Saturday, July 2, 2011

Ancaman pembakaran rumah ahlul bait: Bidasan kepada syiah


Syiah sangat suka menyebarkan fitnah kepada sahabah-sahabah utama nabi s.a.w. Antara sahabah ‘favourite’ mereka ialah Umar r.a.

Segala puji bagi Allah, banyak web-web ahlu sunnah telah berjaya menjawab kekeliruan ini

InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini. Akan dipermudahkan dan ditambah baikkan jawapan yang telah sedia ada


Kita mulakan dengan melihat kejahatan tohmahan syiah

Syiah katakan :

Ramai para sahabat yang menentang perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah. Antara yang menentang adalah Ahlulbait(as) dan para syiah mereka, yang menyebabkan Umar memimpin satu kumpulan orang untuk membuat pengepungan rumah Imam Ali dan mengugut membakarnya.

Secara ringkasnya, tuduhan jahat syiah di atas boleh dibahagikan kepada dua
a) Ramai para sahabat yang menentang perlantikan Abu Bakar r.a sebagai khalifah
b) Umar r.a memimpin kumpulan untuk membakar rumah Ali r.a

InsyaAllah, tuduhan (a) akan dijawab dalam artikel yang lain. Hakikatnya, para sahabah kesemuanya bersepakat dengan perlantikan Abu Bakar r.a.  Kita sedia maklum syiah menggunakan beberapa riwayat sahih kononnya Ali r.a dan Zubair r.a tidak hadir di saat ba’iah. Sebenarnya, pernyataan ini bukanlah perkataan Aisya r.a namun ia padangan az-Zuhri. Bahkan terdapat riwayat-riwayat sahih yang lain menunjukkan Ali r.a dan Zubair r.a hadir di saat bai’ah. Perinciannya akan dijelaskan dalam artikel yang lain

Berkenaan dengan (b), persoalan yang sepatutnya ditanyakan, apakah status riwayat ini? Apakah konteks sebenar riwayat ini?? Persoalan ini akan dijawab satu persatu

STATUS RIWAYAT PEMBAKARAN RUMAH AHLUL BAIT

Seperti mana biasa, syiah akan melonggokkan kesemua riwayat dan tidak memperdulikan status riwayat. Yang penting bagi mereka, biar sahabah nabi berjaya dicerca dan dijatuhkan

Syiah katakan:

Ini adalah satu perkara yang yang menghairankan kerana ia telah diriwayatkan dalam banyak kitab-kitab pegangan Sunni seperti Tarikh al Umm wa al Mulk: Ibnu Jarir at Thabari, Al Mushannaf: Ibnu Abi Syaibah, Ansab al Asyraf: Al Baladzuri, al Isti’ab: Ibnu Abdil Barr, Muruj Adz Dzahab: Al Mas’udi

Disisi ahlu sunnah, jumlah rujukan bukanlah hujah sebaliknya kesahihan rujukan yang dititik beratkan. Dalam rujukan yang diberikan, hanya sebuah riwayat dari Musannaf Ibnu Abi Syaibah yang boleh dipertanggungjawabkan statusnya

Riwayat tersebut adalah seperti berikut

حدثنا محمد بن بشر نا عبيد الله بن عمر حدثنا زيد بن أسلم عن أبيه أسلم أنه حين بويع لابي بكر بعد رسول الله (ص) كان علي والزبير يدخلان على فاطمة بنت رسول الله (ص) فيشاورونها ويرتجعون في أمرهم ، فلما بلغ ذلك عمر بن الخطاب خرج حتى دخل على فاطمة فقال : يا بنت رسول الله (ص) ! والله ما من أحد أحب إلينا من أبيك ، وما من أحد أحب إلينا بعد أبيك منك ، وأيم الله ما ذاك بمانعي إن اجتمع هؤلاء النفر عندك ، إن أمرتهم أن يحرق عليهم البيت ، قال : فلما خرج عمر جاءوها فقالت : تعلمون أن عمر قد جاءني وقد حلف بالله لئن عدتم ليحرقن عليكم البيت وأيم الله ليمضين لما حلف عليه ، فانصرفوا راشدين ، فروا رأيكم ولا ترجعوا إلي ، فانصرفوا عنها فلم يرجعوا إليها حتى بايعوا لابي بكر

Terjemahan: Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr telah menceritakan kepada kami Ubaidillah bin Umar telah menceritakan kepada kami Zaid bin Aslam dari Aslam dari ayahnya yang berkata ”Ketika Bai’ah telah diberikan kepada Abu Bakar setelah kewafatan Rasulullah SAW. Ali dan Zubair sedang berada di dalam rumah Fatimah bermusyawarah dengannya mengenai urusan mereka. 

Sehingga ketika Umar menerima khabar ini,  ia bergegas ke rumah Fatimah dan berkata ”Wahai puteri Rasulullah SAW, demi Allah tidaklah dari seorangpun yang lebih kami cintai daripada ayahmu, dan tidaklah dari seorangpun yang kami lebih cintai selepas ayahmu daripada kamu tetapi aku bersumpah jika orang-orang ini berkumpul di rumahmu maka tidak ada yang dapat mencegahku untuk memerintahkan membakar rumah tersebut bersama mereka yang ada di dalamnya”. 

Ketika Umar pergi, mereka datang dan Fatimah berbicara  kepada mereka “tahukah kalian kalau Umar datang kemari dan bersumpah akan membakar rumah ini jika kalian kemari. Aku bersumpah demi Allah ia akan melakukannya jadi pergilah dan jangan berkumpul disini”. Oleh karena itu mereka pergi dan tidak berkumpul disana sampai mereka membaiat Abu Bakar.

