya tidak terlibat dalam apa jua cara sekali pun. Dan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Bidasan kristian

Sebahagian golongan kristian membidas dengan mengatakan pilihan tarikh ini bukanlah satu yang penting. Yang penting, umat kristian bersatu dalam meraikan anak Tuhan yang datang menebus dosa manusia. Maka isu bila Isa a.s dilahirkan tidak penting. Sebab itulah ada mazhab kristian yang tidak menyambut tarikh ini tapi pada bulan Januari 6

Bidasan mereka ini sama seperti golongan yang mensyariatkan perayaan Maulid nabi dan menjadikannya satu ibadah yang khusus

Ulasan kepada bidasan kristian

Jika itu pegangan umat kristian, maka tidak perlulah mereka menyuruh umat Islam mengikutinya. Umat Islam beribadah berdasarkan fakta dan dalil. Kami mencontohi apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabah. Kami tidak menambah ibadah khusus sesuka hati mengikut hawa nafsu
Jika golongan kristian dengan mudah melakukan ritual yang menyanggahi ajaran Isa a.s dan pengikutnya, maka tak perlulah di’ajak’ umat Islam menyertainya
Jika mereka tidak segan silu mengubah ajaran Isa a.s, masakan pula mereka mampu menjaga ketulenan kitab pegangan mereka

Lebih-lebih lagi intipati perayaan tidaklah sama. Golongan kristian meraikannya dengan kepercayaan bahawa Isa a.s adalah Tuhan, anak Tuhan dan sebahagian dari trinity.

Sedangkan umat Islam yang telah menyakini al-Quran, telah sebenarnya ‘merayakan’  kebenaran berkaitan dengan Isa a.s walaupun kami tidak meraikan kelahiran baginda


Kesimpulan

Tarikh 25 Disember bukanlah tarikh kelahiran Isa a.s dan umat Islam tidak dituntut meraikannya bersama golongan kristian. Alasan yang diberikan kristian tidak menjadikan umat Islam perlu menyambut bersama mereka. Umat Islam telahpun memuliakan para nabi walaupun kita tidak meraikan tarikh lahir mereka

Umat Islam telahpun beriman kepada Isa a.s sebagai salah satu rasul agung pilihan Allah

Penghargaan 

Artikel ini ditulis oleh Mohamed Sirajudin (Bendahari, IPSI)  ( siraj_07@yahoo.co.uk) dengan

sedikit ubahsuai dan tambahan dari pencari kebenaran

Sunday, December 4, 2011

Qama Zani: Percanggahan ulama-ulama syiah imamiyah





Pada bahagian sebelumnya, telah ditunjukkan percanggahan ulama-ulama syiah dalam penerimaan sumber hukum.  Sepatutnya pada bahagian ini, akan dibongkarkan pula percanggahan dalam bidang fiqh



Namun sempena dengan 10 Muharram 1433H, kita akan beralih dulu kepada isu utama yang sering diulang-ulang pengikut syiah saban tahun iaitu Qama Zani. 

Apabila tiba 10 Muharram, dunia umat syiah pasti bergema dengan pukulan-pukulan badan hingga melukakan jasad mereka.