Monday, August 1, 2016

FORUM ISTILAH KAFIR HARBI: RELEVAN ATAU TIDAK? : ANALISA ILMIAH






Baru-baru wacana ilmiah berkenaan istilah kafir harbi dianjurkan oleh IKRAM bertempat di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM) membariskan beberapa ilmuan ternama dari organisasi yang berbeza. Penulis beranggapan ia satu fenomena sihat yang wajar diberikan penelitian ilmiah dan dikaji isinya secara mendalam

Beberapa ulasan yang selektif  oleh beberapa pihak tidak mencerminkan keadaan sebenar wacana tersebut[1]. Ada juga ulasan ilmiah yang baik untuk tatapan pembaca[2][3][4]. Media juga tidak kurang memberikan liputan kepada wacana ini[5].

InshaAllah dalam artikel ini penulis berminat untuk melakukan analisis ilmiah terhadap wacana yang dilangsungkan

Friday, March 27, 2015

Please!! Stop da’wah to me!!!


Anti-Islam: Boleh tak stoppp!!! Kenapa kau dakwah pada aku??

Pendakwah: Itu tanggungjawab aku sebagai muslim. Juga kerana sayangkan kau. Aku tak mahu masuk ke neraka Aku mahu kita sama-sama ke syurga.

Anti-Islam: Kalau orang tak tahu pasal Islam, apa tempat akhirnya?

Pendakwah: Dengan rahmat Allah, pasti dia ke syurga

Anti-Islam: Kalau orang tahu pasal Islam, tapi tolak ajaran Islam, apa tempat akhirnya?

Pendakwah: Dengan keadilan Allah, dia akan ke neraka

Anti:Islam: Kalau macam tu, kenapa kau dakwah aku, lebih baik kau jangan dakwah aku sebab kalau aku tak tahu aku terus boleh masuk syurga. Sedangkan bila aku tahu, aku tolak, aku akan terus ke neraka.. Kalau kau sayangkan aku, baik jangan sampaikan Islam pada aku

Pendakwah: ……

Dialog di atas sering dihujahkan oleh anti-Islam atau anti-dakwah kepada pendakwah Islam. Persoalannya, benarkah orang yang tidak sampai dakwah Islam pada mereka akan terus masuk syurga??

Insha Allah, dalam artikel ini akan dibincangkan perkara ini

Thursday, January 1, 2015

AL-BARBAHARI DAN KITABNYA SYARH AS-SUNNAH




AL-BARBAHARI DAN KITABNYA SYARH AS-SUNNAH

Kitab Syarh as-Sunnah menjadi bahan polemik antara sebahagian golongan asya’riah yang ekstrim dan golongan salafi. Golongan salafi menggunakan kitab ini dalam silibus pengajian mereka. Golongan ekstrim asya’irah pula tidak setakat melemahkan penisbatan kitab ini kepada al-Barbahari bahkan mempertikaikan kredibiliti beliau

InsyaAllah, dalam artikel ini, kami berminat untuk mengkaji kredibiti dan kesahihan penisbatan kitab Syarh as-Sunnah kepada al-Barbahari.

Wednesday, April 30, 2014

Isu peperangan al-Yamamah dan al-Quran yang hilang?



Benarkah ada ayat-ayat al-Quran telah hilang selama-lamanya setelah berlakunya peperangan al-Yamamah? InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini akan dibahaskan isu ini

Monday, March 31, 2014

Tinggi Adam 'alaihissalam 60 hasta?



Golongan anti-hadith mempertikaikan riwayat hadith yang menjelaskan ketinggian Adam a.s. Sebahagian mereka menghina dan mentertawakan hadith ini. Bayangkan ketinggian Adam a.s lebih kurang 60 hasta bersamaan lebih kurang 27 meter, lima kali lebih tinggi dari zirafah?? Bagaimana pula status dengan haiwan ternakan ketika itu? Apakah wujud gergasi kambing-kambing dan lembu-lembu ketika itu?

Banyak lagi kritikan-kritikan pedas mereka kepada hadith ini. InsyaAllah, dalam artikel yang ringkas ini akan dijelaskan konteks hadith ini