Rujukan: Musannaf Ibnu Abi Syaibah, 8/572, Maktabah Shamela

Syiah begitu mempertahankan kesahihan riwayat di atas. Maka tidak hairanlah mereka bertungkus lumus untuk mengkaji perawi-perawinya dari sudut ilmu rijal

Persoalannya, apakah konteks sebenar yang hadith di atas dan apakah yang gagal dikesan oleh mata jahat syiah?

KONTEKS  RIWAYAT PEMBAKARAN RUMAH AHLUL BAIT

Penelitian kepada konteks hadith ini membuahkan beberapa hujah penting

1.  Ali r.a dan Zubair r.a agak lewat dalam memba’aiah Abu Bakar. Berita ini menyebabkan Umar r.a risau dan menyebabkan dia datang ke rumah Fatimah r.a untuk memberikan ancaman kepada mereka. Umar r.a khuatir mereka akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam

2.  Ancaman Umar r.a tidak memasukkan Fatimah r.a. Lihat semula kepada perkataan yang diboldkan merah

إن أمرتهم أن يحرق عليهم البيت

Terjemahan: Maka tidak ada yang dapat mencegahku untuk memerintahkan membakar rumah tersebut bersama mereka yang ada di dalamnya

Sekiranya Umar r.a ingin membakar Fatimah r.a, maka dah tentu dia akan mengatakan 'Aku akan membakar kamu'

3. Hadith ini dengan sendirinya menjadi salah satu hujah kukuh bahawa Ali r.a dan Zubair r.a telah memba’iah Abu Bakar r.a pada hari tersebut dan bukannya selepas 6 bulan seperti dakwaan syiah

BIDASAN SYIAH

Website syiah tidak bersetuju dengan hujah ini dan memperlekehkannya. 

Mereka katakan,' 

 Hujjah ini benar-benar seperti anak kecil yang baru belajar bicara. Ketika anak kecil diancam oleh orang jahat “berikan uangmu atau aku bakar rumah orangtuamu”. Anak kecilnya tertawa dan berkata “ah bukan aku yang diancam tapi rumah orang tuaku”. Dan sepertinya anak kecil itu lupa kalau ia tinggal di rumah tersebut. Hujjah yang mirip dengan seorang istri yang “aneh” ketika ada orang jahat mengancam “kalau tidak pindah dari rumah ini akan kubakar suamimu” dan istri menjawab “ah ancaman itu bukan untukku tapi untuk suamiku”. Kami bertanya kepada anda wahai “pencari kebenaran” rumah siapa yang anda sebut dalam terjemahan anda “membakar rumah tersebut” dan Siapa orang yang anda katakan “mereka yang ada di dalamnya”?. Adakah Imam Ali termasuk di dalam rumah tersebut?. Adakah Sayyidah Fathimah termasuk di dalam rumah tersebut?. Rumah yang diancam akan  dibakar Umar itu adalah rumah tempat mereka Ali Zubair dan orang yang mengikuti keduanya berkumpul yaitu rumah Sayyidah Fathimah. Kami kasihan kalau anda berhujjah dengan gaya seperti itu karena untuk menjawabnya kami terpaksa menjawab dengan penjelasan seperti kami menjelaskan sesuatu kepada anak kecil.
 
BIDASAN KEPADA SITUS SYIAH


Seperti yang kita lihat, syiah telah memaksakan kata-kata Umar r.a yang mudah. Mereka masih menganggap Fatimah r.a termasuk dalamnya. Ancaman Umar r.a ternyata bukanlah kepada Fatimah tapi kepada Ali dan Zubair r.a. seperti yang dijelaskan sebelumnya


Analogi mereka sendiri membuktikan bahawa anak kecil tidak termasuk dalam ancaman pembakaran rumah orang tuanya. Mereka cuba memberikan analogi jahil seolah-olah menunjukkan anak kecil itu membiarkan sahaja kedua rumah orang tuanya. 


Bahkan analogi isteri tersebut tidak kena dengan situasi Fatimah r.a. Apabila suami yang diancam, maka bagaimana isteri boleh terlibat sekali??


Namun mereka cuba mengalihkan analogi ke arah reaksi isteri kepada suami dan juga reaksi anak kecil kepada orang tuanya


Apa yang kami minta mudah, jika Umar r.a sangat ingin membakar Fatimah r.a, mengapa tidak dia menyebutkan pernyataan jelas untuk membakar Fatimah r.a? Ternyata pernyataan tersebut tidak wujud


KONTEKS HADITH YANG DIDIAMKAN SYIAH

Satu lagi point penting yang didiamkan syiah ialah kemuliaan Fatimah r..a disisi Umar r.a. Kita lihat semula bagaimana Umar r.a memanggil Fatimah r.a  dengan panggilan mulia. Rujuk kepada teks yang diboldkan ungu

يا بنت رسول الله (ص) ! والله ما من أحد أحب إلينا من أبيك ، وما من أحد أحب إلينا بعد أبيك منك

Terjemahan: ”Wahai puteri Rasulullah SAW, demi Allah tidaklah dari seorangpun yang lebih kami cintai daripada ayahmu, dan tidaklah dari seorangpun yang kami lebih cintai selepas ayahmu daripada kamu 

Persoalannya, apakah logik seseorang yang benar-benar ingin membakar rumah musuhnya akan memanggil musuhnya dengan perkataan yang menunjukkan kasih sayang?? Lebih dari, apakah logik dalam riwayat-riwayat jahat syiah mengatakan Umar r.a memukul Fatimah sehingga gugur janinnya sedangkan pada awalnya Umar r.a sendiri sangat menghormati beliau??
 
Sudah tentu tuduhan syiah ini tuduhan jahat semata-mata

Mereka berhujah dengan riwayat ini tapi mereka mendiamkan bahagian yang merugikan mereka

BIDASAN SYIAH

Blog syiah membantah dengan mengatakan,
'Dimana letak rasa hormatnya, ketika ia mengancam membakar rumah orang yang dihormatinya?. Seperti alfanarku andapun mengidap penyakit yang sama. Anda tidak bisa membedakan antara “klaim” dan “fakta”. Ucapan Umar kalau Sayyidah Fathimah yang paling kami cintai adalah klaim tetapi ucapan Umar yang mengancam membakar rumah Sayyidah Fathimah adalah fakta, Ternyata cinta yang ia katakan itu tidak mampu mencegahnya dari mengancam membakar rumah ahlul bait. Jadi tidak ada kaitannya dengan logik dan tidak logik, kemudian satu lagi kami tidak pernah menyatakan Umar membakar rumah Ahlul Bait yang benar adalah Umar mengancam akan membakar rumah Ahlul Bait. Ada bedanya itu wahai kisanak dan Soal riwayat syiah, Umar memukul Fathimah maaf itu bukan urusan kami dan kami tidak pernah mengutipnya. Itu adalah riwayat Syiah yang kami pribadi tidak mengetahui kebenarannya
BANTAHAN KEPADA BIDASAN SYIAH
Pernyataan Umar r.a sudah cukup membuktikan penghormatan beliau kepada Fatimah r.a. Telahpun dijelaskan sebab-sebab ancaman tersebut. Kita sendiri lihat sikap double standard syiah dalam berhujah. Kenyataan Umar r.a apabila mengancam pembakaran rumah ahlul bait, ia dianggap fakta tapi kenyataan Umar r.a yang sama menghormati Fatimah r.a dianggap klaim??
Apakah kriteria yang mereka gunakan untuk menilai fakta dan klaim?? Jawapannya mudah. Sifat hawa nafsu dan kebencian mutlak kepada Umar r.a
Blog ini menafikan riwayat syiah mengatakan Umar r.a memukul Fatimah r.a. Namun dalam web lain ada saja riwayat itu dihujahkan. 
  

KONTEKS SEBENAR ANCAMAN UMAR R.A

Umar r.a al-Khattab merupakan seorang yang faqih dalam urusan agama. Tindakan beliau mengancam untuk membakar bukanlah untuk membunuh ahlul bait sebaliknya ia fahami sebagai kewajipan berba’aiah kepada khalifah yang sah dan mengelakkan perpecahan

Kewajipan ini telah termaktub dalam kitab-kitab hadith yang sahih

عَنْ زِيَادِ بْنِ عِلَاقَةَ قَالَ سَمِعْتُ عَرْفَجَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ

Terjemahan: Dari Ziyad bin ‘Ilaqah, katanya, ‘Aku mendengar ‘Arjafah katanya,’ Aku mendengar nabi SAW berkata, ‘ Sesungguhnya akan terjadi bencana dan kekacauan, maka sesiapa saja yang ingin memecah belahkan persatuan umat ini maka penggallah dengan pedang walau siapapun dia

Rujukan: Sahih Muslim, Kitab Kepimpinan, Bab Hukum Bagi Orang Yang Memecahbelahkan Urusan Kaum Muslimin, hadith no 3442, Maktabah Shamela

Bahkan ada banyak lagi hadith lain yang mewajibkan ketaatan kepada khalifah

Selain itu, bukti ancaman menunjukkan kepentingan satu urusan boleh difahami dengan melihat ancaman yang yang dilakukan nabi Muhammad s.a.w sendiri.

Telah tsabit dalam hadith yang sahih nabi mengancam untuk membakar rumah-rumah mereka yang tidak bersolat jemaah bahkan nabi juga mengancam untuk memotong tangan pencuri hatta Fatimah r.a sekalipun!!

Ini menunjukkan kewajipan melaksanakan hukum hudud dan kepentingan melaksanakan solat jemaah

BIDASAN SYIAH

Situs syiah mengatakan,

Oh begitu, adakah hadis shahihnya bahwa kewajiban berbaiat kepada Khalifah ditegakkan dengan mengancam membakar rumah. Perpecahan mana yang anda katakan “dielakkan”. Siapakah yang anda tuduh membuat perpecahan? Sayyidah Fathimah dan Imam Ali?. Jadi begitukah tindakan seorang faqih jika putri kesayangan Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] tidak membaiat maka diancam rumahnya akan dibakar. Mengapa anda mengutip hadis Shahih Muslim untuk membenarkan tindakan Umar padahal didalamnya tidak ada sedikitpun keterangan soal bakar membakar. Bukankah dalam hadis tersebut “siapa saja yang memecah belah umat maka penggallah dia”. Mengapa dalam bahasa Umar kata “penggallah dengan pedang” berubah menjadi “membakar rumah”. Umar ra yang tidak paham atau anda yang sedang melantur berhujjah dengan hadis Shahih Muslim yang tidak pada tempatnya.


Astaghfirullah, sekarang anda mengatasnamakan Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam] untuk membenarkan ancaman Umar kepada Sayyidah Fathimah. Mari kami tunjukkan hadis shahih yang anda maksud
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf yang berkata telah mengabarkan kepada kami Malik dari Abi Zanaad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “demi Yang jiwaku berada di tangan-Nya sungguh aku berkeinginan kiranya aku memerintahkan orang-orang mengumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan mereka shalat yang telah dikumandangkan azannya kemudian aku memerintahkan salah seorang menjadi imam lalu aku menuju orang-orang yang tidak shalat berjama’ah kemudian aku bakar rumah-rumah mereka [Shahih Bukhari 1/131 no 644]
Kalau hadis ini yang anda jadikan hujjah maka kami katakan hujjah anda itu “absurd”. Perhatikan lafaz perkataan Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] “hamamtu” yang bisa diartikan berkeinginan dalam hatiku maksudnya itu adalah sesuatu yang terbersit di dalam hati Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan Beliau ucapkan bukan sebagai ancaman tetapi untuk menekankan betapa penting dan wajibnya shalat berjama’ah. Kalau anda mengartikan Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam] sedang mengancam langsung kepada orang-orang tersebut maka anda keliru, Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam] tidak sedang berbicara kepada mereka yang tidak shalat berjamaah dengan kata-kata ancaman. Beliau [shallallahu ‘alaihi wasallam] mengutarakan apa yang terbersit dalam hatinya kepada sahabat yang kebetulan berada di sana yaitu Abu Hurairah. Tidak ada ceritanya Nabi [shallallahu ‘alaihi wasallam] datang menemui mereka yang punya rumah dan mengancam membakar rumah mereka kalau mereka tidak shalat berjama’ah. Ada perbedaan yang nyata antara melakukannya mengancam langsung dengan mengutarakan apa yang terbersit di dalam hati. Itu adalah bahasa kiasan yang menunjukkan betapa pentingnya shalat berjama’ah bukannya diartikan sebagai ancaman langsung Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] kepada orang-orang tersebut.
Berbeda dengan kasus ini, Umar bin Khaththab itu jelas-jelas datang menemui Sayyidah Fathimah dan bersumpah dengan nama Allah SWT kalau orang-orang tersebut berkumpul di rumah atau di sisi Sayyidah Fathimah maka ia akan membakar rumah Sayyidah Fathimah. Ini benar-benar ancaman bahkan Sayyidah Fathimah mengatakan kalau Umar akan melakukan apa yang telah bersumpah atasnya. Itulah sebabnya Sayyidah Fathimah mengusir orang-orang tersebut dari rumahnya dan berkata jangan menemuinya lagi untuk mencegah tindakan Umar.
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا لَيْثٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ فَقَالُوا وَمَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ حِبُّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللَّهِ ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ ثُمَّ قَالَ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمْ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id yang berkata telah menceritakan kepada kami Laits dari Ibnu Syihaab dari Urwah dari Aisyah radiallahu ‘anha bahwa kaum Quraisy menghadapi masalah yaitu wanita suku Mahzumiy mencuri kemudian mereka berkata “siapa yang mau membicarakan tentangnya kepada Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam]”. Mereka berkata “tidak ada yang berani menghadap Beliau kecuali Usamah bin Zaid yang paling dicintai Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] maka berbicaralah Usamah. Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Apakah kamu meminta keringanan pelanggaran aturan Allah?. Kemudian Beliau berdiri menyampaikan khutbah kemudian bersabda “sesungguhnya orang-orang sebelum kalian binasa karena apabila ada orang dari kalangan terhormat mereka mencuri mereka membiarkannya dan apabila ada orang dari kalangan rendah mencuri maka mereka menagakkan atasnya hukum. Demi Allah, seandainya Fathimah binti Muhammad mencuri pasti aku potong tangannya [Shahih Bukhari 4/175 no 3475]

Hadis inikah yang anda jadikan hujjah. Siapa yang menurut anda sedang diancam oleh Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam]?. Apa anda mau mengatakan Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] sedang mengancam Sayyidah Fathimah?. Maaf tolong perbaiki terlebih dahulu cara anda berhujjah. Hadis ini sangat jelas tidak sama dengan apa yang dilakukan Umar ketika ia mengancam mau membakar rumah Sayyidah Fathimah. Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] sedang menyampaikan hukum Allah SWT kepada umatnya dan bahasa yang Beliau gunakan bukanlah ancaman kepada orang tertentu.

BANTAHAN KEPADA BIDASAN SYIAH


Sudah dijelaskan motif utama Umar r.a adalah untuk mengelakkan perpecahan yang muncul akibat kelewatan Ali r.a dan Zubair. Mereka cuba memperlekehkan tindakan Umar r.a dengan mengatakan hadith Muslim tersebut menunjukkan dipenggal leher sedangkan tindakan Umar r.a adalah ingin membakar

Persoalannya, jika Umar r.a ingin memenggal mereka, apakah syiah akan menerimanya??

Tidak kira samada dipenggal atau dibakar, syiah pasti tidak akan menerimanya

Samada dipenggal atau dibakar, maka itu bukanlah tujuan sebenar Umar r.a.  Beliau hanya ingin mengancam dan bukannya benar-benar ingin membakar Fatimah r.a

Jika Umar r.a  sangat bencikan Fatimah r.a, maka apa yang menghalanginya untuk tidak membakar mereka kesemuanya?? Jika Umar r.a ingin benar membunuh Fatimah r.a, maka mengapa tidak saja dilakukannya?

Mereka cuba memberikan kejutan dengan frasa ‘Astaghfirullah’ seolah-olah hujah yang dikemukakan itu mengejutkan.

Hakikatnya tidak ada apa yang ingin mereka sampaikan. Mereka cuba membuktikan ancaman Rasulullah s.a.w tidak sama dengan Umar r.a

Hujah mereka ialah Rasulullah s.a.w hanyalah berkeinginan manakala Umar r.a bersungguh-sungguh

Persoalannya, mengapa Rasulullah s.a.w berkeinginan untuk membakar? Itu telah dijawab sendiri oleh mereka iaitu

Beliau ucapkan bukan sebagai ancaman tetapi untuk menekankan betapa penting dan wajibnya shalat berjama’ah’

Nah!! Apakah keinginan ataupun kesungguhan merubah apa-apa objektif baginda Rasulullah s.a.w?? Jawapannya tidak

Maka samalah dengan tindakan Umar r.a. Objektif Umar r.a jelas untuk mengelakkan perpecahan umat Islam.  Tapi syiah hanya mampu mempertikaikan kesungguhan dan keinginan tapi tidak mampu menolak objektif Umar r.a

Maka penafian mereka hanyalah sia-sia
Seterusnya mereka telah salah faham dengan kenyataan saya. Saya tidak mengatakan langsung Fatimah r.a diancam Rasulullah s.a.w . Apa yang saya katakan ialah Rasulullah s.a.w mengancam pencuri untuk menunjukkan kepentingan melaksanakan hukum Allah hatta jika yang menjadi pencuri adalah Fatimah r.a sekalipun

Malangnya pemilik blog begitu khusyuk ingin membidas hinggakan kenyataan saya sendiri telah disalah faham

ANCAMAN DALAM KITAB SYIAH

Persoalannya, jika ditunjukkan riwayat-riwayat dalam kitab syiah sendiri akan ancaman yang dilakukan nabi SAW, maka apakah mereka akan menarik balik tohmahan mereka??

Ketahuilah, dalam kitab syiah sendiri terdapat riwayat-riwayat nabi Muhammad SAW ingin membakar rumah-rumah mereka yang tidak mengerjakan solat jemaah bersama baginda. Walaupun kitab syiah tidak bernilai disisi sunni, kita tetap menukilkannya supaya syiah sedar akan keburukan tohama

عن النبي  صلى الله عليه وآله ، أنه قال
لجماعة لم يحضروا المسجد معه : ( لتحضرن المسجد ، أو لاحرقن عليكم منازلكم
       
Terjemahan: Dari nabi s.a.w, sesungguhnya baginda berkata kepada jemaah yang tidak hadir bersamanya ke masjid, ‘ Hadirlah kamu ke masjid atau aku akan membakar rumah-rumah kamu

Sumber: Man La Yahduru al-Faqih, hadith 1092 , Bab Jamaah dan kelebihannya, Wasail Shia, no 10697

Syiah sudah tentunya akan kata, disini bukanlah bermaksud nabi benar-benar ingin membakar rumah mereka, sebaliknya nabi hanya ingin menunjukkan kewajipan bersolat jemaah

Nah!! Jika demikian, maka kenapa tidak guna jawapan yang sama kepada ancaman Umar r.a?? Bukankah solat itu wajib dan menjaga perpaduan juga wajib??

Mengapa bersikap double standard?? 

BIDASAN SYIAH 

Blog syiah mengatakan,
Kami sekedar iseng menggoogle riwayat yang anda kutip. Ternyata riwayat yang anda kutip tidak memiliki sanad dalam referensi syiah yang anda sebutkan. Jadi secara ilmu hadis yang sederhana saja maka riwayat tersebut dhaif. Tentu saja saudara kami yang Syiah lebih berkompeten untuk menilai hadis ini. Kami pribadi tidak menemukan adanya riwayat shahih bahwa Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] mengancam langsung kepada para sahabat yang tidak ikut shalat berjama’ah agar datang ke masjid kalau tidak rumah mereka akan Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] bakar. Tetapi ada hadis Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] yang berbunyi menyakiti Fathimah berarti menyakitiku. Anda mau kemanakan hadis ini, walaupun anda mencari seribu alasan untuk membenarkan tindakan Umar kami akan katakan tindakan Umar salah cukup dengan hadis ini.
BANTAHAN KEPADA BIDASAN SYIAH
 
Ternyata mereka tidak mampu membantah riwayat kitab syiah tersebut dan mentah-mentah mengatakannya sebagai riwayat da'if.


Riwayat tersebut banyak disebutkan dalam kitab syiah. Bahkan ia diakui sebagai riwayat mu'tabar dalam kitab syiah seperti yang disebutkan Syeikh Yusuf al-Bahrani. Agak pelik mereka tidak menjumpainya di google

وروى الشيخ بسند معتبر عن عبد الله بن ابى يعفور عن ابى عبد الله عليه السلام في حديث العدالة الطويل المتقدم في باب صلاة الجمعة 

http://shjaffar.jeeran.com/%D8%A7%D9%84%D8%AC%D8%B2%D8%A1%2011/2-%20%D9%81%D8%B6%D9%84%20%D9%88%D8%A3%D8%AD%D9%83%D8%A7%D9%85%20%D8%A7%D9%84%D8%AC%D9%85%D8%A7%D8%B9%D8%A9.htm
Disisi ahlu sunnah, apa saja perkara yang menyakiti Fatimah r.a dengan cara yang tidak benar dengan tanpa alasan munasabah maka ia termasuk dalam kategori hadith tersebut.  Adapun tindakan yang benar walaupun boleh menyakiti Fatimah r.a tidaklah termasuk dalam kategori hadith tersebut. Maka tindakan syiah memetik secara literal hadith adalah kesalahan yang fatal.


Bahkan Ali r.a sendiri menyakiti Fatimah r.a kerana keinginannya berkahwin dengan puteri Abu Jahal. Maka apakah Ali r.a telah menyebabkan kemurkaan Rasulullah s.a.w dan juga kemurkaan Allah s.w.t??



KESIMPULAN

Bidasan syiah ternyata dipaksa-paksa dan menunjukkan kejelikan lidah mereka dalam mentohmah Umar r.a. Telah dijelaskan tujuan Umar r.a dalam memelihara perpaduan ummah dan ancaman Umar r.a bukanlah khas ditujukan kepada Fatimah r.a

Apa yang lebih penting pada mereka ialah membenci Umar r.a dan dicerca habis-habisan.

Rujukan 

http://alfanarku.wordpress.com/2011/05/28/pembakaran-terhadap-rumah-ahlul-bait/#comment-871

http://islamistruth.wordpress.com/2010/12/19/fatimara-burning-of-house-bayah-of-alira/

Bantahan lanjut boleh dibaca disini

http://alfanarku.wordpress.com/2011/07/19/studi-kritis-riwayat-ancaman-pembakaran-rumah-ahlul-bait-membantah-rafidhi-nashibi/





Wednesday, June 8, 2011

AL-IMAMAH WA SIYASAH BUKAN KARYA IBNU QUTAIBAH



Syiah mempunyai pelbagai strategi kotor dalam menyemai syubhah kepada golongan sunnah. Bermula dengan pelbagai dialog rekaan hinggalah kepada pemalsuan kitab, mereka memang pakar menipu umat Islam.
Kitab al-Imamah wa Siyasah merupakan satu dari mangsa pembohongan Syiah.

Syiah sentiasa menggunakan kitab ini sebagai hujah mereka untuk menentang Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Mereka bahkan berdusta dengan mengatakan bahawa kitab ini ditulis oleh Ibnu Qutaibah ad-Dainuri, seorang ulama terkemuka Ahli Sunnah.

Sebelum membongkar lebih lanjut, marilah kita teliti siapa Ibnu Qutaibah ad-Dainuri di pandangan ahlu ulama sunnah


Thursday, June 2, 2011

Menjawab kritikan keadilan sahabah dalam surah al-Fath 48:29



Golongan syiah tidak akan sekali-kali redha dengan kemuliaan para sahabah di dalam al-Quran. Mereka akan cari apa saja penipuan, alasan, tohmahan serta umpan untuk menolak kemulian-kemuliaan tersebut

Mereka sanggup memutarbelitkan riwayat-riwayat serta menafsirkan riwayat-riwayat sejarah sesuai dengan hawa nafsu selagi mana ia selari dengan doktrin sesat mereka


Kemuliaan para sahabah sangat jelas disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-Fath 48:29


مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنْجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (29)

Terjemahan: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.


BIDASAN SYIAH

Syiah berkata, 

Perhatikan frasa yang telah di bold di atas, “di antara mereka itu”. Jelas sekali penggunaan frasa ini menunjukkan bahawa bukan semua para sahabat nabi tergolong dalam kategori ini seperti yang di war-warkan oleh saudara Ahlul Sunnah. Inilah yang kami cuba untuk nyatakan selama ini, bahawa di antara semua para sahabatt nabi, hanya sebahagian sahaja yang mencapai standard yang telah di tetapkan di dalam ayat ini. Antaranya besikap keras terhadap orang kafir dan berkasih sayang antara mereka. Jadi para sahabat yng tidak bersikap keras terhadap orang kafir dan berlemah lembut sesama kaum muslimin tidak jatuh dalam kategori ini. Sekaligus membatalkan kenyataan sesetengah saudara Ahlul Sunnah bahawa ayat ini diturunkan untuk semua sahabat tanpa kecuali.

BANTAHAN KEPADA BIDASAN SYIAH

Ramai ulama ahlu sunnah ketika mensyarahkan perkataan ‘مِنْهُم tidak sekali-kali membawa maksud wujud perbezaan golongan bahkan ia bermaksud dalam jenis yang sama

Imam at-Tabari menyebutkan dalam tafsirnya

وقوله ( ومثلهم في الإنجيل كزرع أخرج شطأه ) يقول : وصفتهم في إنجيل عيسى صفة زرع أخرج شطأه ، وهو فراخه ، يقال منه : قد أشطأ الزرع : إذا فرخ فهو يشطئ إشطاء ، وإنما مثلهم بالزرع المشطئ ؛ لأنهم ابتدءوا في الدخول في الإسلام ، وهم عدد قليلون ، ثم جعلوا يتزايدون ، ويدخل فيه الجماعة بعدهم ، ثم الجماعة بعد الجماعة ، حتى كثر عددهم ، كما يحدث في أصل الزرع الفرخ منه ، ثم الفرخ بعده حتى يكثر وينمى

Terjemahan: Dan qaul-Nya ''Dan begitulah perumpamaan mereka di dalam Injil, umpama tumbuhan mengeluarkan tunasnya'' bermaksud sifat mereka di dalam Injil Isa a.s adalah sifat tumbuhan yang mengeluarkan tunas, dan mereka itu semuanya adalah zuriat keturunannya. Dan dikatakan: 'Tumbuhan itu telah bertunas' maka bila ia berketurunan maka ia bertunas. Dan gambaran mereka (Sahabat) adalah tumbuhan yang bertunas, kerana mereka tidak ramai ketika mula memeluk Islam, kemudian bilangan mereka bertambah, dan banyaklah jemaah/kelompok/kumpulan yang mula menuruti mereka hingga bertambahlah bilangan mereka, sepertimana yang terjadi pada tumbuhan yang berasal dari tunas, kemudian ia pula bertunas hingga banyaklah bilangannya.

وقوله ( وعد الله الذين آمنوا وعملوا الصالحات منهم مغفرة وأجرا عظيما ) يقول - تعالى ذكره - : وعد الله الذين صدقوا الله ورسوله ( وعملوا الصالحات ) يقول : وعملوا بما أمرهم الله به من فرائضه التي أوجبها عليهم

Terjemahan: Dan qaul-Nya ''Dan Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal saleh daripada mereka keampunan dan balasan yang mulia'' bermaksud Allah menjanjikan orang-orang yang mempercayai Allah dan Rasul-Nya dan yang melakukan apa yang diperintahkan Allah dari kewajipan-kewajipan yang diwajibkan Allah keatas mereka.


وقوله ( منهم ) يعني : من الشطء الذي أخرجه الزرع ، وهم الداخلون في الإسلام بعد الزرع الذي وصف ربنا تبارك وتعالى صفته . والهاء والميم في قوله ( منهم ) عائد على معنى الشطء لا على لفظه ، ولذلك جمع فقيل : " منهم" ، ولم يقل " منه" . وإنما جمع الشطء لأنه أريد به من يدخل في دين محمد - صلى الله عليه وسلم - إلى يوم القيامة بعد الجماعة الذين وصف الله صفتهم بقوله ( والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم تراهم ركعا سجدا )

Terjemahan: Dan qaul-Nya ''Daripada mereka'' bermakna tunas yang dikeluarkan tumbuhan,
ketika mereka memasuki Islam yang disifatkan oleh tuhan kita. Huruf Ha' dan Mim (Hum) kembali kepada makna tunas bukan lafaznya, dan dengan itu ia plural dan dikatakan ''Daripada mereka'' dan bukan ''Darinya'. Dan dipluralkan tunas kerana ia dimaksudkan dengan dia yang memasuki agama Muhammad s.a.w hingga hari Qiyamah selepas kumpulan yang disifatkan Allah dengan ''Dan mereka yang bersamanya berkeras dengan golongan kuffar, dan berkasih-sayang antara mereka, kamu melihat mereka dalam keadaan ruku' dan sujud''

Rujukan: Tafsir al-Tabari, 22/265, Maktabah Shamela

Kesimpulan dari Tafsir At-Tabari:

1. Di dalam Injil lagi Allah telah menggambarkan perihal para Sahabat Nabi, yang mana Dia menyifatkan mereka sebagai tumbuhan yang mengeluarkan tunasnya, kerana pada mulanya tumbuhan itu sedikit bilangannya lalu ia bertunas lalu bilangannya menjadi banyak. Yakni para Sahabat semakin ramai, akibat bertambahnya keturunan dan bilangan manusia yang memeluk Islam.

2. Janji keampunan dan balasan mulia tidak hanya bagi para Sahabat, tetapi juga bagi 'tunas' mereka yakni keturunan mereka dan golongan yang mengikuti jalan mereka hingga hari Qiyamah.

Imam al-Qurtubi menyebutkan

(ومن ) في قوله : منهم مبعضة لقوم من الصحابة دون قوم ، ولكنها عامة مجنسة ، مثل قوله تعالى : فاجتنبوا الرجس من الأوثان لا يقصد للتبعيض لكنه يذهب إلى الجنس ، أي : فاجتنبوا الرجس من جنس الأوثان ، إذ كان الرجس يقع من أجناس شتى ، منها الزنى والربا وشرب الخمر والكذب ، فأدخل ( من ) يفيد بها الجنس وكذا منهم ، أي : من هذا الجنس ، يعني جنس الصحابة . ويقال : أنفق نفقتك من الدراهم ، أي : اجعل نفقتك هذا الجنس . وقد [ ص: 269 ] يخصص أصحاب محمد - صلى الله عليه وسلم - بوعد المغفرة تفضيلا لهم ، وإن وعد الله جميع المؤمنين المغفرة . وفي الآية جواب آخر : وهو أن ( من ) مؤكدة للكلام ، والمعنى وعدهم الله كلهم مغفرة وأجرا عظيما . فجرى مجرى قول العربي : قطعت من الثوب قميصا ، يريد قطعت الثوب كله قميصا . و ( من ) لم يبعض شيئا . وشاهد هذا من القرآن وننزل من القرآن ما هو شفاء معناه وننزل القرآن شفاء ; لأن كل حرف منه يشفي ، وليس الشفاء مختصا به بعضه دون بعض . على أن من اللغويين من يقول : ( من ) مجنسة ، تقديرها ننزل الشفاء من جنس القرآن ، ومن جهة القرآن ، ومن ناحية القرآن


Terjemahan: Dan 'Daripada' di dalam qaul-Nya adalah membahagikan sesuatu kumpulan dari kalangan Sahabat tanpa satu kumpulan yang khusus, tetapi ia menunjukkan kesuluruhan dari jenis yang sama. Seperti dalam ayat: ''Maka jauhilah kotoran daripada berhala-berhala itu'' ia tidak dimaksudkan hanya menjauhi berhala tetapi seluruh kotoran (yakni dosa-dosa besar) kerana ia datang dalam banyak bentuk seperti zina, riba, minum arak dan menipu. Dan 'Daripada' itu memberi faedah 'Daripada jenis ini' yakni dari jenis Sahabat. Dan bila dikatakan: ''Berilah infaq dari dirham-dirham'' maka maknanya ''Jadikanlah infaqmu dari jenis ini (dirham). Dan para Sahabat dikhaskan dengan janji keampunan dari Allah sebagai tanda keafdhalan mereka. Dan janji Allah kepada seluruh muslimin juga adalah keampunan.

Dan terdapat jawapan lain, yang menyatakan ia menunjukkan penegasan yakni Allah menjanjikan mereka semua keampunan dan balasan yang besar. Sebagaiman kata-kata orang Arab: ''Aku telah memotong sehelai baju qamis dari baju-baju'' bermaksud ''Aku memotong semua baju qamis''. 'Daripada' itu tidak membahagikan apa-apa, lihatlah ayat: ''Dan kami turunkan dari Al-Quran itu penawar'' maknanya seluruh Al-Quran itulah penawar. Yakni semua huruf Al-Quran ialah penawar. Bukannya hanya sebahagian huruf yang menjadi penawar, dan sebahagiannya tidak. Sebahagian pakar bahasa mengatakan 'Daripada' itu bersifat sejenis. Yakni dari rupa dan bentuk Al-Quran (keseluruhannya).

Rujukan:  Tafsir al-Qurtubi, 16/296, Maktabah Shamela


Kesimpulan dari  dari Tafsir Al-Qurtubi:

1. Allah hanya menjanjikan keampunan dan balasan mulia hanya kepada mereka yakni para Sahabat.

2. Allah menjanjikan keseluruhan sahabat keampunan dan balasan mulia, tanpa kecuali.

3. 'Di antara' hanya sebahagian dari makna ''Min'', ia boleh membawa maksud 'Dari jenis/kumpulan/kategori' dan 'Semua'.

Imam Ibnu Kathir menyebutkan dalam tafsirnya

وعد الله الذين آمنوا وعملوا الصالحات منهم ) من " هذه لبيان الجنس ، ( مغفرة ) أي : لذنوبهم . ( وأجرا عظيما ) أي : ثوابا جزيلا ورزقا كريما ، ووعد الله حق وصدق ، لا يخلف ولا يبدل ، وكل من اقتفى أثر الصحابة فهو في حكمهم ، ولهم الفضل والسبق والكمال الذي لا يلحقهم فيه أحد من هذه الأمة رضي الله عنهم وأرضاهم ، وجعل جنات الفردوس مأواهم ، وقد فعل


Terjemahan: 'Daripada' di sini adalah untuk menerangkan jenis/kumpulan/kategori. 'Keampunan' adalah bagi dosa-dosa mereka. 'Dan balasan yang mulia' ialah pahala yang melimpah dan rezeki yang baik, dan janji Allah itu benar dan telus, tidak bercanggah dan tidak berubah, dan sesiapa yang menyelusuri athar Sahabat maka dia harus mengikuti mereka, dan pada merekalah keutamaan, keterdahuluan dan kesempurnaan yang mana seorang pun dari ummah ini layak menerimanya, dan Dia menjadikan syurga-syurga Al-Firdaus bagi mereka sebagai tempat kembali, dan Dia telah pun melakukan itu.

Rujukan: Tafsir al-Quran al-Azdhim, 29/7, Maktabah Shamela



Kesimpulan dari Tafsir Ibn Kathir:

1. Kalimah 'Daripada' menunjukkan bahawa Allah dalam ayat ini menjanjikan keampunan dan balasan mulia bagi sesiapa dari kalangan Sahabat


ULASAN TAMBAHAN

Andaikata syiah tidak dapat menerima penjelasan ulama ahlu sunnah, perkataan ' مِنْهُمْ' dalam ayat tersebut masih tidak  bermaksud hanya sebahagian dari mereka mendapat keampunan dan pahala yang besar. Sebaliknya ia menunjukkan sebahagian mereka mendapat darjat yang paling tinggi.


Ahlu sunnah sendiri mengetahui bahawa para sahabah berbeza darjat keimanan mereka. Namun kesemua sahabat bakal mendapat ganjaran masing-masing. Bukankah ayat sebelumnya sendiri memuji sahabat-sahabat tersebut secara umum?

Ini diperkuatkan lagi dengan ayat al-Quran yang lain, surah al-Hadid 57:10

 

وَمَا لَكُمْ أَلَّا تُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَا يَسْتَوِي مِنْكُمْ مَنْ أَنْفَقَ مِنْ قَبْلِ الْفَتْحِ وَقَاتَلَ أُولَئِكَ أَعْظَمُ دَرَجَةً مِنَ الَّذِينَ أَنْفَقُوا مِنْ بَعْدُ وَقَاتَلُوا وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَى وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Terjemahan: Dan mengapa kamu tidak menafkahkan (sebagian hartamu) pada jalan Allah, padahal Allah-lah yang mempusakai (mempunyai) langit dan bumi? Tidak sama di antara kamu orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tingi derajatnya daripada orang-orang yang menafkahkan (hartanya) dan berperang sesudah itu. Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Perhatikan kesemua mereka diberikan ganjaran cumanya sebahagian dari mereka diberikan ganjaran tambahan

KESIMPULAN

Syiah sama sekali tidak mampu menolak kemuliaan sahabah dalam ayat ini. Apa yang mereka lakukan ialah cuba menjatuhkan sahabah dengan kononnya membuktikan keampunan Allah hanya diberikan kepada sebahagian kecil di kalangan mereka

Ulama-ulama ahlu sunnah bangkit menjelaskan maksud sebenar ayat tersebut. Maka tidak hairanlah syiah sendiri tidak memiliki hujah lain melainkan longgokan dakyah akan hadith-hadith serta riwayat sejarah yang mereka putarbelitkan untuk menjatuhkan sahabah

InsyaAllah, dalam siri yang akan datang. Akan dijawab dakyah mereka satu persatu 

Penghargaan 

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada akhi Nawawi Razak atas bantuan untuk penulisan ini

Land of Fadak dimashqiah P1



This video outlines the facts about the land of Fadak abuot which Shiah agrue to prove the case against Fatimah. Dimashqiah here, had made it so clear that they slander Fatimah when claiming that she deserved the land. listen carefully to these series of his lecture and judge it yourself.